You are on page 1of 4

KAUNSELING KELUARGA & RUMAHTANGGA DARI PERSPEKTIF TERAPI

FAMILI STRUKTUR

PENGENALAN

Adat berumahtangga tidak pernah terlepas dari dugaan Tuhan apatah lagi
hidup di zaman serba moden dan mencabar. Komitmen terhadap kerjaya,
rumahtangga, keluarga, masyarakat jika tidak diimbangi dengan bijaksana
mampu sahaja menjerat individu terjebak dengan konflik mahupun
masalah yang berpanjangan. Sememangnya sebagaimana yang pernah
dibincangkan di dalam kuliah, matlamat perkahwinan itu sendiri harus
jelas, tanggungjawab, peranan mahupun hak yang dimainkan oleh pihak
yang terlibat dalam sistem perkahwinan mahupun rumahtangga harus
difahami, dihayati dan dizahirkan melalui perbuatan secara adil dan
bijaksana. Bukan sahaja atas tiket, tanggungjawab semata-mata TETAPI
dengan penuh rasa kasih sayang dan ruh atau jiwa yang mendalam.
Memang tidak dinafikan, membicarakan isu ini sebenarnya tidak semudah
yang disangka namun insyaAllah dengan kefahaman dan aspirasi
matlamat perkahwinan yang jelas untuk mencari kebaikan malah lebih
cantik lagi atas platform memburu redha Allah segala-galanya akan lebih
mudah nanti. Pembinaan institusi perkahwinan yang memiliki ketetapan,
peraturan dan pensempadanan yang disepakati bersama, dilaksanakan
dan dipatuhi insyaAllah mampu menjamin kesinambungan kehidupan
keluarga yang harmonis, ceria dan sejahtera.

Menerusi pendekatan TERAPI FAMILI STRUKTUR serta kombinasi


pendekatan TRANSAKSIONAL ANALISIS diharap berupaya membantu
pasangan dalam menstruktur kembali sistem dalam rumahtangga yang
dilanda konflik mahupun masalah. TERAPI FAMILI STRUKTUR merupakan
asas kepada penstrukturan semula manakala TRAKSAKSIONAL ANALISIS
pula sebagai medium yang membantu perlaksanaannya dimana ianya
membantu dari segi keberkesanan komunikasi dan interaksi rumahtangga
dan keluarga yang lebih berkesan dan mantap. Kolaborasi kedua-dua
pendekatan ini diharap membantu memberi nafas baru terhadap suasana
rumahtangga yang diimpikan.

ASAS KEPADA TERAPI FAMILI STRUKTUR

Antara mereka yang memainkan peranan terhadap kewujudan TEORI


FAMILI STRUKTUR ini adalah Braulio Montalvo, Bernice Rosman, Harry
Aponte dan Charles Fishman. Walaubagaimanapun Salvador Minuchin
merupakan pengasas yang paling dikenali menerusii teori TERAPI FAMILI
STRUKTUR ini. Minuchin menyedara bahawasanya bagi menghasilkan
kejayaan dalam terapi, dramatik dan intervensi yang aktif perlulah diberi
penekanan. Beliau telah mengenalpasti 2 corak aliran yang dominan
dalam keluarga yang bermasalah iaitu hubungan yang emmeshed , huru-
hara ataupun disengaged, ataupun terpisah yang mana jaringan
hubungan yang berkesan dan mantap dalam sistem kekeluargaan
mahupun rumahtangga.

Terapi ini mempunyai andaian bahawasanya sesebuah perkahwinan


ataupun keluarga itu dapat difahami dan dibantu secara berkesan
berdasarkan penilaian terhadap sub-sistem yang wujud dan interaksi juga
jalinan yang dimainkan dikalangan mereka. Penekanan yang diberikan
dalam terapi ini melibatkan 3 elemen penting iaitu 1) ROLES ~ Peranan,
2) RULES ~ Peraturan dan 3) POWER ~ Kuasa. Setiap institusi
perkahwinan mempunyai struktur mereka yang tersendiri, mempunyai
pengaruh unsur kebaikan dan sebaliknya. Ketiga-tiga elemen ini perlulah
diberikan penekanan dan dilaksanakan secara seimbang, adil dan
bijaksana bagi menjamin kebajikan dan hak ahli di dalamnya tetap terus
terpelihara. Secara umumnya dalam isu ini sistem yang mempunyai ciri
keterbukaan dan memiliki struktur yang bertepatan mempunyai ruang
dan peluang untuk pulih dan berfungsi lebih baik untuk jangka masa
panjang. Ianya bukan sahaja menekankan aspek perkahwinan secara
HOLISTIK tetapi juga dikalangan ahli sub-sistem sebagai sub-unit

Proses memahami konflik ini dapat dilihat menerusi corak interaksi sub-
sistem dalam konteks perkahwinan atau rumahtangga dimana :
i) Pasangan dilihat sebagai klien
ii) Harapan atau keyakinan untuk pulih itu dilakukan berdasarkan
pendekatan penstrukturan semula sistem yang wujud dalam perkahwinan.
iii) Kejayaan atau perubahan yang berterusan bergantung kepada
keupayaan sistem perkahwinan itu melakukan penyesuaian yang
seimbang, bijaksana dan membina kerjasama yang utuh di kalangan
ahlinya

Sub-sistem di sini mewakili unit kecil yang terdapat di dalam rumahtangga


mahupun perkahwinan yang memainkan peranan sebagai pasangan
suami isteri, ibubapa, anak dan adik-beradik. Sebuah perkahwinan atau
rumahtangga tidak berupaya berfungsi dengan baik sekiranya tiada
komitemen mahupun kerjasama yang dimainkan secara berkesan oleh
sub-sistem ini.

Apabila kita membincang, perkahwinan atau rumahtangga itu sebagai


satu sistem kita tidak dapat lari daipada membicarakan tentang isu
bondary. Boundary disini mewakili faktor perbezaan yang melibatkan
fizikal dan psikologi di antara seorang individu dengan individu yang lain.
Menurut Lily (2001), boundary ini juga boleh diterjemahkan sebagai
kawasan. Ianya merupakan pensempadanan psikologi yang dimiliki oleh
setiap orang individu yang berada di dalam sebuah sistem. Setiap individu
atau sub-sistem seharusnya bijaksana menjaga dan memelihara garis
pesempadanan mereka agar tidak dicerobohi atau dibolosi pihak lain.
Terdapat 3 ciri boundary iaitu :
I) Clear ~ dimana garis pesempadanan psikologi dan fizikal yang diwakili
adalah jelas dan nyata.
II) Rigid ~ dimana garis pesempadanan psikologi dan fizikal yang diwakili
adalah terlalu ketat hingga sukar untuk menjalinkan perhubungan yang
sihat bersama-sama sub-sistem yang lain
III) Difffuse ~ dimana garis pesempadanan psikologi dan fizikal yang
diwakili agak keliru dan bekeceramuk.

Di dalam pendekatan PENSTRUKTURAN SEMULA sub-sistem dan boundary


ini, TERAPI FAMILI STRUKTUR adalah berasaskan kepada :
i) Roles ~ Komitmen dan peranan yang seharusnya dimainkan secara
mantap dan berkesan oleh sub-sistem yang mewakili perkahwinan
ataupun rumahtangga.
ii) Rules ~ Undang-undang ataupun syarat yang disepakati bersama dan
perlu dipatuhi serta dilaksanakan bagi menjamin kelangsungan fungsi
sebuah sistem yang efektif dan berjaya
iii)Power ~ Kuasa yang perlu dimainkan secara adil, bijaksana dan
berkesan dalam memantau sub-sistem agar berupaya berfungsi dengan
baik dan harmoni.

Apa yang dapat disimpulkan disini, AMAT PENTING SEKALI DALAM


PEMBENTUKAN SEBUAH KELUARAGA YANG HARMONI, IDEAL DAN
SEJAHTERA KESEPAKATAN KETIGA-TIGA ELEMEN TADI DIPERSETUJUI DAN
DIPATUHI DAN DIFAHAMI SETIAP AHLI DALAM INSTITUSI KELUARGA ATAU
RUMAHTANGGA TERSEBUT. Ketidakseimbangan, kecelaruan dan
ketidakfahaman tentang HAK, PERANAN DAN KUASA yang dimainkan
secara tidak langsung akan menggugat kesinambungan penjanaan
sebuah keluarga yang sejahtera dan bahagia.

You might also like