You are on page 1of 4

Tenaga elektrik terhasil dari pelbagai jenis makanan

http://cisdel.com/2013/05/13/tenaga-elektrik-yang-dihasilkan-daripada-pelbagai-jenis-makanan/

tenaga elektrik boleh terhasil melalui tindak balas kimia yang terjadi dalam makanan. Mungkin ia
tidaklah sekuat mana namun ia mampu untuk menyalakan lampu led untuk beberapa ketika

Bateri Lemon

Membina sebuah bateri dari lemon adalah satu eksperimen biasa yang boleh didapati kebanyakan
buku teks sains. Ianya nyata bukanlah mudah bagi yang tidak pro.

Eksperimen ini memerlukan 2 jenis logam yang direndam dalam larutan berasid, di mana tembaga
(copper) dan zink (zinc) boleh digunakan manakala kandungan asid sitrik (citrc acid) pada lemon
digunakan sebagai larutan berasid.
Bateri yang dihasilkan melalui eksperimen ini tidak mungkin dapat menyalakan mentol lampu atau
menggerakkan motor, namun ia berupaya menghasilkan nyalaan malap LED (Light Emitting
Diode).

Gambar di atas menunjukkan asas Bateri Lemon yang terdiri daripada sebiji lemon, sekeping syiling
tembaga dan paku bersalut zink.
Eksperimen Bateri Lemon

Cucukkan sekeping syiling tembaga ke satu bahagian lemon dan paku ke satu bahagian yang lain.
Pastikan kedua-duanya tidak bersentuh.

Ini adalah gambaran bateri satu sel. Paku dan syiling dipanggil elektrod manakala jus lemon dipanggil
elektrolit.

Setiap bateri mempunyai terminal (+) dan (-). Arus elektrik adalah satu aliran partikel atom yang
dipanggil elektron. Sesetengah logam pula dipanggil konduktor, membenarkan elektron mengalir
melaluinya. Kebanyakan logam seperti tembaga & besi adalah koduktor yang baik kepada elektrik.
Elektron akan mengalir dari elektrod (-) melalui konduktor ke elektrod (+) sesebuah bateri. Volt (voltan)
adalah ukuran bagi daya gerak elektron.

Sambungkan meter volt kepada bateri lemon sel tunggal tersebut. Di sini, meter menunjukkan yang
bateri lemon ini menghasilkan 0.906 volt. Voltan sekecil ini tidak cukup untuk menghasilkan arus (daya
gerak elektrik) untuk menyalakan mentol.
Untuk menyelesaikan masalah ini, kita boleh menggabungkan beberapa sel bateri untuk menghasilkan
voltan yang lebih tinggi dengan cara membina lebih banyak bateri lemon dan sambungkan dengan
dawai logam dari (+) ke (-).
Dua bateri lemon di atas, bila digabungkan, menghasilakan 1.788 volt. Ini juga masih tidak mencukupi
untuk menyalakan sebiji mentol lampu. Ambil perhatian bahawa kabel merah yang menyambungkan
bateri lemon di sambung ke (+) iaitu duit syiling dan (-) iaitu paku.

Empat biji bateri lemon menghasilkan 3.5 volt. Ia sepatutnya sudah boleh menyalakan LED (Light
Emitting Diode).
Ambil perhatian bahawa kabel disambungkan dengan cara (+) ke (-) pada setiap bateri.
LED

Untuk menyalakan LED, kita perlu mengenalpasti sambungan positif (+) dan negative (-). Jika diperhati
betul-betul pada LED tersebut, anda akan dapati ada logam berbentuk seperti bendera tiga segi (lihat
anak panah di atas). Terminal yang keluar dari situ perlu disambung ke bahagian negative (-) bateri,
sebelah yang lain pula ke positif (+) bateri.
Nota: LED direka untuk menyala pada voltan (~ 2V) dan arus yang sangat rendah. Ia akan rosak jika
disambung ke bateri melebihi 2 volt. Jika perlu disambungkan ke bateri melebihi 2 volt, perintang
(resistor) digunakan bagi mengawal arus.
Gambar di atas menunjukkan electron mengalir dari (-), paku, terminal terakhir bateri lemon melalui
LED (menyebabkan LED menyala) kemudian ke (+), duit syiling. Ini dinamakan litar elektronik. LED
menyala malap dengan konfigurasi ini.

Masalah ini boleh diatasi dengan cara menukarkan duit syiling dan paku kepada logam yang lebih tulen.
Contohnya, tukarkan duit syiling dengan wayar tembaga yang biasa digunakan untuk pendawaian
elektrik rumah. Gantian logam lain mungkin boleh didapati di kedai-kedai Hardware.

Sejarah Bateri
Bateri pertama telah dicipta pada tahun 1799 oleh Alessandro Volta. Bateri pada hari ini menjadi
sumber kuasa kepada banyak peralatan seperti permainan, lampu suluh, computer dan kereta.
Perekacipta dan penyelidik sentiasa mencari jalan bagi memperbaiki binaan bateri supaya tahan lebih
lama dan lebih mesra alam.
Pemahaman bagaimana bateri bekerja sebenarnya memerlukan pengetahuan ilmu kimia.Faktor paling
penting dalam pembinaan bateri ialah hubungan elektrik terhadap 2 logam yang digunakan.
Sesetengah logam menolak electron manakala sesetengah yang lain menarik. Hasil kajian ahli kimia
terhadap logam, terciptalah Jadual Perbandingan Keupayaan Elektrik (electrical potential).

You might also like