You are on page 1of 1

KEMAHIRAN INSANIAH MRSM AG 2010

SINOPSIS KEMAHIRAN BERUNDING

Setiap hari kita merundingkan sesuatu. Kita berunding dengan rakan sekelas tentang pelajaran,
berunding dengan rakan sekerja tentang kerja harian, atau dengan pelanggan mengenai barang atau
perkhidmatan yang disediakan. Malahan kita perlu berunding dengan diri sendiri tentang bagaimana
hendak berhenti merokok atau mengamalkan diet.

Di dalam kemahiran ini, pelajar akan dapat menguasai kemahiran berunding dengan cemerlang kerana
ia merangkumi semua aspek yang penting dalam perundingan. Antaranya ialah Cara Pelaksanaan
Perundingan yang membincangkan Prinsip Memujuk dan Cara Pembuktian. Ia juga turut menyelitkan
Matlamat dan Objektif Perundingan. Perbincangan ini dimulai dengan Persediaan Memulakan
Perundingan yang membincangkan dengan teliti Tingkah-laku Perunding, Kuasa Tawar Menawar,
Strategi Perundingan, Senarai Semakan (Checklist), Mengenali Pasukan Perunding, Mencipta
Suasana Perundingan Yang Positif dan Bersepakat Dengan Satu Agenda.

Aspek penting yang perlu dikuasai oleh pelajar adalah Proses Perundingan yang diterangkan dengan
terperinci dan merangkumi Membentuk Suasana Perundingan, Mengawal Keadaan Semasa
Perundingan, Gaya Perundingan, Taktik Pertaruhan, Bentuk Perundingan. Selepas pelajar mahir
proses perundingan, mereka didedahkan pula dengan cara-cara untuk Mencari Penyelesaian yang
menyelitkan Rundingan menang-menang atau win-win situation. Pelajar juga perlu tahu bagaimana
untuk Menamatkan Proses Perundingan yang telah diterangkan dengan terperinci.

Untuk memantapkan kemahiran pelajar, beberapa perkara turut dibincangkan antaranya ialah Perkara
Penting Tentang Perundingan, Keperluan Seorang Perunding Yang Berjaya dan Persoalan Tentang
Kemahiran Berunding.

You might also like