You are on page 1of 11

See

discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.net/publication/281447020

Ciri-Ciri Hotel Patuh Syariah Terhadap Masa


Depan Pelancongan Islam Di Malaysia: Satu
Tinjauan Literatur

Conference Paper March 2015

CITATIONS READS

0 2,997

1 author:

Rosmawati Mohamad Rasit


National University of Malaysia
12 PUBLICATIONS 10 CITATIONS

SEE PROFILE

All content following this page was uploaded by Rosmawati Mohamad Rasit on 27 October 2015.

The user has requested enhancement of the downloaded file. All in-text references underlined in blue are added to the original document
and are linked to publications on ResearchGate, letting you access and read them immediately.
PROSIDING KOLOKIUM JEJAK WARISAN ILMU ISLAM (JEWARIS 2015)

Prosiding Kolokium Jejak Warisan Ilmu Islam :


Disunting oleh:
Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor
ISBN
http://www.ukm.my/fpi

Ciri-Ciri Hotel Patuh Syariah Terhadap Masa Depan Pelancongan Islam Di


Malaysia: Satu Tinjauan Literatur

Siti Fatma Binti Mansor & Rosmawati bt Mohamad Rasit

Jabatan Pengajian Dakwah Dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam


Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi

Abstrak: Salah satu produk pelancongan Islam yang dijangka mampu berpotensi untuk
diketengahkan ialah Hotel Patuh Syariah. Ia merupakan konsep pengurusan perhotelan yang
bercirikan islamik dan semakin mendapat tempat di negara-negara timur tengah dan juga Arab
Saudi. Hotel yang bercirikan patuh syariah adalah penting kepada pelancong Muslim pada hari ini
dan ia juga dijangka mempunyai potensi yang baik pada masa hadapan. Namun begitu kebanyakan
hotel-hotel yang dilaksanakan pada hari tidak bercirikan hotel patuh syariah secara sepenuhnya.
Sepatutnya Malaysia sebagai sebuah negara Islam perlu menjalankan dan melaksanakan Hotel
Patuh Syariah secara keseluruhannya, hal ini kerana ia merupakan salah satu keperluan kepada
pelancong dan juga kepada pengguna pada hari ini. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk
mengenal pasti apakah ciri-ciri hotel patuh syariah. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan
reka bentuk kajian analisis kandungan. Hasil kajian menunjukkan terdapat banyak ciri ciri yang
boleh dikelaskan sebagai hotel patuh syariah namun ia tiada panduan yang khusus yang
dikeluarkan oleh JAKIM. Ia juga mempunyai masa depan yang positif pada hari ini dan pada
masa hadapan.

Kata Kunci : Ciri-Ciri Hotel Patuh Syariah, Masa Depan Hotel Patuh Syariah

PENGENALAN

Malaysia adalah sebuah negara yang berbilang kaum. Agama Islam adalah sebagai agama rasmi,
yang mana terdiri daripada kira-kira 61.4 peratus penganut Islam, atau kira-kira 17 juta orang,
pada tahun 2010. Pada tahun 2011 Malaysia terdiri dengan 28.9 juta daripada jumlah penduduk
dan daripada yang 61.4 peratus adalah penduduk Islam yang bersamaan dengan 17744600. Dalam
pada itu hotel patuh syariah mempunyai kaitan dengan industri halal yang terdiri daripada produk
makanan, farmaseutikal, kosmetik, pembungkusan dan logistik Halal dan juga perkhidmatan yang
diketengahkan oleh banyak negara terutama Malaysia Zakiah (2012). Dapat dikatakan bahawa
keperluan makanan halal sangat diperlukan pada era ini.
Salah satu elemen yang diketengahkan dalam kajian ini ialah kemudahan penginapan, ia
merupakan faktor yang penting dalam industri pelancongan iaitu melalui perkhidmatan
perhotelan. Menurut kajian Asiah (2006), bagi menampung jumlah kedatangan pelancong yang
semakin meningkat jumlah-jumlah bilik hotel ditambah. Kelayakan taraf perintis diperluas
kepada semua pengusaha-pengusaha hotel bertaraf sederhana dan rendah .Insentif juga diberikan
untuk projek-projek membesarkan saiz dan memodenkan hotel sedia ada (Asiah 2006).
Menurut Ensiklopedia Dunia, (2005) hotel ialah organisasi yang menyediakan
penginapan bermalam bagi orang ramai. Perkhidmatan asas hotel ialah menyediakan penyediaan
bilik untuk seseorang tidur atau menginap. Hotel mempunyai sekurang-kurangnya sebuah
restoran. Kebanyakan hotel besar menawarkan bilik dan perkhidmatan untuk mesyuarat dan ada
sesetengahnya mempunyai kedai serta menyediakan hiburan.
Menurut Nazifah (2011) syariah boleh diertikan sebagai hukum-hukum yang
diperintahkan Allah SWT ke atas hamba-hambanya supaya mereka beriman dan beramal
dengannya yang boleh membawa kepada kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Manakala

1
PROSIDING KOLOKIUM JEJAK WARISAN ILMU ISLAM (JEWARIS 2015)

menurutnya lagi dalam Yusuf al-Qardawi( 1996) syariah ialah segala sesuatu yang di tetapkan
Allah kepada para hamba-Nya berupa dien (agama) atau dengan kata lain segala sesuatu yang di
syariat kan Allah berupa dien yang diperintahkan-Nya, seperti shaum (puasa), solat, haji, zakat
dan seluruh amal kebajikan. Objektif kertas kerja ini ialah untuk mengetahui ciri-ciri Hotel Patuh
Syariah itu sendiri.
Hotel Patuh Syariah pula dikenali sebagai hotel yang Islam, boleh ditakrifkan sebagai
sebuah hotel yang menyediakan perkhidmatan selaras dengan prinsip-prinsip Syariah. Terutama,
syariah dianggap sebagai tata kelakuan yang mengawal kehidupan Islam. Hotel patuh syariah juga
telah menjadi satu konsep yang menarik di Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA). Hotel Patuh
Syariah juga mencatatkan permintaan yang semakin meningkat di seluruh dunia.
Persoalannya bagaimanakah ciri-ciri hotel patuh syariah?. Pada hari ini, kebanyakan hotel-
hotel yang dibina tidak memenuhi tuntutan Syariah, hal ini dibuktikan menurut Andek Masnah
(2010); Wan Sahida (2011) berpendapat Malaysia sebagai sebuah negara Islam sepatutnya
memiliki hotel dan rumah-rumah tumpangan yang beridentitikan keislaman dan kualiti, tempat-
tempat penginapan tersebut perlu bersih daripada perbuatan maksiat dan perbuatan yang
bertentangan dengan Islam. Menurut Fadil (2013 kebanyakan hotel-hotel 4 dan 5 bintang yang
beroperasi di pusat-pusat pelancongan utama negara kurang menyediakan bar yang menyediakan
makanan yang beralkohol.
Namun dalam hal ini, bukan bermaksud kesemua hotel yang dibina tidak mematuh syariah,
ada juga hotel yang diiktiraf oleh JAKIM hotel yang Patuh Syariah iaitu antaranya Hotel De
Palma, hotel Blue Waves, Sime Darby. Persoalan Kajian disini ialah apakah ciri-ciri hotel patuh
syariah dan seterusnya adakah Hotel Patuh Syariah meyumbang kepada pembangunan negara.
Sememangnya, perkhidmatan perhotelan juga menyumbang kepada ekonomi negara. Ini kerana
apabila tetamu yang menginap di hotel mereka akan menghabiskan perkhidmatan hotel dan
membeli produk dari kedai-kedai tempatan dan seterusnya menyumbang kepada ekonomi tempatan
(Wan sahida et al. 2011)
METODOLOGI KAJIAN

Metode kajian ini adalah menggunakan pendekatan kualitatif dan reka bentuk kajian ini adalah
berasaskan analisis kandungan.

Metod Pengumpulan Data

Metode analisis kandungan melalui kajian kepustakaan dilakukan terhadap bahan literatur secara
mendalam, seperti artikel jurnal dan prosiding, tesis, buku dan laman web yang berkaitan dengan
ciri-ciri hotel patuh syariah. Data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif. Data kajian ini
diperoleh daripada sumber primer dan sumber sekunder dari data berbentuk tekstual. Antaranya al-
Quran dan al-Hadis. Pemerhatian dilakukan tanpa melibatkan diri atau ikut serta secara langsung
dalam kelompok yang akan dikaji. Di mana beberapa orang pekerja di hotel tersebut dan
menjalankan pemerhatian dengan melihat pelaksanaan ciri-ciri hotel patuh syariah. Selain itu, temu
bual juga dilakukan berbentuk soalan separa struktur dan soalan tidak berstruktur dengan menemu
bual Pengurus Hotel, penjaga kaunter dan juga pengemas bilik tetamu yang terlibat. Kesemua
sampel dipilih secara purposive.

Metod Analisis Data

Data-data yang diperoleh dalam bentuk dokumen atau tekstual dianalisis menggunakan analisis
kandungan. Manakala data yang diperoleh daripada temu bual yang dilakukan, dianalisis dari
transkripsi temu bual. Data yang terkumpul akan di analisis secara induktif, deduktif, komparatif
dan tematik dengan menggunakan perisian Nvivo.

2
PROSIDING KOLOKIUM JEJAK WARISAN ILMU ISLAM (JEWARIS 2015)

Analisis Tinjauan Literatur

Penulisan ini merupakan satu tinjauan terhadap kajian-kajian lepas berkaitan dengan isu mengenai
ciri-ciri Hotel Patuh Syariah di Malaysia, isu ini timbul disebabkan oleh kebanyakan hotel yang
dibina di Malaysia tidak menepati syariah, dan hanya beberapa buah hotel sahaja yang dilabel oleh
JAKIM sebagai yang memenuhi etika dan piawainya dalam Islam. Justeru pengusaha hotel
perlulah mengambil jalan alternatif dengan memperkenalkan salah satu produk baru iaitu hotel
yang patuh syariah.
CIRI-CIRI PERSONALITI DALAM PENGENDALIAN HOTEL
Terdapat beberapa bidang utama dalam pengendalian perhotelan iaitu bahagian pengurusan,
perkhidmatan, penyambut tetamu, perkhidmatan makanan dan minuman, kulinari, kejuruteraan,
seni taman, pereka hias, pemasaran dan lain-lain. Industri perhotelan yang bermaksud hospitable
mempunyai makna seseorang yang suka memberi perkhidmatan ataupun meraikan sesuatu, dengan
itu sesiapa yang berminat berkecimpung dalam bidang perhotelan perlu mempunyai ciri-ciri utama
seperti (Shahrim 2007):
1) Personaliti yang menarik. Mempunyai perwatakan yang menarik dan mampu menarik
perhatian pelanggan dengan layanan yang istimewa. sentiasa bersedia memberikan perkhidmatan
yang terbaik kepada pelanggan. menjaga cara pembawaan diri di khalayak ramai.

2) Berbudi bahasa. Bersopan santun adalah amalan mulia yang disenangi oleh semua orang.
boleh berbicara dengan baik dan mampu mengatasi sesuatu kesulitan dengan cara yang berkesan.

3) Berkomunikasi dengan baik. Seseorang itu perlu bersikap terbuka dan dapat berkomunikasi
dengan segenap lapisan masyarakat daripada kerabat diraja, perdana menteri, presiden hingga
kepada kalangan orang biasa.

4) Sensitif. Sensitif pada pelanggan dan mengambil berat dengan keadaan pelanggan. sentiasa
menunjukkan minat yang tinggi pada tugas yang dilakukan. Mengambil kira perasaan pelanggan
apabila berurusan dengan mereka.

5) Jujur. Kejujuran penting dalam apa sahaja yang dilakukan. tambahan pula, pekerjaan ini
memerlukan anda berurusan dengan pelanggan di bilik. sekiranya pelanggan meninggalkan barang
berharga di dalam bilik, adalah bertanggungjawab memulangkannya semula kepada pelanggan.

Dapat didimpulkan bahawa, untuk ke arah hotel yang patuh syariah, staf hospitaliti perlu
mempunya personaliti yang baik untuk pengendalian hotel. Hal ini penting untuk mempromosikan
premis hotel tersebut.

HOTEL PATUH SYARIAH KENPETINGANNYA

Dalam menentukan kejayaan dalam industri pelancongan adalah penting puntuk menekankan
kepada lima aspek utama iaitu, mempunyai daya tarikan, promosi daripada masyarakat,
menyediakan tempat tinggal, dan juga layanan mesra, salah satu aspek yang dikaji ialah,
perkhidmatan perhotelan. Sektor perhotelan adalah sangat penting dalam industri pelancongan, hal
ini kerana statistik menunjukkan jumlah penginap hotel di Malaysia dari semasa hingga ke semasa
menunjukkan peratusan yang meningkat pada saban hari.
Apa yang jelas, hal ini menunjukkan bahawa perkhidmatan perhotelan mempunyai potensi
yang baik untuk maju kerana menjadi tarikan pelancong. Menurut Asiah (2006) bagi menampung
jumlah kedatangan pelancong yang semakin meningkat jumlah-jumlah bilik hotel ditambah.
Kelayakan taraf perintis diperluas kepada semua pengusaha-pengusaha pelancongan terutama
pengusaha hotel bertaraf sederhana dan rendah yang telah disahkan Insentif juga diberikan untuk
projek-projek membesarkan saiz dan memodenkan hotel sedia.
Melalui kepuasan pelancongan pula boleh dikatakan bahawa, diantara unsur-unsur yang
mempengaruhi keputusan pelancongan ialah kemudahan tempat tinggal iaitu hotel, motel, kawasan

3
PROSIDING KOLOKIUM JEJAK WARISAN ILMU ISLAM (JEWARIS 2015)

perkhemahan, tempat tinggal dan sebagainya Abd Jalil (1988). Kepuasan adalah sesuatu yang
dititikberatkan dalam industri pelancongan, apabila pelancong merasa detik-detik kepuasan maka,
pengulangan pelancongan itu akan berlaku pada masa akan datang. Dapat dikatakan bahawa
kepuasan pelancong adalah penting untuk kunjungan pada kali ke dua dan akan datang.
Justeru, salah satu produk pelancongan buatan yang berpotensi untuk diketengahkan ialah
Hotel Patuh Syariah. Ia merupakan konsep pengurusan perhotelan yang semakin mendapat tempat
di negara-negara timur tengah dan juga Arab Saudi. Konsep hotel patuh syariah ini masih di
peringkat pengenalan dan dibina bagi memenuhi permintaan kebanjiran-kebanjiran pelancong-
pelancong yang beragama Islam yang semakin bertambah. Ia juga semakin mendapat tempat di
kalangan masyarakat Arab.
Berdasarkan statistik pelancongan Malaysia menunjukkan 21.75 peratus daripada 25 juta
pelancong asing yang melawat Malaysia pada tahun 2012 terdiri daripada pelancong Muslim (ITC
2012). Ini menunjukkan negara Malaysia mempunyai potensi yang cukup besar ke arah
mempromosi pelancongan Islam. Status Malaysia sebagai destinasi utama pelancongan Islam ini
jelas dihujahkan Abdul Ghani (2013) yang menyatakan bahawa Malaysia merupakan destinasi
utama pelancongan Islam yang mana kedatangan pelancong Muslim menunjukkan peningkatan
ketara semenjak tahun 2000 (Rosmawati et al. 2014).
Kepentingan perkhidmatan perhotelan ini adalah penting kerana, ia merupakan keperluan
kepada pelancong dalam memberikan perkhidmatan penginapan, dan juga perkhidmatan makanan
dan juga minuman. (Abdul Munit 1988) statistik menunjukkan jumlah penginap hotel di Malaysia
sehingga bulan September 1996 ialah seramai 13.5 juta orang. Dari jumlah ini, sebanyak 4.8
peratus atau 594,21 adalah penginap hotel contohnya penginap hotel yang menginap di Selangor.
Dari jumlah ini seramai, 430, 688 atau 72.5 dari mereka pula terdiri dari pelancong asing. Apa yang
jelas, peratusan ini menujukan bahawa Selangor mempunyai potensi yang baik untuk maju kerana
menjadi tarikan pelancong.
Hal ini dibuktikan dengan statistik yang menunjukkan perkembangan perhotelan iaitu
pada tahun 1980 iaitu sebanyak 803 buah hotel namun pada tahun 2008 pula jumlah hotel adalah
meningkat iaitu sebanyak 2,373 buah hotel Asiah (2006). Oleh itu pengendali hotel perlu
mengambil langkah yang bijak dalam memajukan perkhidmatan mereka dengan menawarkan
perkhidmatan hotel yang bercirikan Islam. Menurut statistik yang dilaporkan oleh Pertubuhan
Pelancongan Dunia (2010), Hotel Patuh Syariah mewakili hampir 10 peratus daripada pasaran
pelancongan global.
Hal ini dibuktikan lagi dalam kajian yang diterbitkan oleh Perhotelan Timur Tengah
(2008a) pada 1,000 pelancong dari 8 buah negara di Timur Tengah, 80% daripada responden lebih
suka tinggal di hotel patuh syariah Hesham et al. (2014). Perlu ditekankan bahawa Hotel Patuh
Syariah bukan untuk menggantikan konsep hotel yang sedia ada tetapi untuk menawarkan
perkhidmatan alternatif dan operasi terutamanya untuk memenuhi pelancong Muslim dan lain-lain
(Zakiah 2012).
Daripada dapatan tersebut dapat dikatakan bahawa Hotel Patuh Syariah mempunyai
potensi yang besar untuk dikembangkan dan diperluaskan pada masa hadapan dan mempunyai
pelbagai kepentingan kepada pengguna dan juga kepada pelancong dari dalam mahupun luar
negara. Hal ini dibuktikan melalui kajian yang dijalankan oleh Zakiah (2012) kepentingan hotel
Patuh Syariah di Malaysia adalah ia dapat meningkatkan keyakinan orang ramai bahawa semua
amalan dan aktiviti yang mematuhi syariah pada setiap masa sama ada dalam produk-produknya,
instrumen, operasi, amalan, pengurusan dan lain-lain. Pelancong tidak perlu berkejar-kejar dan
menghabiskan masa untuk keluar dari tempat penginapan semata-mata untuk mencari makanan dan
tempat solat yang selamat digunakan.
Di samping itu juga bertujuan untuk mencapai masyarakat kesejahteraan yang juga
dikenali sebagai kepentingan awam maslahah. Ia boleh dikatakan bahawa kepentingan awam
secara amnya dikenali sebagai mencari atau mempromosikan sesuatu yang berguna dan pada masa
yang sama mengeluarkan sesuatu yang berbahaya. Jika kita merujuk kepada objektif undang-
undang Islam, adalah jelas mensasarkan dalam melindungi lima nilai-nilai penting yang melindungi
agama, nyawa, akal, keturunan dan harta (Zakiah 2012).

4
PROSIDING KOLOKIUM JEJAK WARISAN ILMU ISLAM (JEWARIS 2015)

Pelancongan Islam menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan


terutamanya bagi mereka yang menekankan gaya hidup Islam. Sebagai contoh dalam bidang
hospitaliti, industri ini biasanya tidak mengambil pekerja yang memakai hijab terutamanya dalam
bidang perhotelan. Yang mana staf hospitaliti bebas untuk memakai tudung untuk berkhidmat
kepada pelanggan (Lina & Hairul 2013).
Tambahan lagi, menurut Fadil (2011) dapat dikatakan bahawa hotel yang bercirikan patuh
syariah penting kepada pengguna pada hari ini, kerana ia dapat memudahkan dan memberi manfaat
kepada pengguna, pengguna juga tidak perlu was-was apabila menggunakan perkhidmatan
tersebut. Hal ini boleh menyebabkan keselesaan kepada pengguna.
Hotel Patuh Syariah adalah penting kepada pelancong dan pengguna Muslim, hal ini kerana
untuk menampung kemasukan pelancong Muslim yang semakin bertambah terutamanya di
kalangan pelancong Asia Barat. Maka langkah yang bijak dilakukan ialah dengan mengeluarkan
persijilan halal dalam menarik lebih ramai pelancong Islam dalam negara dan di peringkat
antarabangsa (Zakiah 2013).
Dalam hal ini, pelbagai usaha untuk membudayakan nilai-nilai Islam dalam pelancongan
menerusi tempat-tempat penginapan ini bukanlah suatu usaha yang mudah lebih-lebih lagi
sekiranya pengusaha itu terlalu memikirkan keuntungan dan beranggapan dengan melaksanakan
ajaran Islam akan menyebabkan perniagaan mendapat kerugian dan menjadikan para pelancong
tidak berminat mengunjung tempat-tempat penginapan yang mereka sediakan (Salasiah &
Razaleigh 2003).
Namun perlulah dihayati sekiranya usaha-usaha pelancongan itu membawa unsur-unsur
bersubahat tentulah impaknya usaha pelancongan yang dilakukan itu jauh sekali dengan rahmat
Allah SWT. Rezeki yang tidak berkat pula selalunya membawa kesan-kesan sampingan yang tidak
baik seperti keuntungan itu cepat hilang, keluarga kucar-kacir, kehidupan menjadi resah dan
sebagainya (Salasiah & Razaleigh 2003).
Usaha-usaha untuk menarik pelancong Islam di seluruh dunia datang ke sini setiap tahun.
Berhubung dengan kualiti perkhidmatan untuk hotel, ia biasanya merujuk bilik yang selesa dan
baik dikekalkan, lokasi dan keselamatan tempat yang kandungan termasuk juga fasiliti bilik
(Zakiah 2013).
Kesimpulan Hotel Patuh Syariah sangat penting dalam aktiviti pelancongan dan kepada
pengguna muslim khususnya. Dengan adanya hotel patuh syariah dapat menarik minat pelancong
Asing ,sekali gus dapat meningkat kan pendapatan kepada negara. Hal ini kerana, pemakanan yang
halal penting bagi umat islam, kerana ia merupakan syarat bagi penyediaan pemakanan yang halal
lagi baik.
CIRI-CIRI HOTEL PATUH SYARIAH

Di sebalik keterbatasan penulisan secara serius ini, Produk Hotel Patuh Syariah adalah sesuatu
yang baru dalam pelancongan Islam, pengkaji dan ahli Sarjana kurang membincangkan mengenai
hotel yang berkonsepkan Patuh Syariah. Namun ada juga sebahagian penulis membincangkan hotel
mengenai hotel patuh syariah. Seperti apa yang sedia maklum, perkhidmatan perhotelan adalah
sangat penting dalam pelancongan Islam, menyedari kepentingan itu, salah satu produk yang akan
diperluaskan melalui Hotel Patuh Syariah.
Di Malaysia, hanya beberapa buah hotel sahaja yang boleh dilabelkan sebagai hotel yang
bercirikan Islam yang mana, statistik dari JAKIM telah menunjukkan bahawa hanya 101 hotel di
seluruh Malaysia telah menggunakan Sijil Halal dari JAKIM atau MAIN manakala selebihnya
masih tidak berbuat demikian. (JAKIM Halal Buletin 2011) ia adalah penting bahawa kesedaran di
kalangan pengusaha hotel di Malaysia yang diperakui hotel mereka dengan JAKIM (Zakiah 213).
Dalam kajian lepas telah mengenalpasti bahawa maksud hotel Patuh Syariah boleh
ditakrifkan sebagai sebuah hotel yang menyediakan perkhidmatan selaras dengan prinsip-prinsip
Syariah. Hotel Patuh Syariah tidak hanya terhad untuk menyajikan makanan halal dan minum
tetapi operasi di seluruh hotel juga akan diuruskan berdasarkan prinsip-prinsip Syariah (Wan
Sahida et al. 2012) . Manakala menurut Hesham et al. (2014) dalam kajiannya bertajuk Sharia-
Compliant Hotel Egypt Concept And Challenges, mendefinisikan hotel patuh syariah ialah, hotel
yang tidak mengambil alkohol atau daging babi dibenarkan, perlu pengasingan bilik jantina,

5
PROSIDING KOLOKIUM JEJAK WARISAN ILMU ISLAM (JEWARIS 2015)

manakan penyediaan produk makanan halal. Lain-lain ciri-takrifkan penting termasuk al- Quran
dan doa tikar dalam setiap bilik, tiada kelab malam, disko atau bar, dan adanya arah kiblat dalam
setiap bilik.
Manakala menurut Fadil (2011) dalam kajiannya yang bertajuk Hotel patuh syariah ialah
hotel mempunyai ciri-ciri seperti yang beroperasi di negara Tengah mempunyai pelbagai versi dari
segi amalan pengurusan dan perniagaan. Hotel yang tidak menyediakan minuman keras juga layak
dikategorikan sebagai hotel patuh syariah, walaupun tidak mematuhi peraturan-peraturan yang lain
yang digariskan oleh syarak. Namun berbeza pula pandangan Battour et al. (2010) bahawa dapur
juga perlu Halal bahawa makanan halal dan tidak halal tidak boleh dimasak bersama-sama dalam
dapur yang sama dan dengan peralatan yang sama. Menurut Hesham (2014) dalam kajiannya boleh
dikatakan bahawa untuk mengetuai ciri-ciri hotel patuh syariah adalah melalui beberapa kategori
antaranya ialah operasi, reka bentuk dan kewangan namun begitu ciri-ciri ini tidak bersepakat
dalam memutuskan perkaitan tersebut begitu juga (Wan Sahida 2011) hotel Patuh Syariah tidak
hanya terhad untuk menyajikan makanan halal dan minum tetapi operasi di seluruh hotel juga akan
diuruskan berdasarkan prinsip-prinsip Syariah.
Dalam konteks lain dalam nada yang agak keras menurut Zakiah (2013) dalam kajiannya
yang bertajuk Towords the formation of syariah compliant hotel in Malaysia Hotel Patuh Syariah
adalah berkenaan hotel yang menyediakan perkhidmatan selaras dengan prinsip-prinsip Syariah di
mana ia tidak hanya terhad untuk berkhidmat minuman makanan yang halal, tetapi lebih daripada
itu adalah untuk memastikan keseluruhan operasi di seluruh hotel juga akan beroperasi di mengikut
prinsip-prinsip Syariah. Antara contohnya ialah, pemilik hotel mesti menyumbang sebahagian hasil
to Zakat . Ia merangkumi lebih dari itu bahawa jika nilai teras seperti hotel berikut perspektif Islam
dalam semua aspek, dari pembersihan kepada amalan perakaunan.
Berdasarkan kajian Zakiah & Noorsalwati (2012) apa yang menjadi permasalahannya pada
hari ini tidak ada garis panduan lagi yang diperuntukkan oleh JAKIM dalam menentukan garis
panduan Hotel Patuh syariah, menurut dalam kajian yang bertajuk Developing halal standart for
Malaysian hotel. International halal conference mengikut (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)
sehingga sekarang tidak ada garis panduan undang-undang atau standard yang dikawal selia untuk
pemilik hotel itu untuk membolehkan mereka mematuhi sepenuhnya dan dilengkapi dengan
keperluan sebagai Hotel Patuh Syariah secara keseluruhan yang meliputi keseluruhan premis
semasa memohon persijilan halal. Apa yang mereka hanya mempunyai satu garis panduan halal
dan sijil pada makanan dan keluar minuman tetapi tidak meliputi seluruh premis dan pengurusan.
Menurut Zakiah (2012) beberapa penulis Islam menerangkan beberapa ciri-ciri asas Hotel
Patuh Syariah yang dalam perkara berikut:
1) Makanan yang halal dan tidak alkohol untuk disampaikan dalam premis atau hotel.
2) Mempunyai Kitab al-Quran, sejadah dan anak panah yang menunjukkan arah kiblat
3) kedudukan Katil dan tandas yang tidak menghadapi kiblat.
4) Terdapat doa bilik terdapat di premis dan hotel.
5) Kakitangan staf hotel yang menutup aurat
6) Doa bilik terdapat di premis dan hotel.
7) Pengasingan bilik mandi /lantai bagi pasangan yang belum berkahwin di antara wanita
lelaki.
8) Pelancong yang berpakaian menutup aurat
9) Tidak ada perjudian dan alkohol minuman di lobi hotel atau restoran
10) Tidak ada makanan dan minuman yang diharamkan.

Menurut Fazlini (2005) dalam kajiannya yang bertajuk Kajian Dasar Pelancongan Negeri
Kelantan Pada Tahun 1990-2000 dalam kajiannya ada menyentuh mengenai produk perhotelan
yang mana, yang mana negeri Kelantan telah memperkenalkan produk pelancongan hotel
berkonsepkan Islam yang mana yang mana hotel-hotel di Kelantan tidak dibenarkan mengadakan
pusat-pusat disko, tidak ada perkhidmatan pelacuran, dan minuman keras kecuali hotel tersebut
dikendalikan oleh golongan bukan Islam di tempat khas sahaja.
Di antara faktor yang boleh meningkatkan pemilihan destinasi pelancongan mereka
mendapati bahawa hotel boleh memberikan maklumat agama seperti lokasi waktu solat.

6
PROSIDING KOLOKIUM JEJAK WARISAN ILMU ISLAM (JEWARIS 2015)

Kedudukan Masjid berdekatan dan restoran halal berdekatan Zakiah (2013, berakhlak Islam
(Battour et al. 2010).
Menurut Salasiah & Razaleigh (2003) dalam kajiannya yang bertajuk Pembudayaan Nilai-
Nilai Islam Dalam Pelancongan yang mana pengusaha-pengusaha penginapan ini juga haruslah
membudayakan ilai-nilai Islam di tempat persekitaran seperti mengawal adab dan kesopanan
masyarakat Islam di kolam renang, galakkan masyarakat memakai pakaian yang menutup aurat.
Adalah lebih baik juga jika sekiranya tempat mandi diasingkan mengikut jantina bagi masyarakat
Muslim dan dikecualikan kepada masyarakat bukan Islam dan lain-lain lagi.
Bukan sahaja dari aspek makanan halal perlu dititik beratkan namun aspek kebersihan juga
perlu diutamakan, pengusaha premis perlu memastikan kebersihan di tempat-tempat penginapan,
persekitaran, tempat-tempat rekreasi, tandas-tandas juga bersih.
Sebagaimana terdapat firman Allah SWT:



Maksudnya: Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang tobat dan menyukai orang-orang
yang menyucikan diri (Al-Quran, al-Baqarah 2:222).

Hotel Patuh Syariah mempunyai beberapa ciri yang penting, Apabila diteliti dan dianalis
dengan lebih lanjut mengenai daripada pandangan penulis dalam kajian di atas, maka dapatlah
dibahagikan secara khusus bahawa hotel patuh syariah mempunyai empat elemen iaitu reka bentuk
dan ruang, organisasi dan pekerja hotel yang terlibat, etika pelanggan dan juga kemudahan umum
yang disediakan. Seperti dalam jadual 1.0 berikut:

Elemen Penjelasan

REKA 1. Tidak mengambil alkohol dalam makanan


BENTUK DAN 2. Tiada makanan dan minuman yang diharamkan
RUANG 3. Tiada perjudian dan alkohol di dalam lobi hotel
4. Penyembelihan secara halal
5. Mengasingkan makanan halal dan haram
6. Mengutamakan kebersihan diri dan keselamatan makanan
7. Mempunyai arah kiblat, sejadah dan juga al-Quran
8. Kedudukan katil dan tandas yang tidak menghadap kiblat
9. Mempunyai doa dalam setiap bilik hotel
10. Mempunyai akhlak Islam.
11. Mengharamkan pusat disko dan pelacuran
ORGANISASI 1. Berpakaian yang menutup aurat
DAN 2. Menyediakan staf perempun untuk melayan tetamu perempuan
PEKERJA 3. Mempunyai keselamatan yang tinggi.
HOTEL 4. Memastikan premis dalam keadaan yang bersih
5. Mengeluarkan zakat/ cukai
PELANGGAN 1. Mempunyai salun yang berasingan, antara lelaki dan wanita
2. Pakaian yang menutup aurat
3. Menjaga adab dan akhlak
KEMUDAHAN 1. Mementingkan hiburan yang bercirikan Islam
UMUM 2. Mempunyai kayu sugi
3. Meyediakan kalendar waktu solat

HOTEL MESRA ISLAM DI MALAYSIA


Terdapat beberapa buah hotel sahaja yang boleh dilabelkan sebagai hotel yang bercirikan Islam
yang mana, statistik dari JAKIM telah menunjukkan bahawa hanya 101 hotel di seluruh Malaysia
telah menggunakan Sijil Halal dari JAKIM atau MAIN manakala selebihnya masih tidak berbuat
demikian. (JAKIM Halal Buletin 2011) ia adalah penting bahawa kesedaran di kalangan pengusaha
hotel di Malaysia yang diperakui hotel mereka dengan JAKIM.

7
PROSIDING KOLOKIUM JEJAK WARISAN ILMU ISLAM (JEWARIS 2015)

Walaupun begitu, Malaysia dianggap sebagai salah satu daripada negara Islam tetapi
sehingga kini tidak ada Akta halal khusus telah diguna pakai. Walau bagaimanapun usaha telah
baru-baru ini telah diambil oleh kerajaan untuk memperkenalkan Akta Halal pada masa akan
datang. Menurut Zakiah (2013) diantara hotel-hotel yang mesra Islam di Malaysia adalah antaranya
ialah Hotel De Palma yang mana menyediakan makanan halal di hotel dan ia telah menerima
persijilan halal oleh JAKIM.
Latar belakang De Palma Hotel Ampang, Malaysia De Palma Hotel, Ampang adalah salah
satu hotel yang mematuhi konsep Islam. De Palma Hotel Group dimiliki sepenuhnya oleh
Perbadanan Pembangunan Negeri Selangor dan ia diuruskan oleh Biztel Sdn Bhd. Pada masa ini
terdapat 5 cawangan di De Palma Hotel yang terletak di beberapa bandar-bandar seperti Ampang,
Shah Alam, Kuala Selangor, Sepang dan Kuching . De Palma Ampang dipilih kerana ia adalah
hotel pertama yang menawarkan perkhidmatan yang mematuhi prinsip-prinsip Syariah. Hotel ini
telah dilancarkan pada tahun 1996 dan terletak di Ampang, Selangor. Ia terletak berhampiran
dengan Kuala Lumpur yang merupakan ibu negara Malaysia (Wan Sahida 2011).
Hotel ini, mengadakan kelas-kelas agama khas pada bacaan Al-Quran, Qiamullail dan
Tazkirah program kepada hotel tetamu dan kakitangan untuk meningkatkan ilmu agama mereka.
Apa yang menariknya mengenai hotel ini ialah setiap kali solat Azan juga akan didengar di bilik-
bilik. Selain itu, hotel ini mempunyai ruang solat yang besar dengan Imam sepenuh masa untuk
memimpin solat dan solat Jumaat Wan Sahida (2011). Hal ini dibuktikan melalui kajian Hotel ini
merupakan hotel pertama di Malaysia telah diiktiraf sebagai hotel yang mematuhi Syariah dalam
industri hotel Malaysia (Wan Sahida 2011).
Dapat dianalisis daripada kajian lepas mengenai Produk Hotel Patuh Syariah, ialah hotel
yang berpandukan norma-norma yang dituntut oleh Islam dan wajar untuk di aplikasikan di
Malaysia. Demi kebaikan pada hari ini, dan untuk generasi pada masa-masa yang mendatang.
Kesimpulan, walaupun banyak hotel yang dibina di Malaysia namun secara umumnya
hanya beberapa hotel yang bercirikan keislaman. Daalam hal ini, hotel-hotel yang dibina pada hari
ini perlu menggunakan perkhidmtan konsep Hotel Patuh Syariah untuk meningkatkan pertambahan
permintaan daripada dalam atau negara luar, sekaligus memberikan kepuasan dan keselesaan
kepada pengguna Muslim

CADANGAN

Terdapat beberapa cadangan yang perlu dilakukan untuk mempertingkatkan perkhidmatan hotel
patuh syariah ialah.
1. Pihak kerajaan khususnya pihak JAKIM perlu memperketatkah dan memantau serta
mengeluarkan garis Panduan Hotel Patuh Syariah, agar ia tidak kabur kepada pengguna
dan kepada premis hotel tersebut.
2. Pihak JAKIM perlu mengeluarkan penanda aras bagi menentukan kesahan hotel patuh
syariah.
3. Pihak yang bertanggungjawab juga perlu mempromosikan produk Hotel Patuh Syariah
kepada pengguna dengan lebih meluas dan berkesan.
4. Kesedaran pengurus hospitaliti adalah penting untuk menjadikan premis tersebut mengikut
norma yang mematuhi syariah.
5. Pengguna juga perlu perlu menyokong perlaksanaan Hotel Patuh Syariah serta perlu
memilih perkhidmatan tersebut, dengan cara memilih hotel yang bercirikan Islami.
6. Untuk memperkemaskan lagi ciri-ciri hotel patuh syriah dengan menggmbil kira design
yang bercirikan Islam, kemudian penjaga kaunter pula perlu menyemak status
perkhawinan pelanggan, kemudian perlu menyediaakan pakaian khas untuk pengunjung
yang bukan Islam.

8
PROSIDING KOLOKIUM JEJAK WARISAN ILMU ISLAM (JEWARIS 2015)

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan dapatlah dikatakan bahawa perkhidmatan Hotel Patuh Syariah adalah penting
kepada pengguna Muslim dan juga menjadi keperluan kepada pengguna daripada Negara Islam.
Hal ini kerana apabila wujudnya hotel yang mempunyai ciri-ciri syariah, pengguna lebih yakin,
memberikan manfaat, apabila menggunakan perkhidmatan yang bercirikan syariah, tambahan pula
dapat menghilangkan rasa was-was dan yakin menggunakan perkhidmatan tersebut. dan apa yang
lebih membanggakan kepada negara ialah ia mempunyai potensi yang besar untuk dimajukan
sebagai salah satu produk pelancongan Islam yang boleh mendatagkan kepada pembangunan
negara.
Terdapat beberapa ciri-ciri yang telah digariskan untuk dikatakan hotel patuh syariah
tersebut seperti yang telah dilaksanakan oleh Hotel di Palma yang dilabel telah melaksanakan hotel
yang bercirikan hotel patuh syariah oleh JAKIM. Hal ini adalah sesuatu yang sangat dibanggakan
dan boleh dijadikan contoh kepada hotel-hotel yang lain. Hotel Patuh Syariah juga mempunyai
fasiliti-fasiliti dan perkhidmatan seperti penyediaan makanan halal, ruang untuk solat, mempunyai
arah kiblat, sejadah dan al-Quran, hiburan yang dibenarkan oleh syarak, berpakaian yang menutup
aurat dan lain-lain lagi.
Sebagai cadangannya pengusaha hotel di Malaysia perlu mengambil jalan dengan
memperkenalkan hotel patuh syariah kepada semua hotel di Malaysia, setidak-tiadaknya perlu
untuk menitikberatkan dalam aspek makanan dan perkhidmatan, walau hakikatnya ia tidak dapat
dikatakan patuh syariah dengan sepenuh.
Jadi, dengan adanya Hotel Patuh Syariah atau hotel yang bercirikan Islam dapat
meningkatkan jumlah kedatangan pelancong dan permintaan juga semakin tinggi dan mempunyai
masa hadapan yang cerah. Ia mampu untuk terus bersaing dalam pasaran global dengan perlu
mengekalkan ciri-ciri keunikannya tersendiri. Sekurang-kurangnya hotel yang mempunyai ciri-ciri
perkhidmatan yang sesuai dikunjungi oleh pelancong Muslim.

RUJUKAN

Abdul Jalil. 1988. Pemasaran Pelancongan. Dewan Bahasa Dan Pustaka Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Abdul Munit, Ahmad Syagir & Harjeet. 1988. Selangor Sebagai Destinasi Pelancongan. Selangor:
Unit Perancangan Dan Pembangunan Negeri Pejabat Setiausaha Kerajaan, Negeri
Selangor.
Siti Asiah Binti Said. 2011. Impak Industri Pelancongan Kepada Ekonomi Malaysia. Tesis Dr.
Falsafah Fakulti Ekonomi. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Er Ah Choy. 2013. Pembangunan Pelancongan Di Melaka: Perspektif Pelancongan. Geografi
Online Malaysian Journal Of Society And Space 9 Issue 3 (1-11) Hlm.16, 22.
Fazlini Binti Yusof. 2005. Pelancongan Dalam Islam: Kajian Dasar Pelancongan Negeri Kelantan
1990-2000. Tesis Sarjana Fakulti Pengajian Islam. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Hesham Ezzat Saad & Badran Nabil Ali. 2014. Sharia-Compliant Hotel In Egypt: Conceptand
Challenges. Advances In Hospitality And Tourism Research (ATHR), 2 (1): 1-15.
Lina Munirah Kamarudin & Hairul Nizam. 2013. Islamic Tourism: The Impacts To
Malaysias Tourism Industry. Pocedings Of International Conference On Tourism
Development Building The Future Of Tourism.
Mohamed Battour1, Mohd Nazari Ismail1 , Moustafa Battor. 2010. The Impact Of Destination
Attributes On Muslim Tourists Choice. International Journal Of Tourism Research Int.
J. Tourisme Res. 10.1002/Jtr. 824.
Mohd Fadil Mohd Yusuf. 2011. Hotel Patuh Syariah Sebagai Produk Baru Industri Pelancongan
Di Malaysia. Prosiding Perkem VI 2011.
Muhammad Shahrim. 2007. Kerjaya Dalam Bidang Perhotelan. Kuala Lumpur. PTS Profesional.
Nazifah Che Mat Nasir. 2011. Pelaksanaan Hukum Syariah Dalam Pengurusan Hotel Di Kota
Baharu. Laporan Projek Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)
Skudai: Universiti Teknologi Malaysia

9
PROSIDING KOLOKIUM JEJAK WARISAN ILMU ISLAM (JEWARIS 2015)

New Galik & Jabil. 2012. Faktor Yang Mempengaruhi Kunjungan Ulangan Pelancong
Antarabangsa: Suatu Ulasan. Geografia Online Malaysian Journal Of Society And
Space 9 Issue 3 (1-11)
Nor Azmin Mohamed Salleh, Wan Mohd Zul Wan Yusuf & Mohd Toha Rulam Ahmad. T.th.
Hospitaliti Dan Pelancongan Dalam Islam. Putrajaya: Cataloguing-In Publicatian Data.
Nor Haida, Redzuan Othaman & Mohd Safar. 2012. Pelancongan Asia Barat Permintaan
Dan Impak: Bangi. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Rosmawati Mohamad Rasit. Salasiah Hanin Hamjah, Siti Rugayah Tibek, Muhamad Faisal
Ashaari, Muhammad Adib Samsudin, Zulkefli Aini & Ahmad Irdha Mokhtar. 2014.
Industri Pelancongan Islam Dan Pembangunan Etnik Di Malaysia. Seminar Antarabangsa
Dakwah & Etnik 2014; Dakwah & Etnik: Perspektif Multi-Disiplin 2014. Hlm. 5
Salasiah Hanin & Razaleigh . 2003. Pembudayaan Nilai-Nilai Islam Dalam Pelancongan. Prosiding
Seminar Kebangsaan Islam Dan Pelancongan . Bangi.
Yahaya t.th. Komuniti Melayu Pulau Tioman: Isu Dan Cabaran Dalam Konteks Pembangunan
Pelancongan. Jurnal Tak Bernombor.
Zakiah Samoria & Noorsalwati Sabtub. 2012. Developing Halal Standart For Malaysian Hotel.
International Halal Conference, PWTC, Kuala Lumpur, Malaysia 4-5 Sepetember.
Zakiah Samori. 2013. Towords The Formation Of Syariah Compliant Hotel In Malaysia: An
Exploratory Study On Its Opportunities And Challenges. The WEI International Acedemik
Conference Procedding Istanbul Turkey.
Wan Sahida, Suhaimi Ab Rahman & Khairil Awang. 2011.The Implementation Of Syariah
Complince Concept Hotel: De Palma Hotel Ampang. International Conference On
Humanities, Historical And Social Science. IPEDR. Vol 17(2011)

10

View publication stats

You might also like