You are on page 1of 2

Aktiviti Makmal 4.2.

2: Sifat-sifat Alkohol

Aktiviti Makmal 4.2.2: Sifat-sifat Alkohol

Tujuan: Mengkaji sifat-sifat alkohol

Bahan: Radas:
Cecair etanol Tabung uji
Kayu uji Mangkuk penyejat
Kertas turas Bikar 100ml
Asid etanoik Kasa dawai
Asid sulfurik pekat Tungku kaki tiga
Mancis Penunu Bunsen

Prosedur:
(A) Etanol + air
1 Sedikit etanol diletakkan ke dalam tabung uji yang mengandungi air.
.
Pemerhatian:

Etanol larut di dalam air

(B) Etanol + pembakaran


1 Sedikit etanol diletakkan ke dalam piring penyejat.
.
2 Cecair etanol tersebut dibakar.
.
3 Letakkan sekeping kertas turas di atas api dan keluarkan ia dengan cepat.
.
Pemerhatian:

Etanol terbakar dengan mudah di udara dengan api biru bebas jelaga
(C) Etanol + asid etanoik
1. 10cm3 etanol dan 10cm3 asid etanoik dimasukkan ke dalam bikar.
2. Beberapa titik asid sulfurik pekat ditambahkan ke dalam bikar.
3. Campuran bikar tersebut dipanaskan sehingga mendidih.
Pemerhatian:
(C) Etanol + asid etanoik
Bau wangi terhasil

Analisis:
Alkohol mudah terlarut di dalam air.
Etanol terbakar dengan api biru bebas jelaga di udara kerana etanol mengalami
pembakaran lengkap.
Pembakaran etanol di udara menghasilkan karbon dioksida dan air
Etanol + oksigen karbon dioksida + air
Pengesteran terjadi apabila alkohol bertindak balas dengan asid organik
dengan kehadiran asid sulfurik pekat sebagai pemangkin.
Alkohol + asid organik ester + air
Ester menghasilkan bau yang wangi.

Perbincangan:
Proses pengesteran di dalam eksperimen ini boleh diwaliki oleh persamaan berikut:
Etanol + asid etanoik etil etanoat + air

Kesimpulan:
Alkohol larut di dalam air, terbakar dengan mudah dan bertindak balas
dengan asid organik untuk menghasilkan ester.

You might also like