You are on page 1of 2

Soalan Tutorial 2:

1. Peribahasa Melayu berbunyi: Kalau rezeki secupak tak akan menjadi segantang boleh
dibahsakan dengan menggunakan pemikiran moral yang tertentu. Bincangkan peribahasa
tersebut melalui sudut Pemikiran Naturalis dan Pemikiran Emotivis.

Peribahasa itu bermaksud sesuatu yang sudah ditentukan tidak boleh diubah lagi. Dari segi
definisi, naturalisme boleh dimaksudkan sebagai aliran pemikiran yang menggambarkan
sesuatu dalam keadaannya yang sebenar manakala emotivis pula merupakan aliran
pemikiran yang merujuk kepada sikap manusia yang bertindak mengikut perasaan atau
emosi. Perasaan ini dilahirkan melalui air muka, kata-kata, tingkah laku sama ada perasaan
gembira mahupun sedih.

Kalau dilihat dari aspek ciri-ciri, seorang itu dikatakan berfikiran naturalis jika
mempunyai kecenderungan untuk menerima apa sahaja keadaan yang sebenar. Dengan
erti kata lain, seseorang itu menerima sahaja takdir yang telah ditentukan ke atasnya.
Mereka membiarkan halangan merentangi matlamat hidup yang ingin dicapai. Mereka ini
juga merupakan pengikut yang setia dan kurang membantah atas arahan serta mudah juga
berpuas hati. Maka mereka akan menerima apa-apa yang berlaku dalam kehidupan biarpun
perkara yang sedih atau perkara yang amat menyedihkan. Sesuatu yang berlaku dan tidak
boleh diubah lagi dianggap sebagai kejadian semula dalam kehidupan dan tidak payah
terlalu bersedih atau gembira dengan perkara tersebut serta berasa tidak payah membuat
apa-apa yang berlaku sedangkan tidak mengubah hakikat perkara tersebut.

Berbeza dengan golongan emotivisme pula, golongan emotivis berpendapat bahawa


pentafsiran-pentafsiran moral tidak menyampaikan maklumat-maklumat mengenai dunia ini
tetapi hanya merupakan pernyataan mengenai emosi atau perasaan orang yang membuat
pentafsiran atau pernyataan-pernyataan moral. Pertimbangan moral adalah subjektif, dan
tidak memerlukan sebarang teori asas yang istimewa atau yang boleh mendukung
perlakuan moral. Ciri-ciri atau sifat seseorang yang emotivisme yang paling jelas ialah
mereka ini bertindak mengikut perasaan atau emosi. Ekspresi mereka ini ditunjukkan
melalui perlakuan mereka iaitu dari air muka atau kata-katanya. Contohnya seperti, jika
mereka berasa gembira mereka akan berasa sangat berpuas hati dengan perkara tersebut.
Sebaliknya, jika mereka berasa sedih mereka akan menangis tanpa menghiraukan orang di
sekeliling mereka jika perkara menyedihkan bagi mereka berlaku. Jika perkara yang
menyebabkan mereka cemburu berlaku, mereka akan rajin untuk memperbaiki diri untuk
membuktikan sendiri.

2. Akal dapat membezakan di antara manusia dengan haiwan. Seseorang yang sering
menggunakan kekerasan untuk memperolah keuntungan diri sendiri sering sahaja dikatakan
sebgai tidak mempunyai pemikiran rasional. Mengapa manusia perlu mempunyai pemikiran
yang rasional sebelum mengambil sebarang tindakan?

Bagi individu rasionalisme pula, mereka sentiasa mencari bukti dan juga kebenaran
dalam sesuatu perkara. Jika mereka terdengar desas-desus dari mana-mana, maka mereka
akan berfikir dahulu sama ada perkara itu masuk akal atau tidak. Mereka juga akan mencari
beberapa bukti dulu sebelum membuat sebarang kesimpulan dan tidak akan terus percaya
perkara yang tidak dibuktikan. Dengan ini, penyebaran khabar angin dapat dielakkan dan
masalah sosial dapat dielakkan serta keamanan dan kesejahteraan kehidupan dapat
dijamin.

Orang yang rasional selalu berfikir untuk memperbaiki mutu kerja serta rajin dan
tekun berusaha untuk kejayaan diri sendiri. Hal ini kerana mereka ingin meningkatkan diri
untuk kebajikan sendiri sama ada maruah, wang atau masa depan.Mereka tidak mencari
apa-apa alasan terhadap sebarang kegagalan atau cabaran yang dihadapi sebaliknya
berusaha memikir punca kegagalannya dan mencari ikhtiar untuk memperbaiki kelemahan.
Perkara ini dapat mendorong seseorang untuk berusaha dan meningkatkan diri dan bukan
cemburu dan memburuk-burukkan orang lain. Keadaan ini juga mendorong kepada satu
suasana persaingan yang harmoni bagi setiap orang.

Seorang yang rasional juga selalu fikir tentang akibat sesuatu perkara. Contoh
situasi bagi pemikiran rasionalisme pula ialah seorang yang mengalami perkara yang amat
sedih ataupun menghadapi layanan tidak adil daripada persekitarannya dan ingin
melepaskan diri daripada kesedihan itu. Sekiranya dia seorang yang rasional, maka dia
tidak akan membunuh diri atau mengambil arak untuk mengelakkan perkara tersebut.
Individu tersebut akan mencari penyelesaian yang baik seperti melayari internet untuk
mencari cara melepaskan tekanan, berjumpa dengan guru kaunseling, memberi tahu
masalahnya kepada kawan atau orang yang dipercayai. Dia tidak akan berfikir ke arah yang
negatif semasa menyelesaikan masalah.

You might also like