You are on page 1of 16

Jurnal Pendidikan Matematik, 3 (2), 18-33(2015)

ISSN: 2231-9425

AMALAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH DALAM KALANGAN


GURU MATEMATIK SEKOLAH RENDAH
(School-Based Assessment Practice among Mathematics Primary School Teacher)

Muhammad Sofwan Mahmud


Muhamad Farhan Abdul Halim
Nadia Fasha Mohd Drus
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan suatu transformasi dalam sistem pendidikan di
Malaysia yang digunakan bagi mentafsir bidang akademik dan bukan akademik serta memberi
pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif
berasaskan sekolah. Justeru kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti amalan PBS dalam kalangan
guru Matematik sekolah rendah. Seramai 37 orang guru matematik yang terdiri daripada 12 orang guru
lelaki dan 25 orang guru perempuan yang mengajar matematik di Daerah Kuala Pilah telah dipilih
sebagai sampel bagi kajian ini. Kajian ini dijalankan secara kaedah kajian tinjauan dan menggunakan
soal selidik dalam proses pengumpulan data. Dapatan kajian telah dianalisis menggunakan analisis
statistik deskriptif dan analisis statistik inferens bagi menjawab persoalan kajian. Hasil kajian mendapati
bahawa skor min keseluruhan amalan PBS dalam kalangan guru matematik sekolah rendah adalah
tinggi. Walau bagaimanapun, berdasarkan ujian ANOVA sehala yang dijalankan mendapati bahawa
tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara amalan PBS dengan pengalaman mengajar. Melalui
kajian ini, diharapkan ianya dapat membantu dan menjadi panduan kepada guru-guru matematik yang
lain untuk meningkatkan amalan mereka dalam amalan PBS di sekolah masing-masing.

Kata kunci: pentaksiran berasaskan sekolah, amalan guru, guru matematik

ABSTRACT

School-Based Assessment (SBA) is a transformation in the Malaysian education system that is used to
interpret the academic and non-academic area and also to give recognition and autonomy for the teacher
to implement school-based formative and summative assessment. Hence, this study is conducted to
identify the practice of SBA among mathematics teacher in elementary school. Approximately 37
mathematics teachers consist of 12 males and 25 female teachers that teach mathematics in the Kuala
Pilah district has been chosen to become the sample of this study. This study is conducted using survey
method and questionnaire has been used in the process of data collection. Findings of this study were
analyzed using descriptive statistical analysis and inferential statistical analysis to answer the research
questions. Based on the analysis, it was found that the overall mean score of the SBA practice among
mathematics teacher in elementary was high. However, based on one-way ANOVA test conducted, it
was found that there was no significant difference between SBA practice and teaching experience.
Through this study, it is expected to aid and become a guide to the other mathematics teachers in order
to increase the SBA practice in their respective school.

Keywords: school-based assessment, teacher practice, mathematics teacher


Jurnal Pendidikan Matematik, 3 (2), 18-33 (2015)
ISSN: 2231-9425

PENGENALAN

Seiring dengan program transformasi negara untuk menghasilkan modal insan yang
bertaraf dunia, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melaksanakan
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bermula pada tahun 2011 bagi murid Tahun 1 dan
Tingkatan 1 pada tahun 2012. PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang menyeluruh
dalam menilai aspek kognitif, afektif dan psikomotor selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) (KPM, 2011). PBS bukan
sahaja mentaksir bidang akademik malah melibatkan juga bidang bukan akademik di
mana ianya dilaksanakan di sekolah secara terancang mengikut garis panduan yang telah
ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) (KPM, 2011). Di bawah sistem
ini, guru - guru diberi tanggungjawab yang lebih besar untuk mereka membentuk kualiti
penilaian yang selaras dengan hasil pembelajaran kerana mereka adalah orang yang
paling sesuai untuk menilai para pelajar dan mereka mempunyai pemahaman yang lebih
baik tentang pelajar pelajar mereka. Sistem ini juga memberi peluang kepada guru-guru
untuk memantau pelajar-pelajar mereka dan memberi maklum balas yang membina untuk
meningkatkan kemampuan pembelajaran pelajar (Brown, 2001; AACU, 2011).

Pada tahun 2016 peratus peperiksaan UPSR adalah 60 peratus berdasarkan Pentaksiran
Berasaskan Pusat (PBP) yang dikelolakan oleh LPM dan 40 peratus adalah PBS.
Perubahan ini secara langsung akan dapat mengubah pandangan dan pengiktirafan
masyarakat terhadap pencapaian akademik semata-mata dan mampu mengurangkan
tekanan kepada murid, ibu bapa dan guru bagi mencapai kecemerlangan dalam
peperiksaan khususnya (LPM, 2012).

PBS terdiri daripada empat komponen iaitu Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Pusat,
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum dan Pentaksiran Psikometrik. Oleh
itu, guru-guru di sekolah dibekalkan dengan Dokumen Standard Kandungan dan Prestasi
(DSKP) untuk membantu menyediakan rancangan pengajaran serta mentaksir murid-
murid berdasarkan penguasaan mereka (LPM, 2012). Guru-guru boleh menggunakan
pelbagai cara untuk mentaksir, dan setiap evidens atau bukti bahawa murid telah
menguasai tidak semestinya menggunakan lembaran tetapi boleh menggunakan
pemerhatian, buku latihan, buku kerja serta lain-lain perkara yang dirasakan munasabah.
Selain itu, penambahbaikan dilakukan dalam sistem PBS iaitu mewujudkan Pentaksiran
Rujukan Standard untuk memberikan maklumat mengenai perkembangan murid-murid
dalam pembelajaran mereka. Jadi, guru dan ibu bapa dapat mengenal pasti sejauh mana
kefahaman dan pengetahuan anak mereka terhadap pengajaran guru (LPM, 2012).

Pentaksiran dikatakan terbahagi kepada dua aktiviti iaitu membuat pengumpulan


terhadap maklumat yang telah diukur dan juga penggunaan maklumat tersebut untuk
meningkatkan kebolehan individu ataupun sesebuah institusi (Astin & Antonio, 2012).
Goode et al. (2010) menyatakan bahawa pentaksiran ialah sebahagian daripada
pembelajaran yang mana memberi maksud berbeza bagi guru dan murid. Dari aspek guru,

19
Jurnal Pendidikan Matematik, 3 (2), 18-33 (2015)
ISSN: 2231-9425

pentaksiran merujuk kepada maklumat yang dikumpulkan mengenai pengajaran mereka,


manakala pada sudut murid pula pentaksiran ialah suatu proses yang memberitahu
mereka mengenai apa yang mereka pelajari. Oleh itu, pentaksiran merujuk kepada proses
bagi guru mengumpul maklumat dan digunakan oleh guru untuk mengukur keupayaan
murid dan murid juga menggunakan maklumat tersebut untuk mengetahui perkara yang
dipelajari dan perkara yang perlu dibaiki.

Secara spesifik, PBS digunakan bagi mentafsir bidang akademik dan bukan akademik
serta memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran
formatif dan sumatif berasaskan sekolah (LPM, 2012). Amalan pentaksiran masa kini
dikatakan lebih berfokus kepada pentaksiran formatif (Bell, 2001). Hal ini kerana
pentaksiran secara sumatif kurang kesahan kerana prestasi murid dilihat melalui
peperiksaan dan ujian semata-mata. Selain itu, amalan untuk mempelbagaikan tujuan
mentaksir murid merupakan faktor pentaksiran formatif menjadi pilihan di dalam bidang
pendidikan masa kini. Sebagai contoh, di Amerika pentaksiran digunakan untuk melihat
perkembangan murid, mendapat maklum balas daripada guru dan murid dan seterusnya
menggunakan maklum balas untuk memacu perubahan amalan mereka di dalam kelas.
Begitu juga menurut Goode et al., (2010), pentaksiran yang dapat memberikan maklum
balas kepada murid mengenai perkara yang mereka telah pelajari adalah pentaksiran
formatif dan antara amalan yang pentaksiran yang berkesan ialah kita boleh melihat
dengan jelas matlamat dan sasaran dalam pengajaran dan pembelajaran di sekeliling
kelas, hasil kerja murid dipamerkan di dalam kelas dan murid terlibat dengan aktif dalam
kerjasama kumpulan dengan rakan-rakan atau dengan guru selari dengan amalan PDP
abad ke 21.

Dalam memastikan perlaksanaan PBS di Malaysia berkesan dan mampu mencapai


objektif yang telah digariskan oleh pihak kementerian, para guru serta murid-murid perlu
memainkan peranan utama dalam mencapai objektif yang telah ditetapkan tersebut.
Dalam hal ini, guru bertindak sebagai pemudah cara, pemberi motivasi, membuat
pemerhatian ke atas tugasan murid, mendapatkan maklumat daripada aktiviti dan tugasan
yang dilaksanakan oleh murid dan akhir sekali memberi maklum balas. Secara
keseluruhannya, guru perlu membantu memperbaiki pembelajaran murid secara holistik
dengan melaksanakan PBS di sekolah secara telus dan berkesan agar Perlaksanaan PBS
di Malaysia benar-benar memberi kesan yang positif terhadap perkembangan pendidikan
di negara kita. Hal ini bertepatan dengan pernyataan Zins et al. (2004) dalam kajian
Durlak, J. A. et al. (2011) menyatakan pengajaran dan pembelajaran di sekolah adalah
menyeluruh meliputi komponen sosial, emosi dan akademik.

Pernyataan Masalah

Pendidikan merupakan antara bidang yang terpenting dalam sesebuah negara.


Pendidikan sangat penting kerana dapat meningkatkan kualiti pendapatan seseorang,
meningkatkan kualiti pertumbuhan ekonomi dan juga meningkatkan kualiti modul insan
dalam sesebuah negara (The EFA Global Monitoring Report Team, 2005). Hal ini
20
Jurnal Pendidikan Matematik, 3 (2), 18-33 (2015)
ISSN: 2231-9425

bermaksud, negara yang maju mempunyai sistem pendidikan yang terbaik dapat
memacu negara ke arah yang lebih baik. Walau bagaimanapun, Malaysia mendapat
tamparan hebat apabila kajian-kajian yang dilakukan di peringkat antarabangsa
mengenai kedudukan sistem pendidikan amat mengecewakan, yang mana negara kita
antara yang tercorot. Menurut Zamir & Faizli (2013), berdasarkan kepada indeks-indeks
antarabangsa seperti UN Education Index, Programme for International Student
Assessment (PISA) dan Trends in Mathematics and Science Study (TIMSS), Malaysia
mengalami kejatuhan dalam kedudukan yang sangat teruk berbanding negara-negara
lain.

Dalam UN Education Index, Malaysia menduduki tangga ke 98 daripada 181 negara


dalam sistem pendidikan. PISA yang menguji murid berumur 15 tahun dalam subjek
Matematik, Sains dan membaca menunjukkan Malaysia berada pada kedudukan 55
daripada 74 buah negara. Pada tahun 2011, sekali lagi Malaysia mengalami kejatuhan
dalam TIMSS iaitu bagi subjek Matematik dan Sains semenjak tahun 1999 hingga 2011.
Bagi subjek Matematik pada tahun 2011, Malaysia berada pada kedudukan 26 dengan
markah purata 440 manakala subjek Sains, Malaysia menduduki tangga 32 dengan
markah purata ialah 426. Kedua-dua markah purata ini berada bawah daripada markah
purata yang ditetapkan oleh OECD iaitu 500. Hal ini menunjukkan ada sesuatu masalah
sedang melanda sistem pendidikan negara kita. Maka, perubahan drastik telah dilakukan
oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam sistem pendidikan iaitu
melakukan transformasi dalam bidang pendidikan dengan mewujudkan Sistem
Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK). SPPK adalah bagi menggantikan sistem
lama yang berbentuk penilaian dalam ujian dan peperiksaan semata-mata dengan
pentaksiran baharu yang lebih bersifat holistik (LPM, 2012).

Perubahan daripada penilaian sumatif dan memberi tumpuan kepada ujian dan
peperiksaan untuk penilaian formatif yang disyorkan oleh PBS telah menyebabkan
timbulnya pelbagai rungutan khususnya daripada para guru. Hal ini seolah-olah
menunjukkan bahawa para guru tidak bersetuju untuk melaksanakan penilaian
berbentuk formatif semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan penilaian
formatif masih di tahap yang masih rendah kerana kebanyakan guru masih tidak
memahami kaedah yang betul terutama dalam mengintegrasikan teknik penilaian
formatif ke dalam proses P & P (Black & Wiliam, 1998; Hall & Burke, 2003; Brookhart,
2007).

Oleh kerana sistem ini merupakan sistem baharu, guru-guru masih belum dapat
menguasai cara pentaksiran ini dengan baik lagi. Lebih-lebih lagi banyak
penambahbaikan yang dilakukan KPM dan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM)
untuk memudahkan tugas guru di sekolah. Dalam pelaksanaan awal Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR), guru-guru tidak memahami sepenuhnya konsep
PBS serta mereka tidak mempunyai kepakaran untuk menilai pelajar-pelajar mereka
(Tuah, 2006). Tuah (2006) juga menyatakan bahawa untuk melaksanakan PBS bukan
satu tugas yang mudah. Beliau juga telah menegaskan bahawa terdapat tiga faktor
penyumbang kepada kegagalan dalam membuat pentaksiran iaitu, i) sekolah-sekolah
tidak dapat mentafsir dan memahami pentaksiran dalam aspek yang membawa
peningkatan dalam pembelajaran dan pengajaran di sekolah, ii) sekolah-sekolah
terpaksa berdepan dengan kehendak orang ramai yang mengutamakan keputusan yang
21
Jurnal Pendidikan Matematik, 3 (2), 18-33 (2015)
ISSN: 2231-9425

baik di dalam peperiksaan awam. dan iii) terdapat faktor manusia di mana guru tidak
menyediakan atau melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan dan kemahiran
berkaitan PBS sebagai satu bahagian yang penting dalam proses pembangunan
Kurikulum Berasaskan Sekolah.

Siasatan terhadap amalan pentaksiran guru menunjukkan bahawa guru-guru tidak


bersedia untuk memenuhi permintaan untuk melaksanakan pentaksiran di dalam kelas
kerana tidak mempunyai latihan mencukupi (O'Sullivan & Chalnick, 1991; Campbell,
C.2012). Dari aspek ujian piawai, Hall dan Kleine (1992) serta Nolen, Haladyna, dan
Haas (1992) dalam kajian Rohaya Talib el al. (2014) menyatakan terdapat juga - guru
yang dilaporkan terlibat dalam mengajarkan item ujian kepada pelajar, menambah masa
ujian, memberikan petunjuk, serta mengubah jawapan pelajar di mana hal ini
menyebabkan timbulnya isu tiada ketelusan dalam melaksanakan pentaksiran PBS di
sekolah .Guru-guru juga sukar untuk mentafsir keputusan ujian standard (Hills, 1991;
Impara, Ilahi, Bruce, Liverman & Gay, 1991) dan keputusan ujian formatif yang telah
dijalankan (Plake, 1993 dan Bilge Gok et al., 2012).

Justeru itu, kajian amalan PBS dalam kalangan guru sekolah rendah ini dijalankan
adalah bagi melihat sejauh mana amalan PBS telah dilaksanakan mengikut kehendak
dan keperluan yang digariskan oleh KPM khususnya, dalam pentaksiran berasaskan
sekolah bagi mata pelajaran matematik. Selain itu, kajian Abdullah et. al (2015) terhadap
guru-guru di sekolah mendapati bahawa tiada hubungan yang signifikan di antara
dimensi produk dalam pelaksanaan PBS dengan pengalaman mengajar. Malah Zulkpli
(2013) memberikan pandangan bahawa amalan PBS yang mantap adalah disebabkan
oleh latihan atau kursus yang dihadiri oleh guru untuk meningkatkan gaya pengajaran
dan pembelajaran berlandaskan PBS. Jadi, kajian ini juga ingin melihat sama ada
terdapat perbezaan dalam amalan PBS di kalangan guru matematik sekolah rendah
berdasarkan pengalaman mengajar guru-guru.

Persoalan Kajian

Kajian ini dijalankan adalah untuk bagi menjawab dan menjelaskan dua persoalan
kajian iaitu:

1. Apakah tahap amalan PBS dalam kalangan guru matematik sekolah rendah?
2. Adakah terdapat perbezaan amalan pentaksiran berasaskan sekolah dalam
kalangan guru matematik sekolah rendah berdasarkan pengalaman mengajar?

METODOLOGI
Kajian ini merupakan kajian berbentuk kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan.
Instrumen soal selidik digunakan dalam kajian ini untuk mengumpul data mengenai
amalan PBS di kalangan guru matematik sekolah rendah dan melihat perbezaan dalam
amalan PBS berdasarkan pengalaman mengajar guru matematik. Sampel kajian adalah
guru matematik sekolah rendah yang mengajar matematik Tahun 1 hingga Tahun 6 di
sekolah-sekolah sekitar Daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Seramai 37 orang guru
matematik telah dipilih sebagai sampel dengan menggunakan kaedah persampelan rawak
22
Jurnal Pendidikan Matematik, 3 (2), 18-33 (2015)
ISSN: 2231-9425

mudah Kaedah persampelan ini digunakan adalah bagi memastikan setiap guru
matematik di sekolah-sekolah sekitar daerah Kuala Pilah mempunyai peluang yang sama
untuk dipilih sebagai responden dalam kajian ini (Piaw, 2014). Prosedur dilakukan
dengan menyenaraikan nama-nama guru matematik dan melabelkan setiap guru dengan
angka. Sampel kemudian dipilih dengan menggunakan jadual nombor rawak.

Instrumen soal selidik digunakan dalam kajian ini kerana melibatkan sampel yang
banyak, selain menjimatkan kos dan masa. Item-item soal selidik dibina berdasarkan
proses guna pakai daripada kajian Adnan dan Abd. Kadir (2014). Soal selidik ini
mengandungi dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B. Bahagian A adalah
berkaitan dengan maklumat guru (10 item), manakala bahagian B pula adalah mengenai
Amalan PBS (20 item). Soal selidik ini menggunakan skala Likert 5 mata iaitu 1- sangat
tidak setuju (STS), 2-tidak setuju (TS), 3-kurang setuju (KS), 4-setuju (S) dan 5-sangat
setuju (SS).

Kebolehpercayaan soal selidik ini adalah berdasarkan kepada kebolehpercayaan yang


diperoleh pengkaji asal, iaitu nilai Cronbach Alpha yang diperoleh adalah 0.74. Nilai ini
diperoleh semasa kajian rintis dijalankan dan sesuai untuk diteruskan kepada kajian
sebenar kerana kebolehpercayaan yang tinggi. Kesahan soal selidik ini juga merujuk
kepada kajian asal kerana menggunakan proses guna pakai. Dalam kajian asal, soal
selidik ini telah dilakukan proses kesahan dengan merujuk kepada tiga orang pakar iaitu
pensyarah universiti dalam bidang tersebut, seorang pegawai Jabatan Pendidikan Negeri
Pahang (JPNP) dan seorang pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

DAPATAN KAJIAN

Profil Responden

Dalam bahagian ini, maklumat demografi yang akan dibincangkan ialah jantina,
kelulusan ikhtisas guru, umur, pengalaman mengajar, pengalaman melaksanakan PBS,
lokasi sekolah dan jenis sekolah. Daripada aspek jantina, seramai 12 (32.40%) orang guru
Matematik adalah lelaki manakala 25 (67.60%) orang adalah perempuan dan ini
menjadikan jumlah guru yang menjadi sampel bagi kajian ini ialah seramai 37 orang. Hal
Ini secara tidak langsung menunjukkan sebahagian besar daripada guru yang terlibat
dalam kajian terdiri daripada guru perempuan.

Manakala dari aspek kelulusan akademik guru pula seramai 14 (37.80%) orang guru
mempunyai Diploma Pendidikan, Ijazah Sarjana Muda seramai 22 (59.50%) orang guru,
Sarjana seramai 1 (2.70%) orang dan tidak ada guru yang mempunyai kelayakan
akademik Sijil Perguruan. Selain itu, bagi aspek pengalaman mengajar guru-guru
matematik sekolah rendah pula, kajian telah mendapati bahawa terdapat 4 (12.12%) orang
guru yang mempunyai pengalaman mengajar kurang daripada 5 lima tahun, 11 (29.70%)
orang guru mempunyai pengalaman mengajar matematik selama 5-10 tahun, 13 (35.10%)
orang guru mempunyai pengalaman mengajar selama 11-20 tahun dan selebihnya seramai

23
Jurnal Pendidikan Matematik, 3 (2), 18-33 (2015)
ISSN: 2231-9425

9 (24.30%) orang guru mempunyai pengalaman mengajar lebih daripada 21 tahun. Oleh
itu, majoriti umur sampel kajian adalah antara 11 tahun hingga 20 tahun.

Selain itu, seramai 15 (40.50%) orang guru mengajar di sekolah bandar dan selebihnya
seramai 22 (59.50%) orang guru mengajar di kawasan luar bandar. Sebagai tambahan,
dari aspek jenis sekolah pula seramai 37 (100%) guru iaitu kesemua sampel mengajar di
sekolah kebangsaan (SK) dan tidak ada guru yang mengajar di sekolah jenis kebangsaan
cina (SJKC) dan sekolah jenis kebangsaan tamil (SJKT)

Jadual 1: Demografi responden

Demografi Bilangan Peratus

Jantina Lelaki 12 32.40 %

Perempuan 25 67.60 %

Sijil Perguruan 0 0.00 %

Diploma Pendidikan 14 37.80 %

Kelulusan Ijazah Sarjana Muda 22 59.50 %


Ikhtisas
Sarjana 1 2.70 %

Kurang 5 Tahun 4 12.12 %

Pengalaman 5 Hingga 10 Tahun 11 27.70 %


Mengajar
11 Hingga 20 Tahun 13 35.10 %
Matematik
Lebih 21 Tahun 9 24.30 %

Kedudukan Bandar 15 40.50 %


Sekolah
Luar Bandar 22 59.50 %

SK 37 100.00 %

Jenis sekolah SJKT 0 0.00 %

SJKC 0 0.00 %

24
Jurnal Pendidikan Matematik, 3 (2), 18-33 (2015)
ISSN: 2231-9425

Amalan PBS dalam Kalangan Guru Matematik Sekolah Rendah

Data dianalisis dengan mendapatkan skor min bagi amalan PBS di kalangan guru
matematik sekolah rendah dan ditunjukkan dalam Jadual 3. Nilai min yang diperoleh
daripada sampel kajian ditunjukkan dalam bentuk jadual dan interpretasi min yang dibuat
berdasarkan jadual interpretasi skor min (Jadual 2).

Jadual 2: Interpretasi skor min amalan PBS

Skor Min Interpretasi Tahap

1.01 -2.33 Rendah Lemah

2.34 -3.66 Sederhana Sederhana

3.67 -5.00 Sangat Tinggi Baik

Sumber: Mohd Najib 2003

Jadual 3: Min dan sisihan piawai amalan PBS bagi guru matematik

Bil Item Min Tahap Skor Min Sisihan


Piawai

1 Saya mengetahui tentang objektif PBS bagi Tinggi


4.05 0.229
mata pelajaran Matematik

2 Saya menjalankan pentaksiran terhadap Tinggi


4.03 0.552
pelajar bagi setiap kemahiran yang diajar

3 Saya memaklumkan kepada murid tahap Tinggi


kemahiran yang dikuasai selepas PBS 3.84 0.602
dijalankan

4 Amalan PBS kepada pelajar boleh dilakukan Sederhana


3.62 0.545
lebih daripada sekali

25
Jurnal Pendidikan Matematik, 3 (2), 18-33 (2015)
ISSN: 2231-9425

5 Saya menggunakan pelbagai instrumen Tinggi


ketika menaksir. Contohnya: penulisan, 3.92 0.640
laporan dan foto

6 Saya menetapkan elemen yang akan Tinggi


3.95 0.524
ditaksirkan sebelum melakukan pentaksiran

7 Saya memberikan penerangan tentang Tinggi


Instrumen atau kaedah yang digunakan untuk 3.76 0.495
mentaksir

8 Saya merujuk Dokumen Standard Prestasi Tinggi


4.16 0.553
untuk membuat evidens

9 Saya menggunakan buku kerja matematik Tinggi


yang terdapat di pasaran supaya mudah 4.19 0.701
membuat pentaksiran

10 Saya memahami dengan baik tentang Sederhana


3.59 0.644
pelaksanaan PBS di sekolah

11 Saya membina sendiri tugasan untuk Tinggi


3.84 0.727
mentaksir murid

12 Saya membuat pemerhatian terhadap tingkah Sederhana


3.62 0.594
laku murid ketika mentaksir

13 Saya menilai hasil kerja murid berdasarkan Tinggi


4.08 0.595
Dokumen Standard Prestasi

14 Saya membuat pemulihan dahulu kepada Tinggi


3.76 0.435
murid yang gagal sebelum ditaksir semula

15 Saya mempelbagaikan kaedah pentaksiran 3.92 Tinggi 0.433

26
Jurnal Pendidikan Matematik, 3 (2), 18-33 (2015)
ISSN: 2231-9425

16 Saya menggunakan borang senarai semak Tinggi


4.05 0.468
untuk merekod pencapaian murid

17 Saya memberi peluang murid menyoal ketika Tinggi


4.11 0.567
ditaksir

18 Saya mempelbagaikan kaedah menyoal Tinggi


4.00 0.471
ketika melakukan PBS

19 Saya menggunakan maklumat daripada Sederhana


respon murid untuk meningkatkan prestasi 3.57 0.502
murid

20 Saya menilai hasil kerja murid dan Tinggi


memaklumkan kelemahan atau kekuatan 4.05 0.329
mereka

Min Keseluruhan 3.91 Tinggi

Jadual 3 menunjukkan bahawa skor min setiap item dalam amalan PBS di kalangan guru
matematik sekolah rendah berada pada tahap tinggi dan sederhana berdasarkan analisis
skor min dengan merujuk kepada jadual interpretasi skor min (Jadual 2). 16 item bagi
amalan guru dalam melaksanakan PBS adalah pada skor min yang tinggi manakala 4 item
berada pada skor min sederhana. Manakala item yang mempunyai min yang paling
rendah berada pada skor min sederhana ialah saya menggunakan maklumat daripada
respon murid untuk meningkatkan prestasi murid (Min = 3.57 dan SP = 0.502). Ini
menunjukkan bahawa guru-guru telah melaksanakan amalan PBS dengan baik dan hanya
sebahagian sahaja guru yang menggunakan maklumat daripada respon murid untuk
meningkatkan prestasi murid. Secara keseluruhannya min amalan PBS oleh guru
matematik sekolah adalah tinggi (N= 37, min keseluruhan bagi amalan PBS = 3.91).

Amalan Pentaksiran Berasaskan Sekolah dalam Kalangan Guru


Matematik Sekolah Rendah Berdasarkan Pengalaman Mengajar

Ujian bagi menentukan kesamaan varians atau disebut sebagai homogeneity of variance
dijalankan terlebih dahulu dengan menggunakan ujian Levene sebelum analisis ANOVA
sehala dijalankan. Daripada ujian Levene yang telah dijalankan mendapati keputusan
ujian Levene yang tidak signifikan menunjukkan bahawa nilai varians variabel bersandar
dalam setiap kumpulan sampel kajian adalah hampir sama (Chua, 2006). Analisis ujian
Levene yang telah dijalankan dapat dilihat dalam Jadual 4 berikut:

27
Jurnal Pendidikan Matematik, 3 (2), 18-33 (2015)
ISSN: 2231-9425

Jadual 4: Keputusan Ujian Levene

Nilai F dk1 dk2 Signifikan

0.665 3 33 0.580

Jadual 4 menunjukkan keputusan ujian Levene yang telah dijalankan, iaitu F (3, 33) =
0.665, P = 0.580 menunjukkan bahawa ia tidak signifikan (p > 0.05). Dapatan ujian ini
juga menunjukkan bahawa nilai varians bagi variabel bersandar dalam setiap kumpulan
sampel kajian adalah hampir sama. Oleh itu, data kajian mematuhi syarat ujian ANOVA
sehala. Hasil analisis ujian ANOVA sehala adalah seperti Jadual 5 berikut:

Jadual 5: Analisis Varian Sehala Amalan PBS dengan Pengalaman Mengajar

Jumlah Kuasa
Dua dk Min Kuasa Dua Nilai F Signifikan

Antara Kumpulan 28.264 3 9.421 0.393 0.759

Dalam Kumpulan 790.763 33 23.963

Jumlah 819.027 36

Signifikan pada aras p < 0.05

Ujian ANOVA sehala telah dijalankan menggunakan program SPSS untuk melihat
perbezaan amalan PBS dalam kalangan guru matematik antara empat kumpulan
pengalaman mengajar iaitu kurang 5 tahun, 5 hingga 10 tahun, 10 hingga 20 tahun dan
21 tahun ke atas. Nilai F yang diperoleh ialah 0.393 dengan P = 0.759 adalah tidak
signifikan pada aras p < 0.05 (F (3,33) = 0.412, p > 0.05). Maka keputusan ujian ANOVA
sehala menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara amalan PBS
dengan pengalaman mengajar.

PERBINCANGAN
Amalan PBS dalam Kalangan Guru Matematik Sekolah Rendah

Berdasarkan dapatan kajian mendapati bahawa skor min keseluruhan bagi amalan PBS
dalam kalangan guru matematik berada pada tahap skor yang tinggi (skor min
keseluruhan = 3.91). Dapatan kajian ini adalah selari dengan dapatan kajian yang
dijalankan oleh Aniza Ahmad dan Zamri Mahamod (2010), Awang (2012), Norani dan
Saifulazri (2010), Mohd Anuar dan Khamsawati (2010) dan Mohd Azhar (2006). Begitu
juga dengan dapatan kajian Suzana dan Jamil (2012) yang menyatakan penggunaan
pelbagai teknik oleh para guru membuktikan bahawa guru sekolah rendah mahir

28
Jurnal Pendidikan Matematik, 3 (2), 18-33 (2015)
ISSN: 2231-9425

menggunakan pelbagai teknik pentaksiran formatif dalam usaha mereka untuk mentaksir
pembelajaran murid. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa item berada di tahap
sederhana berkaitan amalan PBS dalam kalangan guru matematik yang perlu
dipertingkatkan berdasarkan analisis tahap skor min dalam setiap item iaitu amalan PBS
kepada pelajar boleh dilakukan lebih daripada sekali, memahami dengan baik tentang
pelaksanaan PBS di sekolah, membuat pemerhatian terhadap tingkah laku murid ketika
mentaksir dan menggunakan maklumat daripada respon murid untuk meningkatkan
prestasi murid.

Justeru secara spesifik, PBS dioptimumkan bagi mentaksir bidang akademik dan bukan
akademik dengan memberi kuasa serta pengiktirafan kepada guru untuk melaksanakan
pentaksiran formatif dan sumatif. Oleh itu, amalan pentaksiran oleh guru tidak harus
berfokus kepada ujian atau peperiksaan sahaja tetapi pentaksiran yang dilakukan haruslah
bersifat holistik dan sentiasa berterusan (KPM, 2012). Hal ini adalah selari dengan
dapatan Rohaya Talib et al. (2014) yang menyatakan bahawa guru harus
bertanggungjawab memantau perkembangan secara berterusan, memberi maklum balas
yang membina, memahami persekitaran perkembangan sehingga dapat mentaksir hasil
pembelajaran pelajar secara tepat dan adil. Selain itu juga, berdasarkan dapatan
pemahaman para guru matematik tentang amalan PBS masih lagi di peringkat yang
sederhana. Justeru para guru khususnya guru matematik harus benar benar memahami
amalan pentaksiran yang dijalankan dalam PBS agar tidak berlaku kesilapan dalam
mentaksir pelajar. Hal Ini adalah sangat penting dalam memastikan maklumat yang
diperoleh berkaitan pembelajaran murid benar-benar refleks dengan tahap kebolehan dan
kemahiran kognitif mereka (Black & Wiliam, 1998). Daripada dapatan kajian ini juga
didapati bahawa guru-guru seharusnya lebih kreatif dalam amalan PBS mereka dengan
menyediakan pelbagai instrumen dan kaedah pentaksiran bagi menguji keupayaan dan
kebolehan murid menguasai sesuatu kemahiran. Usaha ini perlu dilakukan secara
berterusan bagi meningkatkan kemahiran guru untuk melaksanakan pentaksiran di dalam
bilik darjah (Aniza Ahmad & Zamri Mahamod 2010). Hal ini bukan sahaja dapat
membantu meningkatkan kemahiran guru dalam membuat pentaksiran tetapi secara tidak
langsung juga akan membantu para guru dalam mencapai objektif yang dihasratkan
melalui pelaksanaan serta amalan PBS yang berkesan.

Selain itu, skor min bagi item membuat pemerhatian bagi tingkah laku murid ketika
mentaksir masih lagi berada di tahap sederhana (3.62) dan secara tidak langsung memberi
gambaran bahawa kebanyakan guru-guru masih lagi terikut-ikut dengan sistem penilaian
dan pentaksiran berorientasikan peperiksaan. Hal ini secara tidak langsung bercanggah
dengan amalan PBS yang sepatutnya dilaksanakan oleh guru dengan melaksanakan
pentaksiran yang bersifat menyeluruh kerana PBS tidak hanya mengukur pelajar dalam
aspek kognitif malah aspek afektif dan psikomotor turut sama perlu diperhatikan (KPM,
2012). Dapatan ini disokong juga oleh Lembaga peperiksaan Malaysia yang menyatakan
tumpuan PBS adalah mentaksir proses serta hasil pembelajaran secara formatif dan
sumatif melalui amalan pentaksiran untuk pembelajaran (Assessment for Learning) dan
29
Jurnal Pendidikan Matematik, 3 (2), 18-33 (2015)
ISSN: 2231-9425

pentaksiran pembelajaran (Assessment of Learning). Justeru dalam amalan PBS, para


guru harus membuat pemerhatian terhadap perkembangan tingkah laku pelajar dan tidak
hanya berfokus kepada perkembangan kognitif semata- mata.

Selain itu, amalan PBS guru matematik berkaitan menggunakan maklumat daripada
respon murid untuk meningkatkan prestasi murid juga menunjukkan nilai skor min yang
sederhana. Menggunakan maklumat daripada respon murid untuk meningkatkan prestasi
murid merupakan salah satu daripada peranan yang perlu dimainkan oleh guru dalam
melaksanakan pentaksiran kepada murid. Maklumat maklumat yang diperoleh dari
respon murid membolehkan guru mengenali diri dan potensi para pelajar bagi membuat
perancangan untuk meningkatkan prestasi pelajar serta merancang pengajaran yang lebih
berkesan. Maklumat daripada respon pelajar juga mampu berperanan dalam memberikan
maklumat yang segera tentang perkembangan pembelajaran murid kepada guru,
pentadbir sekolah, ibu bapa dan mana-mana pihak berkepentingan sebagai asas
perbincangan untuk tindakan meningkatkan prestasi murid.

Kesimpulannya, tahap amalan PBS dalam kalangan guru matematik sekolah rendah
berada pada tahap yang tinggi berdasarkan interpretasi skor min keseluruhan yang
diperoleh (3.91). Walau bagaimanapun, terdapat beberapa item yang perlu diberi
perhatian oleh guru matematik sekolah rendah berdasarkan item yang memperoleh tahap
skor min sederhana. Justeru, para guru harus melengkapkan diri mereka dengan
pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi dalam PBS agar proses pentaksiran yang
dijalankan benar benar berkesan dalam mengukur pengetahuan dan kemahiran pelajar
di samping membantu para guru mengenal pasti kekuatan serta kelemahan murid dalam
pembelajaran untuk tindakan susulan.

Amalan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dalam Kalangan Guru Matematik


Sekolah Rendah Berdasarkan Pengalaman Mengajar

Pengkaji mendapati bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara amalan
PBS dalam kalangan guru sekolah rendah dengan pengalaman mengajar. Hal ini dirujuk
kepada hasil analisis Ujian ANOVA sehala yang dilakukan dan menunjukkan nilai yang
tidak signifikan. Jadi, pengalaman mengajar seseorang guru tidak mempengaruhi amalan
PBS yang dilaksanakan oleh guru matematik sekolah rendah. Terdapat beberapa kajian
terdahulu yang menyokong bahawa pengalaman mengajar seseorang guru tidak
mempengaruhi perbezaan amalan PBS di kalangan guru di sekolah.

Kajian Abdullah et al. (2015) selari dengan dapatan kajian ini iaitu tidak terdapat
hubungan yang signifikan di antara dimensi input dalam pelaksanaan PBS subjek sains
dengan pengalaman mengajar guru. Bagi kajian Zulkpli (2013) pula menyatakan bahawa
amalan PBS dapat dimantapkan dengan menjalani latihan dalam perkhidmatan yang lebih
spesifik seperti praktikum. Cara ini telah digunakan oleh Negara-negara membangun
seperti Hong Kong. Hal ini menyokong bahawa perbezaan amalan PBS ini tidak
dipengaruhi oleh pengalaman mengajar, tetapi bergantung kepada kemahiran guru dalam
30
Jurnal Pendidikan Matematik, 3 (2), 18-33 (2015)
ISSN: 2231-9425

melaksanakan PBS dengan latihan yang diterima. Maklumat yang tidak mencukupi atau
kurang kefahaman dan kurang latihan yang relevan merupakan cabaran dalam amalan
PBS di sekolah. Malah guru kurang kemahiran untuk membina pelbagai instrumen
pentaksiran selain daripada ujian yang biasa dilakukan (Ahmad & Mahamod, 2015;
Yusof, 2013). Hal ini membuktikan bahawa pengalaman mengajar tidak menyumbang
kepada perbezaan amalan dalam PBS oleh kalangan guru matematik di sekolah.

Konsep PBS yang diperkenalkan ini bukanlah sesuatu yang baharu kerana kaedah yang
sama digunakan sebelum-sebelum ini iaitu kuiz, latihan dalam kelas, kerja rumah dan
projek. Walau bagaimanapun, cara pelaksanaan PBS tersebut berbeza daripada penilaian
dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR), yang mana setiap perkara yang
dilakukan perlu merujuk kepada Standard Rujukan dan di rekod berdasarkan Standard
Rujukan di dalam tapak yang disediakan. Jadi, pengalaman mengajar tidak diperlukan
iaitu sama ada guru-guru matematik berpengalaman atau guru-guru matematik novis,
mereka perlu membina pengetahuan baharu mengenai pelaksanaan PBS di sekolah
rendah untuk dilaksanakan di dalam atau luar kelas. Guru-guru perlu lebih kreatif dalam
membina instrumen pentaksiran berdasarkan isi pembelajaran yang ditetapkan. Oleh itu,
dapat kita lihat bahawa amalan pelaksanaan PBS yang dilakukan oleh guru matematik di
sekolah rendah sebenarnya melalui latihan yang diberikan sama ada di peringkat sekolah
atau lebih tinggi (Abdullah et al., 2015; Yusof, 2013). Faktor guru-guru yang belum
bersedia untuk melaksanakan PBS di sekolah juga menunjukkan mengapa pengalaman
mengajar tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan perbezaan amalan PBS
oleh guru matematik. Hal ini kerana cabaran utama dalam melaksanakan PBS di sekolah
ialah guru-guru kurang bersedia untuk menerima cara pelaksanaan pentaksiran yang
baharu (Tuah, 2006; Yusof, 2013). Oleh itu, pengalaman mengajar tidak memainkan
peranan penting atau memberi kesan yang ketara dalam perbezaan amalan pelaksanaan
PBS di sekolah terutamanya di kalangan guru matematik. Maka guru-guru matematik
sekolah rendah seharusnya diberikan latihan dalam perkhidmatan yang secukupnya
berkaitan PBS serta motivasi agar mempunyai kesediaan yang tinggi untuk melaksanakan
amalan PBS yang bersesuaian dalam pengajaran dan pembelajaran.

KESIMPULAN
Kajian ini telah menunjukkan amalan PBS sememangnya cuba dijalankan dengan baik
oleh guru-guru matematik sekolah rendah di Daerah Kuala Pilah. Tahap kefahaman yang
tinggi dan kaedah perlaksanaan yang bertepatan dengan pendekatan yang diberikan oleh
KPM menunjukkan guru-guru matematik ini menyambut baik usaha yang dilakukan
KPM untuk meningkatkan kualiti pendidikan di Malaysia. Pentaksiran baharu yang
diperkenalkan ini bertujuan mendapatkan maklumat tentang prestasi murid bagi
memperkembangkan sepenuhnya potensi setiap individu sebagai modal insan yang
harmonis dan seimbang selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Melalui
kajian ini, diharap dapat membantu dan menjadi panduan kepada guru-guru matematik
yang lain untuk meningkatkan amalan mereka dalam amalan PBS di sekolah masing-
masing.

31
Jurnal Pendidikan Matematik, 3 (2), 18-33 (2015)
ISSN: 2231-9425

RUJUKAN

AACU. (2011). The Leap Vision for Learning Outcomes, Practices, Impact, and
Employers Views. Retrieved on 30 September 2015, From,
Http://Www.Aacu.Org/Leap/Documents/Leapvision_Summary.Pdf
Abdullah, N., Noraini Mohamed Noh, Mansor, R., Hashim, A. T. M., & Teck, W. K.
(2015). Penilaian Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Dalam
Kalangan Guru Sains. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia, 1(5), 89-
102.
Adnan, M., & Abd. Kadir, N. (2014). Amalan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
Dalam Kalangan Guru Matematik Sekolah Menengah, 4(1).
Adnan, R., Zanzali, A., & Azlan, N. (2012). Perkaitan Antara Kefahaman Dan
Kesediaan Guru Matematik Tahun 1 Dan 2 Terhadap Pelaksanaan
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di Daerah
Ahmad, A., & Mahamod, Z. (2015). Tahap kemahiran guru bahasa Melayu sekolah
menengah dalam melaksanakan pentaksiran berasaskan sekolah berdasarkan
jantina, opsyen dan tempat mengajar. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu; Malay Language Education (MyLEJ), 5(1), 18-29.
Astin, A. W. & Antonio, A. L. (2012). Assessment for Excellence: The Philosophy and
Practice of Assessment and Evaluation in Higher Education. United Kingdom:
Rowman & Littlefield Publishers.
Bell, B. (2001). Formative Assessment and Science Education. Springer Science &
Business Media.
Black, P. & Wiliam, D. (1998). Inside The Black Box: Raising Standards through
Classroom Assessment. London: School Of Education, King College, 1998.
Brookhart, S. M. (2007). Expending Views about Formative Classroom Assessment: A
Review of the Literature. In. Mcmillan J. H. (Eds.). Formative Classroom
Assessment: Theory into Practice, 43-62. New York: Teachers College Press.
Brown, G.T.L. School-Based Assessment Methods: Development and Implementation.
Journal of Assessment Paradigms 1(1) (2001), 30-32.
Campbell, C. (2012). Research on teacher competency in classroom assessment. SAGE
Handbook of Research on Classroom Assessment: SAGE Publications, 71.
Cheng, L., Andrews, S., & Yu, Y. (2011). Impact and consequences of school-based
assessment (SBA): Students and parents views of SBA in Hong Kong. Language
Testing, 28(2), 221-249.
Durlak, J. A., Weissberg, R. P., Dymnicki, A. B., Taylor, R. D., & Schellinger, K. B.
(2011). The impact of enhancing students social and emotional learning: A meta
analysis of schoolbased universal interventions. Child development, 82(1), 405-
432.
Gok, B., Erdogan, O., Altinkaynak, S. O., & Erdogan, T. (2012). Investigation of Pre-
Service Teachers Perceptions about Concept of Measurement and Assessment
Through Metaphor Analysis. Procedia-Social and Behavioral Sciences, 46, 1997-
2003.
Goode, K., Kingston, T., Grant, J. M. & Munson, L. 2010. Assessment for Learning.
ETFO Voice
LPM. (2012). Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). http://buletinkpm.blogspot.my/
2012/11/pentaksiran-berasaskan-sekolah-pbs.html [24/10/2015].

32
Jurnal Pendidikan Matematik, 3 (2), 18-33 (2015)
ISSN: 2231-9425

Osullivan, R. G., & Chalnick, M. K. (1991). Measurement-Related Course Work


Requirements for Teacher Certification and Recertification. Educational
Measurement: Issues and Practices, 10(1), 17-19.
Piaw, C. Y. (2014). Kaedah Penyelidikan (Edisi Keti). Shah Alam, Selangor: McGraw-
Hill Education.
Tuah, A. B. (2006). Improving The Quality of Primary Education in Malaysia Through
Curriculum Innovation: Some Current Issues on Assessment of Students
Performance and Achievement. In Proceedings 3rd International Conference on
Measurement qnd Evaluation in Education (ICMEE) (pp. 1626). Penang:
University Science Of Malaysia.
Salmiah, J., Ramlah, H., Rahim, B. A., & Abdullah, M. (2012). Keperihatinan Guru
Dalam Perlaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah: Perubahan Dalam
Penilaian Pendidikan. Paper presented at the Prosiding Seminar Institusi
Pendidikan Tinggi.Pasir Gudang, Johor (Doctoral Dissertation, Universiti
Teknologi Malaysia).
Talib, R., Naim, H. A., Ali, N. S. M., & Hassan, M. A. M. (2014). School-Based
Assessment: A Study On Teachers Knowledge And Practices. In 5th
International Graduate Conference on Engineering, Humanities and Social
Science.
The EFA Global Monitoring Report Team. (2005). EFA Global Monitoring Report.
Yusof, N. M. (2013). School-Based Assessment: Transformation In Educational
Assessment In Malaysia. In School-based Assessment: Prospects and Realities in
Asian Contexts. (pp. 1-9). Subang Jaya: Cambridge Assessment.
Zamir, Z. F., & Faizli, A. A. (2013). Analisis Laporan TIMSS 2011 Dan Pencapaian
Malaysia. Retrieved October 21, 2015, from http://www.freemalaysiatoday.com/
category/nation/2013/01/29/analisis-laporan-timss-2011-dan-pencapaian-
malaysia/
Zulkpli, Z. (2013). Perbandingan bagi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
akan/sedang dijalankan di Malaysia bagi subjek Matematik dengan Negara Hong
Kong dan Carribean.

Maklumat lanjut, boleh hubungi:


Muhammad Sofwan Mahmud
Fakulti Pendidikan,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600, Bangi, Selangor, Malaysia

33

You might also like