You are on page 1of 20

TASK 4

FAMILY ANALYSIS AND INTERVENTION PAPER

Introduction

Keluarga adalah institusi yang memainkan peranan yang sangat

penting dalam sesebuah masyarakat.Gaya asuhan dan didikan ibu bapa

adalah merupakan satu komponen yang sangat penting dalam

memastikan perkembangan emosi,konsep kendiri dan cara seseorang

individu itu berkomunikasi.Menurut Goldenberg & Goldenberg (2002)

mendefinisikan keluarga sebagai suatu sistem sosial semulajadi yang

mempunyai ciri-ciri tertentu,mempunyai satu set peraturan-peraturan

tertentu,peranan struktur kuasa,bentuk komunikasi dan cara

perbincangan tertentu dalam penyelesaian masalah yang membolehkan

pelbagai tugas dijalankan secara berkesan. Keluarga juga boleh

ditakrifkan sebagai satu unit sosial yang terdiri daripada bapa,ibu dan

anak dan yang paling penting ialah wujudnya suatu pertalian hidup

tertentu dalam kelompok sosial berkenaan (Mahmmood,1997).

Description of family

Keluarga saya mempunyai 7 orang adik beradik.Kedua-dua ibu dan

bapa saya bekerja dan tinggal secara berasingan daripada nenek dan atuk

saya.Keluarga saya merupakan keluarga nuklear yang mana ibu dan bapa

bertanggungjawab terhadap tugas masing-masing. Ibu saya bekerja

sebagai seorang guru dan juga seorang yang sangat tegas kepada anak-

anaknya.Ibu saya juga seorang yang sangat berjimat cermat dan tidak

1
suka melakukan pembaziran.Manakala bapa saya pula adalah seorang

yang sangat fleksibel dan sangat bertolak ansur.Namun begitu,bapa saya

telah meninggal pada 5 tahun yang lepas.Beliau juga jarang memarahi

anak-anaknya dan memberi sedikit kebebasan kepada anak-anaknya

dalam membuat keputusan.Saya mempunyai seorang kakak yang telah

berkahwin dan tinggal secara berasingan daripada keluarga saya.Kakak

saya adalah seorang yang sangat sensitif dan sentiasa mengharapkan

agar semua adik-adiknya akan mendengar apa yang dikatakannya.Beliau

juga seorang yang sentiasa mempunyai pemikiran yang negatif terhadap

sesuatu perkara.Namun begitu,kakak saya juga seorang yang sangat baik

hati dan tidak kedekut untuk menghulurkan bantuan apabila

diperlukan.Adik saya yang ketiga adalah adik lelaki yang telah berkahwin

dan kini tinggal di Negeri Sembilan.Oleh kerana beliau jarang balik

kerumah maka konflik antara dia dan ibu agak kurang berlaku kerana

berjauhan.Adik yang keempat juga sudah berkahwin dan kini tinggal di

Langkawi.Beliau juga agak jarang pulang ke rumah.Adik saya yang

keempat agak lembut dan lebih memahami semua ahli keluarga di dalam

rumah.Adik yang kelima adalah seorang lelaki dan beliau sudah berumur

26 tahun.Beliau merupakan seorang pemegang kad orang kurang upaya

kerana mempunyai penyakit yang menyebabkan kaki dan tangannya

mengalami sedikit kecacatan.Beliau tidak menimbulkan apa-apa masalah

kepada ibu saya dan akan mematuhi segala arahan yang disuruh.Adik

yang ke enam adalah seorang perempuan.Beliau berusia 25 tahun.Beliau

sedang menyambung pelajaran di diperingkat ijazah sarjana di Universiti

Utara Malaysia dalam bidang Sains Komputer.Beliau belum mempunyai

2
pekerjaan yang tetap dan menetap bersama dengan keluarga di rumah

bersama dengan dua orang lagi adik yang lain.Adik saya yang ke enam

mempunyai sedikit masalah komunikasi antara ibu kerana beliau sering

berada dirumah dan banyak menghabiskan masa di rumah.Beliau juga

seorang yang degil dan tidak akan mendengar cakap orang lain dan

hanya mengikut caranya sendiri.Akhir sekali adik saya yang ke tujuh juga

merupakan seorang perempuan.Beliau juga adalah kanak-kanak down

syndrome dan kini berusia 21 tahun.Beliau tidak menimbulkan apa-apa

masalah kepada saya dan sangat mudah untuk menguruskannya.

Antara permasalahan yang sering terjadi dalam keluarga saya

adalah masalah komunikasi adik dengan ibu saya.Hal ini kerana ibu saya

adalah seorang yang sangat garang dan tidak akan bertolak ansur

sekiranya ibu saya mendapati bahawa perkara tersebut tidak

mendatangkan apa-apa manfaat kepada kami dan juga kepada

keluarga.Masalah komunikasi ini semakin kritikal apabila adik saya

membuat keputusan untuk menetap bersama dengan ibu saya setelah

bapa saya meninggal dunia.Ini kerana adik saya perlu memikirkan

tangunggjawab sebagai seorang anak yang masih belum berkahwin dan

belum mempunyai pekerjaan yang tetap.Di dalam keluarga saya,semua

adik beradik perlu mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh

ibu saya.Hal ini bermaksud ibu saya mempunyai kuasa autoriti dan tidak

ada sesiapa boleh membantahnya.Ibu saya juga seorang yang sangat

tegas dan beliau selalunya tidak akan mendengar cakap orang lain dan

anak-anaknya perlu mematuhi apa sahaja kehendaknya.Ibu saya juga

seorang yang tidak boleh menerima sesuatu perkara yang

3
buruk.Contohnya,sekiranya adik saya melakukan sesuatu perkara diluar

pengetahuannya seperti melakukan pembaziran dalam membeli sesuatu

barang,maka beliau akan memarahi adik dan menyatakan bahawa adik

saya tidak merancang perbelanjaan dengan baik.Ibu saya juga seorang

yang sangat sukar didekati dan sangat sukar untuk difahami dan kadang

kala tidak dapat dijangka akan tindakan yang diambil oleh ibu saya.Ini

mungkin dipengaruhi oleh faktor usia dan juga kesunyian berada dirumah

selepas pencen tanpa melakukan apa-apa pekerjaan.Ibu saya juga

seorang yang tidak suka bersosial dan ini menyebabkan beliau sentiasa

ingin mengawasi pergerakan anak-anaknya.Keadaan ini telah

menimbulkan sedikit perasaan tidak puas hati adik saya untuk melakukan

sesuatu perkara yang disukai.Kadang kala adik saya merasa agak rimas

dan sedikit terkonkong.Ini kerana adik saya tidak boleh melakukan apa

yang beliau sukai dan perlu mendapatkan kebenaran daripada ibu

saya.Kadang kala adik terpaksa menipu bagi membolehkan dia dapat

melakukan sesuatu yang dia suka seperti keluar bersama dengan rakan-

rakan,membeli barang-barang yang disukai dan juga melakukan sesuatu

perkara yang dia suka.Tujuan adik saya menipu bukanlah untuk sesuatu

yang negatif sebaliknya adik saya melakukan sesuatu yang dia minat

tetapi tidak disukai oleh ibu saya dan juga tidak mahu mengecilkan hati

ibu atau membuat ibu saya merasa susah hati atau sebaliknya.

Ibu saya juga semakin sensitif.Hal ini mungkin dipengaruhi oleh

faktor usia dan juga kesunyian setelah bapa saya meninggal

dunia.Sebelum ini,ibu saya sangat bergantung kepada bapa saya dalam

melakukan apa-apa sahaja perkara yang berkaitan dengan hal

4
rumah.Namun,setelah bapa saya meninggal,ibu saya perlu melakukan itu

semua sendiri.

Theory Conceptualization

Komunikasi yang positif dan berkesan telah dikenalpasti

sebagai asas kepada sesebuah keluarga untuk berfungsi dengan baik.Ini

khususnya apabila anak-anak telah mula meningkat remaja di mana pada

waktu tersebut mereka mula berupaya untuk membina identiti dan

membuat keputusan.Komunikasi yang baik di antara anak dan juga ahli

keluarga akan mewujudkan hubungan yang mesra serta penuh kasih

sayang dan secara tidak langsung akan memudahkan sebarang

penyelesaian masalah (Barnes dan Olson,1985).Menurutnya

lagi,komunikasi adalah satu proses yang memudahkan pembinaan kohesi

dan penyesuaian di kalangan keluarga.

Oleh itu,teori yang digunakan oleh saya ke atas klien dalam

tugasan ini adalah teori atau pendekatan Satir.Pendekatan satir lebih

mengutamakan ulangan gaya komunikasi dan interaksi dalam dan antara

sistem.Sebuah keluarga yang sihat perlu memiliki penyampaian mesej

yang jelas dan kongruen.Bentuk komunikasi yang tidak kongruen

ditonjolkan dengan kewujudan ahli yang suka mengutuk ahli lain dalam

keluarga,pengacau yang tidak relevan dan terlalu beralasan.Barker (1998)

dan Foley(1974) membahagikan teori komunikasi kepada tiga aspek,iaitu:

1) Komunikasi dan kognitif


2) Komunikasi dan kuasa

5
3) Komunikasi dan perasaan.

Satir (1972) menekankan komunikasi melalui ekspresi

emosi,harapan dan keinginan seseorang.Teori ini bertujuan mengubah

sistem komunikasi yang tidak berfungsi dalam keluarga dan digantikan

dengan sistem komunikasi yang berkesan.Dalam diagnostik,beliau

mempertimbangkan empat aspek,termasuk menganalisis perbezaan

antara ahli dalam keluarga,peranan dan fungsi dalam keluarga,bentuk

komunikasi yang wujud,dan peraturan dalam keluarga.Melalui pendekatan

satir ini banyak menekankan penggunaan perkataan saya dalam respon

secara langsung dan teknik permainan atau tugasan.

Satir (1982),juga percaya bahawa individu yang matang adalah

bertanggungjawab,berupaya untuk membuat keputusan dan

pilihan,memahami perasaan sendiri,berkomunikasi dengan baik dan

menerima hakikat bahawa manusia adalah unik serta bersedia untuk

menerima perbezaan.

Menurut Satir (1982), individu yang matang adalah individu yang

mempunyai ciri-ciri seperti:

1) Bertanggungjawab sepenuhnya terhadap diri mereka sendiri


2) Berupaya untuk membuat keputusan berdasarkan kepada

persepsi diri yang tepat, mempertimbangkan pendapat orang

lain serta mengikut konteks sosial.


3) Berupaya untuk membuat pilihan dan keputusan
4) Bertanggungjawab terhadap impak pilihannya
5) Merasai perasaan mereka
6) Berupaya berkomunikasi secara jelas dengan orang lain
7) Berupaya menerima hakikat bahawa manusia adalah unik.

6
Rajah 2.1 Peringkat perubahan dalam Model Satir

Tahap 6
- Status quo baharu (mewakili suatu keadaan yang lebih stabil dan berfungsi)
(Satir et al., 1991:98-99)

Tahap 5
-Latihan (latihan akan lebih mengukuhkan perubahan dan pembelajaran baharu)

Tahap 4
- Integrasi (pembelajaran dan perubahan baharu dikekalkan .Ia cuba bergabung
dengan sistem lama)

Tahap 3
-Chaos (pergerakan sistem kepada perubahan baharu yang kurang stabil,dalam proses
percubaan.Kemungkinan berjaya mengekalkan atau mengalah.

Tahap2
-Memperkenalkan suatu elemen luaran (seperti kawan,ahli terapi atau orang lain di luar
sistem individu yang membolehkan perubahan berlaku.

Tahap 1
-Status quo atau keadaan sedia ada (peringkat ini masih dalam sistem individu yang
memerlukan perubahan)

Enam peringkat perubahan dalam model Satir disokong oleh

Lambert (1992) dan Snyder et al.(1999) dan mengatakan keenam-enam

peringkat akan menjamin kejayaan sesuatu perubahan yang sistematik

melalui terapi kaunseling.Manakala Telkelsen (1980) melihat peringkat

ketiga sebagai destabilization (hal.36) disebabkan ahli keluarga masih

dalam proses penyesuaian terhadap perubahan baru yang lebih berfungsi.

7
Model Satir melihat perubahan adalah dalam bentuk secara

keseluruhan,namun ianya bergantung kepada sesebuah keluarga yang

mempunyai isu yang berlainan dan penyelesaiannya dalam terapi adalah

sama berdasarkan kepada model Satir.

Konsep Utama Teori Pengalaman Keluarga Satir

Konsep utama bagi teori ini adalah Bongkah Ais Peribadi.Menurut

Satir (1972), sistem ini akan menyebabkan berlakunya tiga perubahan

komunikasi dalam keluarga iaitu:

a) Setiap ahli keluarga perlu menceritakan perkara yang berlaku dan

dilihat secara kongruen,lengkap dan jujur di hadapan ahli keluarga

yang lain.
b) Setiap ahli perlu mempunyai keunikannya .Oleh itu,perbincangan

perlu diadakan secara terbuka bukan berdasarkan kuasa.


c) Perbezaan ini perlu dimaklumkan dan digunakan untuk proses

perkembangan hubungan.
Melalui teori ini juga rawatan yang digunakan adalah menekankan

kepada kebebasan dan fleksibiliti.Penekanan Model Satir adalah

seperti dalam Jadual 2.2:

8
LUARAN DALAMAN

Nilai hidup
Tingkah Laku Kepercayaan
Bercerita Andaian
Cara Mengatasi Perasaan
Masalah Persepsi Kendiri
Harapan
Keinginan

Kelebihan Teori Keluarga Satir

Teori Satir memberi fokus kepada perkembangan secara holistik

terhadap individu dan juga keluarga.Asas kepada teori Satir adalah

melihat kepada benih (seeds) yang berpotensi untuk berkembang

(growth).Satir memfokuskan kepada hubungan insan dan proses terapi

serta perubahan tingkahlaku sebagai tumbuhan yang memerlukan

air,udara,matahari,oksigen serta baja (nutrition) yang lain untuk

perkembangan yang sihat (Grace Yung,2005).Oleh itu,setiap individu atau

suatu hubungan memerlukan masa untuk mencungkil tenaga dalaman

yang kuat demi mencari alternatif untuk perubahan ke arah yang lebih

positif.Perubahan akan berlaku sekiranya individu dapat melihat adanya

suatu harapan yang dapat disandarkan.Apa sahaja yang dilakukan adalah

9
bergantung kepada pemilihan dan individu perlu bertanggungjawab

terhadap dirinya.

Teori pengalaman keluarga Satir juga melihat manusia secara

individu dan tidak kepada peranan seseorang.

Peranan Terapis atau kaunselor berasaskan Model Satir

Terapis Satir mempercayai manusia berpotensi mempunyai

kebaikan dalaman (Innes,2002) serta berpegang kepada semangat

menerima tanpa syarat terhadap kliennya (McLendon,2000).Mereka juga

percaya hubungan teraputik antara terapis dan klien merupakan fasilitator

untuk perkembangan klien (Barlow & Durand,1999).

Antara perbezaan antara peranan terapis Satir dan Rogerian adalah

terapis Satir lebih aktif berbanding Rogerian (Bandler,Grinder &

Satir,1983).Terapis Satir bertanggungjawab sebagai alat untuk perubahan

tingkah laku subjek.Subjek berkuasa membuat pilihan sendiri.Model Satir

membolehkan subjek mencungkil lebih alternatif sebagai pilihan untuk

mengatasi atau mengurangkan pengaruh masalah ke atasnya.Model ini

juga membolehkan subjek menggunakan pelbagai pendekatan demi

berhadapan dengan masalah (Innes,2002;Loeschen,2002).

Beberapa aspek lain yang ditekankan oleh terapis Satir yang

mempunyai ciri-ciri persamaan dengan teori Roger adalah ciri-ciri

kongruen (Satir et al.,1991;Baldwin,2000) yang merupakan matlamat

utama dalam suatu terapi.Oleh itu Satir et al.(1991) mengatakan:

10
Congruen is both a state of being and a way of communicating

with ourselves and others (p.g.65).

Pandangan ini telah disokong oleh Dodson (1991) yang mengatakan

terapis yang kongruen dapat membentuk suasana perubahan yang

kondusif.

Teori pengalaman keluarga Satir juga menegaskan prinsip dan

konsep Model Satir berasaskan apa dan bagaimana yang sesuai

ditekankan daripada mendengar semua percakapan klien.Pendekatan

Satir juga mendapat kritikan oleh rakan beliau kerana terlalu cenderung

kepada aspek emosi (Linares,2001;chwantz & Johnson,2000) berbanding

teori Bowen yang menekankan kognitif (Corrales,1989). Namun, Satir

mengatakan bahawa penggunaan bahagian otak yang sesuai (kiri atau

kanan) adalah sangat bergantung kepada apa yang diperlukan oleh klien

untuk tujuan rawatan hidden dynamics of family

life(Corrales.1989,hal.48).

Melalui teori ini juga terapis juga berperanan untuk membetulkan 4

elemen di dalam keluarga iaitu,penghargaan kendiri,kemahiran

komunikasi,sistem perikatan dan gabungan (Alliance and coalition

system) dan peraturan-peraturan yang menguasai keluarga. Rawatan

yang diberi penekanan adalah perkembangan, perubahan, kreativiti,

fleksibiliti dan keceriaan.

11
Treatment Plan.

Berdasarkan kepada teori pengalaman keluarga Satir,kaunselor

telah membuat beberapa perancangan rawatan bagi membantu klien

dapat membuat perubahan dalam corak komunikasi klien bersama

dengan ibunya.Perancangan rawatan ini adalah berdasarkan kepada Do a

Client Map(Seligman,1996).Melalui perancangan rawatan ini klien akan

dapat dibantu oleh kaunselor dengan lebih aktif.

Do a Client Map

Diagnosis

Masalah komunikasi bersama dengan ahli keluarga

terutamanya ibu.

Objective

1) Meningkatkan kefahaman klien mengenai personaliti

individu
2) Meningkatkan kemahiran komunikasi klien
3) Mengurangkan rasa ketegangan dalam diri klien
4) Meningkatkan penghargaan kendiri.
5) Mengurangkan pemikiran yang negatif.

Assessment

Tiada

Clinician

Tiada

12
Location of treatment

Kaunselor akan membuat perjumpaan bersama dengan klien di bilik

kaunseling di pejabat bagi membolehkan suasana yang teraputik dapat

diwujudkan.Klien juga akan diklasifikasikan sebagai klien luar yang

mendapatkan rawatan ini.

Selepas kaunselor membina hubungan yang rapat bersama dengan

klien,maka kaunselor akan membantu klien untuk mendapatkan rawatan

berdasarkan kepada objektif yang telah ditetapkan.

Intervention

Klien menghadapi masalah komunikasi dan juga kurangnya

kenyakinan diri dalam menyatakan sesuatu pandangan atau pendapat

dalam keluarga.Klien juga mempunyai pemikiran yang negatif terhadap

ibunya dan sering mengelak untuk berkomunikasi supaya tidak

menimbulkan konflik.Oleh itu,kaunselor telah menggunakan pendekatan

teori Satir yang bertujuan membina hubungan serta interaksi yang positif

antara ibu dan anak-anaknya.(Pendekatan teori Satir akan lebih

memfokuskan kepada cara menangani emosi klien dan seterusnya

memahami punca sebenar masalah yang dihadapi).

Emphasis

Berdasarkan sesi yang telah dijalankan kaunselor mendapati

bahawa klien adalah seorang yang mempunyai kesedaran yang tinggi

13
mengenai permasalahan yang berlaku terhadapnya.Namun begitu,klien

mempunyai keinginan untuk berubah serta berusaha untuk memperbaiki

komunikasi beliau bersama dengan ibunya.Oleh itu,kaunselor akan

memberi perhatian atau fokus dalam rawatan ini kepada kemahiran untuk

berkomunikasi dengan lebih baik bersama ibunya. Disamping

itu,kaunselor juga akan mempertingkatkan hubungan yang lebih baik

antara anak dan ibunya melalui teknik yang diperkenalkan oleh teori Satir

iaitu Komunikasi Kongruen dan Kemenangan Tiga Hala (Diri,Orang lain

dan Persekitaran).

Nature of treatment

Kaunselor telah menyarankan agar klien mendapatkan sesi

kaunseling individu bagi membolehkan rawatan yang dibuat akan lebih

efektif.Namun begitu,pada masa yang sama conjoint meeting juga akan

dilakukan bagi membolehkan ahli keluarga akan dapat bersama-sama

membantu klien dalam proses rawatan ini.Ibu dan ahli keluarga yang lain

juga akan dipanggil oleh kaunselor untuk membantu terapis melakukan

beberapa teknik yang menggunakan pendekatan teori Satir seperti main

peranan (Parts Party,Sculpting).Teknik ini membolehkan klien

memerhatikan pelbagai sifat dan personaliti yang berlainan yang wujud

dalam dirinya melalui sesi main peranan.(Conjoint Meeting akan

ditangguhkan sehingga klien benar-benar bersedia untuk rawatan

seterusnya.)

Timing

14
Rawatan yang akan dijalankan adalah selama seminggu sekali

perjumpaan.Namun begitu,sekiranya terdapat peningkatan atau

perubahan dalam corak komunikasi klien bersama ibunya,maka kaunselor

akan mengurangkn perjumpaan selama 3 minggu sekali.Kaunselor

menganggarkan bahawa rawatan ini akan mengambil masa lebih kurang 6

bagi melihat kesan yang positif dalam corak komunikasi klien bersama

dengan ibunya.(Klien perlu membuat temujanji bersama dengan klien 2

minggu sekali dalam sebulan bagi tempoh 6 bulan).

Medication

Tiada

Adjunct Services

Penglibatan klien dalam bengkel meningkatkan kemahiran

komunikasi dan juga self esteem adalah sangat bagus bagi

membolehkan klien berupaya untuk mengetahui cara berkomunikasi

dengan lebih baik serta berupaya mengenali kekuatan dan kelemahan

diri.(Klien akan didedahkan mengenai program tersebut sebelum

penamatan sesi).

Prognosis

Kaunselor mendapati bahawa klien mempunyai sifat yang sangat

positif dan sangat bersedia untuk membuat perubahan bagi

membolehkan corak komunikasi antara klien dan ibunya dapat

15
dipertingkatkan.Namun begitu,ianya juga sangat bergantung kepada

penerimaan ibunya terhadap anaknya dan bagaimana tindak balas yang

dilakukan oleh ibunya terhadap anaknya.Pada masa yang sama,dorongan

serta motivasi daripada ahli keluarga yang lain juga akan dapat

membantu klien untuk lebih berfikiran positif terhadap ibu serta ahli

keluarga yang lain dan juga secara tidak langsung akan berupaya untuk

mempertingkatkan self esteem klien dalam mencuba sesuatu perkara

yang berbeza daripada kebiasaannya.

Expected Outcomes

Harapan yang positif adalah sesuatu perkara yang perlu difikirkan

oleh kaunselor sebagai seseorang yang mempunyai kemahiran dalam

membantu individu atau keluarga yang bermasalah.Melalui tugasan

ini,sudah tentu kaunselor atau terapis mengharapkan sesuatu hasil yang

telah diusahakan dapat membuahkan satu kejayaan yang baik dan positif.

Melalui permerhatian dan perancangan rawatan yang telah

dilakukan oleh kaunselor bersama dengan klien,kaunselor dapat

menjangkakan bahawa hasil daripada rawatan yang dilakukan ini akan

berjaya dan menampakkan perubahan yang baik terhadap corak

komunikasi di antara klien dan ibunya.Hal ini kerana,teori pengalaman

keluarga Satir ini sangat menekankan kepada diri individu dan juga

persekitaran yang terdapat pada individu itu sendiri.Selain itu,teori Satir

juga menggunakan beberapa teknik yang sangat sesuai untuk digunakan

16
dalam permasalahan klien bersama dengan ibunya.Contohnya,teknik

Main Peranan dan juga teknik Komunikasi Kongruen dan Kemenangan

Tiga Hala (Diri,Orang Lain dan Persekitaran).

Conclusion

Hasil daripada tugasan ini dapat saya rumuskan bahawa komunikasi

antara ahli keluarga adalah sangat penting dan ianya juga meninggalkan

kesan psikologikal yang sangat besar kepada sesetengah

individu.Komunikasi ibu dan bapa sangat mempengaruhi sikap dan juga

corak pemikiran serta persepsi anak-anak kepada ibu dan bapanya serta

penentuan kepada rapat atau mesra hubungan di antara anak dan juga

ahli keluarga yang lain.

Tugasan ini juga telah membolehkan saya berupaya untuk

memahami sesuatu teori keluarga dengan lebih mendalam dan secara

tidak langsung memberi ilmu pengetahuan yang baru mengenai cara

rawatan yang boleh digunakan semasa menjalankan sesi kaunseling

keluarga bersama dengan klien.Tambahan lagi,ianya juga dapat

membantu saya memperbaiki corak komunikasi adik saya bersama

dengan ibu dan seterusnya dapat melihat kesan tersebut dalam jangka

masa yang lebih singkat dan mengalami sendiri pengalaman tersebut.

Kesimpulannya, terdapat beberapa perkara yang menjadi halangan

semasa saya menyiapkan tugasan ini.Pertama, apakah masalah yang

wujud dalam keluarga saya?.Kedua mengapa masalah tersebut wujud dan

apakah punca yang menyebabkan masalah tersebut wujud.Ketiga, apakah

17
teori yang bersesuaian yang perlu saya gunakan dalam tugasan

ini.Keempat bagaimana saya perlu mengulas dan menganalisis tugasan

ini.Hal ini telah memberi pelbagai cabaran dan rintangan kepada saya

dalam usaha untuk menyiapkan tugasan yang sangat memerlukan saya

untuk berfikir dan menggabungjalin semua maklumat penting dalam

tugasan ini.Namun begitu,ianya memberi satu pengalaman yang menarik

dan mencabar saya untuk mengolah dan mempratikkan teori ini dalam

kalangan keluarga sendiri.

18
References:

Brothers, B. (2000).Virginia Satir. In M. Suhd,Dodson,L&Gomori,M. (Eds,),

Virginia Satir.Her life and circle of influence (pp. 1-101).Palo

Alto,CA:Science &Behavior Books.

Rasheed, J.M., Rasheed, M.N., Marley, J.A. (2011).Family Therapy:Models

and Techniques.United States of America:SAGE Publications.

Nichols, M.P., Nichols, M.P., Schwartz, R.C. (2001).The Essential of Family

Therapy

United States of America: Allyn and Bacon.

Lily,M.H,Ramlan.H(2006).Asas Kaunseling Keluarga.Pusat Penerbitan

Universiti (UPENA):UiTM.

Khoo, B. L.(2015).Kaunseling Keluarga:Pendekatan Teori Satir.Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Bahagian Psikologi dan Kaunseling (2014).Modul Kaunseling

Keluarga.Kementerian Pendidikan Malaysia

19
Khoo,B.L,Mohd,H.O(2007).Pendekatan Kaunseling Keluarga

Satir.Pendidikan Kaunseling;DP.Jilid 7 Bil,1,Universiti Sains

Malaysia.

Abdul,H.O.(1999).Kaunseling untuk Kesejahteraan Insan: Satu

Pengalaman di Malaysia.Kota Kinabalu:Universiti Malaysia Sabah.

Khoo,B.L. Pendekatan Kaunseling Keluarga dan Keterampilan Kaunselor

Sekolah Ketika Menjalankan Sesi dlm. Jurnal Pendidik dan

Pendidikan 21,2005.

Khoo,B.L,2005.Teacher,You Are My Heart Supporter.Edisi ke-2.Kuala

Lumpur:Bridge Communication Sdn.Bhd.

20

You might also like