You are on page 1of 14

1. Apakah sifat garisan yang ditunjukkan dalam rajah di atas.

A. Garisan berbulu
B. Garisan tebal
C. Garisan kasar
D. DGarisan beralun

2. Apakah jenis garisan yang menjadi penegasan dalam rekaan di atas


A. Garisan bergerigi
B. Garisan tebal
C. Garisan berlingkar
D. Garisan berpancar

1
3. Pilih penyataan yang paling sesuai
dengan gambar rajah di atas.
A. Garisan menggambarkan pergerakan
B. Garisan menimbulkan ton
C. Garisan menimbulkan warna
D. Garisan memberi gambaran teguh

4. Apakah jenis garisan yang sesuai digunakan untuk memberi gambaran tenang?
A. Garisan menyerong
B. Garisan tegak
C. Garisan beralun
D. Garisan melintang

5. Manakah antara berikut merupakan teknik yang digunakan dalam lukisan?


I. Lorekan
II. Gosokan
III. Basah dan kering
IV. Impasto

A. I dan II
B. II dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

6. Apakah yang harus diperhatikan semasa hendak melukis?


A. Keseimbangan subjek dengan ruang
B. Saiz subjek dan saiz kertas lukisan
C. Perkaitan antara satu subjek dengan subjek yang lain
D. Warna subjek dengan sekeliling

2
7. Garisan berpancar pada alam semula jadi dapat dilihat melalui
A. Urat kayu
B. Daun mangga
C. Kulit nenas
D. Sarang labah-labah

8. Garisan pada corak batik dapat dihasilkan dengan menggunakan


A. Pensel dan pemadam
B. Berus dan warna
C. Canting dan lilin
D. Pen dan dakwat

9. Rupa di atas menunjukkan contoh


A. Rupa organik
B. Rupa geometrik
C. Rupa bergerigi
D. Rupa bebas

10. Berikut adalah teknik-teknik lukisan kecuali


A. conteng
B. titik
C. impasto
D. gosokan

11. Antara berikut, yang manakah tergolong dalam jenis kayu lembut,
A. Getah
B. Jati
C. Cengal
D. Merbau

3
12. Rekaan rupa di atas berasaskan sumber ilham
A. Objek buatan manusia
B. Organik
C. Flora
D. Fauna

13. Rekaan grafik yang banyak menggunakan unsur rupa ialah


A. Batik
B. Kad ucapan
C. Arca
D. Catan

14. Rupa di atas telah diolah menjadi


A. Jenama
B. Bentuk
C. Logo
D. Poster

15. Penyataan yang benar mengenai bentuk konkrit ialah


A. Permukaan 2 dimensi berjalinan dan bersifat sama rata
4
B. Objek sebenar pada alam sekeliling bersifat 3 dimensi yang boleh disentuh
C. Mempunyai lebih daripada satu permukaan dan tiada jisim
D. Digambarkan dalam bentuk lukisan dan catan

16. Ilustrasi di atas boleh dianggap berkesan kerana

A. Kesesuaian antara ilustrasi dan tajuk


B. Menggunakan hanya satu objek
C. Menggunakan teknik lukisan
D. Hanya menggunakan unsur-unsur garisan

17. Bentuk yang mempunyai satu permukaan satah ialah


A. Kiub
B. Sfera
C. Kon
D. Silinder

18. Kawasan kosong yang mengelilingi arca di Tugu Negara ialah


A. Ruang
B. Titik lenyap
C. Latar belakang
D. Bahagian negatif

19. Antara pernyataan berikut, yang manakah benar tentang arca luakan?
A. Bahan yang sesuai ialah besi dan batu

5
B. Berayun dan tergantung
C. Arca yang diperbuat dengan membuang bahagian tertentu
D. Mencantumkan dengan bahan-bahan tertentu

20. Nyatakan jenis ruang yang hendak ditonjolkan dalam lukisan di atas
A. Ruang dalam
B. Ruang cetek
C. Ruang konkrit
D. Ruang rata

21. Jarak antara dua objek dikenali sebagai


A. Latar belakang
B. Perspektif
C. Garisan grid
D. Ruang

22. Apakah bentuk silat di atas .


A. Silat Minangkau
B. Silat Belah Rotan
C. Silat Leper
D. Silat Serong

6
23. Kulit buah tembikai dan dan corak pada kain batik terap mempunyai persamaan dari segi
A. Jalinan asli
B. Jalinan sentuh
C. Jalinan Tampak
D. Jalinan buatan

24. Apakah nama alat di atas?


A. Berus
B. Canting
C. Lilin
D. Soda Ash

25. Pemindahan sesuatu corak ke atas permukaan kertas melalui teknik gosokkan biasanya
dilakukan melalui
A. Jalinan maya
B. Jalinan ilusi
C. Jalinan tampak
D. Jalinan sentuh

26. Jalinan tampak merupakan antara ciri utama kraf tradisional berikut
A. Anyaman bakul
B. Ukiran kayu
C. Batik tulis
D. Anyaman kelarai

27. Warna utama atau warna asas dikenali sebagai


A. Warna yang menggunakan hitam sebagai warna asalnya
B. Warna yang tidak dapat dihasilkan melalui campuran warna-warna lain
C. Warna yang terdapat dalam kehidupan seharian
D. Warna terdiri daripada warna jingga ,hijau dan ungu

7
28. Kesan pancaran gelap atau terang sesuatu warna dikenali sebagai
A. Warna asal
B. Kroma warna
C. Ton warna
D. Warna panas

29. Warna merah yang dicampurkan dengan warna ungu akan menghasilkan warna
A. Warna tertier
B. Warna skunder
C. Warna penggenap
D. Warna asas

30. Apakah suasana yang biasanya ditonjolkan melalui penggunaan warna panas
A. Kesegaran
B. Kesedihan
C. Kemeriahan
D. Kejahatan

31. Alat tersebut digunakan untuk membuat corak pada ukiran kayu. Nyatakan alat tersebut.
A. Kikir pari
B. Berus
C. Pisau wali
D. Pahat

32. Apakah fungsi Soda ash?


A. Mencantikkan kain
8
B. Membuang lilin pada permukaan kain
C. Mewarna kain
D. Menerap lilin pada kain

33. ______________ tidak sesuai digunakan untuk lukisan teknik titik.


A. Dakwat
B. Pen teknikal
C. Pensel
D. Pensel warna

34. Semasa menghasilkan anyaman tikar, penggunaan prinsip grid dan struktur di dalam penyusunan motif
akan menghasilkan
A. Pergerakan
B. Kepelbagaian
C. Keseragaman
D. Kecantikan

35. Garisan digunakan dalam lukisan di atas untuk menimbulkan prinsip rekaan
A. kesatuan
B. kontra
C. kepelbagaian
D. pergerakan

9
36. Apakah teknik yang digunakan bagi corak kain di atas?
A. Teknik terap
B. Teknik canting
C. Teknik stensil
D. Teknik capan

37. Catan boleh ditakrifkan sebagai


A. Lukisan proses awal untuk sesutu hasil seni
B. Karya seni yang dihasilkan melalui penggunaan pigmen warna
C. Lukisan yang menggunakan unsur garisan
D. Proses mengecat sesuatu objek

38. Unsur apakah yang boleh digunakan untuk menghasilkan catan pemandangan yang lebih
menarik?
A. Rupa
B. Pergerakan
C. Imbangan
D. Jalinan

39. Bahan yang boleh menghasilkan teknik lut sinar adalah


A. cat air
B. cat poster
C. cat tempera
D. cat minyak

40. Antara berikut, yang manakah adalah teknik catan air?


10
A. Impasto
B. Hard edges
C. Basah atas basah
D. Glazing

41. Kenderaan mempunyai imbangan simetri berperanan untuk


A. keselamatan pengguna
B. rekabentuk yang hebat
C. harga yang mahal
D. lebih laju apabila di pandu

42. Apakah tujuan penggunaan pemati warna ( Fixative ) ke atas catan?


A. Untuk mengekalkan warna
B. Supaya permukaan berkilat
C. Supaya tidak mudah koyak
D. Untuk kelihatan menarik

43. Apakah motif di atas?


A. Kosmo
B. Kaligrafi
C. Flora
D. Fauna

11
44. Pemilihan warna adalah amat penting dalam menghasilkan penegasan untuk sesebuah
iklan.Golongan yang mudah tertarik pada warna adalah
A. Remaja
B. Kanak-kanak
C. Wanita
D. Orang dewasa

45. Apakah yang menjadi unsur penegasan dalam sesuatu pertandingan badminton
A. pemain
B. penonton
C. pengadil
D. gelanggang

46. Mengapakah proses sisip perlu dalam anyaman?


A. Untuk proses terakhir
B. Supaya anyaman tidak terlerai
C. Supaya coraknya teratur
D. Untuk mengerat helaian berlebihan

47. Apakah jenis arca yang dihasilkan dalam gambar rajah di atas?
A. Arca asemblaj
B. Arca mobail
C. Arca luakan
D. Arca binaan

48. Tujuan penegasan adalah untuk


I. menarik perhatian

12
II. mewujudkan tumpuan
III. menimbulkan harmoni
IV. mewujudkan kontra
A. I dan II
B. II dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

49. Semua prinsip rekaan berikut dapat menghasilkan kesatuan kecuali


A. Harmoni
B. Kontra
C. Imbangan
D. Struktur Formal

50. Mengapakah haiwan di atas hanya boleh digambarkan melalui ilustrasi?


A. Haiwan ini sangat ganas
B. Haiwan ini telah pupus
C. Haiwan ini hanya muncul pada waktu malam
D. Haiwan ini sukar ditemui

13
KERTAS SOALAN TAMAT

14

You might also like