You are on page 1of 3

NAMA : AHMAD YASIR BIN ABD NASIR

NO. MATRIK : 248231


KUMPULAN : KUMPULAN G

LINK VIDEO : https://www.youtube.com/watch?v=Hgc__4nQV_U


MODUL : http://wanmohdaffendy.blogspot.my/2012/10/dato-onn-pengasas-negara-bangsa.html

REFLEKSI PERJUANGAN DATUK ONN JAAFAR

Dato Onn Jaafar ialah pengasas dan Presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
(UMNO). Beliau dilantik sebagai Menteri Besar Johor pada 1 Oktober 1946 tetapi tiga tahun
kemudian, meletakkan jawatan untuk menumpukan perhatiannya kepada UMNO. Dato Onn
Jaafar telah dilahirkan pada tahun 1895.

Semasa pendudukan Jepun, beliau mula terlibat dalam bidang politik dan perjuangan
bangsa Melayu. Pada tahun 1946, British telah menubuhkan Kesatuan Malaya (Malayan Union)
tetapi telah ditentang hebat oleh bangsa Melayu kerana Malayan Union diperlihatkan sebagai
ancaman terhadap hak istimewa orang Melayu dan kedudukan sultan-sultan Melayu. Dato Onn
telah bertindak dengan mengadakan Kongres Melayu Sa-Malaya bagi meyatukan orang Melayu
untuk menentang Kesatuan Malaya. Wakil-wakil dari 41 Persatuan Melayu telah menghadiri
Kongres tersebut yang diadakan dari 1 hingga 3 haribulan Mac tahun 1946. Antara keputusan
yang telah dicapai ialah memulaukan Kesatuan Malaya, berkabung selama tujuh hari dan
memakai lilitan putih pada songkok oleh setiap ahli. Kemudian, pada 4 Mac 1946, Dato Onn
bersama-sama beberapa pemimpin Melayu telah bersidang untuk membantah penubuhan
Malayan Union yang kemudian membawa kepada penubuhan UMNO (Pertubuhan Kebangsaan
Melayu Bersatu atau United Malay National Organization) untuk menyatukan bangsa Melayu
dalam menentang Kesatuan Malaya secara habis-habisan.

Pada tahun 1946, Dato Onn telah dilantik selaku Yang Di-Pertua UMNO yang pertama.
Di bawah kepimpinannya, UMNO berjaya memaksa kerajaan British untuk membubarkan
Malayan Union dan diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu. Persekutuan Tanah Melayu 1948
mengekalkan kedudukan Raja-raja Melayu dan memperketatkan syarat-syarat kerakyatan, serta
memberi hak istimewa Melayu.

Langkah Dato Onn seterusnya bagi merealisasikan hasratnya ialah dengan menubuhkan
Parti Kemerdekaan Tanah Melayu atau Independence Malaya Party (IMP). IMP merupakan
sebuah parti politik yang terbuka kepada semua kaum. Walau bagaimanapun, hasratnya untuk
melihat sebuah parti politik yang terdiri daripada pelbagai kaum gagal. Ia mungkin disebabkan
jurang perbezaan kaum yang masih ketara ketika itu. Ia juga mungkin disebabkan kebimbangan
orang Melayu sendiri yang belum mempunyai kekuatan yang tinggi untuk bersaing dengan
kaum-kaum lain secara terbuka terutamanya dalam bidang ekonomi. Walaupun orang Melayu
ketika itu masih belum bersedia untuk berada dalam satu parti politik dengan kaum-kaum lain, ia
tidak bermakna mereka tidak boleh menerima kaum lain untuk tinggal bersama di tanah Melayu.
Bahkan sejarah telah membuktikan keikhlasan orang Melayu untuk berkongsi tanah air mereka
dengan kaum-kaum lain dengan permintaan yang cukup munasabah dan longgar.

Pada Mac 1954, Parti Negara ditubuhkan yang bermatlamat untuk membentuk sebuah
kerajaan yang memerintah di Persekutuan Tanah Melayu menurut konsep demokrasi,
mewujudkan bangsa Melayu dengan satu kerakyatan bagi seluruh Persekutuan Tanah Melayu,
Islam agama rasmi persekutuan dan berusaha memajukan rakyat dari aspek sosial dan ekonomi.
Pada 18 Ogos 1954, Dewan Perundangan Persekutuan telah meluluskan pindaan perlembagaan
bagi persekutuan Tanah Melayu. Pada 27 Julai 1955, pengumuman pilihan raya akan diadakan
dan disebabakan itu Dato Onn bertindak meletak jawatan sebagai Menteri Hal Ehwal Dalam
Negeri untuk menumpukan kepada Parti Negara kerana parti ini akan ditentang oleh Parti
Perikatan. Pada saat ini, Dato Onn telah menyertai pilihan raya sebanyak tiga kali iaitu pertama
di kawasan Johor yang kalah dengan Dato Sulaiman bin Dato Abdul Rahman daripada parti
perikatan, kedua pada Julai 1957, beliau mencuba nasib di kawasan Batu Pahat yang juga kalah
dengan Dato Syed Esa Alwi daripada perikatan dan pada tahun 1959 beliau cuba bertanding
sebagai Parti Negara di Terengganu dan beliau berjaya mengalahkan calon Engku Mohsin
daripada Parti Perikatan. Kemenangan terakhir ini menyebabkan Dato Onn semakin aktif
berkempen dan memperjuangkan soal kerakyatan, hak keistimewaan orang Melayu, pendidikan,
ekonomi dan Tanah Simpanan Melayu.

You might also like