You are on page 1of 3

TUTORIAL 27.3.

2017
1. Dalam menjayakan pengajaran mikro, anda perlu menguasai kemahiran penyampaian.
Huraikan kemahiran-kemahiran itu dan faktor-faktor yang mempengaruhinya dengan jelas.

Terdapat lapan kemahiran dalam pengajaran mikro. Yang pertama ialah kemahiran
menyampaikan set induksi. Kemahiran ini bertujuan membina kerangka rujukan sebelum
dan selepas pelajaran, memberikan makna kepada konsep atau prinsip yang baru dan
membangkitkan minat dan penglibatan pelajar. Set induksi perlu bermakna iaitu memulakan
pengajaran dengan memberikan bahan bermakna serta dapat menarik minat pelajar yang
berkaitan dengan persekitaran pengetahuannya. Set induksi juga harus dikaitkan dgn isi
kandungan yang selari dengan objektif pengajaran dan memastikan permulaan pengajaran
yang perlu berkaitan dengan bahan dan objektif PdP.

Kedua ialah kemahiran memberi penerangan dan digunakan untuk menyampaikan


maklumat, konsep atau isi kandungan pelajaran kepada murid pada peringkat
perkembangan. Kemahiran ini perlu menentukan contoh, ilustrasi atau sumber pelajaran
yang akan digunakan, masa hendaklah sesuai, dapat kekalkan minat murid terhadap
penerangan guru, penggunaan perkataan dan istilah yang sesuai dengan kebolehan dan
pengalaman murid serta pengetahuan lepas murid, alat bantu mengajar sesuai dengan isi
pelajaran dan diuruskan dengan teknik yang berkesan.

Kemahiran ketiga ialah kemahiran penyoalan yang digunakan untuk menolong murid
mengingat kembali pelajaran lepas dan merangsang pemikiran murid. Komponen kemahiran
ini termasuk soalan yang dikemukakan perlu jelas, ringkas dan tepat, fokus tunggal iaitu
soalan ditumpukan kepada satu idea dan konvergen, fokus kepelbagaian iaitu soalan
ditumpukan lebih daripada satu idea dan divergen dan sebaran iaitu soalan disebarkan
kepada seluruh kelas.

Kemahiran keempat ialah kemahiran pengukuhan yang Digunakan apabila murid


memberi jawapan / reaksi yang betul dalam sesuatu aktiviti. Prinsipnya ialah berubah dari
masa ke semasa, diberi sebaik sahaja selesai menjawab, elak komen negatif, teknik
pengukuhan sesuai dengan tahap pelajar dan diberi dengan ikhlas.

Kemahiran yang seterusnya ialah kemahiran penggunaan papan kapur yang


memerlukan kemahiran guru merancang dan menyusun tulisan, nota dan gambar rajah.
Guru yang menguasai kemahiran ini dengan baik, memudahkan murid membaca dan
memahami dan dapat menarik minat pelajar. Kemahiran ini memerlukan kemahiran guru
melukis gambar rajah, tulisan yang jelas, pandai menggunakan kapur warna, aktiviti
hendaklah dipelbagaikan dan penglibatan murid dalam penggunaan papan kapur.
Kemahiran keenam ialah kemahiran penutup. Aktiviti rumusan, pengukuhan dan
penilaian biasanya diadakan dalam bahagian ini. Guru menggunakan bahagian ini untuk
membantu murid-murid mengukuhkan konsep atau kemahiran baru yang dipelajari dengan
merumuskan isi-isi penting atau memberi aktiviti susulan. Prinsip kemahiran ini
termasuklah sesuai dengan objektif, isi dan kemahiran yang baru dipelajari, aktiviti
rumusanyang dirancang dengan teliti, menyediakan penutup sosial dan penutup kognitif
serta aktiviti penilaian terhadap murid dilakukan.

2. Melalui rakaman video, guru-guru pelatih dapat mengkaji sendiri kesalahan-kesalahan


yang dilakukan dalam sesi pengajaran mikro. Terangkan faedah-faedah pengajaran Mikro
kepada guru pelatih.

Antara pengajaran mikro kepada guru pelatih ialah guru-guru pelatih mendapat
peluang mempraktikkan kemahiran mengajar satu demi satu dalam situasi pelajaran yang
terancang dan dipermudahkan. Guru pelatih dapat mempelajari teknik mengajar dalam
keadaan yang tenang, mudah dan kurang kompleks.

Pengajaran mikro ini membolehkan guru-guru pelatih mengamalkan teori pengajaran


yang disampaikan oleh pensyarahnya dan mempraktikkannya semasa simulasi. Pengajaran
mikro juga dapat mengurangkan pelbagai masalah yang mungkin timbul semasa pengajaran
biasa di sekolah.

Melalui rakaman video, guru-guru pelatih dapat mengkaji sendiri kesalahan-


kesalahan yang dilakukan dalam sesi pengajaran mikro. Melalui perbincangan selepas sesi
pengajaran, guru-guru pelatih dapat memahami kesalahan pengajarannya dan seterusnya
berusaha untuk mengatasi kelemahan-kelemahan pengajaran sendiri dan menambahbaik
pengajaran sendiri.

3. Set induksi berperanan untuk mewujudkan suasana kelas menjadi lebih ceria dan
menyeronokkan. Jelaskan 5 kepentingan set induksi dalam kemahiran pengajaran mikro.

Set induksi turut berperanan mengubah tumpuan pelajar daripada pelajaran yang
sebelumnya kepada pengajaran yang hendak dipelajari agar pelajar sedia menerima
perubahan isi atau kandungan pelajaran daripada yang sebelumnya kepada pelajaran yang
baru.
Selain itu, murid dapat menyambung dan menggabungkan isi pelajaran yang lepas
dengan pelajaran yang lepas dengan pelajaran yang akan disampaikan dengan set induksi
yang disediakan oleh guru dan memudahkan pemahaman mereka terhadap pengajaran
yang baru.
Suasana kelas akan menjadi lebih ceria dan menyeronokkan dengan set induksi
dalam pengajaran. Pelajar akan menimbulkan minat bersedia untuk menerima ilmu yang
akan disampaikan oleh guru.
Set induksi ini juga merangsangkan naluri ingin tahu pelajar terhadap pelajaran yang
baru dan meningkatkan motivasi belajar mereka. Pelajar dapat memberi tumpuan terhadap
ilmu yang disampaikan.
Dengan adanya set induksi ini, guru dapat memahami sejauh mana pelajar
memahami pelajaran yang lepas atau sejauh mana pengetahuan yang sedia ada pada
pelajar untuk guru memberikan penjelasan semasa menyampaikan pelajaran baru ini.

You might also like