You are on page 1of 5

Jurnal Reflektif Mingguan

Jurnal Minggu Ketiga

Isu : KAWALAN KELAS

1. Isu / Peristiwa/ Masalah yang difokuskan

Pada minggu ini, masalah yang saya hadapi adalah menguruskan kelas 3P dalam
masa-masa genting iaitu sebelum waktu tamat persekolahan dan waktu rehat. Masalah
timbul apabila murid merasa aktiviti yang dijalankan tidak menarik dan mula membuat bising
dan tidak mempedulikan arahan yang telah diberikan. Seorang murid yang memulakan
masalah dan dipengaruhi oleh rakan sekelas yang lain.

2. Perkembangan isu yang difokuskan:

Saya dapati peranan dalam melihat tahap pencapaian akademik juga sahsia mereka
terhadap guru adalah rendah. Terdapat sesetengah murid yang tidak memberi perhatian
terhadap pengajaran dan pembelajaran menjadikan mereka tidak dapat menjawab soalan
yang telah diberikan. Apabila menyoal soalan kepada murid tersebut, beliau hanya
memandang ke hadapan serta kadang kala menundukkan kepala seolah-olah mengalami
kesukaran dalam mencari jawapan.

3. Analisis Masalah

Masalah yang timbul berkenaan kawalan kelas apabila murid melibatkan diri dalam
aktiviti kumpulan dan aktiviti seperti permainan kuiz. Apabila mengadakan aktiviti kumpulan,
murid-murid mula menyembang dengan ahli-ahli kumpulan dan bermain. Kadang kadang
bergaduh antara ahli kumpulan semasa menjalankan aktiviti kumpulan. Apabila ditegur
murid memberi respon dengan jangan bersembang dan bermain, namun setelah beberapa
minit kemudian murid bermain dan bersembang dengan dalam kumpulan. Keadaan menjadi
kelam kabut seketika apabila murid tahun 3 mula melibatkan diri dalam aktiviti permainan
dan aktiviti kumpulan. Masing-masing menjadikan keadaan bising dan merimaskan. Namun
setelah ditegur keadaan mula kendur dan kembali senyap. Murid mula menumpukan
tumpuan terhadap tugasan kumpulan yang diberikan oleh guru.

4. Kajian lampau yang berkaitan isu:

Untuk mengatasi masalah yang saya hadapi, saya telah merujuk kepada model Disiplin
Asertif Canter. Model Disiplin Merlene and Lee Canter adalah berasaskan ribuan jam
penyelidikan dengan memerhatikan guru dalam bilik darjah. Model ini adalah suatu
pendekatan yang positif yang membenarkan guru mengajar dan pelajar belajar. Ia
berasaskan prinsip-prinsip bahawa guru dan pelajar mempuyai hak untuk mengajar dan
belajar. Antara berikut ialah ciri-ciri model ini:

i. Pelan yang berasaskan hendaklah disediakan terlebih dahulu kemudian


dimaklumkan kepada murid-murid pada hari pertama guru masuk kelas
ii. Tingkah laku yang wajar hendaklah diberikan pengukuhan
iii. Guru perlu merangka satu sistem ganjaran dan dendaanyang boleh dijadikan
rujukan murid-murid mengenai tingkah laku yang baik dan buruk. Penaliti diberikan
kepada yang terus melakukan salah laku.

Bagi cadangan Dorit Sasson, penyusunan tempat duduk dalam kelas adalah salah satu cara
bagi mengawal dan mengurus kelas.

Social dynamics is big faktor for rowdy behaviour. Look at your seating chart.
Distruptive students who have been sitting next to each other may now to be separated. The
minute you neutralize the social dynamics, it can be easier to teach

5. Cadangan dan idea diberikan untuk menyelesaikan masalah

Setelah merujuk kepada Model Disiplin Asertif Canter, saya telah merangka beberappa
cadangan atau langkah-langkah untuk mengatasi masalah pengurusan bilik darjah. Pertama
sekali, saya akan membentuk satu peraturan bilik darjah yang jelas dan spesifik serta
berkuatkuasanya sepanjang waktu matematik. apabila terdapat murid-murid yang
mewujudkan masalah disiplin, saya akan merujuk kepada sistem peraturan saya untuk
memberi dendaan supaya bersifat adil dan saksama.

Keduanya, saya harus sentiasa bersifar asertif sepanjang masa terutamanya apabila
terdapat murid-murid yang melanggar peraturan bilik darjah. Hal ini sangat penting kerana
kunci kawalan disiplin pelajar adalah kekonsistenan penguatkuasaan peraturan dengan
kesannya. Menurut Canter (2002), seseorang guru tidak boleh berkompromi dengan
penguasaan peraturan dalam apa jua.

Seterusnya, saya akan memberi pengukuhan positif kepada murid-murid yang sentiasa
mematuhi peraturan bilik darjah. Contoh pengukuhan postif ialah kata-kata pujian,token dan
sebagainya. Saya juga merancang satu sistem peneguhan, iaitu sistem pemberian markah
secara kumpulan. Markah akan diberi kepada setiap kumpulan sekiranya ahli-ahlinya
mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Manakala Markah kumpulan akan ditolak
sekiranya terdapat salah satu ahli kumpulan atau semua ahli melakukan kesalahan. Markah
untuk setiap kali waktu matematik akan dicatatkan. Kumpulan yang mempunyai markah
tertinggi selepas 4 minggu akan diberikan hadiah.
Seterusnya, saya akan membahagikan tempat duduk mengikut kebolhan yang berbeza
iaitu campuran murid yang pandai dan lemah. Saya akan tukarkan tempat duduk kumpulan
yang berbuat bising dan agihkan mereka duduk di hadapan.

6. Tempoh masa:

Saya akan cuba mengatasi masalah ini pada minggu hadapan, iaitu dari 15 Ogos hingga
19 Ogos 2016.

7. Tindakan susulan:

Daripada pengalaman menggunakan Model Canter assertive discipline, guru yang


asertif adalah lebih berkesan daripada seseorang guru yang tidak asertif atau garang.
Kegarangan dan ketidakkonsistenan arahan guru yang menyebabkan kekeliruan dan
trauma psikologi. Seorang guru asertif dapat mewujudkan iklim bilik darjah yang positif,
penyayang dan produktif.

Iklim ini yang dapat menghasilkan pembelajaran yang maksimum. Namun, saya tiidak
begitu sertif sepanjang waktu pengajaran saya. Hal ini adalah kerana saya menghadapi
kesuntukkan masa untuk menghabiskan pengajarannya. Kadang-kadang saya juga akan
memarah murid-murid saya disebabkan kebisingan mereka. jadi saya berasa saya mesti
mengubah sikap saya yang tidak sabar tersebut.

8. Penilaian kejayaan/ Pelaksanaan terhadap langkah-langkah penambahbaikan :

Saya akan meminta pandangan dari pensyarah pembimbing saya untuk memberi
penilaian dokumen tentang tahap penilaian kejayaan saya agar saya akan dapat
memperbaiki segala kelemahan dari semasa ke semasa.

Pelaksanaan Penambaikan :

Mengkaji kesilapan
Merancang aktiviti yang bersesuaian dengan tahap murid
Berbincang dan meminta pandangan guru pembimbing dan pensyarah pembimbing
Merangka pengajaran dan pembelajaran yang berkesan

9. Kesimpulan / Refleksi :

Saya melaksanakanapa sahaja peraturan dan tindakan yang ditetapkan selepas merujuk
kepada Model Disiplin Asertif Canter. Dengan adanya usaha saya dan kerjasama yang
diberikan oleh murid-murid, saya dapat menguruskan bilik darjah dengan lebih baik jika
dibandingkan dengan yang dulu.

Sebagai bukti, dulu saya sentiasa tidak dapat menghabiskan pengajaran dalam masa
dan waktu yang ditetapkan. Hal ini adalah kerana saya sentiasa perlu berhenti pengajaran
saya hanya untuk menegur murid-murid atas sebab kebisingan. Tetapi, selepas saya
mengamalkan cadangan yang saya rujuk pada Model Asertif Canter, saya dapat mengurus
masa dan murid-murid saya dengan berkesan dan baik. Oleh itu, saya ada masa yang
cukup dan suasana yang kondusif untuk mengajar dan belajar.

You might also like