You are on page 1of 5

KERTAS CADANGAN

PERMOHONAN LANJUT TEMPOH PERJANJIAN PERKHIDMATAN


PENYENGGARAAN PERISIAN SISTEM ILMU
DI INSTITUT PENILAIAN NEGARA (INSPEN)

1. TUJUAN

Tujuan kertas kerja ini disediakan adalah untuk mengemukakan untuk


memohon kelulusan serta memperolehi kelulusan Jawatankuasa
Pemandu Teknologi Maklumat Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan
Harta (JPPH) bagi memperbaharui perjanjian Perkhidmatan
Penyenggaraan Sistem ILMU di INSPEN dengan Paradigm Systems
Berhad bagi tempoh dua (2) tahun bermula pada 1hb Julai 2006
hingga 30hb Jun 2008.

2. LATARBELAKANG

2.1 Pada 27hb Oktober 2005 satu kontrak telah dimeterai antara
INSPEN dengan Paradigm Systems Berhad. Pembayaran telah
dibuat sebanyak 4 kali berdasarkan perkhidmatan yang telah
dilakukan oleh Paradigm Systems Berhad. Jumlah keseluruhan
perkhidmatan penyenggaraan adalah sejumlah RM 19,378.00

2.2 Sistem ILMU yang dipasang di Inspen dilaksanakan


menggunakan Operating System : Unix dan RDBMS : Oracle.
Modul-modul yang dipasang adalah :-

1. ILMU Perintis yang mengandungi modul :-


1.1 Acquisition
1.2 Cataloging

1
1.3 Circulation
1.4 Serials
1.5 Fund Accounting
1.6 Indexing and Abstracting
1.7 Foundation
2. Barcode Labelling Engine PARABLE
3. EIS Report Generator
4. Data Conversion Utility PARAMIPS
5. Online Support Utility PARASORD
6. Web Enabled OPAC
7. Z39.50 Interface
8. Image Capturing Tool IRIS
9. MAPI Interface

2.3 Mengikut kontrak, perjanjian penyelenggaraan ini akan tamat


tempoh pada tarikh 30 Jun 2006.

3. CADANGAN PERMOHONAN

3.1 Memandangkan kontrak tersebut akan tamat pada 30 Jun 2006


dan pembaharuan kontrak penyelenggaraan masih belum
dibuat, maka dicadangkan supaya syarikat yang sama
dianugerahkan untuk membuat pembaikan dan
penyelenggaraan.

4. RASIONAL YANG MEMBAWA KEPADA CADANGAN PERMOHONAN

4.1 Sistem ini diperlukan bagi tujuan mengurus perlaksanaan


perpustakaan. Buat masa sekarang, bahan-bahan dikatalog
kedalam sistem melalui modul Cataloging dan pengguna-
pengguna perpustakaan boleh membuat pencarian secara on-
line. Peminjaman bahan lebih terurus melalui modul Circulation.
Transaksi peminjaman dan pemulangan bahan boleh dipantau

2
yang mana ini dapat membantu perpustakaan memantau
jumlah koleksi perpustakaan. Antaramuka email, MAPI
Interface, membolehkan perpustakaan menghantar notis / surat
peringatan kepada pengguna-pengguna perpustakaan melalui
email. Ini amat memudahkan pengurusan penghantaran
notis/surat dibuat. Setiap proses yang dahulunya dilaksanakan
secara manual telah dilaksanakan secara berkomputer dengan
menggunakan sistem ILMU (Integrated Library Management
Utility).

4.2 ILMU merupakan sebuah perisian tempatan yang telah


dibangunkan dan dimiliki oleh Paradigm Systems Berhad.
Berdasarkan kepada perkhidmatan yang diberikan sebelum ini,
pihak jabatan amat berpuas hati dengan prestasi syarikat sedia
ada.

5. FAEDAH YANG DIPEROLEHI

5.1 Menyertai bengkel kerja ILMU. Dengan menyertai bengkel kerja


teknikal tersebut, pegawai-pegawai perpustakaan INSPEN dapat
mendalami lagi proses aliran kerja ILMU

5.2 Lawatan sokongan berjadual. Kumpulan sokongan ILMU akan


membuat lawatan ke perpustakaan INSPEN bagi meninjau perjalanan
pengimplementasian disamping memberi penyelesaian terhadap isu-
isu yang dihadapi.

5.3 Aktiviti-aktiviti audit seperti :-

5.3.1. meninjau perkembangan modul-modul / program-program/


fungsi-fungsi yang telah dipasang

3
5.3.2. menemubual pegawai-pegawai mengenai tahap kegunaan
setiap modul ILMU

5.3.3. memantau status kemasukan rekod

5.3.4. menemubual dan memantau berkenaan perkara-perkara


yang dilapurkan / tidak dilapurkan

5.3.5. memantau status back-up

Hasil daripada pemantauan diatas adalah amat penting dimana


perpustakaan INSPEN dapat mengambil langkah pembetulan sekiranya
perlu.

5.4 Mendapat perkhidmatan Penyemakan Kedudukan Sistem (System


Health Check), termasuk :-

5.4.1 Database Integrity Checking


5.4.2 Table space reallocation and alignment
5.4.3 Data Pointers Link Check
5.4.4 Patch Link Activation

5.5 Mendapat software upgrades kepada ILMU release yang dipasang


di INSPEN

6 PERUNTUKAN

6.1 Pembayaran penyenggaraan adalah menggunakan peruntukan


INSPEN.

6.2 Adalah dianggarkan kos penyenggaraan Sistem ILMU adalah


sebanyak RM 42,506.00 (Ringgit Malaysia :Empat Puluh Dua

4
Ribu dan Lima Ratus Enam Sahaja ) untuk tempoh dua (2)
tahun.

7 SYOR DAN PENUTUP

7.4.1 Dengan adanya perkhidmatan penyenggaraan dan pembaikan


sistem ini akan memudahkan INSPEN menguruskan
pengendalian perpustakaan,

7.4.2 Kertas cadangan ini dikemukakan untuk kelulusan Jawatankuasa


Pemandu Teknologi Maklumat JPPH.

You might also like