You are on page 1of 4

6 Idea Menggalakkan Ibu Bapa menggunakan

Frog VLE
Mohd Razif Abdul Razak 17/09/2015 0 Comments
Nama saya tersenarai sebagai Top 4 dalam 1Bestarinet Teacher Awards 2015 yang lepas. Saya menerima email daripada
penyelaras anugerah, Chan Hui Su meminta maklumat tambahan untuk ditentukan nama akhir penerima anugerah di akaun
email 1Bestarinet. Namun. saya yang jarang sekali membuka peti email tersebut, lebih selesa menggunakan email peribadi
sehinggakan saya terlepas peluang, tidakpun membalas email mereka.
Setelah nama disiarkan, saya diumumkan sebagai Honorable Mention bagi kategori Best Advocate Teacher. Itu sudah
cukup bagi saya. Bukan nama dan anugerah yang dikejar sebenarnya, tetapi satu kredit dan promosi untuk projek yang saya
dan rakan-rakan jalankan dengan penat lelah bersama pasukan Student Frog Champions jv. SEMESTA STUDIO untuk
meningkatkan penggunaanVLE. Saya sedari begitu mencabar untuk menggalakkan ibubapa mendekati VLE kerana realiti latar
masyarakat luarbandar dan faktor kemudahan disini.

Apa yang cuba dikongsi oleh saya adalah idea. Program Jelajah VLE yang saya jalankan pada Mac lepas jika dilakukan oleh
setiap sekolah, ianya sedikit sebanyak dapat mempromosikan VLE terus kepada masyarakat. Pelaksanaannya pula,
bergantung kepada kesesuaian sesuatu tempat atau komuniti. Sebelum itu perlu difikirkan atas kepentingan apa ibu bapa perlu
menglog masuk kedalam palatform VLE, dan adakah guru-guru serta pelajar sudah cukup menggunakan platform tersebut
sebelum mempromosi kepada mereka.
Disenaraikan 6 idea untuk menggalakkan ibu bapa menggunakan paltform Frog VLE.
1. Memaut/membenamkan aplikasi berkaitan ibu bapa di dashboard sekolah
Aplikasi yang berguna seperti SAPS Online (akses ibubapa) boleh dibenamkan bersama laman dashboard. Ibubapa akan ke
laman khas ini untuk menyemak keputusan peperiksaan dalaman anak mereka. Proses benaman web (embed site)
bermaksud ibu bapa perlu memasuki laman VLE dahulu, web SAPS Online yang dikendalikan oleh KPM akan diletak diatas
palatform VLE untuk beroperasi. Benamkan juga laman web yang dirasakan berguna untuk mereka dan juga sesuai dengan
selera mereka.
2. Siri Jelajah VLE
Sepasukan Student Frog Champions digerakkan secara roadshow ke kawasan tumpuan orang ramai menawarkan apa yang
boleh dilakukan oleh Frog VLE. Tunjukkan kepada ibubapa bahawa dengan VLE kita dapat gunakan untuk urusan
berkepentingan seperti menyemak keputusan peperiksaan anak, menyemak BR1M, menyemak saman trafik dan sebagainya.
Sediakan pencetak untuk mencetak terus halaman perkhidmatan yang mereka kehendaki. Semua aplikasi ini dipaut/dibenam
terus dari platform VLE.
3. Kempen Penggunaan
Student Frog Champions perlu mencetak poster dan brosur manual pengguna bagaimana FROG VLE dapat membantu pelajar
dalam pembelajaran dan ibubapa untuk memantau perkembangan pelajar. Kempen ini juga boleh menumpang beberapa
program sekolah atau komuniti dengan mengarahkan pasukan ini membuka Booth VLE. Sebagai contoh, promosi dijalankan
semasa mesyuarat PIBG, Hari Bertemu Waris, sambutan Maulidur Rasul masyarakat setempat atau program komuniti.
4. Kerjasama dengan PIBG
Pihak sekolah boleh meminta pihak PIBG membentuk sekumpulan ibu bapa yang boleh memberi komitmen dan cekap
berkomputer untuk dilatih menggunakan platform ini. Guru-guru kepada anak kumpulan ibu bapa ini haruslah menggunakan
platform ini secara total. Lantik seorang guru yang berkomitmen tinggi dan cekap ICT (bukan pentadbir VLE ataupun bukan
jawatankuasa PIBG) untuk bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kumpulan ini.
5. Anugerah VLE untuk ibubapa
Intensif seperti ini juga penting untuk menggalakkan ibubapa supaya lebih bersemangat menggunakan platform ini. Namakan
dengan nama yang bernilai tinggi seperti Anugerah Tokoh Gemilang VLE Ibu Bapa dan diberi secara tahunan dalam mesyuarat
PIBG. Tidak memerlukan ganjaran wang tunai, sekeping sijil yang diframekan, sebuah plak dan sebungkus hamper sudah
memadai.
6. Kerjasama dengan Pusat Internet Komuniti
Pusat internet komuniti mempunyai aktiviti khas tahunannya yang perlu dijalankan untuk masyarakat. Apa kata, Frog VLE
dijadikan salah satu tajuk dalam program mereka. Perkongsian dana melaksanaan program ini akan menjimatkan kos
penganjuran oleh pihak sekolah. Tidak semestinya ibu bapa yang menggunakan ID pengguna yang dibekalkan. Ahli keluarga
dewasa lain juga dapat berperanan andainya ibu bapa buta IT.
Realitinya, begitu mencabar usaha untuk meningkatkan penggunaan oleh ibu bapa ini sepertimana yang dihasratkan oleh
pihak kementerian. Untuk meningkatkan pengguna dalam kalangan guru dan pelajar sendiripun begitu sukar untuk mencapai
KPI yang ditetapkan, apatah lagi ibubapa yang ramai tidak memahami apa itu konsep VLE serta sibuk dengan komitmen lain
yang lebih penting bagi mereka.
Seperti yang saya katakan diatas, apa yang penting, kita telahpun berusaha menerusi kempen serta promosi yang dijalankan.
Ia sedikit sebanyak dapat menyedarkan masyarakat mengenai kewujudan platform pembelajaran canggih ini untuk anak anak
mereka. Dan yang lebih utama, daripada pengalaman saya, pelajar dari pasukan Student Frog Champion yang menjalankan
promosi di lapangan belajar banyak perkara yang tentunya berguna dalam kehidupan mereka kelak.
Dibuka sebarang idea lain untuk menggalakkan ibu bapai mencapai platform ini, sila kongsikan idea anda pada fungsi komen
dibawah.

You might also like