You are on page 1of 6

Agenda 1 : Ucapan Pengerusi (Guru Besar : En Tajudin Mohamad)

1.1Pengerusi mengucapkan selamat datang kepada semua guru ke mesyuarat


guru kali pertama sessi 2017. Pengerusi juga berharap agar komitmen guru
yang baik pada tahun 2016 diteruskan supaya dapat meningkatkan lagi
pencapaian akedemik murid.
1.2Pengerusi juga mengucapkan selamat datang kepada tiga orang guru yang
baru bertukar masuk ke Sk Seri Bandi 2 dan diharap dapat berkongsi
maklumat dan pengalaman di sekolah lama.
1.3Pengerusi memaklumkan bahawa bilangan guru terkini ialah seramai 34
orang dan sekolah masih mengalami kekurangan guru matapelajaran Sains
disebabkan guru yang bertukar ke sekolah lain ialah opsyen Sains.

Agenda 2 : Info Pengarah dan PPD Kemaman.

2.1 PPD Kemaman memaklumkan bahawa, kutipan yuran untuk tahun 2017 tidak
benarkan
sekolah kutip sehingga Mesyuarat Agung PIBG diadakan dan mendapat
kelulusan.
2.2 Loceng pertama 2017, pihak sekolah perlu memastikan pengajaran dan
pembelajaran
berjalan lancer dan pemantauan akan dilakukan oleh pegawai PPD ke
sekolah.
2.3 PPD memberi amaran kepada mana-mana guru yang BERWATSAPS
menghentam kerajaan
perlu dihentikan serta merta dan tindakan tatatertib akan diambil jika guru
ingkar.
2.4 Pihak panitia matapelajaran perlu menyediakan pelan strategik dan pelan
operasi untuk
perancangan panitia masing-masing.
2.5 Guru yang hadir untuk bermesyuarat atau taklimat bersama pengarah JPNT
perlu memakai
kot dan beretika.
2.6 Pejalanan pengajaran dan pembelajaran berserta dengan bilik darjah perlu
kea rah abad ke
21 untuk merealisasikan pelan pembangunan pendidikan.
2.7 Semua Guru Besar dinasihatkan supaya tidak melayan pertukaran guru yang
membuat
rayuan supaya tidak mengganggu perjalanan sekolah.

Agenda 3 : Info terkini / Semakan KSSR 2017.

3.1Semakan KSSR 2017.


- Terdapat beberapa perubahan iaitu penggabungan Matepelajaran
Pendidikan seni dan Muzik menjadi Matapelajaran Kesenian.
- Matapelajaran PJK menjadi Pendidikan Kesihatan.
- Dunia Sains menjadi Sains.
3.2Maklumat I Bestari 2017-2019.
- Setiap guru akan menerima 2GB sebulan.
- Keperluan pembelajaran MAYA/VLE.
- Speed internet sekolah akan di upgrade menjadi 15mbps.
- Semua guru akan menerima smartphone dan juga dongle.
3.3Guru Besar yang baru dilantik akan berada disekolah lebih awal untuk
belajar dan mengenal budaya sekolah.
3.4Pelaksanaan Program J-Qaf.
- Pemantauan tidak dilakukan oleh pihak sekolah.
- Aktiviti pengukuhan tidak dijalankan.
- Program jawi tidak dilaksanakan.

Agenda 4 : Budaya Kerja 2017.

4.1 Pengerusi memaklumkan bahawa budaya kerja SK Seri Bandi 2 pada tahun
2016 perlu
diteruskan da nada beberapa penambahbaikan.
4.2 Beberapa peraturan sekolah yang perlu diambil perhatian ialah mengenai
kehadiran guru ialah
paling lewat ialah pada jam 7.35 pagi dan waktu pulang ialah pada 1:45ptg
pada Ahad hingga
Selasa dan 1:30 ptg pada hari Rabu dan Khamis.
4.3 Semua Guru perlu terlibat dengan aktiviti ko-kurikulum dan memakai pakaian
uniform mengikut
unit masing-masing.
4.4 Guru yang keluar ke Taklimat & Mesyuarat di PPD Kemaman perlu
mendapatkan kebenaran
daripada Guru Besar dan guru yang terlibat perlu membuat minit curai dan
buku rekod
pengajaran perlu dihantar lebih awal jika berkursus pada hari khamis.
4.5 Guru tidak dibenarkan berada di kantin sebelum jam 815pagi bertujuan
bersama-sama dengan
murid sewaktu mengaji dan berkumpul.
4.6 Buku Rekod Mengajar perlu dikemaskini setiap hari dan isi kandungan dan
maklumat yang
diperlukan perlu dilengkapkan berserta dengan Rancangan Pengajaran
Tahunan sebelum atau
pada 19 Januari 2017.
4.7 Buku rekod perlu disiapkan dan dihantar pada 28 December 2016 untuk
persediaan loceng
pertama persekolahan.
4.8 Program Motivasi pagi diteruskan seperti biasa dan guru akan bergilir-gilir
sepanjang tahun
menyediakan bahan untuk motivasi pagi.
4.9 Jadual waktu kelas dan jadual bertugas murid perlu disiapkan sebelum atau
pada 8 Januari 2017
dan perlu mendapatkan pengesahan Guru Besar sebelum ditampal di kelas.
4.10 Pemaikaian guru perlulah mengikut peraturan dan pekeliling yang
dikeluarkan supaya ia
beretika dan berintergriti dan guru dibenarkan memakai pakaian Raihan
tetapi perlu
bersongkok hitam. Pemakaian baju batik setiap hari khamis dan guru tidak
digalakkan memakai
baju batik berlengan pendek.
4.11Semua guru wajib hadir pada program sekolah yang ditetapkan dan guru
perlu mengisi buku
pengecualian tugas dan mendapatkan kebenaran dari Guru Besar.
Agenda 5 : Perhimpunan Rasmi setiap Ahad.

5.1 Guru dekehendaki berpakaian lengkap bertali leher dan berkod pada setiap
perhimpunan rasmi.
5.2 Teks ucapan perlu disediakan lebih awal dan Agenda Ucapan untuk guru
selain guru bertugas
tidak dibenarkan berucap untuk menjimatkan masa.
5.3 En Saifulizam ditugaskan untuk menyediakan lagu negaraku,lagu Negeri
Terengganu dan lagu
Sekolah.
5.4 Ustaz Hairil Yaacub ditugaskan untuk menyediakan Siaraya dan dibantu oleh
guru bertugas
mingguan.

Agenda 6 : Isu 2016.

6.1 Guru yang berkursus tidak menghantar minit curai selepas bermesyuarat dan
taklimat anjuran
PPD dan JPNT.
6.2 Segala tindakan dan tatacara guru perlu dimaklumkan kepada Guru Besar
untuk makluman dan
rekod.
6.3 Guru perlu melengkapkan markah peperiksaan di dalam system online SAPS
secepat mungkin
selepas sahaja peperiksaan bagi memudahkan SU peperiksaan membuat
pengesahan.
6.4 PPD memaklumkan bahawa Rekod Nilam sekolah tidak dihantar dan ia
memberi kesan kepada
nama baik sekolah.
6.5 Isu protes guru selepas bermesyurat tidak digalakkan kerana ia memberi
kesan yang tidak baik
kepada sesebuah organisasi.
6.6 Ramai guru SK Seri Bandi 2 mempunyai bakat tersendiri dan ia perlu
ditonjolkan untuk
memudahkan pihak sekolah menilai prestasi guru.
6.7 Semua Guru dikehendaki menghantar minit mesyuarat dengan kadar segera
seminggu selepas
bermesyuarat.
6.8 Guru tidak dibenarkan merokok dikawasan sekolah kerana kawasan sekolah
merupakan kawasan
larangan merokok

Agenda 7 : Ucapan Penolong Kanan Pentadbiran ( En Pauzi Bin Alwi )

7.1 Buku laporan bertugas harian perlu dilengkapkan dan ada dikalangan guru
tidak melengkapkan
laporan tersebut sepertimana yang diarahkan.
7.2 Buku keberadaan guru perlu diisi oleh guru mataplejaran setiap kali masuk
ke dalam kelas untuk
mengajar dan sebagai guru ganti.
7.3 Jadual waktu pengajaran akan diedarkan kepada semua guru dan jika ada
masalah atau
pertindihan kelas perlulah dimaklumkan dengan kadar segera.
Agenda 8 : Ucapan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid ( Pn Wan Aida Bt
Wan Ali )

8.1 GPK HEM mengucapkan tahniah dan shabas diatas pelantikan jawatan guru
di dalam unit HEM
dan diharap guru yang dilantik dapat menjalankan tugas dengan baik.
8.2 Pelantikan sebagai guru kelas Tahun 1 hingga Tahun 6 2017 adalah seperti
berikut

a. 1 Zamrud : Pn Wan Norilah Wan Mohd Noor.


b. 1 Nilam : En Azmi Abd Rashid.
c. 2 Zamrud : Pn Norlela Ibrahim.
d. 2 Nilam : Pn Nor Aswa Mustafar
e. 3 Zamrud : Pn Maimiza Ghazali.
f. 3 Nilam : Pn Napisah Ngah
g. 4 Zamrud : En Nor Hisham Nor Idzhar
h. 4 Nilam : En Amir Razaizat Kamaludin
i. 5 Zamrud : En Shaf Azan Shafie
j. 5 Nilam : Pn Nooraliza Laily Murad.
k. 6 Zamrud : Pn Fazlina Md Yusof.
l. 6 Nilam : Pn Nazlina Jusoh.

8.3 Pen akan dibekalkan kepada guru kelas untuk penandaan buku rekod
kedatangan.
8.4 Guru kelas akan diberi taklimat awal mengenai pengurusan kelas pada
01.01.2017.
8.5 Buku laporan RMT akan disiapkan dan diminta guru melengkapkan buku
tersebut sewaktu
bertugas RMT.
8.6 Diminta guru kelas memaklumkan lebihan kerusi dan meja untuk
memudahkan pengagihan
kepada kelas yang memerlukan.
8.7 Diminta guru bertugas RMT hadir awal ke sekolah untuk bertugas dan guru
yang bertugas untuk
guru penyayang menyambut murid hadir ke sekolah.
8.8 Guru dinasihati menyertai BAKEP untuk kebajikan guru dan penyertaan guru
sedikit sebanyak
menetapkan sasaran ahli PPD Kemaman.

Agenda 9 : Ucapan GPK Kokurikulum ( Pn Fatimah Bt Hamzah )

9.1 Perkhemahan Unit Beruniform akan diadakan pada 13.4.2017 dan


penyertaan terbuka kepada
semua murid tahap 2.
9.2 Guru bertugas untuk Team Olahraga akan ditentukan berdasarkan jadual
yang akan disediakan
oleh cikgu Amir.
9.3 Sukan tahunan sekolah akan diadakan pada 23.2.2017 tetapi mengikut
keadaan dan perubahan.
9.4 Sambutan Maulidur Rasul akan diadakan pada 05.01.2017.
9.5 Guru dinasihati melengkapkan maklumat PAJSK dan salinan maklumat
tersebut perlu difailkan
untuk memudahkan sewaktu pemantauan.
9.6 Perkhemahan PPKI daerah akan diadakan pada tahun ini dan sekolah kita
akan menjadi tuan
rumah pada perkhemahan tersebut.
9.7 Guru yang mahukan Contoh maklum balas mesyuarat bolehlah mendapatkan
salinan tersebut di
pejabat.

Agenda 10 : Hal-hal lain

10.1 Program transisi akan diadakan pada 01.01.2017 hingga 12.01.2017.


10.2 En Saifulizam memaklumkan quarters guru tidak dicuci dan rumput tidak
dipotong oleh pekerja.
Beliau juga mencadangkan supaya pihak pentadbir menyediakan buku
keberadaan guru
mengikut warna untuk setiap bulan untuk memudahkan pengumpulan dan
penyimpanan.
10.3 Pn Norlela Ibrahim mencadangkan supaya pihak pentadbir menyediakan
satu buku kesalahan
murid untuk setiap kelas.
10.4 En Amir memaklumkan 6 perkara iaitu :
- Perlu ada perubahan pada program yang ditetapkan pada hari Selasa.
- Untuk mendaptakan dan semakan markah prestasi tahun 2016.
- Kebenaran untuk mengadakan majlis penyampaian hadiah untuk atlit
sukan.
- Meminta pihak sekolah menyediakan satu PC untuk memudahkan guru
untuk Upload
gambar program sekolah.
- Peralatan sukan yang rosak dan boleh digunakan lagi pohon pihak
sekolah perbaiki untuk
kegunaan murid.

Agenda 11 : Penangguhan Mesyuarat dan penutup.

11.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.00 Tengahari.


11.2 Mesyuarat disudahi dengan surah Al-Asr.

Disediakan Oleh : Disahkan Oleh :

..
(EN SHAIFUL AZLI BIN RAMBY) (EN TAJUDIN BIN
MOHAMAD)
Guru Besar,
SK Seri Bandi 2 Kemaman
Terengganu

You might also like