You are on page 1of 2

LATAR BELAKANG KEHAKIMAN MALAYSIA

- Perlembagaan menentukan doktrin pengasingan kuasa antara ketiga-tiga badan ini.


- Perlembagaan menentukan bidang kuasa kehakiman dan mahkamah.
- Badan Kehakiman mengimbangkan kuasa antara badan Perundangan dan badan
Eksekutif
- Kehakiman bebas daripada kawalan badan-badan perundangan dan eksekutif serta
politik semasa
menjalankan tugasnya.
- Ketua Hakim Negara adalah ketua dalam badan ini yang mengetuai semua hakim.
- Teradapat dua kumpulan mahkamah dalam sistem kita iaitu Mahkamah-mahkamah
Awam dan
Mahkamah- mahkamah khas
- Mahkamah Awam membicara kes-kes untuk orang awam tanpa kira pangkat, umur,
jawatan atau
pekerjaan. Hukuman adalah sama untuk semua.
- Mahkamah-mahkamah Khas pula membincarakan kes mengikut fungsi
tertentu.Contohnya Mahkamah
Syariah hanya membicarakan kes-kes yang berkaiatan dengan agama Islam dan hanya
membicarakan
orang-orang yang beragama Islam sahaja.

PENTADBIRAN MAHKAMAH
- Ketua Pentadbir mahkamah-mahkamah adalah Ketua Pendaftar. Pejabat ketua pendaftar
mengendalikan
perkara-perkara keadilan dan pentadbiran di Mahkamah.
- Ketua pendaftar dibantu oleh Pendaftar Mahkamah Rayuan, Pendaftar Mahkamah
Tinggi Malaya dan
Pendaftar mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak
- Pejabat pendaftar adalah dibawah kawalan Jabatan Perdana Menteri
- Ketua pendaftar mentadbir mahkamah di bawahnya
- Setiap jenis mahkamah mempunyai ketua pendaftarnya sendiri
- Ketua pendaftar setiap mahkamah bertanggungjawab terus kepada Ketua Hakim Negara
dan beliau
dibantu oleh timbalan-timbalan, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai pentadbir
dan pegawai-
pegawai lain di mahkamah.
FUNGSI-FUNGSI KEHAKIMAN

Badan kehakiman bertanggungjawab untuk:


- mentadbir keadilan kes sivil dan jenayah secara saksama
- melindungi hak-hak asasi rakyat daripada sebarang pencabulan oleh pihak individu atau
kerajaan.
- mentafsirkan undang-undang
- badan kehakiman juga berkuasa untuk mentafsir Perlembagaan Persekutuan.
- pihak mahkamah boleh mengistiharkan sesuatu undang-undang atau tindakan badan
perundangan atau
eksektif tidak sah.
- badan kehakimana juga mempunyai kuasa untuk membatalkan undang-undang yang
bercanggahan
dengan Perlembagaan setakat mana yang bercanggah.
- boleh membicarakan kesalahan yang berlaku di atas kapal terbang atau laut yang
didaftarkan di
Malaysia.
- menyelesaikan pertikaian antara individu dengan individu dan antara individu dengan
pihak kerajaan

You might also like