You are on page 1of 2

TUTORIAL 3 (2 APRIL)

1. Perkataan benar boleh dibahagikan kepada tiga iaitu kebenaran yang mutlak, kebenaran
secara saintifik dan kebenaran secara relatif.

a. Berikan perbezaan berserta contoh di antara kebenaran yang mutlak dan kebenaran
secara saintifik.

Kebenaran mutlak ialah kebenaran yang hakiki dan sejati seperti agama manakala
kebenaran secara saintifik ialah kebenaran yang dapat dibuktikan dan di uji secara saintifik
dan meliputi bidang sains.

Kebenaran mutlak rujuk kepada kebenaran yang tidak dibatasi ruang dan waktu.
Contohnya, ajaran agama manakala kebenaran secara saintifik akan berubah seiring
dengan perubahan masa. Contohnya, teori yang dikemukakan oleh seseorang ahli sains
mungkin ditolak dengan ahli sains lain yang dapat menyangkal teorinya dengan alasan
ataubukti yang kukuh.

b. Bagaimanakah kebenaran secara relatif berbeza dengan kedua-dua jenis kebenaran di


atas?

Kebenaran secara relatif adalah kebenaran manusia dari sudut pandangnya sendiri
manakala kebenaran mutlak ialah kebenaran yang hakiki dan sejati, kebenaran secara
saintifik ialah kebenaran yang dapat dibuktikan dan di uji secara saintifik.

Kebenaran mutlak rujuk kepada kebenaran yang tidak dibatasi ruang dan waktu.
Contohnya, ajaran agama manakala kebenaran secara relatif adalah terbatas terhadap
kebenaran mutlak seperti kepercayaan dan adat resam yang akan berubah dengan
perubahan masa.

2. Terangkan sifat-sifat yang terdapat dalam Pemikiran Intuisionis.

Orang yang mengamalkan pemikiriran ini akan bertindak mengikur naluri hatinya.
Pemikiran seseorang tersebut adalah hanya menggunakan maklumat atau apa yang berada
di depan matanya. Unsur intuisi ini dapat melahirkan perasaan dalaman yang lebih
bermakna dengan mengikut pengetahuan dan kefahaman individu. Ini bermaksud intuisi
berkaitan dengan pengalaman dan pengetahuan yang sedia ada.

Intuisi juga disebut sebagai ilham atau inspirasi. Meskipun pengetahuan intuisi muncul saja
secara tiba-tiba, namun tidak belaku dalam setiap orang. Ketika seseorang sudah
memaksimumkan daya fikirannya lalu dia merehatkan mindanya dengan tidur, pada saat
itulah intuisi berkemungkinan muncul. Disebabkan intuisi sering disebut separa-rasional atau
suatu kemampuan yang berada di luar rasional, dan hanya berfungsi jika rasional sudah
digunakan secara maksimum namun menemui jalan buntu.

Golongan pemikiran ini melihat, mentafsir dan bertindak mengikut naluri tanpa memikirkan
akibat, kualiti dan kesan. Mereka juga cepat membuat keputusan, mudah menerima arahan,
selalu mengubah pendirian dan suka mengambil jalan mudah terhadap perkara yang
diamanahkan. Walau bagaimanapun golongan ini mudah berkawan dan tidak mudah
tersinggung atau mengambil hati terhadap sesuatu perkara.

You might also like