You are on page 1of 9

KEM SUKAN SEKOLAH

PELAKSANAAN DASAR 1MURID 1SUKAN


1. PENGENALAN

Laporan Jawatankuasa Kabinet 1079 telah memperakukan bahawa aktiviti sukan


adalah penting disemua peringkat persekolahan. Semua murid sekolah diwajibkan
mengambil bahagian dalam kelab atau persatuan sukan dan juga digalakkan
mengambil satu jenis permainan atau sukan. Dapatan kajian sukan telah
menggatakan bahawa aktiviti sukan dapat menyemai, memupuk dan menanam
perasaan kekitaan antara murid-murid pelbagai keturunana yang mempunyai latar
belakang dan cara hidup yang berbeza.

2. LATAR BELAKANG KEM SUKAN SEKOLAH

2.1. Pelaksanaan Dasar 1MURID 1SUKAN ini telah diumumkan oleh YAB Timbalan
Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia pada 17 Mac 2010 dalam
Mesyuarat Jawatankuasa Ad Hoc Pembangunan Sukan Sekolah yang
dipengerusikan oleh YAB sendiri.
2.2. Pelaksanaan Dasar 1MURID 1SUKAN mewajibkan setiap murid menyertai
sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan yang akan dilaksanakan mulai tahun
2011.
2.3. Dasar 1MURID 1SUKAN merupakan usaha Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM) dalam menggalakkan penglibatan menyeluruh (mass participation) murid
dalam sekurang-kurangnya satu sukan di sekolah khususnya bagi murid-murid
yang kurang atau tidak aktif dalam sukan agar dapat melahirkan murid yang
sihat dari segi fizikal dan mental.
2.4. Dasar 1MURID 1SUKAN ini juga akan mengenengahkan murid yang aktif
dalam sukan agar dapat memperkembangkan potensi dan bakat murid kea rah
kecemerlangan sukan.
2.5. Pelaksanaan Dasar 1MURID 1SUKAN dilaksanakan berdasarkan prinsip-prinsip
berikut;
i. Elemen keseronokkan
ii. Dapat memberi pendedahan kemahiran asas permainan
iii. Sebagai elemen untuk mempertingkatkan sosialisasi
iv. Dapat menerapkan elemen inovasi dan kreativiti dalam pengurusan sukan
2.6. Pelaksanaan Dasar 1MURID 1SUKAN dapat memberi peluang secara
menyeluruh kepada semua murid agar melibatkan diri dalam sukan secara
terurus dan terancang serta mengimbangkan focus atau penekanan dalam
melahirkan modal insan secara holistic kea rah pembinaan masyarakat Malaysia
yang berdaya saing tinggi.

3. MATLAMAT KEM SUKAN SEKOLAH

3.1. Melatih satu kumpulan murid yang dapat membantu guru penasihat kelab
sukan menjalankan aktiviti di sekolah.
3.2. Melalui rangsangan / tugasan murid dapat;
3.3. Murid dapat menjalankan aktiviti sukan dengan menggunakan kaedah stesen
yang melibatkan ramai ahli kelab.
3.4. Bersukan melalui aktiviti yang diubahsuai (modified games)

(1)
4. OBJEKTIF KEM SUKAN SEKOLAH

4.1. Meningkatkan keberkesanan pengurusan kelab sukan dan pelaksanaan


aktiviti sukan yang mempunyai unsur keseronokkan
4.2. Menerapkan kemahiran berfikir secara kritis , kreatif dan inovatif dalam
kalangan murid.
4.3. Menerapkan nilai-nilai murni dan kepimpinan melalui aktiviti kelab sukan
4.4. Mewujudkan integrasi kaum melalui penyertaan dalam kelab sukan
4.5. Meningkatkan kesedaran murid terhadap kepentingan aktiviti sukan dalam
mengamalkan gaya hidup yang sihat dan inovatif

5. ASAS-ASAS PERTIMBANGAN KEM SUKAN SEKOLAH

5.1. Pelaksanaan dasar ini telah diumumkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri
merangkap Menteri Pelajaran pada 17 Mac 2010 dalam Mesyuarat Pembangunan
Sukan yang dipengerusikan oleh YAB sendiri
5.2. Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 16, Tahun 2010. Pelaksanaan Dasar 1MURID
1SUKAN iaitu KP(BPSH)-SPDK) 201/500/01Jld.3 (14) bertarikh 1 Disember 2010.
5.3. Dasar 1MURID 1SUKAN mempunyai lia (5) objektif utama bagi memenuhi
pembentukan insan yang syamul dalam akademik dan pembentukan kecergasan
individu iaitu;
i. Meningkatkan kecergasan jasmani
ii. Membentuk sahsiah
iii. Membina jati diri
iv. Meningkatkan disiplin
v. Dapat membentuk nilai murni serta memupuk perpaduan antara kaum.
5.4. Lima strategi telah dirangka bagi melaksanakan Dasar 1MURID 1SUKAN :-
i. Membezakan aktiviti sukan dengan kokurikulum
ii. Memperkasakan penilaian dalam sukan
iii. Mewajibkan pelaksanaan aktiviti sukan sepanjang tahun persekolahan.
iv. Memberi penekanan kepada pendidikan jasmani waktu persekolahan
v. Mengadakan aktiviti asas sukan di sekolah melalui kelab sukan
5.5. Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 16, Tahun 2010: pelaksanaan Dasar 1MURID
1SUKAN iaitu KP(BPSH)-SPDK) 201/500/01Jld.3 (14) bertarikh 1 Disember 2010.
5.6. Pelaksanaan Dasar iMURID 1SUKAN mewajibkan penyertaan murid dalam
sekurang-kurangnya satu sukan telah dilaksanakan mulai tahun 2011. Dalam
aspek penilaian 2012, perubahan pada sistem penilaian sedia ada akan
berkuatkuasa dengan murid Tahun 4 dan Tingkatan 1 berdasarkan aplikasi
Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)
5.7. Memberi peluang kepada semua murid untuk melibatkan diri dalamaktiviti
sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif.
5.8. Dalam jangka masa panjang, Dasar 1MURID 1SUKAN ini berhasrat
membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan
murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun. Di samping memupuk masyarakat
yang mengamalkan gaya hidup sihat, cergas, cerdas serta berdaya saing tinggi.

(2)
5.9. Memberi peluang kepada semua murid yang kurang aktif, berbakat dan
berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi.
5.10. Flasafar Pendidikan Kebangsaan memberi penekanan untuk melahirkan insan
yang seimbang dari segi intelek, rohani,emosi, jasmani dan social. Penekanan
juga diberi dalam membangunkan murid dari aspek domain psikomotor, kognatif
dan afektif.
5.11. Kem Sukan Sekolah merupakan alat perantaraan yang amat penting untuk
menjana dan mewujudkan perpaduan antara kaum dalam masyarakata.

6. KUMPULAN SASARAN KEM SUKAN SEKOLAH

6.1. SEKOLAH RENDAH


i. Tahun 4, 5, dan 6
ii. AJK Induk Kelab Sukan
iii. Bilangan minimum peserta setiap kem 40 orang
iv. Bagi sekolah kurang murid, boleh bergabung dengan beberapa sekolah
lain

6.2. SEKOLAH MENENGAH


i. Tingkatan 2 sahaja
ii. 2 orang wakil setiap kelab sukan dari Tingkatan 2 sahaja
iii. Bilangan maksimum peserta setiap kem 40 orang

7. IMPAK / HASIL KEM SUKAN SEKOLAH:

i. Membina satu kumpulan penggerak sukan atau penggiat sukan sekolah


dalam kalangan murid
ii. Murid yang kreatif dan inovatif dalam mengurus dan mengendalikan aktiviti
kelab sukan
iii. Meningkatkan penyertaan dan penglibatan murid dalam sekurang-kurangnya
satu jenis sukan
iv. Menghasilkan golongan murid yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran
asas sukan serta mengamalkan gaya hidup sihat

(3)
CARTA ALIRAN PENGURUSAN KEM

Pembentukan
Jawatankuasa
Mesyuarat Jawatankuasa

Pelaksanaan

Laporan

(4)

JAWATANKUASA KEM SUKAN SEKOLAH

Pengerusi : Pengetua / Guru Besar

Naib Pengerusi 1: Penolong Kanan Kokurikulum

Naib Pengerusi 2: Penolong Kanan Pentadbiran

Naib Pengerusi 3: Penolong Kanan Hal Ehwal Murid


Setiausaha : Setiausaha Sukan ( Kem Komanden )

Bendahari : Pembantu Tadbir Kewangan

Ahli Jawatankuasa :

i. Latihan / Bengkel
ii. Peralatan
iii. Pendaftaran / Penginapan / Makanan /
Jamuan
iv. Hadiah / Cenderamata / Sijil
v. Jemputan / Sambutan / Buku Program
vi. Perubatan / Keselamatan / Pertolongan
Cemas
vii. Pengangkutan
viii. Siaraya / Publisiti dan Dokumentasi
ix. Urusetia

# Bentuk Jawatankuasa mengikut kesesuaian aktiviti / program dan sekolah

# Ini merupakan cadangan dan tertakluk kepada keperluan sekolah

# Murid boleh terlibat sebagai fasilitator dalam setiap ajk jika sesuai

# Gunakan guru yang telah menghadiri Kursus Guru Pembimbing Kelab Sukan sebagai
jurulatih.
(5)

JADUAL KEM SUKAN SEKOLAH (cadangan)

3 Hari 2 Malam

TARIKH / TINDAKAN /
MASA AKTIVITI
HARI LOKASI
Hari 2.30 4.00 ptg Semua peserta melapor diri
Pemudahcara / Kem
Pertama Kom / Tim Kem Kom
Minum Petang / Solat / Kem Komanden
4.00 4.30 ptg
Pengurusan Diri JK Makanan
SLOT 1 Kem Kom /
4.30 5.30 ptg
Taklimat Kem dan Suai Kenal Pemudahcara
5.30 6.30 ptg SLOT 2 Pemudahcara
Pengenalan Aktiviti Memanas
Badan & Menyejukkan Badan
6.30 8.30 Makan Malam / Solat / Kuliah Kem Komanden
mlm Maghrib / Pengurusan Diri JK Makanan
8.30 10.30 SLOT 3
Pemudahcara
mlm OVEP / Dinamika Kumpulan
10.30 11.00 Minum Malam Kem Komanden
mlm Pengurusan Diri JK Makanan
5.30 6.30 Pengurusan Diri / Solat / Kuliah
Kem Komanden
pg Subuh
6.30 7.00 Perhimpunan Pagi :
Kem Komanden
pg Negaraku / Doa / Taklimat
7.00 7.30 pg Malaysia Cergas / Senamrobik Pemudahcara
7.30 8.00 pg Sarapan Pagi JK Makanan
SLOT 4
8.00 10.00
Pengurusan Sesi Aktiviti Pemudahcara
pg
(Praktikal)
10.00 10.30
Rehat / Minum Pagi JK Makanan
Hari Kedua pg
10.30 12.30 SLOT 5
thg Asas Permainan Kategori Pemudahcara
Serangan
12.30 2.30 Makan Tengahari / Solat / Kem Komanden
ptg Pengurusan Diri JK Makanan
2.30 4.00 SLOT 6
ptg Sistem Pertandingan dan Pemudahcara
Kalah Mati
4.00 4.30 Minum Petang / Solat Kem Komanden
ptg JK Makanan

(6)

4.30 6.30 SLOT 7


ptg Asas Permainan Kategori Pemudahcara
Jaring / Dinding
6.30 8.30 Makan Malam / Solat / Kuliah Kem Komanden
mlm Maghrib / Pengurusan Diri JK Makanan
SLOT 8
8.30 10.30
Keselamatan & Kesihatan Pemudahcara
mlm
Dalam Sukan
10.30 11.00 Minum Malam Kem Komanden
mlm Pengurusan Diri JK Makanan
Hari Ketiga 5.30 6.30 Pengurusan Diri / Solat / Kuliah
Kem Komanden
pg Subuh
6.30 7.00 Perhimpunan Pagi :
Kem Komanden
pg Negaraku / Doa / Taklimat
7.00 7.30 pg Malaysia Cergas / Senamrobik Pemudahcara
7.30 8.00 pg Sarapan Pagi JK Makanan
SLOT 9
8.00 10.00
Asas Permainan Kategori Pemudahcara
pg
Memukul & Menendang
10.00 10.30
Rehat / Minum Pagi JK Makanan
pg
10.30 12.30 SLOT 10
thg Sesi Maklumbalas / Penilaian / Kem Komanden
Penutupan / Penyampaian Sijil
12.30 2.30 Makan Tengahari / Solat / Kem Komanden
ptg Pengurusan Diri / Bersurai JK Makanan

Talian Penting Untuk Dihubungi

Polis :

Ambulans :

Hospital :

Klinik Kesihatan :

GPK Kokurikulum :

# Untuk asas-asas permainan sila rujuk Kad sumber TOP Play dan TOP Sport
di laman web Kementarian Pelajaran Malaysia
(7)

LAPORAN PELAKSANAAN KEM SUKAN SEKOLAH


1. SEKOLAH :

2. DAERAH / PPD :

3. NEGERI :

4. TARIKH KEM :

5. TEMPAT :

6. TEMPAT PENGINAPAN :

7. BILANGAN MURID :
MELAYU CINA INDIA LAIN-LAIN JUMLAH
L P L P L P L P L P

8. NAMA JURULATIH / GURU :

BI NAMA ALAMAT NO. H/P


L SEKOLAH

9. CADANGAN / ULASAN :

9.1.Ulasan / Cadangan program

10.IMPLIKASI KEWANGAN :

11.BAHAN DOKUMUNTASI YANG PERLU DIHANTAR KE PPD:


11.1. Laporan bertulis (hardcopy dan softcopy)
11.2. Gambar pegun dan rakaman video dalam bentuk cakera padat (CD)

# Laporan dikembalikan kepada Penyelia Kanan Sukan, Pejabat Pelajaran Daerah Kota
Tinggi sebelum atau pada 15 Oktober 2013.

You might also like