You are on page 1of 3

Jurnal Reflektif Mingguan

Jurnal Minggu 9

Isu : Masalah Murid Tidak Mendengar Arahan

1 Isu / Peristiwa/ Masalah yang difokuskan

Masalah minggu ini berkaitan dengan masalah murid tidak mendengar arahan
guru semasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Kelakuan sebegini menjadi salah satu masalah untuk menjalankan aktiviti yang
dirancang dengan sempurna.

2 Perkembangan isu yang difokuskan:

Hari ini ( 28 September 2016 ), saya telah menghadapi masalah sewaktu


melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Murid-murid di
dalam kelas tidak melaksanakan arahan dan mereka mengambil enteng mengenai
setiap arahan yang telah dikemukakan. Hal ini memberikan sedikit masalah kepada
saya dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan mencapai objektif yang telah
ditetapkan di dalam rancangan pengajaran harian. Masalah ini juga memberikan
impak kepada saya untuk mengesan kelemahan yang terdapat pada murid-murid
dalam melaksanakan aktiviti yang telah dirancang oleh guru.

3 Analisis Masalah

Masalah yang timbul ini disebabkan oleh perancangan aktiviti yang dilaksanakan
secara individu yang memerlukan setiap murid mendengar arahan dengan jelas
daripada guru-guru. Berdasarkan situasi yang telah dilaksanakan, saya mendapati
bahawa murid sekolah ini tidak berminat untuk mendengar arahan yang telah
dikemukakan oleh guru dan mereka lebih mudah terasa bosan dengan aktiviti yang
cuba dilaksanakan. Terdapat juga sebilangan kecil murid yang menjadi punca
membuat bising di dalam kelas mengakibatkan murid-murid yang lain turut tidak
memberikan perhatian kepada arahan yang telah dikemukakan oleh guru. Di
samping itu, masalah ini juga timbul kerana murid telah menerima budaya bahawa
guru perlu bersuaran lantang dan menggunakan sedikit kekerasan dalam
penyampaian arahan oleh guru.

4 Cadangan dan idea diberikan untuk menyelesaikan masalah

Cadangan tindakan yang boleh dikemukakan untuk mengatasi masalah ini


adalah :-

a) Saya patut membudayakan satu pergerakan yang menarik seperti tepuk


semangat supaya murid kembali ke tempat masing-masing dan mendengar
arahan yang akan dikemukakan oleh guru. Pergerakan juga mampu membantu
saya mengawal tingkah laku murid dan seterusnya memberikan kelebihan
penyampaian arahan agar diterima oleh keseluruhan kelas.

b) Cadangan tindakan kedua adalah menyediakan plan A dan B sewaktu


mengalami masalah terbabit. Plan B mampu memberikan peluang kepada saya
untuk memperbaiki kelemahan sewaktu melaksanakan pengajaran di dalam
kelas. Plan B yang akan dilaksanakan oleh saya adalah menyediakan satu
aktiviti lain yang mampu menarik perhatian murid di dalam kelas seperti kuiz,
menyalin nota, dan sebagainya.

c) Cadangan aktiviti yang ketiga adalah saya akan menggunakan pendekatan yang
lebih lembut dalam memberikan arahan kepada murid-murid. Pendekatan ini
mungkin akan lebih sesuai dengan murid-murid yang berada di tahap satu.
Pendekatan ini juga memberikan kelebihan kepada saya dalam mengatasi
masalah suara yang sering di alami selepas melaksanakan proses pegajaran.

d) Cadangan aktiviti yang terakhir adalah mendapatkan nasihat dan bimbingan


daripada guru dan pensyarah pembimbing. Nasihat yang dikemukan oleh
mereka mampu memberikan pengetahuan baharu kepada saya dalam
mengatasi masalah yang dihadapi.
5 Tempoh masa:

Saya akan cuba untuk mengatasi masalah yang dihadapi dalam tempoh seminggu.

6 Tindakan susulan:

Pengurusan dan penyediaan arahan yang mudah dan ringkas perlulah dirancang
dengan sebaik mungkin agar proses pengajaran berjalan lancar. Sekiranya masalah
yang berlaku ini tidak dapat diatasi secepat mungkin, ia akan memberikan kesan
kepada pengajaran yang akan dilaksanakan. Perancangan yang akan dilaksanakan
di minggu hadapan akan dilaksanakan dengan lebih baik supaya masalah yang
telah dikesan pada minggu ini dapat diatasi.

7 Kesimpulan / Refleksi :

Masalah pendengaran arahan merupakan salah satu masalah yang boleh


mengancam suasana bilik darjah yang berseronok. Jadi, seseorang guru harus
membiasakan murid mendengar arahan guru yang disampaikan semasa
menjalankan pengajaran dan pembelajaran.

You might also like