You are on page 1of 1

Geografi

Sarawak merupakan salah satu daripada dua wilayah yang membentuk Malaysia Timur.

Sarawak berada dalam kawasan tropika dengan iklim khatulistiwa yang panas dan lembap
sepanjang tahun. Hutan Sarawak adalah sumber dan aset yang paling penting.

Sarawak mempunyai 12 bahagian keseluruhannya (Kuching, Sri Aman, Sibu, Miri, Limbang,
Sarikei, Kapit, Kota Samarahan, Bintulu, Mukah, Betong dan Serian). Setiap bahagian
ditadbir oleh seorang Residen dan dibahagikan kepada dua ke empat kawasan.

Sarawak dipisahkan sejauh 600Km dari Semenanjung Malaysia oleh Laut Cina Selatan di
sebelah barat dan bersempadan dengan negeri Sabah di timur laut, kesultanan Brunei di utara
dan Kalimantan, Indonesia di sebelah timur.

Bandar-bandar utama di negeri Sarawak adalah Kuching (pop. 700,000), Miri (pop.
358,000), Sibu (pop. 257,000), Bintulu (pop. 200,000), Sarikei (pop. 56,798), Sri Aman (pop.
64,905) dan Limbang (pop. 40,959). Kini, Sarawak mempunyai dua buah bandar raya utama,
iaitu Kuching dan Miri. Kuching telah diisytiharkan sebagai bandar raya pada 1 Ogos 1988
manakala Miri mendapat status bandar raya pada 20 Mei 2005.

You might also like