You are on page 1of 3

Kemanakah Perginya Air Mandian Jenazah Rasulullah SAW

Info:Kemanakah Perginya Air Mandian Jenazah Rasulullah SAW:-


Kisah Yang Sangat Mengagumkan Berkenaan Syeikh Mutawalli
Sya'rawi Rahimahullah

Pada masa dahulu, suatu muktamar Islami yang menghimpunkan para


ulama' muslimin telah dijalankan dalam tempoh selama seminggu. Syeikh
Sya'rawi adalah di antara tokoh ulama' Mesir yang dijemput untuk meghadiri
muktamar tersebut.

Pada hari pertama muktamar, Syeikh Sya'rawi telah melihat pada diri
pengerusi muktamar tersebut yang juga merupakan SEOrang ulama' suatu
perubahan besar dari segi keilmuannya dan makrifah yang tidak ada pada
masa-masa sebelumnya. Lalu, syeikh bangun menuju ke podium dan
berkata, "Aku akan mengajukan suatu soalan kepada kamu dan aku inginkan
jawapannya. Soalannya ialah : Ke manakah perginya air mandian jasad
Rasulullah SAW?". Iaitu yang dimaksudkan beliau ialah air yang digunakan
ketika dimandikan jenazah Baginda SAW.

Akan tetapi apabila soalan itu diajukan, tidak ada sesiapa yang
menjawabnya. Semua orang senyap dan berdiam diri kerana tidak tahu akan
jawapannya. Pengerusi muktamar itu juga merasa sangat terkejut dengan
soalan tersebut dan mengatakan dalam dirinya, "Bagaimana aku tidak
mengetahui akan jawapan soalan ini?". Lalu beliau mengambil jalan keluar
daripada persoalan ini dengan mengatakan, "Berikan kami peluang masa,
kami akan jawab soalan kamu pada pertemuan esok insyaAllah".

Maka beliau pun pulang ke rumahnya dan tidak melakukan apa-apa selain
daripada terus memasuki perpustakaan khasnya untuk mencari, meneliti
dan membelek kitab-kitab bagi mencari jawapan kepada persoalan itu.
Beliau telah menghabiskan masa yang lama dalam pencariannya, hingga
diselubungi keletihan dan akhirnya terlelap tidur di atas kitab yang
dibacanya.

Ketikamana ulama' itu tidur, Rasulullah SAW telah datang bertemunya dalam
mimpi dan bersama baginda SEOrang lelaki yang memegang sebuah lampu
pelita. Maka dengan segera beliau menuju kepada Rasulullah SAW dan
bertanya, "Ya Rasulullah, ke manakah perginya air mandian jasadmu?". Lalu
Baginda SAW mengisyaratkan kepada lelaki pemegang lampu pelita yang
berada di sisinya (supaya menjawab soalan itu). Kemudian lelaki itu pun
menjawab, "Air mandian Rasulullah SAW menyejat naik ke langit dan
kemudian turun ke bumi dalam bentuk hujan. Setiap titisannya yang jatuh ke
bumi, dibina di tempat itu masjid".

Maka, terjagalah beliau daripada tidurnya dalam keadaan yang sangat


gembira kerana telah mengetahui jawapan kepada persoalan tersebut.

Keesokkan harinya, pengerusi muktamar itu hadir untuk hari kedua dan
menunggu persoalan yang telah dilontarkan oleh Syeikh Sya'rawi untuk
diutarakan semula. Akan tetapi syeikh tidak bertanya. Di hujung muktamar
pada hari kedua, akhirnya beliau bangun dan berkata kepada syeikh
Sya'rawi, "Kelmarin kamu telah bertanyakan satu soalan. Adakah kamu ingin
mengetahui jawapannya?".

Syeikh berkata : "Adakah kamu mengetahui jawapannya?".

Beliau menjawab : "Ya".

Syeikh bertanya : "Maka ke manakah perginya air mandian Rasulullah


SAW?".

Beliau menjawab : "Air mandian Rasulullah SAW menyejat naik ke langit dan
kemudian turun ke bumi dalam bentuk hujan. Setiap titisannya yang jatuh ke
bumi, dibina di tempat itu masjid".

Syeikh bertanya lagi : "Bagaimana kamu mengetahuinya?".

Beliau menjawab : "Rasulullah SAW telah datang kepadaku dalam mimpi


(memberitahukan jawapannya)".

Syeikh berkata : "Bahkan SEOrang lelaki yang memegang lampu pelita yang
menjawab kepada kamu".
Maka ulama' itu terus merasa terperanjat dan terpegun, lalu bertanya,
"Bagaimana kamu mengetahui perkara itu?".

Lalu Syeikh Sya'rawi menjawab bahawa beliaulah lelaki yang memegang


lampu pelita yang berada di sisi Rasulullah SAW dalam mimpi ulama' itu.

Peristiwa ini telah memberikan kesan yang cukup mendalam kepada para
hadirin dalam muktamar tersebut dan memeranjatkan semua orang. Hal ini
menunjukkan kedudukan maqam yang tinggi beliau di sisi Allah Taala dan
RasulNya.

~kisah ini diceritakan sendiri oleh ulama' yang menjadi pengerusi muktamar
itu.

You might also like