You are on page 1of 2

Jurnal Reflektif Mingguan

Jurnal Minggu 12
Isu : Masalah Menentukan Hasil Pembelajaran

1. Isu/ Peristiwa / Masalah Yang Difokuskan

Pada minggu dua belas, saya telah mengadapi masalah mendapatkan semula lembaran kerja
yang diberikan kepada murid. Hal ini berlaku kerana, saya membenarkan murid untuk
membawa pulang lembaran kerja untuk mencuba di rumah.

2. ANALISIS MASALAH YANG DIFOKUSKAN

Masalah ini timbul kerana murid tidak menyiapkan kerja tersebut. Selain itu, ada segelintir murid
yang tidak membawa pulang lembaran kerja tersebut. Selalunya, pada minggu-minggu lepas,
saya tidak membenarkan mereka membawa pulang tetapi menyiapkannya terus. Tetapi minggu
ini disebabkan kekangan, saya membenarkan mereka membawa pulang lembaran kerja
tersebut.

3. KAJIAN LAMPAU BERKAITAN MASALAH YANG DIFOKUSKAN

Masalah ini dikaji dan dianalisis melalui kekerapan saya memberi lembaran kerja ke rumah.

4. CADANGAN UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH YANG DIFOKUSKAN

Saya akan menyuruh kesemua murid menyiapkan lembaran kerja pada sesi pengajaran
dan pembelajaran supaya saya dapat mengutip lembaran kerja tersebut. Seterusnya, saya juga
akan mengurangkan jumlah soalan yang diberi mengikut waktu pengajaran dan pembelajaran
pada hari yang ditetapkan supaya murid dapat menyelesaikan soalan di dalam lembaran kerja
tersebut mengikut masa yang ditetapkan. Selain itu, saya juga akan memberikan nasihat dan
amaran kepada sesiapa yang tidak menghantar lembaran kerja seperti yang ditetapkan. Saya
juga akan menyediakan sistem denda jika tidak menyiapkan lembaran kerja sebelum tamat sesi
persekolahan. Bagi murid yang menyiapkan lembaran kerja pada masa yang ditetapkan, akan
menerima cop GOOD dari saya. Tambahan pula, saya juga mendapatkan bimbingan dan
nasihat daripada guru pembimbing dan juga mendapatkan idea ketika berbincang dengan
rakan-rakan lain.

5. TEMPOH MASA
Tiada

6. TINDAKAN SUSULAN

Semasa membuat lembaran kerja untuk murid, saya akan cuba memikirkan situasi murid dan
akan menyediakan soalan yang sesuai mengikut tahap murid dan akan menentukan masa yang
sesuai supaya murid dapat menyelesaikannya dalam masa yang ditentukan. Selain itu, saya
juga akan sentiasa mengingatkan murid supaya menyiapkan lembaran yang diberikan.

7. PELAKSANAN
Saya akan menyediakan soalan mengikut kebolehan murid dan memberikan masa yang
secukupnya untuk mereka menyiapkannya.

8. PENILAIAN KERJAYA
Saya akan meminta kerjasama pensyarah pembimbing untuk memberi penilaian tentang
kejayaan saya di samping meminta pandangan dari guru pembimbing.

KESIMPULAN
Secara kesimpulanya, saya akan menilai keberkesanan kajian saya dari semasa ke semasa
bagi memastikan pencapaianya positif.

You might also like