You are on page 1of 14

BAB 2

BAB 3

(3.A1)
3.A2
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8

BAB 9
BAB 10

KUIZ 10A.1
10A.2
BAB 11

Berdasarkan video penutup yang telah dipaparkan di atas, dapat saya simpulkan bahawa Malaysia
merupakan sebuah Negara yang mempunyai keunikannya yang tersendiri. Negara kita kaya dengan
unsur-unsur kebudayaan yang menarik, adat resam, dan walaupun dengan anutan agama yang
berbeza, kita masih boleh hidup bersatu padu sejak Malaysia mencapai kemerdekaan sehingga kini.
Semua ini adalah bukti bahawa rakyat di Negara ini sudah mengecapi satu tahap perpaduan,
pembangunan sosial dan kemajuan yang lebih baik berbanding dahulu.
Zaman silih berganti, namun kita masih mengamalkan semangat setia kawan antara satu sama lain.
Kita menghormati budaya masing-masing dan itulah masih mampu berinteraksi dengan loghat serta
bahasa yang berlainan. Keistimewaan berkenaan seharusnya dimanfaatkan oleh kita sebagai seorang
rakyat Malaysia. Malah saban tahun, Negara kita menerima kedatangan pelancong bukan sahaja
domestik tetapi dari luar Negara juga semata-mata untuk merasai pengalaman kebudayaan yang unik
di Malaysia. Ditambah lagi dengan keindahan alam semulajadi kurniaan Tuhan, tidak mustahil
Malaysia dikenali di mata dunia suatu hari nanti. Cinta akan Negara itu perlu disemat dalam diri kita.
Semangat tersebut boleh dimulakan sedari kecil, kerana apabila kita meningkat remaja dan memasuki
alam dewasa, semangat patriotisme itu akan menjadi semakin membara. Negara Malaysia haruslah
dipertahankan kedaulatannya tidak kira di mana juga kita rakyat Malaysia berada. Kemerdekaan telah
membawa banyak erti kepada kita disebabkan kemerdekaan kita dapat merasai erti kebebasan di
dalam Negara sendiri.

Akhir sekali dari apa yang saya lihat daripada video di atas, dapat disimpulkan bahawa Malaysia
mempunyai pelbagai Etnik dan kelompok budaya yang berbeza. Berbeza dari segi latar belakang
agama, dan bahasa namun kita masih mampu berada di dalam keadaan aman dan harmoni serta
bersatu padu. . Berbeza kita bukan memisahkan dan memecah belah, namun berbeza kita kerana akan
timbul satu kekuatan untuk saling memahami dan menerima perbezaan tersebut. Semua bangsa tidak
mengira kaum dan agama di Malaysia bersatu padu dan bekerjasama setelah menyelusuri pelbagai
keperitan dan kesusahan hidup sehingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaan . pelbagai bahasa dan
loghat antara hubungan etnik di Malaysia tidak mengganggu gugah kerjasama yang terbina antara
kaum Melayu , Cina dan India malah bertambah erat dan kukuh . hubungan etnik yang terjalin antara
3 kaum besar ini terhasil tanpa sebarang paksaan malah pengalaman hidup masing-masing lebih
membuahkan perkongsian menerusi aspek ilmu , makanan , budaya dan lain-lain . oleh yang demikian
, seharusnya kita sebagai rakyat Malaysia bersyukur dengan anugerah Ilahi di atas nikmat aman dan
kemerdekaan yang kita kecapi sehingga kini

You might also like