You are on page 1of 5

Jurnal Reflektif Mingguan

Jurnal Minggu keempat

Isu : MASALAH PENGURUSAN MASA

1. Isu / Peristiwa/ Masalah Yang Difokuskan

Sepanjang menjalankan proses pengajaran dalam masa tiga minggu ini, saya telah
mendapati pengurusan masa yang tepat sebagaimana yang saya telah rancangkan.
Terdapat aktiviti yang telah dirancang tidak dapat dijalankan kerana tidak cukup masa. Hal
ini menimbulkan masalah bagi saya untuk mencapai objektif, khususnya objektif yang akhir
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari-hari tertentu.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu)

Masalah ini timbul kerana aktiviti perbincangan secara kumpulan yang telah saya
jalankan itu ada kalanya telah melebihi masa yang ditetapkan. Didapati pelajar-pelajar
mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan hasil perbincangan kerana murid-murid
tidak fokus semasa guru memberikan arahan. Mereka juga sering bermain-main semasa
guru sedang memberi penerangan di hadapan kelas. Punca perkara ini berlaku ialah murid
sentiasa hilang tumpuan dalam apa jua aktiviti. Guru terpaksa menasihati murid dahulu
sebelum sesuatu aktiviti dijalankan. Ini kerana, sekiranya guru menerangkan arahan semasa
murid sedang bermain-main, tiada siapa yang akan memahami arahan tersebut. Jadi untuk
menyediakan murid kepada pdp memerlukan masa yang agak lama seperti 5 minit untuk
menyediakan murid agar besedia mengikuti proses pdp.

3. Kajian Lampau (Literature Reiview) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas)

Menurut kajian dalam Mok Soon Sang (2008), keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah banyak bergantung kepada corak interaksi guru dengan
murid, murid dengan murid, dan murid dengan bahan pengajaran. Good,1973 : Pengurusan
masa ialah perancangan masa yang berkesan sama ada secara harian,mingguan atau
jangka masa yang panjang untuk memberikan masa bagi aktiviti Kuliah,belajar ,rehat,
riadah,dan tanggungjawab. Kajian kes : Seorang guru Bahasa Melayu masuk ke bilik darjah
dua puluh minit lewat.Beliau mengajar secara tergopoh gapah kerana ingin menghabiskan
masa,beliau tidak memberi peluang untuk menyoal atau melakukan sesi perbincangan
mengenai topik yang ingin diajar. Adakalanya, beliau terpaksa mengambil waktu yang
berikutnya kerana perlu menyelesaikan tugasnya serta menghabiskan sukatan pelajaran.
4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah

Jadi, saya merancang sesuatu untuk mengubah dan membaiki masalah ini supaya
tidak berulang lagi. Antaranya ialah memudahkan aktiviti yang dirancang. Kemudian
mengurangkan tahap hasil pembelajaran yang ingin dicapai serta menambahkan sesuatu
yang menarik untuk set induksi supaya fokus murid dapat ditarik ke dalam pdp. Saya juga
memikirkan untuk menggunakan ganjaran seperti murid mengecop 'very good' setelah
berjaya menyiapkan tugasannya.

5. Tempoh Masa Penyelesaian


1 minggu

6. Tindakan Susulan

Langkah-langkah yang perlu saya usahakan untuk mengatasi masalah ini adalah
membaca buku-buku yang berkaitan dengan penerangan masa dalam sesuatu proses
pengajaran dan pembelajaran agar dapat menguruskan masa dengan lebih sempurna. Saya
juga akan menyediakan plan A dan plan B pada waktu-waktu tertentu terutama pada hari
hari yang terlibat dengan perhimpunan sekolah supaya proses pengajaran dan
pembelajaran dapat berjalan lancar dengan masa yang telah dirancangkan. Bagi
memastikan bahawa aktiviti perbincangan secara berkumpulan tidak melebihi masa yang
telah ditetapkan, saya akan sentiasa mengingatkan pelajar tentang masa yang ada dan
meminta wakil bagi setiap kumpulan membuat laporan dalam masa yang telah ditetapkan.
Sekiranya perbincangan menyentuh topik yang sama, saya akan memilih beberapa hasil
perbincangan yang terbaik sahaja akan dibentangkan. Dalam masa yang sama, saya akan
mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada pensyarah pembimbing disamping
berbincang dengan rakan-rakan yang lain.

7. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan

Tindakan yang telah dilaksanakan dengan menggunakan cadangan penyelesaian


yang telah saya kenal pasti telah memberi impak yang positif, ini dapat dilihat dengan saya
dapat menyiapkan sesi pengajaran dan pembelajaran pada masa yang ditetapkan. Lebih
kurang 80% rph dapat dilaksanakan dengan jayanya.
8.Kesimpulan / Refleksi

Kesimpulannya saya berpuas hati dengan sesi pengajaran saya yang mengikuti
rancangan yang dibuat, dalam masa yang sama hampir keseluruhan murid dapat
menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru dalam jangka masa yang dirancang.
Penggunaan cop 'very good' sangat mudah untuk dilaksanakan tetapi memberi impak yang
sangat baik dalam menggalakkan murid bersungguh-sungguh melaksanakan tugasannya.

Jurnal Reflektif Mingguan


Jurnal Minggu Kelima

Isu : MASALAH DISIPLIN KETIKA MENJALANKAN AKTIVITI KUMPULAN

1. Isu / Peristiwa/ Masalah Yang Difokuskan

Pada hari selasa yang lalu, saya masuk darjah 3B mengajar matematik. Mula-mula
murid-murid belajar dengan bersungguh-sungguh. Tetapi sebelum menjalan aktiviti
kumpulan. Saya memberi arahan tentang aktiviti kumpulan untuk murid-murid, sebahagian
murid tidak memberikan perhatian dan bercakap dengan kawan-kawannya.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu)

Saya kenal pasti sebahagian murid tidak memberi tumpuan dan tidak mematuhi
peraturan ketika menjalankan aktiviti kumpulan ialah bahan bantu mengajar tidak menarik,
harga kendiri akademik tinggi, dimana murid lebih yakin pada diri sendiri dan guru kurang
menjalan aktiviti kumpulan.

3. Kajian Lampau (Literature Reiview) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas)

Mengikut Lindgren (1976), disiplin bilik darjah boleh dibahagikan kepada empat jenis
iaitu disiplin arahan guru, disiplin arahan kerja, disiplin arahan kumpulan dan disiplin arahan
diri.

4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah

Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya
kenal pasti, saya mencadangkan beberapa penyelesaian masalah iaitu: 1. Setiap kumpulan
mempunyai seorang ketua kumpulan.Tugas ketua kumpulan adalah memberi arahan,
mengawal disiplin ahli-ahli dan melaksanakan aktiviti kumpulan secara sistematik, teratur
serta licin. 2. Memperbanyakkan dan menghasilkan aktiviti yang kreatif bukan tulis sahaja. 3.
Memberikan bimbingan kepada murid yang keyakinan tinggi

5. Tempoh Masa Penyelesaian :


1 minggu

6. Tindakan Susulan
Saya akan menggunakan ketiga-tiga cadangan untuk menyelesaikan masalah
disiplin murid dalam 2 minggu. Selain itu, saya juga memberitahu kepada guru kelas 3B
tentang tingkah laku beberapa orang murid itu untuk membantu saya memberikan perhatian
mereka.

7. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan

Saya telah memilih setiap kumpulan satu ketua untuk mengawal disiplin ahli-ahli
kumpulan sendiri supaya tidak bisik.Selain itu, ketua kumpulan juga boleh mengalihkan
kerja-kerja dan memberi arahan agar kerja disiap dengan cepat dan baik. Melalui dua
minggu ini, saya telah menjalani beberapa aktiviti kumpulan untuk memerhati disiplin murid
ada diubah atau tidak. Saya juga berjumpa murid yang keyakinan lebih tinggi dalam masa
yang sesuai dan memberi bimbingan dan nasihat kepada mereka.

8.Kesimpulan / Refleksi

Melalui selama dua minggu, saya berasa disiplin murid 3B telah diubah. Semasa
menjalankan aktiviti kumpulan, mereka tidak membuat bisik lagi kerana ketua kumpulan
memberikan mereka arahan,bukan sahaja mereka juga ikut dan menghormatinya. Oleh
sebab, saya memperbanyakkan aktiviti kumpulan, murid-murid telah mengamalkan sikap
yang baik dan bekerjasama untuk mencapai keputusan yang baik.

You might also like