You are on page 1of 3

LAMPIRAN

Contoh soalan kuiz hak pengguna

1. Aduan berkaitan sebarang bentuk perniagaan yang tidak beretika boleh disalurkan di mana?

Jawapan: Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM)

2. Apakah kepentingan tanda harga kepada pengguna?

Jawapan: Memastikan pengguna tidak di tipu

3. Jelaskan 3 hak-hak pengguna?

Jawapan: (keperluan asas)

Makanan

Pengguna berhak untuk mendapat bekalan makanan yang berterusan.

Pengguna berhak mendapat makanan dengan harga yang berpatutan, berkualiti dan berkhasiat.

Tempat Tinggal

Pengguna berhak untuk mendapat tempat tinggal yang selamat.

Pakaian

Pakaian yang berkualiti.

Info pada lebel pakaian yang jelas bagi penjagaan pakaian yang betul.

4. Apakah Perkara Yang Perlu Diteliti Oleh Seorang Pengguna Semasa Membeli Sesuatu
Barang?

Jawapan: (salah satu di bawah)

Tempat asal barangan/produk, termasuk nama dan alamat pembuat/pengilang, pengimport,


penjual borong, ejen atau pengedar, kumpulan barangan, nombor model atau stok, tanda
perniagaan dan negara asal.

Tarikh luput, tarikh pembuat/pengilang.

Nama sebutan sebenar barangan yang dijual.


Berat minimum, kuantiti, amaun atau muatan barang-barang mengikut unit metrik.

Penerangan kandungan umum termasuk maklumat, keupayaan, panduan untuk

kegunaannya dan batasannya.

Penerangan kandungan khusus seperti senarai dan nisbah bahan-bahan kandungan,

khasiat bahan-bahan kandungan

Kualiti atau kadar keupayaan misalnya tanda kelulusan, gred dan sebagainya yang

menunjukkan memenuhi standard SIRIM dan sebagainya.

5. Bagaimana Menjadi Pengguna Yang Bijak?

Jawapan: (salah satu dibawah)

Terdapat empat teras untuk menjadi pengguna bijak:

Membeli barangan berkualiti


Membuat perbandingan harga
Memilih perkhidmatan terbaik
Membuat pilihan yang tepat

6. Pernahkah anda ditipu? Pada Kebiasaan, Dalam Apa Cara Seseorang Pengguna Ditipu?

Jawapan: (salah satu dibawah)

Penipuan harga termasuk harga barang tinggi

Tanda halal palsu

Penipuan alat timbang dan sukat

Skim cepat kaya

Gores dan menang

Ubat-ubatan tiruan
Barang tiruan

Tiada tanda harga

Jualan langsung

You might also like