You are on page 1of 31

SEKOLAH KEBANGSAAN KEMENTAH, KUALA LUMPUR

LAPORAN TAHUNAN PANITIA SAINS


2014

1. PENDAHULUAN

Panitia Sains SK Kementah berperanan dalam memastikan pengajaran dan pembelajaran subjek sains sama ada di
dalam atau di luar bilik darjah berjalan dengan lancar. Pelbagai aktiviti yang telah dirancang telah dilaksanakan
sebaik mungkin. Kerjasama antara ahli Panitia adalah perkara yang amat penting bagi memastikan kelancaran setiap
program yang dirancang berjalan dengan lancar dan sempurna.

2. VISI

Melahirkan murid yang celik Sains, mengaplikasi Kemahiran Proses Sains dan Kemahiran Manipulatif Sains,
merealisasikan amalan nilai-nilai murni dan sikap saintifik dan kesanggupan menyumbang terhadapkemajuan Sains
dan Teknologi dengan masa yang sama memelihara keseimbangan alam untuk kesejahteraan generasi akan datang.

3. MISI

Mewujudkan murid yang berilmu berpengetahuan Sains dan progresif dalam mengaplikasikan Sains dalam
kehidupan bagi menyelesaikan masalah seharian dengan mengamalkan nilai nilai murni dalam menyumbang ke
arah kemajuan Sains dan teknologi.

4. OBJEKTIF

1. Memantau dan menganalisis setiap kelemahan dan kekuatan setiap aktiviti yang dilaksanakan dalam jadual
Panitia Sains.
2. Mengurus matapelajaran Sains bagi Tahap 1 dan Tahap 2.
3. Menambaik mutu dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Sains.
4. Merancang pelan strategik, kaedah dan teknik yang inovatif yang sesuai dengan kebolehan murid dan
perkembangan pendidikan semasa yang boleh mewujudkan murid yang berjiwa sains dan mengaplikasi
Sains dalam kehidupan seharian.
5. Mewujudkan semangat kerjasama diantara ahli -ahli Panitia Sains dan antara ahli dengan ahli panitia yang
lain bagi merealisasikan peningkatan akademik bagi matapelajaran Sains.
5. CARTA ORGANISASI PANITIA SAINS

CARTA ORGANISASI PANITIA SAINS 2014


PENGERUSI
TN.HJ HAMID BIN MASDEWI
GURU BESAR

NAIB PENGERUSI
PN. HJH NOORZEHAN BT. HJ MOHAMAD
GPK TADBIR DAN KURIKULUM

KETUA PANITIA
PN. IKA LIANA BT. HJ KHALID

SETIAUSAHA
EN. AHMAD MAHYUDDIEN BIN MAHMUD

AJK
SEMUA GURU YANG MENGAJAR SAINS

BILIK SAINS 1
PN. IKA LIANA BT HJ KHALID
BILIK SAINS 2
EN. AHMAD MAHYUDDIEN BIN MAHMUD
BILIK SAINS 3
PN NURLIYANA BT SARIP
6. DATA GURU PANITIA SAINS 2014

PENGALAMAN
BIL NAMA OPSYEN GRED JAWATAN
MENGAJAR
1 Ika Liana Bt Khalid Sains DG 44 10 Tahun
2 Ahmad Mahyuddien Bin Mahmud Sains DG 44 9 Tahun
3 Nurliyana Bt Sarip Sains DG 41 3 Tahun
4 Akmarizan Bt Ahmad BM / Sains DG 41 1 Tahun

7. ANALISA PEPERIKSAAN TERKINI

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN


ANALISIS MATA PELAJARAN
TAHUN 2014

DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI

SEKOLAH : SK KEMENTAH
TAHUN / TINGKATAN : TAHUN 1
Bil Calon GRED A GRED B GRED C GRED D GRED E Menguasai
Bil Kelas GPMP
Daftar Ambil TH Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % Bil %

1 BESTARI 39 39 0 37 94.87 2 5.13 0 0.00 0 0.00 0 0.00 39 100.00 1.05

2 HARAPAN 25 24 1 0 0.00 6 25.00 16 66.67 0 0.00 2 8.33 22 91.67 2.92

3 KREATIF 37 37 0 21 56.76 15 40.54 1 2.70 0 0.00 0 0.00 37 100.00 1.46

4 MAJU 38 38 0 22 57.89 14 36.84 2 5.26 0 0.00 0 0.00 38 100.00 1.47

5 TEKUN 36 36 0 15 41.67 17 47.22 3 8.33 1 2.78 0 0.00 35 97.22 1.72

Jumlah 175 174 1 95 54.60 54 31.03 22 12.64 1 0.57 2 1.15 171 98.28 1.63
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN
ANALISIS MATA PELAJARAN
TAHUN 2014

DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI

SEKOLAH : SK KEMENTAH
TAHUN / TINGKATAN : TAHUN 2
Bil Calon GRED A GRED B GRED C GRED D GRED E Menguasai
Bil Kelas GPMP
Daftar Ambil TH Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % Bil %

1 BESTARI 32 32 0 30 93.75 2 6.25 0 0.00 0 0.00 0 0.00 32 100.00 1.06

2 HARAPAN 25 25 0 7 28.00 15 60.00 3 12.00 0 0.00 0 0.00 25 100.00 1.84

3 KREATIF 35 35 0 29 82.86 6 17.14 0 0.00 0 0.00 0 0.00 35 100.00 1.17

4 MAJU 33 33 0 19 57.58 11 33.33 3 9.09 0 0.00 0 0.00 33 100.00 1.52

5 TEKUN 30 30 0 15 50.00 13 43.33 2 6.67 0 0.00 0 0.00 30 100.00 1.57

Jumlah 155 155 0 100 64.52 47 30.32 8 5.16 0 0.00 0 0.00 155 100.00 1.41

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN


ANALISIS MATA PELAJARAN
TAHUN 2014

DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI

SEKOLAH : SK KEMENTAH
TAHUN / TINGKATAN : TAHUN 3
Bil Calon GRED A GRED B GRED C GRED D GRED E Menguasai
Bil Kelas GPMP
Daftar Ambil TH Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % Bil %

1 BESTARI 37 37 0 27 72.97 10 27.03 0 0.00 0 0.00 0 0.00 37 100.00 1.27

2 KREATIF 35 35 0 4 11.43 20 57.14 10 28.57 1 2.86 0 0.00 34 97.14 2.23

3 MAJU 28 28 0 1 3.57 10 35.71 14 50.00 2 7.14 1 3.57 25 89.29 2.71

Jumlah 100 100 0 32 32.00 40 40.00 24 24.00 3 3.00 1 1.00 96 96.00 2.01
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN
ANALISIS MATA PELAJARAN
TAHUN 2014

SAINS

SEKOLAH : SK KEMENTAH
TAHUN / TINGKATAN : TAHUN 4
Bil Calon GRED A GRED B GRED C GRED D GRED E Menguasai
Bil Kelas GPMP
Daftar Ambil TH Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % Bil %

1 BESTARI 31 31 0 7 22.58 15 48.39 8 25.81 1 3.23 0 0.00 30 96.77 2.10

2 KREATIF 28 28 0 2 7.14 15 53.57 10 35.71 1 3.57 0 0.00 27 96.43 2.36

3 MAJU 26 26 0 0 0.00 1 3.85 20 76.92 4 15.38 1 3.85 21 80.77 3.19

Jumlah 85 85 0 9 10.59 31 36.47 38 44.71 6 7.06 1 1.18 78 91.76 2.52

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN


ANALISIS MATA PELAJARAN
TAHUN 2014

SAINS

SEKOLAH : SK KEMENTAH
TAHUN / TINGKATAN : TAHUN 5
Bil Calon GRED A GRED B GRED C GRED D GRED E Menguasai
Bil Kelas GPMP
Daftar Ambil TH Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % Bil %

1 BESTARI 40 40 0 0 0.00 7 17.50 33 82.50 0 0.00 0 0.00 40 100.00 2.83

2 KREATIF 33 32 1 0 0.00 1 3.13 9 28.13 18 56.25 4 12.50 10 31.25 3.78

Jumlah 73 72 1 0 0.00 8 11.11 42 58.33 18 25.00 4 5.56 50 69.44 3.25


PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN
ANALISIS MATA PELAJARAN
TAHUN 2014

SAINS

SEKOLAH : SK KEMENTAH
TAHUN / TINGKATAN : TAHUN 6
Bil Calon GRED A GRED B GRED C GRED D GRED E Menguasai
Bil Kelas GPMP
Daftar Ambil TH Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % Bil %

1 BESTARI 29 29 0 15 51.72 14 48.28 0 0.00 0 0.00 0 0.00 29 100.00 1.48

2 KREATIF 28 28 0 0 0.00 20 71.43 8 28.57 0 0.00 0 0.00 28 100.00 2.29

3 MAJU 21 21 0 0 0.00 8 38.10 11 52.38 2 9.52 0 0.00 19 90.48 2.71

Jumlah 78 78 0 15 19.23 42 53.85 19 24.36 2 2.56 0 0.00 76 97.44 2.10

8. LAPORAN AKTIVITI

BIL PERKARA HASIL PENAMBAHBAIKAN

1 Tajuk Program : Pembinaan Modul Sains 94.87% calon UPSR lulus Penggunaan Modul Hebat
Tarikh : Mei 2014 Peperiksaan Percubaan Sains bermula awal tahun
Sasaran : Murid Tahun 6 UPSR 2014 kepada semua calon UPSR
Aktiviti yang dijalankan: 2015
Pembinaan Modul Hebat Sains UPSR

2 Tajuk Program : Nota Ringkasan Buku Teks 78 murid Tahun 6 dapat Setiap murid diberi pinjam
Tarikh : April 2014 menyiapkan ringkasan buku teks Sains Tahun 4
Sasaran : Murid Tahun 6 buku teks Tahun 4, 5 dan 6 dan 5
Aktiviti yang dijalankan:
Membuat ringkasan buku teks Sains
tahun 4,5 dan 6

3 Tajuk Program : Teknik Menjawab Kertas 97.47% calon UPSR lulus Perbanyakkan latih tubi
Sains Bahagian B Ujian Prestasi 1 dan contoh-contoh soalan
Tarikh : Februari Mac 2014 klon UPSR
Sasaran : Murid Tahun 5 dan 6
Aktiviti yang dijalankan: 86.57% murid tahun 5
Teknik Menjawab Kertas Sains Bahagian lulus Ujian 1
B bagi murid Tahun 6 di FRIM, Kepong
Teknik Menjawab Kertas Sains
Bahagian B bagi murid Tahun 5 dalam
sesi PdP
BIL PERKARA HASIL PENAMBAHBAIKAN

4 Tajuk Program : Kelas Tambahan Tahun 6 94.87% calon UPSR lulus Kelas tambahan perlu
Tarikh : Februari - Ogos 2014 Peperiksaan Percubaan diteruskan pada tahun
Sasaran : Murid Tahun 6 UPSR 2014 hadapan
Aktiviti yang dijalankan:
Kelas Tambahan Sabtu
Kelas Tambahan Cuti Sekolah
Kelas Tambahan Isnin & Selasa

5 Tajuk Program : Minggu Panitia Sains Semua murid Tahun 1 Membuat pertandingan
Tarikh : 21 25 April 2014 hingga 6 terlibat dan Rekacipta Bahan Terbuang
Sasaran : Murid Tahun 1 - 6 mendapat pengetahuan
Aktiviti yang dijalankan: Sains dalam bentuk aktiviti
Program Earth Minute diluar kelas
Mini Karnival Sains
Pertandingan Kuiz Sains
Kuiz Sains Pagi
Aktiviti Nota Untuk Bumi

6 Tajuk Program : Aktiviti Selepas UPSR 78 murid Tahun 6 dapat Menambah aktiviti seperti
Tarikh : Oktober 2014 menjalankan aktiviti Buku Skrap
Sasaran : Murid Tahun 6 dengan jayanya.
Aktiviti yang dijalankan:
Lumba Kereta Belon
Binaan Kacang Kuda

7 Tajuk Program : Aktiviti EKSA Bilik Sains 1 Dinding dan siling Bilik Mengecat dinding Bilik
Tarikh : November 2014 Sains 1 telah dicat hitam Sains 2 dan 3
Aktiviti yang dijalankan: dan dalam proses
Mengecat dinding dan siling luar Bilik meletakkan maklumat
Sains 1
Mural Buruj
Banner dinding

8 Tajuk Program : Kelab Sains dan Rekacipta Semua ahli kelab Menambah aktiviti yang
Tarikh : Sepanjang tahun mendapat maklumat Sains mencabar seperti berkebun
Sasaran : Murid tahun 3 6 daripada aktiviti diluar atau membuat kolam ikan
Aktiviti yang dijalankan: skop mata pelajaran Sains
Binaan straw sekolah rendah
Harmonica straw
Rekacipta logo alam sekitar
Magika Jus Sayuran
Tayangan Video Sains
Nyanyian lagu Hijau
Rekacipta LEGO
BIL PERKARA HASIL PENAMBAHBAIKAN

9 Tajuk Program : Lawatan Sambil Belajar 78 orang murid Tahun 4 Lawatan ke ladang lembu
Tarikh : 30 September 2014 hingga 6 dapat menyertai di Semenyih, Selangor
Sasaran : Murid tahun 4 6 lawatan ini pada tahun hadapan
Aktiviti yang dijalankan:
Lawatan ke Putrajaya iaitu Taman
Warisan, Menara Alaf Baru, Tasik
Cruise dan Kilang Coklat Beryls

10 Tajuk Program : Peta Pemikiran I-Think Semua murid Tahun 5 Perbanyakkan tajuk
Tarikh : September-Oktober 2014 dapat menyiapkan 5 tajuk termasuk tajuk Tahun 4
Sasaran : Murid tahun 5 dan 3 jenis peta iaitu peta
Aktiviti yang dijalankan: alir, peta bulatan dan peta
Peta I-Think mengikut tajuk yang sesuai pokok.
bagi Tahun 5 untuk ditampal di sudut
I-Think di dalam kelas

9. LAMPIRAN
Minit Mesyuarat
Gambar Aktiviti

Disediakan oleh, Disemak oleh,

.. ..
IKA LIANA BINTI KHALID HJH NOORZEHAN BINTI MOHAMAD
Ketua Panitia Sains GPK Tadbir dan Kurikulum
SK Kementah, Kuala Lumpur. SK Kementah, Kuala Lumpur.
LAMPIRAN
MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS
SK Kementah, Kem Kementah, Jalan Laksamana,
54200 Kuala Lumpur.

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS BIL 1/TAHUN 2014

Tarikh : 24 Disember 2013


Masa : 10.00 pagi
Tempat : Bilik Sains 1, SK Kementah
Pengerusi : Ketua Panitia Sains SK Kementah
Kehadiran : 1. Pn. Hjh Noorlela Bt Aris (GPK KO-Kurikulum)
2. Pn. Ika Liana Bt Khalid (Ketua Panitia)
3. En. Amad Mahyuddien Bin Mahmud (Setiausaha)
4. Pn. Nurliyana Bt Sarip (AJK)
Tidak Hadir : 1. Pn. Nur Shahazliza Bt Hamdan (Cuti Sakit)

1. PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Pn. Ika Liana selaku Pengerusi Mesyuarat Panitia Sains memulakan mesyuarat dengan meminta
semua yang hadir untuk membaca Al-Fatihah.
1.2 Beliau juga mengucapkan terima kasih kerana guru dapat hadir pada masa yang telah ditetapkan.
1.3 Pn. Ika Liana turut mengucapkan terima kasih atas kesudian pihak pentadbir, iaitu Pn. Hjh
Noorlela untuk bersama-sama menghadiri mesyuarat kali ini.
Tindakan: Makluman

2. BICARA AKADEMIK

2.1 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)

2.1.1 Pn. Ika Liana menerangkan serba ringkas mengenai PPPM. Menurutnya terdapat 11 anjakan
dalam PPPM 2013-2025. Antaranya ialah menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan
berkualiti bertaraf antarabangsa, memastikan setiap murid profisien dalam B. Malaysia dan B.
Inggeris, melahirkan rakyat yang menghayati nilai dan lain-lain lagi. Beliau mencadangkan
untuk pemahaman lebih lanjut, guru-guru boleh melayari laman web moe.gov.my
Tindakan: Makluman
2.2 Pengurusan Fail Panitia

2.2.1 Fail panitia akan dikemaskini mengikut Prosedur Kualiti Pengurusan Panitia (PK01) yang
terbaru di bawah Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK).
2.2.2 Semua guru Sains telah diberikan salinan Prosedur Kualiti Pengurusan Panitia
2.2.3 Borang maklumat guru terkini jadual guru terkini perlu diisi oleh semua guru Sains.
2.2.4 Jadual penggunaan Bilik Sains akan dibuat dan perlu diletakkan di papan kenyataan setiap Bilik
Sains.
Tindakan: Makluman
2.3 PEKA
2.3.1 Masih diteruskan bagi murid Tahun 5 dan 6.
2.3.2 Tempoh perlaksanaan adalah dari bulan Februari hingga Jun.
2.3.3 Julai akan hantar keputusan.
Tindakan: Guru Tahun 5 dan 6
2.4 PBS/ KSSR
2.4.1 Masih diteruskan untuk murid Tahun 1,2, dan 3.
2.4.2 Fail masih digunakan dan eviden adalah mengikut guru.
Tindakan : Guru Tahun 1,2 dan 3

2.5 Peperiksaan Pra PKSR dan PKSR

2.5.1 Soalan Pra PKSR dan PKSR dibuat sendiri oleh guru Sains Tahun 5 dan 6.

2.5.2 Tarikh peperiksaan mengikut Takwim Sekolah.

2.5.3 Jadual pembuat soalan telah disediakan.

Tindakan: Guru Tahun 5 dan 6

2.6 Analisa PKSR 2 dan Analisa UPSR 2013


2.6.1 Secara keseluruhannya, peratus lulus kertas Sains PKSR 2 adalah 70.5% dan yang gagal ialah
29.5%.
2.6.2 Secara keseluruhan, peratus lulus kertas Sains UPSR 2013 adalah 90.5% dan yang gagal ialah
9.5%.
Tindakan: Makluman
2.7 Program Kecemerlangan Sains
2.7.1 Bilik Sains 3 akan dibuka dan Pn Nurliyana adalah penyelaras bagi Bilik Sains 3.
Tindakan: Makluman

2.7.2 Papan kenyataan di luar Bilik Sains perlu dikemaskini setiap bulan dengan info terkini sains.
Tindakan: Semua guru Sains

2.7.3 Bengkel Teknik Menjawab Soalan Sains Tahun 6 akan dibuat dua kali sebulan antara bulan Feb
hingga Ogos.
Tindakan: Ketua Panitia

2.8 Minggu Panitia Sains


2.8.1 Minggu Panitia Sains akan diadakan pada bulan April.
2.8.2 Karnival Sains akan diteruskan pada tahun hadapan.
Tindakan: Makluman

3. HAL-HAL LAIN

3.1 Pn Hjh Noorlela mencadangkan supaya melibatkan murid tahun 5 untuk program Teknik
Menjawab Sains.
Tindakan: Ketua Panitia

4. PENUTUP

Mesyuarat diakhiri dengan ucapan terima kasih dari Pengerusi. Mesyuarat tamat pada jam 10.45 pagi.

Disediakan oleh,


(AHMAD MAHYUDDIEN BIN MAHMUD)
Setiausaha Panitia Sains,
SK Kementah, Kuala Lumpur.

Tarikh : 26 Disember 2013


SK Kementah, Kem Kementah, Jalan Laksamana,
54200 Kuala Lumpur.

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS BIL 2/TAHUN 2014

Tarikh : 3 April 2014


Masa : 1.15 petang
Tempat : Bilik Sains 1, SK Kementah
Pengerusi : Ketua Panitia Sains SK Kementah
Kehadiran : 1. Pn. Ika Liana Bt Khalid (Ketua Panitia)
2. En. Ahmad Mahyuddien Bin Mahmud (Setiausaha)
3. Pn. Nurliyana Bt Sarip (AJK)
4. Pn. Nur Shahazliza Bt Hamdan (AJK)
Tidak Hadir : Tiada

1. PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pn. Ika Liana selaku Pengerusi Mesyuarat Panitia Sains memulakan mesyuarat dengan meminta
semua yang hadir untuk membaca Al-Fatihah.
1.2 Beliau juga mengucapkan terima kasih kerana guru dapat hadir pada masa yang telah ditetapkan.
Tindakan: Makluman

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Pn Nurliyana mencadangkan minit mesyuarat Panitia Sains Bil 1/2014 disahkan dan disokong
sebulat suara.
Tindakan: Makluman

3 PERKARA BERBANGKIT

3.1 En Ahmad Mahyuddien Bin Mahmud selaku Setiausaha Panitia Sains memaklumkan bahawa
fail panitia Sains telah dikemaskini.
3.2 Pn Ika Liana Bt Khalid selaku guru Sains tahun 5 dan 6 memaklumkan bahawa PEKA telah
mula dijalankan bagi tahun ini.
3.3 Pn Ika Liana Bt Khalid memaklumkan bahawa ujian Pra PKSR 1 telah dijalankan pada 4 Mac
hingga 6 Mac 2014 bagi murid Tahun 5 dan Ujian Prestasi 2 bagi murid Tahun 6.

3.4 Pn Nurliyana Bt Sarip selaku Penyelaras Bilik Sains 3 memaklumkan Bilik Sains 3 masih lagi
tidak dapat digunakan kerana kerusi makmal digunakan pada bilik seni.

3.5 Pn Ika Liana Bt Khalid selaku Ketua Panitia Sains memaklumkan bahawa Minggu Panitia Sains
akan diadakan pada 21 April sehingga 25 April 2014.

3.6 Pn Ika Liana Bt Khalid memaklumkan bahawa Teknik Menjawab Soalan Sains bagi murid
Tahun 5 telah diadakan di dalam kelas.

Tindakan: Makluman

4 ANALISA UJIAN PRA PKSR (1) BAGI TAHUN 5 DAN 6

4.1 Pn Ika Liana Bt Khalid membentangkan analisa Ujian Pra PKSR (1) yang hanya diduduki oleh
murid Tahun 5 dan 6 sahaja. Secara keseluruhan keputusan Sains Tahun 5 ialah 4.5% mendapat
A, 37.3% mendapat B, 44.8 mendapat C, 10.5% mendapat D dan 3% mendapat E. Nilai GPMP
keseluruhan ialah 2.70. Secara keseluruhan keputusan Sains Tahun 6 ialah 21.5% mendapat A,
49.4% mendapat B, 26.6% mendapat C, 2.5% mendapat D dan tiada murid yang mendapat E.
Nilai GPMP keseluruhan ialah 2.10.

5 PERANCANGAN AKTIVITI MINGGU PANITIA SAINS 2014

5.1 Pn Ika Liana Bt Khalid memaklumkan bahawa Minggu Sains akan berlangsung selama lima
hari. Aktiviti-aktiviti telah dirancang iaitu program Earth Minute, Kuiz Sains Tahun 1 hingga
3 semasa perhimpunan pagi setiap hari kecuati Isnin, Mini Karnival Sains, Pertandingan Kuiz
Sains bagi Tahun 5 dan 6, Pertandingan Bahan Kitar Semula bagi Tahun 4 dan Program Nota
Kepada Bumi.

5.2 Pn Ika Liana Bt Khalid juga memaklumkan bahawa PIBG bersetuju untuk memberikan
sumbangan sebanyak RM300 untuk Minggu Panitia Sains 2014.
6 HAL-HAL LAIN

6.1 Pn Ika Liana Bt Khalid mengharapkan supaya guru-guru Sains menjaga kebersihan bilik Sains
dan berusaha untuk mencantikkannya.

7 PENUTUP

Mesyuarat diakhiri dengan ucapan terima kasih dari Pengerusi. Mesyuarat tamat pada jam 2.00 petang.

Disediakan oleh,


(AHMAD MAHYUDDIEN BIN MAHMUD)
Setiausaha Panitia Sains,
SK Kementah, Kuala Lumpur.

Tarikh : 5 April 2014


SK Kementah, Kem Kementah, Jalan Laksamana,
54200 Kuala Lumpur.

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS BIL 3/TAHUN 2014

Tarikh : 24 Jun 2014


Masa : 1.10 petang
Tempat : Bilik Sains 1, SK Kementah
Pengerusi : Ketua Panitia Sains SK Kementah
Kehadiran : 1. Pn. Ika Liana Bt Khalid (Ketua Panitia)
2. En. Ahmad Mahyuddien Bin Mahmud (Setiausaha)
3. Pn. Nurliyana Bt Sarip (AJK)
4. Pn. Akmarizan Bt Ahmad (AJK)
Tidak Hadir : Tiada

1. PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pn. Ika Liana selaku Pengerusi Mesyuarat Panitia Sains memulakan mesyuarat dengan meminta
semua yang hadir untuk membaca Al-Fatihah.
1.2 Beliau juga mengucapkan terima kasih kerana guru dapat hadir pada masa yang telah ditetapkan.
Tindakan: Makluman

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 En Ahmad Mahyuddien mencadangkan minit mesyuarat Panitia Sains Bil 2/2014 disahkan dan
disokong oleh Pn Nurliyana.
Tindakan: Makluman

3. PERKARA BERBANGKIT

3.1 Pn Nurliyana memaklumkan bahawa terdapat kebocoran pada paip Bilik Sains 2.
3.2 En Ahmad Mahyuddien memaklumkan bahawa pembesar suara dalam Bilik Sains 2 juga tidak
berfungsi.

Tindakan: Ketua Panitia


4. BICARA AKADEMIK

4.1 Analisa Ujian Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT)

4.1.1 Pn Ika Liana Bt Khalid membentangkan analisa Ujian Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT)
bagi tahun 1 hingga 6. Analisa peperiksaan adalah seperti di dalam lampiran dibelakang.
Tindakan: Semua guru Sains

4.2 Penggubalan Soalan Ujian Peperiksaan Akhir Tahun (PAT)

4.2.1 Pn Ika Liana Bt Khalid membuat pembahagian penggubalan soalan PAT iaitu

Tahun 1 : Pn Nurliyana Bt Sarip


Tahun 2 : Pn Akmarizan Bt Ahmad
Tahun 3 : Pn LiyanaBt Sarip
Tahun 4 : En Ahmad Mahyuddien Bin Mahmud
Tahun 5 : Pn Ika Liana Bt Khalid
Tahun 6 : Pn Ika Liana Bt Khalid
Tindakan: Semua guru Sains

4.3 Taklimat Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

Pn Ika Liana memberikan taklimat ringkas tentang KBAT. Beliau memaklumkan supaya
menulis sekurang-kurangnya satu soalan KBAT di dalam buku rekod pada setiap kali
pengajaran.
Tindakan: Semua guru Sains

4.4 Taklimat Peta I-Think

Pn Ika Liana membuat pembahagian kepada guru-guru Sains untuk membuat peta I-Think
mengikut tahun yang diajar. Peta yang telah siap nanti akan dikumpul dan diberikan kepada
semua guru sebagai rujukan guru-guru untuk sesi pengajaran dan pembelajaran pada tahun
hadapan.
Tahun 1 : Pn Nurliyana Bt Sarip
Tahun 2 : Pn Akmarizan Bt Ahmad
Tahun 3 : En Ahmad Mahyuddien Bin Mahmud
Tahun 4 : Pn Ika Liana Bt Khalid
Tindakan: Semua guru Sains
4.5 Penetapan Nilai Band Atau Tahap Penguasaan Untuk Pentaksiran

Pn Ika Liana membuat penetapan band atau tahap penguasaan mengikut tahun supaya tidak
bertindan.
Tahun 1 1 Bestari - Tahap 4 hingga 5
1 Kreatif - Tahap 4 hingga 5
1 Maju - Tahap 3 hingga 5
1 Tekun - Tahap 1 hingga 5
1 Harapan - Tahap 1 hingga 3

Tahun 2 2 Bestari - Tahap 4 hingga 5


2 Kreatif - Tahap 4 hingga 5
2 Maju - Tahap 3 hingga 5
2 Tekun - Tahap 2 hingga 4
2 Harapan - Tahap 1 hingga 3

Tahun 3 3 Bestari - Tahap 5 hingga 6


3 Kreatif - Tahap 4 hingga 5
3 Maju - Tahap 2 hingga 5

Tahun 4 4 Bestari - Tahap 4 hingga 6


4 Kreatif - Tahanp 3 hingga 5
4 Maju - Tahap 1 hingga 4

Tindakan: Semua guru Sains


5. HAL-HAL LAIN

5.1 Pn Ika Liana Bt Khalid mengharapkan supaya guru-guru Sains dapat membuat ulangkaji untuk
ujian akhir tahun.

6. PENUTUP

Mesyuarat diakhiri dengan ucapan terima kasih dari Pengerusi. Mesyuarat tamat pada jam 2.10 petang

Disediakan oleh,


(AHMAD MAHYUDDIEN BIN MAHMUD)
Setiausaha Panitia Sains,
SK Kementah, Kuala Lumpur.

Tarikh : 26 Jun 2014


LAMPIRAN
GAMBAR AKTIVITI PANITIA SAINS 2014
GAMBAR AKTIVITI PANITIA SAINS 2014

PEMBINAAN MODUL HEBAT SAINS

RINGKASAN BUKU TEKS TAHUN 4,5 DAN 6


TEKNIK MENJAWAB KERTAS SAINS
BAHAGIAN B DI FRIM, KEPONG

PROGRAM EARTH MINUTE


MINI KARNIVAL SAINS
MINI KARNIVAL SAINS
PERTANDINGAN KUIZ SAINS TAHUN 5 DAN 6
KUIZ SAINS PAGI
AKTIVITI NOTA UNTUK BUMI
PERASMIAN DAN PENUTUP MINGGU PANITIA SAINS
2014
BINAAN KACANG KUDA DAN KERETA BELON
(AKTIVITI SELEPAS UPSR)
REKACIPTA STRAW HARMONIKA STRAW

MAGIKA JUS SAYURAN


(AKTIVITI KELAB SAINS DAN REKACIPTA)
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PUTRAJAYA

MEMBINA PETA PEMIKIRAN I-THINK

You might also like