You are on page 1of 2

SEL

Semua benda hidup sama ada tumbuhan atau haiwan dibina daripada sel.
Sel adalah unit asas bagi semua benda hidup.
Sel dapat dilihat melalui mikroskop sahaja.

STRUKTUR SEL HAIWAN

Terdiri daripada protoplasma sel (sitoplasma dan nukleus) dan membran sel.
Protoplasma ialah bahan separa pepejal atau bahan berupa jeli.
Nukleus ialah jasad berbentuk bujur atau bulat yang berada di tengah-tengah sel.
Sitoplasma merupakan bahan yang berada di sekeliling nukleus. Ianya lebih nipis
dan berair daripada nuklues.
Sitoplasma didefinisikan sebagai bahan yang berada di antara membran sel
(membran palsma) dan pembalut nukleus.

STRUKTUR SEL TUMBUHAN

Kebanyakan sel tumbuhan berbentuk segi empat tepat.


Sel tumbuhan mempunyai dinding sel yang tegar dan dibina daripada sejenis
karbohidrat yang dikenali sebagai selulosa.
Terdapat juga bahagian sel tumbuhan yang tidak mengandungi sitoplasma. Ianya
dikenali sebagai vakuol dan
mengandungi sap sel yang merupakan larutan gula dan garam yang sangat cair.
Sel tumbuhan mempunyai kloroplas yang mengandungi klorofil iaitu sejenis
pigmen hijau yang hanya dijumpai dalam sel tumbuhan sahaja. Klorofil sangat
penting dalam proses fotosintesis bagi tumbuhan membuat makanannya sendiri.
Fungsi klorofil adalah untuk
Bahagian Fungsi memerangkap tenaga matahari.
sel
Nuklues Mengawal semua aktiviti sel.
Sitoplasm Menyimpan bahan terlarut.
a
Membran Melindungi sel dan mengawal
sel masuk dan keluar bahan
FUNGSI STRUKTUR SEL
terlarut melaluinya.
Dinding Melindungi dan memberi
sel bentuk tetap kepada sel.
Kloroplas Mengandungi klorofil untuk
proses fotosintesis. Klorofil
menyerap cahaya matahari dan
menukarkan tenaga cahaya
kepada tenaga kimia
(makanan).
Vakuol Mengandungi sap sel yang
terdiri daripada bahan terlarut.
Cahaya dan Penglihatan
Pantulan Cahaya
1. Cahaya adalah satu bentuk tenaga.
2. Cahaya bergerak dalam garis lurus.
3.Cahaya boleh dipantulkan.
4.Pantulan adalah balikan cahaya ke atas sesuatu objek atau permukaan.
5.Rajah di bawah menunjukkan pantulan cahaya oleh cermin satah.

6.Sudut tuju P adalah sama dengan sudut pantulan,Q.


7.Contoh, periskop, cermin pandang belakang kenderaan.

Pembiasan
1.Pembiasan ialah pembengkokkan cahaya yang melalui sesuatu mediumke
medium yang lain yang lut cahaya.
2.Pembiasan berlaku kerana halaju cahaya berubah apabila ia melalui satumedium
ke medium yang ketumpatan yang berbeza.
3. Apabila cahaya dari medium kurang ketumpatan (udara ) ke mediumyang lebih
tumpat ( kaca ) , cahaya akan bergerak lebih perlahan. Iaterbias ke garisan normal
dan sebaliknya.
4.Rajah di bawah menunjukkan contoh tersebut.

You might also like