You are on page 1of 20

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR BAHRU,


JOHOR DARUL TAZIM.

KERJA KURSUS
KURSUS : PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU
KOD : EDUP2043

NAMA : SITI FAEZAH HANI BINTI M TAMIZI

NO I/C : 930923-01-5456

KELAS : BC1

NAMA PENSYARAH : PN MASZURIA BINTI A. GHANI


TUGASAN : ANALISIS TENTANG PENGURUSAN TINGKAH
LAKU BERMASALAH DALAM BILIK DARJAH
TARIKH HANTAR :

ANALISIS
TENTANG
PENGURUSAN TINGKAH LAKU BERMASALAH DALAM BILIK DARJAH.

Esei ini berdasarkan filem Freedom Writer arahan Richard LaGravenese yang
menceritakan kisah benar seorang guru yang bernama Erin Gruwell yang di
tempatkan di sebuah sekolah dimana mayarakat disekitarnya terancam dengan
gejala sosial dan jenayah. Erin Gruwell seorang guru yang berdedikasi dan
akhirnya dapat mendisiplinkan pelajar-pelajarnya hingga mendatangkan minat
untuk belajar.

1. Pengenalan

Pengurusan bilik darjah adalah satu perkara penting bagi seorang guru ini
kerana persekitaran pembelajaran yang kondusif hanya dapat dilaksanakan
dengan pengurusan bilik darjah yang rapi. Guru haruslah menjalinkan hubungan
yang baik dengan murid murid dan memastikan hubungan diantara murid
dengan murid juga di dalam keadaan yang baik kerana ianya amat membantu
pengurusan bilik darjah. Selain itu, guru juga perlu memahami tingkah laku,
personaliti dan tabiat murid-murid di dalam kelas, dan guru juga perlulah maklum
bahawa setiap murid mempunyai tingkah laku, personaliti dan tabiat yang
berbeza-beza, dan guru perlu harus sentiasa bersedia dengan segala
kemungkinan. Jadi, guru perlulah mengetahui jenis-jenis serta punca-punca
masalah disiplin dan tingkah laku murid-murid di dalam kelas, dan amat penting
bagi guru-guru untuk menguasai model-model pengurusan bilik darjah untuk
memastikan bilik darjah dapat dikawal dengan baik.

2. Definisi disiplin dan tingkah laku bermasalah

Disiplin merupasatu set peraturan yang dikenakan kepada murid-murid untuk


mengawal dan mendapatkan tingkah laku yang diingini. Disiplin berkaitan
dengan tingkah laku seseorang, ianya boleh di tafsirkan sebagai peraturan atau
undang-undang yang bertujuan untk membentuk para murid selari dengan
kehendak agama, norma-norma masyarakat dan undang-undang sesebuah
negara.

Menurut Kamus Dewan, disiplin merujuk kepada latihan pemikiran dan


kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri dan patuh pada tatatertib.

Disiplin tidak boleh ditafsirkan sebagai hukuman. Ianya bersifat negatif dan
dilakukan setelah murid melakukan kesalahan. Disiplin melibatkan peneguhan
positif, pujian serta ajaran tentang perlakuan yang diterima dan cara mengawal
tingkah laku dan seterusnya mewujudkan cara hidup yang selamat, bertamadun
dan harmonis.

Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, tingkah laku bermaksud gerak geri,
kelakuan dan perbuatan. Manakala masalah pula bermaksud perkara atau
keadaan yang menimbulkan kesukaran iaitu kesulitan. Jadi, tingkah laku
bermasalah membawa maksud tingkah laku yang tidak normal atau dalam
Bahasa Inggeris di panggil abnormal bekavior dan terkeluar dari nilai dan
norma sosial dalam masyarakat.

Menurut Mok Soon Sang, tingkah laku bermasalah seseorang individu


sebagai tingkah laku yang menggangu perjalanan kehidupannya. Jika dipandang
dari sudut pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebrang tingkah
laku yang murid yang boleh menjejaskan kelancaran ataupun keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran (pdp) khasnya di dalam bilik darjah.

Menurut definisi tingkah laku bermasalah di atas, pengertian tingkahlaku


bermasalah ialah gerak geri atau kelakuan dan perubahan yang menimbulkan
kesukaran iaitu perkara-perkara yang berlaku didalam bilik darjah yang
menggangu kelancaran pdp dan menyukarkan pengurusan bilik darjah
dilaksanakan dengan baik.
Kesimpulannya, disiplin bermaksud peraturan atau undang-undang yang
bertujuan untk membentuk para murid selari dengan kehendak agama, norma-
norma masyarakat dan undang-undang sesebuah negara. Manakala tingkah
laku bermasalah bermaksud gerak geri atau kelakuan dan perubahan yang
menimbulkan kesukaran iaitu perkara-perkara yang berlaku didalam bilik darjah
yang menggangu kelancaran pdp dan menyukarkan pengurusan bilik darjah
dilaksanakan dengan baik.

3. Ciri-ciri dan jenis-jenis tingkah laku bermasalah

Dalam konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada


sebarang tingkah laku yang boleh mengganggu pdp khususnya di dalam bilik
darjah. Banyak kajian telah dilakukan terhadap masalah tingkah laku murid-
murid di sekolah dan akhirnya membawa dua pecahan terhadap tingkah laku
bermasalah, ianya adalah tingkah laku bermasalah positif dan tingkah laku
bermasalah negatif.

Tingkah laku bermasalah positif merupakan tingkah laku murid-murid yang


baik untuk perkembangan mereka tingkah laku ini menjadikan diri murid-murid
lebih bersemangat untuk menyertai pdp. Antara tingkah laku positi adalah
tingkah laku ingin tahu, tingkah laku cepat belajar, tingkah laku pintar cerdas dan
tingkah laku proaktif.

Sikap ingin tahu murid-murid adalah sesuatu yang bagus, jadi guru haruslah
bijak merangsang sikap ingin tahu murid-murid kerana ianya baik untuk
perkembangan kognitif murid. Dengan sikap ingin tahu murid-murid ini guru
dapat membuat aktiviti pdp yang lebih menarik yang melibatkan penerokaan dan
pemerhtian sendiri oleh murid-murid.

Murid-murid yang mempunyai tingkah laku cepat belajar dan pintar cerdas
juga adalah baik untuk pdp, kerana guru tidak perlu meluangka masa yang
banyak untuk menghabis sesuatu topik dan guru tidak perlu membuat proses
pemulihan sekiranya murid-murid cepat belajar. Guru harus memikirkan aktiviti
pengayaan yang lebih menarrik untuk murid-murid tersebut dan guru boleh
menggunakan masa yang selebihnya untuk melakukan aktiviti yang
menyeronokkan di dalam bilik darjah.

Selain tingkah laku ingin tahu, cepat belajar, pintar cerdas, tingkah laku
proaktif juga merupakan tingkah laku bermasalah positif, murid-murid ini berbeza
dengan murid-murid hyperaktif. Murid-murid proaktif ini suka melibatkan diri
dalam aktiviti, suka bermain dan lebih mudah dikawal oleh guru.

Walaupun tingkah laku bermasalah positif ini terdapat banyak kelebihan dan
nampak baik untuk pdp secara kasarnya, tetapi ia juga mempunyai kesan
buruknya tersendiri dan mungkin akan mengganggu pdp. Jadi guru harus bijak
berdepan dengan pelajar yang mempunyai tingkah laku bermasalah positif dan
sentiasa bersedia dengan rancangan pdp yang baik, serta dapat mengawal bilik
darkah dengan baik.

Selain daripada tingkah laku positif, tingkah laku bermasalah juga


mempunyai tingkah laku bermasalah negatif di mana di bahagi kepada tiga
bahagian kecil iaitu bergantung, disuptif dan distruktif. Tingkah laku bermasalah
negatif ini merupakan tingkah laku yang mampu meberi masalah dan
mengganggu proses pdp di dalam bilik darjah.

Tingkah laku bergantung adalah salah satu daripada tingkah laku


bermasalah negatif, antara perkara yang mereka akan lakukan adalah murid-
murid mempunyai kerisauan atau kebimbangan yang berlebih-lebihan dan
mereka akan bergantung berlebihan kepada guru atau rakan-rakan dan
kebiasaannya murid-murid ini suka mengundurkan diri dan mengasingkan diri
kerana risau atau bimbang akan perkara-perkara yang boleh membuat mereka
malu atau rasa terbeban.

Tingkah laku disruptif pula adalah tindakan yang membayakan orang lain
seperti hiperaktif, kelakuan nakal, bising, bergerak sesuka hati, ketawa kuat
agresif secara lisan atau fizikal. Guru harus memainkan peranan peting jika
terdapat murid yang mempunyai tingkah laku seperti ini di dalam kelas, kawalan
disiplin yang ketat perlu diambil supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini
di dalam kelas.

Selain tingkah laku bergantung, disruptif, tingkah laku distruktif juga


merupakan tingkah laku bermaslaah negatif, perkara yang akan dilakukan oleh
pelajar bertingkah laku detruktif ini adlaah permusuhan nyata, vandalisme,
kumpulan liar, klik dan geng. Tingkah laku ini bukan sahaja akan mengganggu
pdp di dalam bilik darjah tetapi akan merosakkan reputasi sesebuah sekolah, jadi
pihak sekolah harus medirikan peraturan agar perkara ini dapat di bendung.

Berdasarkan filem Freedom Writers sekolah Woodrow Wilson High School


terletak di Los Angeles, Carlfornia di mana kawan Long Beach itu terdapat
pelbagai kaum yang berbeza dari segi warna kulit, dan agama. Erin Gruwell
sebagai seorang guru baru amat terkejut dengan keadaan di sekolah itu, di
dalam kelas beliau terdapat lebih daripada 20 orang pelajar yang mempunyai
tingkah laku bermasalah negatif dan tiada seorang pun mempunyai tingkah laku
bermasalah positif.

Antara jenis-jenis tingkah laku bermasalah yang terdapat di dalam kelas


tersebut adalah pelajar masuk lambat ke dalam kelas. Pelajar di dalam filem
tersebut berjalan dengan sambil lewa dan tanpa menghiraukan kewujudan guru
di hadapan klas terus duduk di tempat masing-masing.

Kedua adalah pelajar tidak menghormati guru, terdapat beberapa pelajar


mentertawakan guru ketika guru bercakap di hadapan, ada pelajar yang
membaca majalah, ada pelajar yang brbual, tidur, dan sebagainya.

Ketiga, pelajar ini mempunyai isu perkauman di dalam kelas. mereka


membina kaum dan puak mereka sendiri dan tidak boleh dipisahkan, mereka
akan bergaduh jika tidak puas hati dengan puak lain merekan akan bertumbuk
dan keganasan akan bermula di dalam kelas, dan pelajar-pelajar lain akan
bersorak ketika pergaduhan berlaku di dalam kelas atau di luar kelas.

Keempat, pelajar membawa senjata api ke sekolah. Long Beach ini adalah
satu kawasan di mana pembunuhan berlaku setiap hari, di jalanan, jadi ada
beberapa orang pelajar yang datang dengan membawa senjata api untuk
mempertahankan diri sendiri.

Kelima, pelajar bermain didalam kelas. Pelajar tidak fokus dan bermain
sehinggakan ada hati yang terguris dan seterusnya mendatangkan kemarahan
dan pergaduhan. Pelajr-pelajar di dalam filem ini juga tidak menunjukkan minat
untuk belajar.

Pada pendapat saya, pelajar di dalam kelas tersebut mempunyai tingkah


laku negatif disruptif dan distruktif dimana mereka boleh membahayakan diri
sendiri, orang lain, sekolah dan masyarakat.

4. Punca masalah disiplin dan tingkah laku bermasalah

Punca masalah disiplin terdiridaripada 4 aspek iaitu diri murid sendiri, guru,
sekolah dan latar belakang murid.

4.1. Diri murid

Dari aspek diri murid itu sendiri, setiap murid mempunyai perbezaan individu
dari segi perkembangan kognitif, emosi, sosial, dan fizikal. Kebanyakkan pelajar
yang lemah dalam pembelajaran akan menunjukkan respon yang negatif seperti
ponteng kelas, mereka melakukan ini kerana takut akan dimarahi oleh guru atau
akan ditetawakan oleh rakan yang lebih baik daripada mereka. Jadi sebagai
guru, kita harus bijak mengawal kelas, pastikan guru memahami peringkat
kognitif setiap murid, dan adil ketika berada di dalam kelas.

Manusia mempunyai keperluan fisiologi yang perlu di penuhi, kesemuanya


ada 5 keperluan iaitu pertama adalah keperluan asas seperti makanan,
minuman, kesihatan. Kedua adalah keperluan keselamatan seperti perlindungan,
pakaian dan tempat tinggal. Ketiga adalah keperluan kasih sayang seperti
persahabatan dan kekeluargaan. Keempat adalah keperluan penghargaan
seperti pujian dan sanjungan. Dan akhir sekali adalah keperluan sempurna diri
iaitu cita-cita. Bagi seorang murid sekolah rendah, keperluan-keperluan ini
haruslah dipenuhi agar mereka dapat membesar dan belajar dengan baik.
Kebanyakkan murid-murid yang mempunyai tingkah laku bermasalah adalah
kerana keperluan fisiologi mereka tidak di penuhi oleh pihak keluarga.

Kebosanan dalam aktiviti di dalam bilik darjah juga merupakan salah satu
faktor murid melakukan tingkah laku bermasala. Mereka akan mengganggu
rakan-rakan yang lain. Mereka tidak akan menumpukan perhatian di dalam kelas
dan akhirnya tugasan yang diberikan oleh guru tidak dapat dilaksanakan.

Selain daripada itu, emosi murid-murid turut menyumbang kepada maslah


disiplin dan tingkah laku bermasalah. Murid mungkin akan meluahkan perasaan
mereka atauakan menyimpanya di dalam hati, jika ianya diluahkan maka mereka
akan menunjukkan sikap yang agresif, cepat marah, ponteng kelas atau sekolah,
membuli, dan tidak akan mengendahkan amaran guru, dan jika mereka
memendam perasaan, mereka akan mengasingkan diri daripada orang lain,
pendiam, dan pasif di dalam bilik darjah.

Berdasarkan filem Freedom Writers, pada pendapat saya pelajar-pelajar


tersebut tidak mempunyai minat terhadap pendidikan. Melalui
markahperperiksaan yang di berikan kepada Mr Gruwell, hampir semua pelajar
tidak lulus dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris. Jadi, mereka menunjukkan
sikap yang tidak bagus semasa di dalam kelas, berbual bersama rakan, tidur dan
tidak mendengar guru mengajar sehinggakan mempermainkan guru tersebut.

Pada pendapat saya, keperluan fisiologi pelajar-pelajar di dalam filem


Freedom Writer ini tidak di penuhi. Misalnya, seorang daripada pelajar tersebut
tinggal sebagai gelendanggan kerana di usir oleh ibunya. Dia perlu mencari
makan sendiri, menjaga keselamatan sendiri dan tida mendapat kasih sayang
yang sepatutnya oleh ibu bapa. Jadinya, pelajar tersebut sering bergaduh dan
tidak mengendahkan orang lain kerana hatinya sudah tidak ada kasih sayang
dan dia sudah terbiasa dengan kehidupannya yang kesendirian.

Pada pemerhatian saya, mereka tidak berminat dengan subjek Bahasa


Enggeris yang di ajar oleh Mrs Gruwell, dan mereka mendapati kelas itu
mebosankan sehingga mereka tidak mendengar apa yang ingin di sampaikan
oleh guru, dan berbual bersama rakan-rakan yang lain.

Pelajar di dalam filem tersebut mempunyai emosi yang berbeza, dan cara
mereka menginteprstasikan emosi mereka juga berbeza-beza. Ada pelajar yang
mudah marah apabila di tegur oleh guru atau rakan-rakan, ada peajar yang suka
bergaduh apabila dikenakan oleh rakan, ada yang menangis apabila gambarnya
dilukis dengan gambaran yang menghina dirinya, ada juga pelajar yang hanya
mendiamkan diri sepanjang pdp di jalankan.

4.2. Guru

Guru merupakan contoh teladan kepada murid-murid. Penampilan guru dan


cara pembawakan diri guru itu sendiri sedikit sebanyak mempengaruhi tingkah
laku murid di dalam kelas. Jika guru tidak menghormati murid dan tidak menjaga
pertuturan dan perlakuan, murid-murid tidak akan rasa hormat dan akan
melawan guru dan seterusnya melanggar disiplin yang telah di tetapkan.
Guru perlu menunjukkan minat dan sentiasa mengambil berat terhadap
keadaan murid, jika guru tidak pedulikan murid dan tidak mengambil berat
tentang perihal murid-murid, mereka akan menunjukkan sikap disruptif untuk
menarik perhatian guru.

Selain daripada itu, antara tindakan guru yang mungkin boleh menimbulkan
masalah disiplin dalam kalangan pelajar adalah menetapkan jangkaan yang
terlalu tinggi bagi muridnya, memberi kerja rumah yang berlebihan dan panjang,
pentaksiran yang terlalu sukar sehingga menyebabkan kejatuhan peratusan
pelajar, mengkritik atau memarahi murid di depan guru lain atau rakan-rakannya,
menyalahkan murid untuk setiap masalah yang timbul dalam bilik darjah dan
akhir sekali terlalu tegas tidak mahu berunding dengan murid.

Berdasarkan pemerhatian saya terhadao filem Freedom Writers, saya


berpendapat Mrs Gruwell merupakan seorang guru yang sangat bagus,
bertoleransi dan berdedikasi, tetapi pada permulaan, Mrs Gruwell tidak
mengetahui latar belakang pelajar beliau dan bercakap sehingga menguris hati
beberapa orang pelajar dan akhirnya melibatkan pertelikahan lidah diantara
beliau dan pelajar, tetapi da[at di selesai dengan segera.

Perbezaan warna kulit diantara guru dan pelajar juga menjadi sebab kenapa
pelajar di dalam filem tersebut sukar untuk menerima guru mereka. Mereka
beranggapan orang berkulit putih white people merupakan kaum yang zalim
dan mereka merasa tertindas dengan kaum tersebut, tetapi Mrs Gruwell
menunjukkan sikap yang sanggat baik sehinggakan isu warna kulit bukan lagi
masalah dan sebab untuk mereka melakukan perkara yang boleh melanggar
disiplin.
4.3. Sekolah
Harapan pihak sekolah yang terlalu tinggi dan hanya menumpukan akademik
semata boleh menyebabkan murid berasa tidak seronok dan tertekan dan
akhirnya bertindak balas dengan memberontak , melanggar peraturan yang telah
di tetapkan dan mengasingkan diri dari segala aktiviti yang di anjurkan.
Sesungguhnya sekolah merupakan rumah kedua kepada murid, jadi pihak
sekolah perlu mewujudkan rasa seronok untuk murid datang kesekolah menimba
ilmu bukannya memberi tekanan kepada murid.

Pihak sekolah perlu menyediakan prasarana dan infrastuktur yang baik


kepada murid-murid agar mereka dapat belajar dalam kondisi yang baik dan
selesa. Jika perkara ini tidak dapat dilaksanakan pelajar akan menunjukkan
sikap yang negatif, mereka akan ponteng sekolah, tidak menghormati guru,
gejala vendalisme akan berluas-luasa.

Berdasarkan filem Freedom Writers pihak sekolah dengan jelasnya


mendiskriminaksikan pelajar pandai dan pelajar tidak pandai. Mereka
meletakkan jurang yang begitu besar bagi pelajar Distinguish Scholor bagi
pelajar yang pandai kelas yang bersih dan selesa bagi mereka tetapi tiada
layanan yang sedemikian bagi pelajar yang tidak terpilih, kelas yang kotor dan
tidak selesa, kerusi dan meja yang usang dan lama. Perkara ini boleh
menimbulkan rasa iri hati dan menyebabkan mereka meyerah kalah, dan
beranggapan tiada siapa peduli tentang meraka, dan berfikiran bahawa mereka
tidak layak untuk mendapatkan pendidikan.

Pihak pentadbir juga tidak menyediakan buku teks yang sesuai untuk pelajar,
ini menyebabkan Mrs Gruwell sanggup bekerja sampingan untuk mendapatkan
duit untuk membeli buku untuk pelajarnya. Menyediakan bahan pdp yag seusai
amat penting bagi menarik perhatian pelajar dan pemilihan bahan yang dekat
dengan elemen hidup pelajar juga sedikit sebanyak boleh membantu pelajar
untuk mendisiplinkan diri mereka, seperti apa yang di lakukan oleh Mrs Gruwell,
beliau menggeluarkan duit sendiri untuk membeli novel yang sesuai dan dekat
dengan hidup para pelajarnya agar para pelajarnya minat dan dapat mengambil
iktibar dari cerita yang di sampaikan.

Pada pendapat saya, pihak sekolah perlu memainkan peranan yang besar
untuk membentuk pelajar yang berdisiplin dan bertingkah laku positif.
Penyediaan insfrastruktur yang baik pastinya membangkitkan rasa minat pelajar
untuk hadir kesekolah dan menimba ilmu dan akhir sekali pastinya akan
membanggakan pihak sekolah itu sendiri.

4.4. Latar belakang murid

Asuhan yang diterima, taraf eonomi, tempat tinggal, kejiranan dan pengaruh
media massa dan sosial adalah aspek latar belakang murid yang akan
mempengaruhi tingkah laku mereka ketika berada di sekolah dan di dalam bilik
darjah.

Jika disentuh dari segi asuhan dan kasih sayang, terdapat pelbagai sebab
murid menunjukkan tingkah laku bermasalah di sekolah dan antaranya adalah
berpunca daripada ibu bapa yang tidak meluangkan masa bersama anak-anak.
Ibu bapa yang muda dan tidak mempunyai ilmu juga adalah salah satu sebab
kasih sayang tidak dapat di berikan dengan baik dan akhirnya menyebabkan
anak itu memberontak. Ada juga ibu bapa yang amat memanjakan anak mereka
sehinggakan anak mereka tidak dapat berdikari dan hanya akan bergantung
kepada guru dan rakan-rakan yang lain.

Taraf ekonomi juga memain kan impak yang besar dalam pembentukan
tingkah laku seseorang murid. Ada kalangan pelajar yang susah dan datang
kesekolah dengan pakaian yang lusuh dan buruk, perkara sebegini akan
menyebabkan pelajar rasa kurang yakin dan akhirnya akan menyebabkan
mereka mengasingkan diri dan tidak menlibatkan diri dalam aktiviti pdp. Ada juga
pelajar yang datang dari kalangan pelajar yang kaya raya menyebabkan mereka
berasa sombong dan akhirnya membuli rakan-rakan yang lain, melawan guru
dan tidak mengikuti peraturan yang di tetapkan.

Persekitaran tempat tinggal murid-murid juga adalah salah satu cara guru
dapat melihat hasil tindakan tingkah laku mereka. Kebanyakkan murid yang
tinggal di tempat yang usang dan dipenuhi gangster, dan orang yang tidak
berakhlak mulia, murid tersebut juga sedikit sebnyak akan di pengaruhi. Kita
boleh melihat dari segi mereka bertutur, berpkaian dan sebagainya.

Pengaruh media sosial juga memberikan impak yang amat besar terhadap
tingkah laku seseorang murid, jika ianya tidak dikawal oleh ibu bapa guru atau
golongan dewasa, murid-murid dapat mengakses video atau artikel yang tidak
sepatutnya mereka akses seperti video pergaduhan, video lucah dan
sebagainya. Perkara ini akan menjadikan pelajar aka mengaplikasikan apayang
mereka lihat, apa yang mereka baca, dan apa mereka dengar di sekolah
sedangkan semua itu melanggar peraturan yang telah di tetapkan oleh pihak
sekolah.

Bagi pendapat saya, berdasarkan filem Freedom Writers pelajar-pelajar ini


mempunyai latar belakang yang tidak baik. Ada yang dari pusat juvana, ada yang
ibu bapanya panagih dadah, ada yang datang dari kem pelarian dan ada yang
datang dari kaum geledangan. Perkara-perkara ini menyebabkan merekan
menunjukkan respon yang sangat negatif di dalam bilik darjah dan sekolah.

Mrs Gruwell memahami latar belakang setiap dari pelajarnya dan memberi
bahan bacaan yang sesuai dengan jiwa mereka, dan melakukan aktiviti yang
membuatkan mereka ingin berubah. Sebagai seorang guru, perkara yang paling
penting untuk kita kehui adalah latar belakang seseorang murid agak kita tahu
apakah sebab mereka bertindak sedemikian rupa.
5. Halangan dalam menguruskan disiplin dan tingkah laku
bermasalah

Antara halangan dalam menguruskan disiplin dan tingkah laku bermasalah


adalah hubungan ibu bapa, pengaruh rakan sebaya, keadaan persekitarann bilik
darjah dan salah laku yang tidak dijangka.

5.1. Hubungan ibu bapa

Apabila berhubung dengan ibu bapa untuk memberitahu masalah disiplin


anak mereka di dalam bilik darjah, guru perlu mengetahui prosedur tindakan
disiplin dan mempunyai bukti yang kukuh. Bina prhubungan awal dengan ibu
bapa murid. Mulakan secara positif, apabila perhubungan sudah terjalin ia akan
memudah kan proses guru untuk berkomunikasi dengan ibu bapa berkaitan
dengan masalah disiplin anak mereka. Dapatkan kerjasama dari ibu bapa untuk
memantau kelakuan anak mereka ketika dirumah dan diluar waktu persekolahan.

5.2. Pengaruh rakan sebaya

Kesan pengaru rakan sebaya mendatangkan impak kepada pengurusan bilik


darjah. Kebiasaannya kumpulan-kumpuln kecil ini akan di bentuk melalui
kecenderungan minat dan nilai yang sama.

Sebagai guru, kita harus bijak mengawal kedaan kelas yang menpunyai
kumpulan-kumpalan kecil ini atau dipanggil puak atau gang. Jika kumpulan ini
berunsurkan perkara yang baik dan positif maka ianya boleh diteruskan, jika
kumpulan itu berlandaskan perkara yang negatif dan akhirnya boleh menjadi
punca pergaduhan, maka guru perlu bertindah untuk memisahkan ahli-ahli
tersebut dengan cara yang bijak.
5.3. Keadaan persekitarann bilik darjah

Faktor pola persahabatan, puak kumpulan, rutin dan peraturan bilk darjah
serta keadaan fizikan bilik darah perlu di beri perhatian untuk membentuk
persekitaran yang kondusif didalam bilik darjah.

Guru perlu mengenali dan bijak mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh
murid. Dekati murid dan bantu murid untuk mengatasi kekurangan diri sendiri
dan bimbing murid untuk mencapai kejayaan di dalam akademik mahupun
sukan.

5.4. Salah laku yang tidak di jangka

Guru boleh mengambil tindakan berdasarkan peraturan yang telah


ditetapkan. Salah laku yang tidak di jangka ini mungkin akan berlaku pada bila
bila masa sahaja, jadi guru perlu sentiasa brsedia dan perlu tahu apa yang patut
di lakukan jika salah laku ini terjadi. Jangan sesekali mengambil tindakan sambil
lewa terhadap salah laku murid, ini kerana murid akan mengulangi kesalahan
jika tidakan tidak diambil ke atas meraka.

Selain daripada hubungan ibu bapa, pengaruh rakan sebaya, keadaan


persekitarann bilik darjah dan salah laku yang tidak dijangka. Halanagan dalam
menguruskan disiplin dan tingkah laku bermasalah termasuklah sikap,
pengalaman, kemahiran guru.

Sikap guru harus sentiasa tegas, tegas untuk di hormati tetapi bukan untuk di
takuti. Degan sikap guru yang tegas, murid tidak akan sewenang-wenangnya
melanggar peraturan yang telah di tetapkan. Sikap guru yang sambil lewa akan
membuatkan pelajar berani untuk melanggar peraturan dan tidak ada perasaan
bersalah dalam diri mereka.

Pengalaman dan kemahiran guru juga boleh menjadi penghalang dalam


menguruskan masalah disiplin dan tingkah laku bermasalah. Halangan ini
biasanya berlaku kepada guru baru yang tiada pengalaman dalam menguruskan
bilik darjah dan masalah disiplin. Oleh itu guru perlulah banyak mengkaji dan
membaca tentang cara mengurus bilik darjah dan banyak berkoloborasi dengan
guru-guru veteran yang lebih berpengalaman menguruskan tingkah laku
bermaslah.

Berdasarkan filem Freedom Writers , halangan bagi Mrs Gruwell adalah


pengaruh rakan sebaya. Di dalam kelas tersebut terdapak diamika kumpulan
atau gang yang bermusuhan sehinggakan berlakunya pertelikahan lidah dan
pergaduhan.

Kondisi bilik darjah yang kurang kondusif berbanding dengan kelas pelajar
yang baik membuatkan mereka tidak berminat untuk mengikuti pendidikan,
kerana berpendapat mereka tidak layak mendapat pendidikan yang baik. Bahan
pdp yang diberikan pihak sekolah juga menunjukkan unsur berat sebelah dan
tidak adil bagi p-elajar baik dan tidak baik. Bukan kan pendidikan itu seharusnya
adil dan saksama.

Di dalam filem tersebut, banyak adegan salah laku yang tidak dijangka,
seperti pergaduhan antara kumpulan di dalam kelas sehinggakan guru terpaksa
memanggil pengawal keselamatan untuk membantu meleraikan kemelut
tersebut.

6. Model dan intervensi pengurusan disiplin dan tingkah laku


bermasalah

Banyak Model Pengurusan Disiplin telah dicadangkan oleh ahli-ahli psikologi


tingkah laku,para pendidik dan ahli-ahli akademik. Kesemuanya ada tujuh jenis
iaitu Model Modifikasi Tingkah Laku oleh B.F Skinner, Model Disiplin Asertif oleh
Lee Canter, Model Akibat Logikal oleh Rudolf Dreikurs, Model Pengurusan
Kelompok oleh Jacob S. Kounin, Model Pengurusan Disiplin Thomas Gordon,
Model Beyond Discipline Alfie Khon, dan Model Terapi Realiti oleh Willian
Glasser.

Berdasarkan filem Freedom Writers, pada pendapat Erin Gruwell guru


pelajar Freshman menggunakan Model Beyond Discipline Alfie Khon.

Khon mempromosi konsep bilik darjah sebagai sebuah komuniti,


keutamaannya adalah membina bilik darjah yang penyayang, prihatin dan
menyokong murid-murid supaya dapat meneroka topik atau pdp yang diminati,
murid harus dibenarkan melibatkan diri sepenuhnya di dalam aktiviti pdp dan
juga dalam penyelesaian masalah termasuk tingkah laku. Selain daripada ini,
Khon mengkritik penggunaan peneguhan positif dan negatif iaitu penggunaan
ganjaran dan hukuman. Tujuannya adalah untuk menukar sekolah dan bilik
darjah menjadi satu komuniti pembelajaran. Menurut Khon jik seseorang kurang
keyakinan terhadap pertimbangan mereka sendiri iannya akan
menyebabkanseseorang itu tidak menjadi penyayang dan berdikari. Beliau juga
menyokong program-program yang membangunkan masyarakat, dan pelajar
mengambil bahagian secara aktif dalam membuat keputusan dengan melahirkan
pendapat mereka serta bekerja secara bersama-sama ke arah mencari sesuatu
penyelesaian.

Selain daripada itu, Khon menyatakan bahawa bilik darjah yang mempunyai
suasana kemasyarakatan lebih cenderung untuk membangunkan pelajar yang
prihatin dan bertanggungjawab. Antara kebaikan Model Beyond Discipline ini
adalah menggesa "pengajaran konstruktivis" sebagai pendekatan terbaik untuk
pendidikan, menunjukkan bagaimana disiplin memberi impak terhadap kerja-
kerja melalui paksaan terhadap pembangunan manusia yang penyayang.
Berdasarkan filem Freedom Writers walaupun pada awalnya kelas ini
berpuak-puak dan mempunyai gang sehinggakan mereka bergaduh diantara
gang tetapi Mrs Gruwell akhirnya dapat menjadikan mereka bersatu hingga tiada
lagi unsur perkauman, kumpulan ataupun puak di dalam kelas itu. Mereka
bagaikan satu komuniti yang berbilang bangsa, kaum, dan warna kulit, mereka
menyayangi, menghormati antara satu sama lain. Rasa tanggungjawab juga
dapat di pupuk apabila mereka melakukan kerja kumpulan untuk mengutip dana
untuk mealukuan satu aktiviti di sekolah mereka.

Pada pendapat saya, apa yang di lakukan oleh Mrs Gruwell ini adalah satu
perkara yang betul, beliau tidak menggunakan mana mana peneguhan sama
ada peneguhan positif mahupun peneguhan negatif, tetapi memupuk nilai kasih
sayang dan komuniti daripa pembacaan dan penulisan oleh pelajar-pelajar itu
sendiri.

Selain daripada Model Pegurusan Disiplin, guru juga boleh menggunakan


Intervensi bagi mengawal masalah disiplin dan tingkah laku bermasalah.
Terdapat beberapa intervensi yang boleh digunakan oleh guru dalam menangani
masalah disiplin. Antara bentuk intervensi adalah Teknik Modifikasi Tingkah laku,
kemahiran-kemahiran asas Bimbingan dan kaunseling, Terapi bermain, Terapi
seni, Terapi muzik, Terapi bercerita.

Melalui filem Freedom Writers intervensi yang digunakan oleh Mrs Gruwell
adalah terapi bercerita, beliau mengarahkan pelajar untuk menulis cerita mereka
sendiri, tidak kira cerita masa silam, sekarang atau akan datang. Selepas pelajar
menulis beliau akan membacanya, melalui intervensi ini, beliau dapat memahami
latar belakang setiap orang pelajar, setiap pelajar mempunyai cerita mereka
tersendiri, dan setiap cerita ada tauladannya. Akhir sekali beliau menerbitkan
buku pelajar-pelajarnya dan di jadikan tauladan untuk orang ramai.
7. Penutup

Pada pendapat saya, filem Freedom Writers ini banyak pengajaran bagi
guru baru seperti saya. Pengurusan bilik darjah dan tingkah laku amat penting,
jika kelas tidak dapat di kawal, maka pdp tidak dapat dijalankan dengan lancar.
Jadi untuk menjadi guru yang cemerlang dan haruslah mempelajari model-model
pengurusan disiplin dan intervensi dalam menangani tingkah laku bermasalah.
Rujukan

Haliza Hamzah, Joy Nesamalar Samuel (2016), Pengurusan Bilik Darjah


dan Tingkah Laku Edisi Kedua, Shah Alam, Oxford fajar

Definisi Tingkah Laku Bermasalah. From :


https://www.scribd.com/doc/36215880/Definisi-Tingkah-Laku-Bermasalah

Psikologi pendidikan: KONSEP DAN JENIS-JENIS TINGKAH LAKU


BERMASALAH. From:
http://mycikguprihatin.blogspot.my/2012/08/konsep-dan-jenis-jenis-tingkah-
laku.html

Definisi Disiplin. From:


https://www.scribd.com/doc/52672278/Definisi-Disiplin

You might also like