You are on page 1of 12

Tekanan Emosi Dalam Kalangan Murid

Gangguan Emosi
Gangguan Emosi boleh ditakrifkan sebagai satu situasi yang menunjukkan satu atau lebih
perwatakan oleh murid-murid. Kamus dewan bahasa dan pustaka telah memberi maksud
kepada gangguan emosi sebagai akibat konflik yang tidak dapat diselesaikan, yang dicirikan
dengan keresahan sama ada melalui pertuturan atau perlakuan tertentu. Seterusnya
gangguan emosi juga dapat ditakrifkan sebagai kelakuan menunjukkan ciri suka menyendiri
dan mempunyai emosi yang tidak stabil. Antara gangguan personaliti yg berlaku ialah
antisosial.

Ketidakmampuan untuk belajar yang tidak dapat dijelaskan oleh faktor-faktor intelektual,
kesihatan juga menjadi definisi kepada gangguan emosi. Secara ringkasnya gangguan
emosi boleh dikatakan bahawa gangguan yang diterima oleh seseorang murid yang
menyebabkan emosi murid tersebut tidak stabil.
Gangguan emosi ini akan menimbulkan pelbagai kesan terhadap kehidupan seseorang
murid. Gangguan emosi adalah satu perkara yang amat serius pada usia persekolahan.
Mereka akan mengalami gangguan emosi yang serius dan ini menyebabkan stress kepada
murid-murid.

Punca Gangguan Emosi dalam kalangan Murid

Mengikut Terri Mauro (2004), terdapat banyak faktor yang berkait dengan gangguan emosi
dalam kalangan kanak-kanak. Antara punca berlakunya gangguan emosi dalam kalangan
murid ialah persekitaran sekolah, peristiwa dalam keluarga, pengaruh keluarga, pengaruh
rakan sebaya, tindakan guru dan lain-lain lagi.
Gangguan emosi dalam kalangan murid berpunca daripada persekitaran sekolah yang tidak
kondusif. Contohnya gangguan emosi itu mungkin berpunca daripada masalah kesesakan di
dalam kelas yang boleh mewujudkan kecenderungan murid untuk melakukan kesalahan
disiplin. Ini selaras dengan pendapat yang diberikan oleh Ketua Jabatan Pendidikan
Kaunseling dan Psikologi Kaunseling, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra
Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Rusnani Abdul Kadir yang mendapati bahawa
kecendurungan ke arah perlakuan negatif wujud kerana dipengaruhi unsur rangsangan di
sekeliling mereka. Ini bermaksud murid mungkin melakukan kesalahan akibat daripada
suasana persekitaran yang tidak kondusif dan mengganggu emosi mereka.

Keadaan ini berlaku kerana keadaan sekolah yang sesak akan membawa kepada fizikal
kelas padat dan menyebabkan situasi tidak selesa kepada proses pengajaran dan
pembelajaran. Malah keadaan ini menjadi lebih ketara jika ada murid nakal yang sering
mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Ini secara langsung akan mengganggu
murid yang ingin belajar dan menyebabkan mereka mengalami tekanan emosi.

Selain itu, peristiwa dalam keluarga juga akan menjadi punca murid mengalami gangguan
emosi. Peristiwa dalam keluarga selalunya melibatkan perubahan yang besar dan
penyesuaian dalam kehidupan murid. Peristiwa dalam hidup mungkin bersifat positif atau
negatif dan melibatkan diri sendiri atau orang yang tersayang. Contoh peristiwa hidup yang
negatif adalah penderaan, penceraian, kemalangan, kematian, muflis atau hilang pekerjaan,
dipenjara, krisis kewangan dan lain-lain.

Manakala peristiwa hidup yang positif termasuk perkahwinan, mengandung, kenaikan


pangkat dan berpindah ke rumah baru. Peristiwa dalam kehidupan keluarga seperti yang
dinyatakan itu memberi kesan ke atas masalah emosi seseorang murid. Peristiwa yang
sedemikian akan menyebabkan emosi murid tertekan dan selalunya mereka akan
menunjukkan tindak balas fizikal, emosi dan tingkah laku seseorang. Dari segi emosi, murid
akan berasa susah hati, murung, sedih, marah, tidak tentu arah, resah dan lain-lain lagi.

Di samping itu, keluarga yang sering bertengkar, bergaduh dan kurang mesra, tidak menaruh
minat terhadap anak-anak, bercerai, terdapat kematian dan perpisahan akan membawa
keadaan gangguan emosi dan penyesuaian kanak-kanak yang tidak stabil. Pengaruh
keluarga menjadi punca keadaan in berlaku. Dari segi tingkah laku, murid berkenaan
mungkin akan bertindak berlainan di antara satu dengan lain. Sesetengahnya ada yang
menjadi kaku, ada juga yang meluahkan emosi manakala ada juga yang tidak menunjukkan
sebarang emosi. Keluarga yang mesra antara satu sama lain, demokratik dan ibu bapa yang
memenuhi keperluan kanak-kanak akan meningkatkan penyesuaian kanak-kanak tersebut.
Kanak-kanak yang melihat dirinya diterima oleh ibu bapanya akan menunjukkan aspirasi ego
yang lebih tinggi, ketabahan dan ketekunan dalam melaksanakan sesuatu perkara.

Pada peringkat kanak-kanak, rakan sebaya mempunyai pengaruh yang sikit berbanding
dengan zaman remaja yang mempunyai peranan yang besar. Namun begitu, pengaruh
rakan sebaya juga menjadi salah satu punca gangguan emosi dalam kalangan kanak-kanak.
Minat kanak-kanak lebih mirip kepada minat rakan daripada ibu bapa. Perihal popular atau
tidak popularnya seseorang itu mengikut pandangan rakan-rakannya sangat penting dalam
perkembangan personalitinya. Mereka juga akan suka membantu, bijak bertoleransi dan
melibatkan diri dengan merancang dan memulakan aktiviti kumpulan yang menarik dan
menyeronokkan. Murid yang diterima oleh rakan sebaya akan bersikap ceria, bersemangat,
baik hati, boleh berjenaka, mempunyai daya usaha, dorongan dan sering memberikan idea
yang baik. Murid yang tidak disanjung dan disingkirkan oleh rakan-rakan mempunyai ciri-ciri
yang bertentangan dengan mereka yang popular. Murid ini akan berasa kurang yakin pada
diri sendiri, penakut dan cuba menjauhkan diri dari rakan sebaya. Murid sebegini akan
menunjukkan sikap agresif, sombong dan terlalu mendesak. Murid yang disukai oleh kawan-
kawannya akan berasa inferior, rasa iri hati, benci, muram dan marah terhadap kawan-
kawan yang tidak menghiraukannya. Semua ini menunjukkan tanda-tanda gangguan emosi
yang perlu diketahui oleh guru dalam menguruskan tingkah laku murid di dalam kelas.

Kesan Gangguan Emosi Di Kalangan Murid

Tidak ada manusia yang dapat rnengelakkan diri dari tekanan. Seperti yang dinyatakan oleh
Hans Selye (1956) dalam bukunya The Stress of Life No one can liveWithout experiencing
some degree of stress at all. Tekanan boleh membawa kesan yang positif bagi sesetengah
Individu kerana Ia boleh mendorong seseorang untuk memperbaiki pencapaian diri,
menghadapi cabaran dan membuat penyesuaian dengan corak kehidupan yang sentiasa
berubah (Iohnson, 1997).
Sebaliknya, tekanan yang tidak dapat dikawal oleh individu yang mengalaminya mungkin
mendatangkan kesan yang negatif Terdapat sesetengah pelajar melakukan cara yang tidak
sihat untuk rnengatasi gangguan tekanan yang akhimya cara sedemlklan mendatangkan
kesan negatif kepada diri rnereka sendiri contohnya dengan mengambil dadah dan alkohol,
tidur dan makan berlebihan atau menahan lapar,
Penemuan data kajian-kajian lalu menunjukkan tekanan yang dialami oleh pelajar
mempunyai kaitan dengan penghargaan kendiri yang rendah (Arora, Kurnari dan Enright,
1988; Youngs, Rathge, Mullis dan Mullis, 1990), lokus kawalan yang lemah (Cole dan Sapp
(1988), kemurungan (Toler dan Murphy, 1985), tingkahlaku delinkuen (Vaux dan Ruggiero,
1983) dan masalah penyalahgunaan (Mates dan Allison (1992). Penemuan yang diperolehi
oleh para pengkaji ini membuktikan bahawa tekanan yang tidak terkawal boleh
mendatangkan implikasi yang negatif kepada pelajar yang mengalaminya.

Justeru, identifikasi awal kepada simptom-simptorn tekanan boleh membantu remaja


berkenaan. Antara simptom-sirnptom yang menunjukkan seseorang mengalami tekanan
ialah mengalami gangguan tidur. Pelajar tersebut tidak dapat tidur dengan betul dan ini akan
menyebabkan matanya merah dan selalu berair dan pelajar itu juga mungkin selalu kelihatan
kehausan dan keletihan disebabkan tidak cukup tidur. Kesan yang seterusnya ialah
menunjukkan reaksi berlebihan terhadap kejadian-kejadian biasa. Apabila seseorang pelajar
itu mengalami tekanan emosi dia akan menunjukkan reaksi-reaksi yang abnormal dan
berlebihan .
Contohnya marah dan maki hamun mana mana pelajar jika terlanggarnya di tangga. Kesan
yang seterusnya ialah pelajar sebegini akan menunjukkan rasa tidak gembira terhadap
pencapalan diri. Walaupun mereka telah menunjukkan pencapaian yang cemerlang di
akademik ataupun kokurikulum tetapi dirinya sendiri tidak akan menghayati dan
menghargainya pencapaian tersebut dan hanya mengambilnya tanpa makna.

Pelajar-pelajar yang telah mengalami tekanan emosi akan mengamali keletihan yang
melampau dan kurang bertenaga, menunjukkan tingkahlaku gelisah seperti mata berkelip-
kelip dan menggeleng-gelengkan kepala, sakit perut atau saklt kepala pada setiap hari atau
pada setiap minggu, menunjukkan tingkahlaku untuk mendapatkan perhatian seperti
tingkahlaku agresif, tidak berupaya rnembuat keputusan dan hilang sifat kelucuan.
Kewujudan salah satu atau sebahagian daripada perkara-perkara yang dinyatakan
menunjukkan bahawa individu tersebut berkernungkinan mengalami tekanan.

Pelajar yang mengalaminya berkemungkinan sedar atau tidak sedar bahawa mereka sedang
mengalami gangguan tekanan. Pengenalpastian kesan-kesan yang dinyatakan bukan sahaja
dapat memudahkan golongan ibu bapa mernbantu pelajar yang tertekan bahkan pelajar
yang menyedari bahawa mereka menunjukkan simptom-simptom tersebut boleh
mendapatkan bantuan lebih awal sebelum kesan negatif yang mungkin berlaku akibat
tekanan berlaku pada diri pelajar.
Langkah-langkah Menangani Masalah Gangguan Emosi dalam Kalangan Murid

Sebagaimana ahli falsafah Yunani Aristotle menegaskan, setiap individu mudah mengalami
gangguan emosi sekiranya seseorang itu tidak menguruskan sesuatu perasaan itu dengan
sebaiknya. Kini kebanyakan murid telah mengalami gangguan emosi kerana mereka tidak
menguruskan emosinya secara berpatutan dengan kebijaksanaan menggunakan
kecerdasan emosinya. Antara-antara langkah-langkah yang boleh diambil oleh guru,
ibubapa, murid dan pihak sekolah adalah seperti berikut:

1. Amalkan Sikap Kepimpinan Demokratik

Sebagaimana yang telah yang kita kepimpinan guru bersifat demokratik boleh mewujudkan
interaksi dua hala dan membawa suasana sosio-emosi yang sihat, mesra dan harmonis di
antara guru dengan murid-muridnya. Sifat kepimpinan demokratik ini boleh mengurangkan
suasana yang tegang dan menggalakkan murid-murid berdamping rapat dengan guru, tidak
merasa segan untuk bertanya atau mengemukakan pendapat mereka. Sifat kepimpinan
demokratik ini juga mendorong murid-murid berinteraksi di antra satu sama lain, dan
melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kumpulan.
2. Mengelolakan Banyak Aktiviti Kumpulan

Aktiviti Kumpulan memberi banyak peluang kepada murid-murid untuk berinteraksi di antara
satu sama lain. Oleh itu, guru harus berikhtiar merancang dan menguruskan banyak aktiviti
kumpulan untuk membolehkan murid-murid menjalankan aktiviti pengayaan, aktiviti
pemulihan, lakonan, sesi buzz, permainan pertandingan atau kerja projek. Aktiviti-aktiviti
sebegini akan merangsang murid untuk menampil diri kehadapan bagi menyiapkannya serta
mereka tidak akan berasa diri mereka diasingkan. Aktiviti-aktiviti ini juga boleh
menggalakkan murid untuk menujukkan bakat yang terpendam dalam diri mereka.

3. Menggunakan Percakapan Yang Sesuai

Sebagaimana yang telah dihuraikan oleh Flanders, percakapan guru yang boleh
mewujudkan interaksi guru dengan murid-muridnya adala diklasifikasikan di bawah kategori
pengaruh tidak langsung. Ini bermakna, untuk mewujudkan interaksi dua hala, selain
menggunakan kaedah menyoal, percakapan guru harus boleh menggalakkan murid
mengemukakan pendapat atau memberi tindak balas mereka. Contohnya guru boleh
menggunakan modifikasi tingkahlaku yang bersesuaian. Peneguhan positif seperti memuji
diberi kepada murid yang menunjukkan tingkahlaku yang diingini. Hukuman dikenakan perlu
adil dan berseuaian.
Guru membantu murid yang bermasalah Sekiranya terdapat murid yang mempunyai
masalah peribadi seperti bersifat pendiam, penakut, pemalu, guru seharusnya mengadakan
sesi kaunseling untuk membantu mereka mengatasi masalah peribadinya. Selepas itu guru
menggalakkan mereka menyertai dalam aktiviti pembelajaran bersama murid-murid yang
lain. Guru harus juga mendorong murid-murid normal supaya mereka dapat menerima
murid-murid yang bermasalah dalam kumpulan mereka dan tidak menyingkirkan murid-murid
bermasalah tersebut. Cara ini dapat mengelakkan mrid yang bermasalah mengalami
gangguan emosi.

4. Peranan Unit Bimbingan dan Kaunseling

Pihak sekolah Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah boleh menganjurkan program-
program yang berbentuk pendidikan sebagai tindakan sokongan dalam pembentukan
tingkahlaku. Program-program ini bertujuan membantu mereka yang mempunyai masalah
gangguan emosi untuk meningkatkan pencapaian akademik, membangunkan kemahiran
sosial, meningkatkan kemahiran dalam mengawal tingkahlaku dan meningkatkan konsep
kendiri murid-murid.

5. Murid bersifat self-efficacy

Mengikut Albert Bandura, murid haruslah bersifat self-efficacy iaitu murid yang boleh belajar
daripada kekalahan, mengambil inisiatif mencari punca kekalahan, memikir bagaimana
membaikinya demi menukarnya kepada kemenangan, dan bukan membimbangi atau
menyedih kerana kekalahan. Murid belajar untuk memandang segala perkara secara
optimistik kerana ia merupakan cara yang paling berkesan untuk menentang emosi yang
kurang sihat ini. Murid-murid yang mengalami gangguan emosi perlu mendapat
perkhidmatan psikologi dan kaunseling. Mereka ini perlu mendapat khidmat bimbingan
kepada ahli psikologi, kaunselor dan personel yang berkelayakan atau bertauliah. Kerjasama
dengan ibubapa juga perlu semasa seseorang murid itu mendapat bimbingan daripada ahli
psikologi, kaunselor dan personel yang bertanggungjawabnya. Ini kerana ibubapa juga perlu
diberi maklumat yang berkaitan dengan masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka.
Perbincangan antara dua pihak itu dibuat dari semasa ke semasa dan apa juga cadangan
untuk menangani masalah yang dihadapinya perlu dibuat bersama-sama. Selain daripada
itu, ibubapa juga membelikan buku-buku yang berkaitan dengan teknik-teknik meningkatkan
kecerdasan emosi dan menghadiahkannya kepada anak yang mengalami gannguan emosi.
Ibubapa juga memberikan beberapa tunjuk ajar tentang cara menguruskan emosi masing-
masing.

Guru atau ibubapa tidak memukul murid atau anak yang mempunyai tingkah laku yang tidak
diingini seperti anak yang seringkali ponteng sekolah atau anak yang merokok. Murid perlu
diberi peluang untuk mengenalpasti kesalahan atau tingkah laku yang tidak diingini.
Seterusnya diberi ruang untuk memperbaiki tingkah laku yang tidak diingini itu. Ini kerana
sekiranya mereka memukul anak tersebut wujudnya perasaan benci, marah terhadap orang
yang memukulnya dan anak itu tidak akan memperbaiki tingkah laku itu. Ini akan
meyebabkan anak atau murid itu mengalami gangguan emosi. Murid-murid yang mengalami
gangguan emosi perlu diberi bimbingan kerjaya.

Dengan ini, mereka akan meningkatkan konsep kendiri yang yang lebih positif. Langkah-
langkah diatas adalah langkah-langkah yang paling berkesan kepada murid yang gagal
menguruskan emosi ,mereka dengan berkesannya. Langkah-langkah di atas ini akan
membantu seseorang individu yang mengalami gangguan emosi untuk menguruskan
emosinya dengan lebih berkesan secara berpatutan dengan kebijaksanaan menggunakan
kecerdasan emosinya.

TEKANAN EMOSI DALAM KALANGAN GURU


Tekanan emosi sering kali terjadi kepada para guru. Peredaran zaman yang semakin
mencabar, beban tugas harian guru juga semakin bertambah. Jadi tidak hairanlah ramai di
kalangan guru menghadapi masalah tekanan emosi.
Tekanan emosi dalam kalangan guru terbahagi kepada 2 bahagian, iaitu stres dan
burnout.

Stres
Stres merupakan satu penyakit yang sering dikaitkan dengan kesihatan mental dan
ianya kerap menyerang masyarakat dunia pada masa kini. Pertubuhan Kesihatan Sedunia
(WHO) mendefinisikan bahawa kesihatan mental ialah Kebolehan mengekalkan hubungan
yang harmonis dengan orang lain, kebolehan dalam mengambil bahagian di dalam aktiviti
masyarakat dan kebolehan untuk menyumbang khidmat kepada masyarakat.
Menurut Mohd Salleh (1994), stress ialah reaksi fizikal dan mental emosi seseorang
akibat sesuatu situasi yang menyebabkan seseorang itu tidak mendapat keselesaan hidup.
Menurut Mohd Azhar (2004) pula, stress diertikan sebagai sebarang jenis desakan
yang memberi kesan kepada kehidupan seharian seseorang. Kesan desakan ini pula sama
ada baik atau buruk bergantung kepada tindak balas kepada faktor-faktor yang
menyebabkan stress.
Menurut Kamus Dewan (2007), stress merupakan keadaan resah, cemas, tegang
dan sebagainya akibat tekanan mental atau fizikal. Dengan kata lain, stress merupakan
tindak balas fizikal yang biasa terhadap satu perkara atau peristiwa yang boleh
menyebabkan ketidakseimbangan
Fenomena stres di kalangan guru-guru di Malaysia kini kian hebat diperbincangkan
dan dijadikan bahan kajian ilmiah. Kajian-kajian lepas juga mendapati profesion perguruan
adalah antara kerjaya yang mempunyai masalah stres yang tinggi. Akibat daripada arus
pendidikan pada hari ini yang semakin mendesak agar para guru bekerja dengan lebih keras
demi mencapai permintaan tinggi pendidikan, maka para guru mulai rasa tertekan.
Profesion perguruan adalah satu bidang yang cukup mencabar. Tenaga pengajar dan
pengurus pendidikan seharusnya peka dengan setiap perkembangan terkini demi mencapai
matlamat pendidikan. Jadi, dengan pelaksanaan pelbagai reformasi dalam pendidikan sudah
pasti menjadikan peranan dan tanggungjawab guru-guru lebih mencabar. Cabaran inilah
yang menjadikan stres di kalangan guru meningkat. Kesannya sangat besar terhadap
sebarang tindakan dan tingkah laku guru.
Stres yang melampau yang dialami oleh para guru boleh menyebabkan para guru
berada dalam keadaan murung, mengalami tekanan jiwa, kekecewaan dan juga
kebimbangan. Kegagalan guru mengawal diri akibat dari stres boleh memberi kesan kepada
perhubungan guru dengan murid. Kemungkinan seseorang guru akan mengambil tindakan
yang keterlaluan semasa berhadapan dengan murid. Di samping itu mutu pengajaran dan
pembelajaran guru juga akan terpengaruh akibat daripada stres yang melampau.

JENIS-JENIS STRESS

Jenis-jenis stres terbahagi kepada 5 iaitu;


i. Stres here or now
-> Situasi yang wujud pada sesuatu masa atau sesuatu ketika.
ii. Stres anticipation (dijangkakan)
-> Berkaitan dengan sesuatu yang telah dianggarkan akan berlaku. Guru akan
bersedia dan membuat perancangan untuk menghadapi kemungkinan
berlakunya kejadian yang menyebabkan stres.

iii. Stres imaginative


-> Individu yang berimaginasi tentang sesutu yang ngeri, menakutkan dan
sebagainya.
iv. Stres reactive
-> Stres yang wujud daripada peristiwa atau pengalaman lampau.
v. Stres negative
-> Sesuatu yang memuncak dalam tempoh masa sama ada hari, minggu atau
tahun.

Tanda-tanda Stres

1. Kognitif
- Masalah ingatan
- Kurang tumpuan
- Membuat penilaian yang tidak tepat
- Kerap berasa bimbang
- Berpandangan negatif

2. Emosi
- Muram
- Cepat marah
- Tidak boleh relaks
- Menangis
- Kesunyian
- Kesedihan

3. Fizikal
- Sakit sendi/kesihatan
- Cirit- birit
- Sakit kepala
- Pening
- Sakit dada
- Masalah pencernaan
- Denyutan jantung pantas
- Ulser mulut
- Kerap selsema

4. Tingkahlaku
- Makan lebih/kurang
- Tidur banyak/kurang
- Menyendiri
- Menangguhkan/ mengabai tanggungjawab
- Merokok
- Minum arak
- Mengambil dadah
- Resa/gelisah
- Menggigit kuku
- Melangkah ke sana sini

Langkah-langkah Menangani Stres


(a) Belajar mengatakan tidak atau tidak mahu dalam kehidupan peribadi atau
profesional
(b) Mengelak individu yang boleh menyebabkan stres
(c) Tambah dan kuatkan hubungan rakan-rakan sekerja
(d) Berkongsi pandangan dan luahan dengan rakan atau keluarga yang boleh dipercayai
(e) Menggalakkan diri dalam kumpulan perbincangan atau forum
(f) Menulis jurnal dan menilai kelemahan diri

Burnout

Burnout merupakan satu proses yang beransur-ansur dari seseorang yang komited
sehinggalah kehilangan daya minat terhadap kerjaya. Ia boleh didefinisikan sebagai
perasaan kegagalan, keletihan dan kelesuan yang ekstrim akibat tuntutan yang terlalu
membebankan ke atas tenaga, kekuatan atau kecekalan seseorang.
Menurut Faber (1984), Burnout boleh didefinisikan sebagai satu pilihan terakhir
(akibat) apabila satu siri percubaan untuk menangani tekanan negatif, gagal mencapai
matlamatnya.
Menurut Freudenberger (1974), Burnout boleh didefinisikan sebagai perasaan
kegagalan dan kelesuan akibat tuntutan yang terlalu membebankan ke atas tenaga, sumber-
sumber atau ketabahan seseorang.
Burnout merupakan satu proses yang beransur-ansur daripada seseorang yang
komited sehinggalah dia hilang daya minat terhadap kerjaya. Individu yang mengalami
burnout akan mengalami masalah hilang daya minat terhadap keseluruhan kerjaya dan
mereka akan mengasingkan diri.
Tahap burnout di kalangan guru bergantung kepada bebanan tugas yang diterima.
Burnout boleh terjadi akibat pengagihan tugas yang semakin berat tanggungjawabnya dan
juga pengagihan tugas yang tidak sama rata antara guru dan pihak pengurusan sekolah.
Ada di kalangan guru hanya diberi sedikit tugasan berbanding sesetengah guru lain. Hanya
pihak pengurusan sahaja yang mengetahui alasan pengagihan tugas yang tidak sama rata
ini.
Kepesatan ekonomi, teknologi dan informasi banyak mempengaruhi pemikiran, sikap
dan tingkah laku murid. Tugas mendidik dan membimbing murid-murid bukan hanya terletak
di bahu para ibu bapa sahaja malah guru juga turut sama berganding bahu dalam memikul
tanggungjawab ini. Bidang tugas guru tidak lagi sekadar mengajar di dalam kelas semata-
mata. Tanggungjawab ini merupakan satu beban tugas yang amat berat sehingga memberi
tekanan yang tinggi. Sekiranya seseorang guru tidak bijak menangani masalah ini akan
menyebabkan berlakunya burnout.

Jenis-jenis Burnout
i. Kelesuan / keletihan emosi
- Perasaan kelesuan atau keletihan fizikal dan emosi bosan akibat daripada
tekanan kerja kekangan masa harian.
ii. Pencapaian peribadi
- Perasaan hilang harga diri dan perasaan kurang capai dalam pekerjaan. Ini
disebabkan oleh kurang penghargaan dan maklumat yang positif.
iii. Depersonalisasi
- Pembentukan sikap yang negatif dan respon yang dingin terhadap orang lain
seperti murid dan rakan sejawat di tempat kerja. Ini disebabkan oleh
interaksi yang terlalu kerap dan tiada pengakhiran antara seseorang
Individu dengan individu yang lain di tempat kerja.

Punca-punca Burnout
i. Stres
ii. Gaya hidup
iii. Personaliti guru
iv. Kurang budaya kerja
v. Kurang pengiktirafan

Langkah-langkah menangani burnout


i. Membaca sesuatu yang memberikan inspirasi
ii. Menulis jurnal
iii. Menghadiri bengkel pengurusan masa
iv. Membuat meditasi
v. Menghadiri program pementoran untuk guru novis
vi. Menghadiri bengkel pengurusan stres
vii. Menghadiri aktiviti peningkatan profesional

Langkah-langkah Pengurusan Tekanan Emosi


Memperbaiki persekitaran am ciri-ciri fizikal di tempat kerja
Runding cara luahan hati kepada ahli psikologi dapat membantu meringan perkara
yang terpendam di dalam jiwa.
Kemahiran pengurusan masa dapat membantu guru menyelesaikan perkara yang
penting dahulu dan melakukannya dengan bijak.
Kemahiran menyelesaikan masalah dapat membantu menangani masalah secara
rasional dan sistematik
Penglibatan diri dalam hal-hal agama
Kemahiran relaksasi dapat membantu meredakan reaksi fizikal terhadap tekanan
Mengekalkan cara hidup sihat dan seimbang bersenam, tidak merokok, makan
makanan seimbang, tidak minum minuman beralkohol dan mengambil bahan
rangsangan
Kemahiran berkomunikasi dapat mengendalikan masalah yang dihadapi dengan
lebih berkesan
Bersikap realistik terhadap kehidupan berfikiran positif,akui kelemahan dan
kekuatan diri
Rancang kerja @ jadual kerja urus masa dengan bijak, elak bertangguh dan
utamakan subjek yang penting
Tingkat kemahiran selesai masalah lihat masalah dengan rasional, ambil tindakan
sewajarnya
Menerima sebarang perubahan dengan sikap wajar bersikap terbuka terhadap
perubahan
Amalkan komunikasi berkesan hormati pandangan orang lain
Amalkan cara hidup sihat luangkan masa untuk rehat, elak pergaulan bebas
Semaikan semangat berpasukan jalinkan hubungan dengan masyarakat, berkongsi
masalah dan saling tolong-menolong sesama rakan

Pengurusan Emosi Mengikut Cara Islam


1. Sentiasa berwuduk
2. Banyak membaca Al-Quran
3. Banyakkan solat sunat
4. Berdoa kepada Allah
5. Bersangka baik kepada Allah
6. Libatkan diri dengan kegiatan luar seperti bersukan
7. Amalkan diet dengan disiplin yang kuat
8. Menangis muhasabah diri

You might also like