You are on page 1of 19

ETNIK SEMSTER 2 15/16

Soalan 1 berdasarkan Pernyataan 1.


Pernyataan 1
Antara keunikan yang terdapat di Malaysia ialah kepelbagaian penduduknya yang
terdiri daripada berbilang etnik yang sering dirujuk sebagai masyarakat majmuk.

S1 Apakah makna konsep masyarakat majmuk?


A. Pelbagai organisasi kaum dan budaya dalam kalangan masyarakat
B. Dasar pembahagian masyarakat mengikut budaya dan kawasan petempatan
C. Pelbagai kaum, adat, bahasa dan agama yang terdapat di dalam sesebuah negara
D. Pelbagai warisan budaya yang diperturunkan daripada satu generasi kepada satu
generasi lain

S2 Mengapakah perpaduan di Malaysia masih dalam proses pembinaan?


A. Perpaduan sebagai sasaran pencapaian negara masih belum tercapai
B Perpaduan adalah slogan yang hanya dicita-citakan oleh pemimpin negara
C Perpaduan adalah gambaran yang Sempurna dan tidak boleh menjadi kenyataan
D Perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruh rakyat di mana anggota
masyarakat membentuk identiti, nilai dan cinta kepada negara

S3 Bagaimanakah kesepaduan sosial boleh dicapai di Malaysia?


A. Masyarakat sentiasa melakukan proses Seperti akomodasi, akulturasi, amalgamasi
dan asimilasi
B. Masyarakat Sering menyuarakan pelbagai isu untuk memperjuangan kepentingan
kelompok masing-masing
C. Masyarakat menyokong parti politik berasaskan kaum kerana ia dapat menjaga
kepentingan etnik masing-masing
D. Masyaraka menghantar anak ke sekolah berasaskan etnik masing-masing untuk
memperkukuhkan identiti etnik masing-masing
S4 Apakah maksud yang paling tepat tentang "Takrifan Autoriti "?
A. Realiti sosial yang dialami oleh orang ramai dalam kehidupan harian mereka
B. Realiti sosial yang ditakrifkan oleh agensi kerajaan, swasta dan masyarakat sivil
C. Realiti sosial yang ditakrifkan oleh pihak yang menjadi struktur Kuasa dominan
dalam negara
D. Realiti Sosial yang dialami oleh orang ramai dan pihak yang menjadi struktur
dominan dalam negara

Soalan 5 berdasarkan Pernyataan 2.


Pernyataan 2
Nasi yang dimakan diperoleh daripada pesawah Melayu. Padi dibawa ke kilang oleh
pemandu lori etnik India. Di kilang, padi diproses oleh pekerja etnik Melayu, Cina India
dan mungkin buruh imigran dari Indonesia Bangladesh dan Myanmar. Padi yang siap
diproses dibawa ke pasaraya dan dipunggah oleh etnik Iban, Kadazan dan Melayu.

S5 Apakah konsep yang menerangkan tentang situasi tersebut?


A. Takrifan harian
B. Hubungan etnik
C. Kesepaduan sosial
D. Hubungan yang saling bergantungan

S6 Mengapakah kategori ras berdasarkan Teori Kelas oleh COX (1948) boleh wujud
dalam kehidupan sosial?
A. Kategori ras wujud dalam kehidupan Sosial kerana kelas pemerintah mendukung
ideologi keSamarataan
B. Kategori ras wujud dalam kehidupan Sosial kerana kelas buruh Sering bertellingkah
di antara satu sama lain
C. Kategori ras wujud dalam kehidupan Sosial kerana dasar kapitalis kurang memberi
manfaat kepada orang kulit putih
D. Kategori ras wujud dalam kehidupan Sosial kerana masyarakat kapitalis mendukung
idea ketidaksamarataan antara satu sama lain
S7 Apakah ciri-ciri masyarakat plural yang diketengahkan oleh Furnivall (1948)?
A. Kehidupan masyarakat yang bercampur tetapi hakikatnya tidak bersatu
B. Kehidupan satu etnik yang mengamalkan kebudayaan, agama dan adat resam yang
berbeza
C. Kehidupan masyarakat yang dicirikan dengan persamaan matlamat perjuangan dan
wawasan
D. Interaksi sosial antara anggota masyarakat yang Wujud sangat meluas dan
menyeluruh

S8 Apakah konsep yang mengkategorikan kelompok manusia yang berkenaan?


A. Ras
B. Suku
C. Etnik
D. Bangsa

S9. Berikan maksud konsep etnosentrisme.


A Prinsip tentang sikap yang dihasilkan tanpa satu penyelidikan fakta yang sempurna
B Pandangan bahawa sesuatu kelompok itu merupakan titik rujukan kepada kelompok
lain
C Konsep mengenai suatu kelompok tertentu oleh orang ramai disebabkan ketiadaan
ilmu pengetahuan yang khusus
D Anggapan bahawa cara yang dilakukan oleh kumpulannya adalah terbaik manakala
fikiran orang lain mesti ditolak dan ditentang

S10 Apakah yang dapat ditakrifkan tentang konsep etnisiti?


A. Kewujudan satu kebudayaan atau Sub budaya yang tidak jelas
B. Satu perspektif terhadap kelompok lain melalui kaca mata etnik sendiri
C. Penyatuan anggotanya dengan satu sejarah, nilai, sikap dan tingkahlaku yang sama
D. Rasa bangga dan percaya bahawa budaya kaum Sendiri lebih baik berbanding
kelompok lain
S11 Apakah yang dimaksudkan dengan konsep akulturasi?
A. Satu proses hubungan yang bersifat pemisahan di antara kumpulan Sosial
B. Satu proses hubungan yang mempamerkan wujud peminjaman dan penerimaan
unsur kebudayaan dalam kalangan kumpulan sosial lain
C. Satu proses hubungan yang menunjukkan proses percantuman dan penyatuan
budaya serta akhirnya diserap oleh budaya dominan dalam kumpulan Sosial
D Satu proses hubungan yang memperlihatkan setiap kumpulan Sosial menyedari dan
mempertahankan budaya hidup masing-masing serta hidup secara harmoni

Soalan 12 berdasarkan Pernyataan 3.


Pernyataan 3
Satu proses menyatukan pelbagai kumpulan etnik dari segi biologi dan dalam proses
tersebut Semua entiti kebudayaan pelbagai kumpulan dicampuradukkan melalui
perkahwinan yang akhirnya mewujudkan satu bangsa baru.

S12 Terjemahkan pernyataan di atas mengikut formula integrasi.


A. A + B + C = A
B. A+B+C=D
C. A + B + C = A +B +C
D. Ai + B + C = Ai + Bi + Ci

S13 Manakah bukan menunjukkan bukti zaman Empayar Kesultanan Melayu Melaka
boleh dianggap sebagai puncak pluraliti di Alam Melayu sebelum penjajahan barat?
A. Setiap budaya kaum yang ada di Melaka mempunyai tempat masing-masing dalam
Kota multi-budaya.
B. Pemerintah Melaka mengutamakan penduduk peribumi di dalam pentadbiran istana
bagi mengawal kegiatan bangsa lain,
C. Perlembagaan Melaka berasaskan ajaran Islam menyumbang kepada kemakmuran
D. Melaka dan keharmonian rakyat pelbagai kaum Pedlagang asing dari Arab, China
dan India telah berasimilasi dengan penduduk empatan sehingga Wujud masyarakat
baru seperti Baba dan Nyonya.
S14 Apakah kesan yang timbul dalam perhubungan sosial di Tanah Melayu akibat
penjajahan British?
A. Pembezaan etnik berdasarkan bidang kerja dalam masyarakat wujud disebabkan
pengkhususan guna tenaga
B. Masyarakat terpisah mengikut kumpulan etnik berpunca daripada penindasan pihak
kapitalis British ke atas tenaga kerja
C. Pembezaan kepada kumpulan sosial dalam masyarakat bermula daripada
pembezaan kaedah pengeluaran dalam ekonomi
D. Persaingan di antara kumpulan etnik terjadi kerana tindakan untuk mengejar
keuntungan daripada perusahaan aktiviti ekonomi

S15 Apakah ciri-ciri masyarakat pluralistik baru?


A Kehidupan kumpulan etnik berasaskan set nilai, budaya dan politik yang dikongsi
bersama
B Pemerintah dan yang diperintah berlainan kumpulan etnik dan hidup dalam satu
suasana yang harmoni
C Kumpulan etnik yang berbeza tetapi mempunyai keinginan yang sama iaitu
keamanan dan kesejahteraan
D Pembentukan masyarakat berdasarkan kumpulan etnik yang berbeza dengan
di Satukan menerusi persamaan budaya

S16 Manakah strategi yang digunakan untuk mengurangkan dan membasmi


kemiskinan tanpa mengira kaum dalam Dasar Ekonomi Baru?
A. Memajukan negeri dan kawasan yang mundur
B Menambahkan bahagian rakyat Malaysia dalam pemilikan modal
C Menambahkan daya pengeluaran dan pendapatan melalui teknik moden dan
kemudahan yang lebih baik
D Mengimbangkan pemodenan kehidupan desa dan pertumbuhan kegiatan bandar
dengan meninggikan daya pengeluaran
S17 Apakah strategi Dasar Ekonomi Baru yang digunakan untuk menyusun semula
masyarakat.
A. Menambahkan daya pengeluaran menggunakan teknik moden
B. Mewujudkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera
C. Menyediakan perkhidmatan Sosial secara percuma dengan lebih meluas
D. Masa kemiskinan mutlak di samping mengurangkan kemiskinan relatif

S18 manakah insentif yang tidak disediakan oleh kerajaaan bagi mewujudkan
masyarakat perindustrian bumiputera?
A. memberi bantuan kewangan dan latihan kepada usahawan bumiputera
B. membantu masyarakat bumiputera menubuhkan perusahaan kecil dan serdahana
C. mesyediakan ruang dan usahasama diantara usahawan bumiputera dan bukan
bumiputera
D. membeli premis perniagaan milik bumiputera yang gagal dan menyewakan kepada
usahawan bumiputera

S19 manakah strategi penyelesaian masalah kemiskinan jangka panjang bagi


menjamin jurang perpaduan etnik di malaysia?
I. Mempertingkatkan taraf hidup dan kualiti hidup
II. Merapatkan jurang pendapatan diantara etnik
III. Memastikan pengagihan pendapatan sama rata
IV. menambah kan daya pengeluaran dan pendapatan

S20 bagaimanakah pembangunan yang seimbang dapat mewujudkan masyarakat yang


lebih bersatu dan adil?
S21 manakah bukan unsur-unsur tradisi yang dikekalkan di dalam perlembagaan
persekutuan?
A. persamaan hak melibatkan soal agama dan keistimewaan orang melayu
B. hak kebebasan bersuara kecuali kedudukan raja-raja, islam dan orang melayu
C. kedudukan agama islam, adat istiadat melayu, bumiputera sabah dan sarawak serta
kewarganegaraan
D. kuasa majlis raja-raja yang menghalang parlimen menyentuh kedudukan raja, orang
melayu, bahasa melayu dan islam

S22 Pihak British hanya melakukan rundingan dengan pihak Raja-Raja Melayu dan
UMNO sahaja di dalam merangka serta menyemak semula perlembagaan Malayan
Union.
Apakah alasan kukuh berkenaan tindakan British itu?
A. Malayan Union hanya mendapat sokongan oleh Raja-raja Melayu dan UMNO sahaja
B. Memujuk Raja-Raja Melayu dan UMNO agar menerima perubahan perlembagaan
yang dirancang oleh British
C. British sedar kepentingannya di Tanah Melayu tetap bergantung kepada sokongan
Raja-Raja Melayu dan UMNO
D. Memberi peluang kepada Raja-raja Melayu dan UMNO terlibat dalam penyemakan
semula perlembagaan Malayan Union

S23 Apakah elemen yang terkandung di dalam kontrak Sosial?


A Bahasa Melayu dimartabat sebagai bahasa kebangsaan
B Islam diangkat sebagai agama rasmi Wilayah Persekutuan
C Melayu menerima hakikat kedudukan istimewa orang bukan Melayu
D Hak kewarganegaraan merupakan satu kompromi orang bukan Melayu kepada
orang Melayu
Soalan 24 berdasarkan Jadual 1.

S24 Padankan perkara dalam Perlembagaan Persekutuan dengan peruntukannya.


O:X, P:Z dan Q:Y
O:Y, P:X dan Q:Z
OX, P:Y dan Q:Z
:. : dan Q:

S25 Perkara 152 dalam Perlembagaan Persekutuan telah memaktubkan bahawa


A kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa pertama
B kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan selepas Bahasa Inggeris
C kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa moden selaras dengan Bahasa Inggeris
D kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tanpa menafikan bahasa
bahasa etnik yang lain

S26 Apakah yang dimaksudkan dengan konsep Raja Berperlembagaan?


A. Yang di-Pertuan Agong mempunyai kedudukan tertinggi mengikut perlembagaan
B. Raja atau sultan tidak terlepas daripada penghakiman seperti yang termaktub
didalam perlembagaan
C. Kuasa dan institusi Yang di-Pertuan Agong, raja atau sultan diwujudkan,
dipertahankan dan didasarkan kepada perlembagaan
D. Raja Berperlembagaan adalah warisan sejarah Empayar Kesultanan Melayu Melaka
yang dipermodenkan menerusi perlembagaan
S27 Perkara 165 Perlembagaan Persekutuan telah memasukkan 20 peruntukan Sabah
dan Sarawak yang meliputi
I. tiada agama rasmi bagi negeri berkenaan
II. Bahasa Inggeris digunakan tanpa had masa
III. imigresen dikuasai kerajaan pusat tetapi pengawalan keluar masuk di bawah di
bawah kerajaan negeri
IV. bumiputera Sabah dan Sarawak mendapat hak istimewa sepertimana orang
Melayu di Semenanjung Tanah Melayu

A. I dan II
B. III dan IV
C. II, III, dan IV
D. I, II, III, IV

S28 apakah layanan istimewa yang diberikan kepada orang melayu dan kaum
bumiputera di sabah dan sarawak sepertimana yang diperuntukkan di dalam
perlembagaan persekutuan?
I. lesen Perniagaan dan perdagangan
II. Pemberian biasiswa dan bantuan pelajaran
III. kuota Pertentu untuk jawatan dalam perkhidmatan awam
IV. Jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri

A I dan II sahaja
B I, II dan III sahaja
C I, III dan IV sahaja
D Il III dan IV sahaja

S29 Berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan Malaysia 1963 keputusan untuk


menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan telah dipersetujui oleh
semula pihak amnya, atas beberapa sebab rasional yang munasabah Pilih pernyataan
yang paling tepat.
A. Bahasa Melayu adalah bahasa pemilik negeri ini
B. Bahasa Melayu sahaja yang mempunyai tulisan jawi dan rumi
C. Bahasa Melayu pada ketika itu mempunyai penutur yang lebih ramai berbanding
dengan penutur dalam Bahasa Tamil atau Mandarin
D. Bahasa Melayu mempunyai perbendaharaan kata yang lebih banyak daripada
bahasa-bahasa lain yang dituturkan oleh penduduk negara ini

S30 Malaysia sebagai sebuah negara majmuk dan pernah mengalam konflik maka
negara ini amat memerlukan Diskriminasi Perlindungan"?
istilah ini merujuk kepada
A. Insentif tunai kepada syarikat-syarikat bumiputera
B. pengecualian cukai terhadap syarikat-syarikat bumiputera
C. perlindungan undang-undang terhadap semua etnik di Malaysia
D. peruntukkan di dalam perlembagaan untuk kerajaan membantu masyarakat yang
masih ketinggalan di dalam ekonomi

S31 Apakah matlamat utama integrasi pembangunan politik?


A. mencapai persetujuan dan permuafakatan politik
B. mengeratkan hubungan pelbagai etnik di malaysia
C. mengurangkan perbezaan idologi, agama, keturunan, nilai dan cara hidup
D. membina dan menukuhkan semangan kesetian negara dalam kalangan rakyat tanpa
mengira bagsa, agama , bahasa serta budaya hidup

S32 Berikut merupakan faktor Yang mencetuskan ketegangan hubungan etnik kecuali
A. menolak peranan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan
B. Menentang kedudukan istimewa Melayu dalam perlembagaan
C. menyebarkan agama-agama lain dalam kalangan masyarakat Muslim
D. mengalakkan akulturasi budaya antara masyarakat yang pelbagai etnik
S33 Usaha untuk mencapai perpaduan antara kaum di Tanah Melayu telah dimulakan
sejak tahun 1949, British menegaskan bahawa kerjasama antara kaum mesti wujud jika
Tanah Melayu ingin mendapatkan kemerdekaan.
Namakan jawatankuasa terawal yang ditubuhkan untuk menjayakan hasra berkenaan
A. Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)
B. Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC)
C. Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM)
D. Jawatankuasa Perunding Perpaduan Antara Kaum (JPPK)

S34 Apakah parti politik terawal yang ditubuhkan di Sabah pada tahun 1961
A. Sabah National Party (SNAP)
B. Borneo Utara National Party (BUNAP)
C. United National Kadazan Organisation (UNKO)
D. United Pasok Momogun Kadazan organisation (UPKO)

S35 Apakah kandungan Yang tersenarai di dalam Kontrak sosial?


I. semua etnik bebas memiliki tanah dan lesen perniagaan
II. bukan Melayu diberikan hak kewarganegaraan berasaskan prinsip jus soli
III. Hak orang Melayu dikekalkan dalam perlembagaan mengenai agama Islam,
Bahasa Melayu serta kedudukan Raja-Raja Melayu
IV. Bukan Melayu juga boleh menjawat jawatan menteri besar di semua negeri di
Malaysia asalkan mereka terpilih sebagai wakil rakyat dalam pilihanraya

A. I dan II
B. II dan III
C. Idan IV
D. III dan IV
S36 Mengapakah manusia perlu beragama?
A. Sebagai alat dalam berpolitik
B. Sebagai faktor kemegahan yang mempercayai ada kuasa melindungi
C. Sebagai faktor kebanggaan untuk menunjukkan agama mana yang lebih hebat
D. Sebagai panduan dan pegangan nilai kehidupan bagi membezakan antara yang baik
dengan yang buruk

S37 Manakah berikut adalah yang tidak menunjukkan usaha untuk mencapai titik
pertemuan antara agama'?
A. Ahli persatuan Konfusius membantu mangsa ribut pelbagai agama
B. Bazar Ramadhan meriah dikunjungi oleh penganut pelbagai agama
C. Sambutan Thaipusam tidak dibenarkan diraikan secara terbuka di Batu Caves
D. Penganut pelbagai agama meraikan perayaan agama lain dengan saling kunjung
mengunjung rumah terbuka semasa perayaan

S38 Apakah ciri-ciri ajaran agama Islam yang perlu diamalkan oleh Para penganutnya?
I Mementingkan musyawarah
II Mementingkan halal dan haram
III Mementingkan ilmu pengetahuan
IV Mengamalkan sistem ekonomi tanpa keuntungan faedah

A. I dan II
B. I, II dan III
C I, III dan IV
B I, II, III dan IV

S39 apakah kaedah relevan bagi mengatasi masa masalah konflik agama dalam
negara yang mempunyai kepelbagaian kepercayaan dan pegangan?
I. Dialog antara agama
II. Menggalakkan ekstremisme dalam agama
III. Mengharmonikan hubungan antara komuniti agama
IV. Saling menghormati antara satu sama lain yang berbeza agama

A. I dan II
B. I, II dan III
C. I, III dan IV
D. I, II ,III dan IV

S40 Apakah isu sensitif yang perlu dielakkan oleh rakyat Malaysia supaya dapat hidup
dengan harmoni?
I. Mempertikaikan bunyi azan yang berkumandang
II. Menuntut agar penganut Islam bebas bertukar agama
III. Mempersoalkan kebebasan umat Islam meraikan sambutan Aidil Fitri
IV. Percubaan menghapuskan Perkara 153 dalam Perlembagaan Persekutuan

A. I dan II
B. I, II dan III
C. I, III dan IV
D. I, II ,III dan IV

S41 Apakah yang dimaksudkan dengan segregasi?


A. Proses sosial yang menyebabkan individu atau kumpulan dipisahkan dengan
individu dan kumpulan yang lain
B. Proses apabila kumpulan minoriti kehilangan identiti kumpulannya dan diserap oleh
kumpulan dominan dari segi kebudayaan serta sosial
C. Proses apabila kumpulan minoriti kehilangan identiti dan kumpulannya serta diserap
oleh kumpulan dominan dari segi kebudayaan dan sosial
D. Satu proses apabila ahli sesuatu kumpulan atau kategori dalam masyarakat yang
dinafikan hak untuk mendapat layanan yang saksama dari segi undang-undang
S42. Apakah agensi yang bertanggungjawab dalam mengatasi masalah hubungan
etnik?
A. Jabatan Penyiaran Persekutuan
B. Kementerian Kerajaan Tempatan
C. Jabatan Pembangunan Luar Bandar
D Jabatan Perpaduan dan integrasi Nasional

S43 Bilakah konsep Gagasan 1Malaysia diperkenalkan?


A. 2 Mei 2010
B. 2 Mac2008
C. 2 April 2009
D. 2 Februari 2009

S44 Bagaimanakah integrasi dapat dibina dalam kalangan rakyat Malaysia?


A. Rakyat pelbagai etnik menerapkan unsur segregasi
B. Rakyat pelbagai etnik mengamalkan budaya masing-masing
C. Rakyat pelbagai etnik menerapkan unsur akomodasi sehingga asimilasi
D. Rakyat pelbagai etnik saling horma menghormatiantara satu sama lain

S45 Bagaimanakah konsep perpaduan dan integrasi dapat diaplikasikan menerusi


bidang keselamatan?
I. Mengawal penubuhan persatuan
II. Menenteramkan keadaan setelah berlaku konflik
III. Menguatkuasakan sekatan undang-undang ke atas kebebasan bercakap perkara
yang sensitif
IV. Menguatkuasakan peruntukan Akta Hasutan dan kawalan undang-undang
melalui undang-undang yang berkaitan

A. I,II dan III


B. I, III dan IV
C. II, III dan IV
D. I, II ,III dan IV

S46 Mengapakah peraturan Rukun Tetangga dipinda pada tahun 2000?


A. Memupuk semangat kejiranan masyarakat setempat
B. Untuk mengawal keselamatan di kawasan kediaman
C. Membangunkan masyarakat secara menyeluruh ke arah mewujudkan perpaduan
Nasional
D.Mempelbagaikan lagi peranan Rukun Tetangga dalam membangunkan masyarakat
Setempat

S47 Manakah bukan peranan Badan Bukan Kerajaan (Non Goverment Organization)
dalam konteks hubungan etnik?
A. Menaja aktiviti yang memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik
B. Membantu kerajaan memperbaiki kualiti kehidupan masyarakat tanpa mengira batas
etnik
C. Merangka dasar dalam bidang sosioekonomi yang menjurus kepada perpaduan dan
keharmornian pelbagai etnik
D. Mengadakan dialog dan seminar dalam usaha memaham permasalahan serta
penyelesaian yang berkaitan dengan etnik

S48 Mengapakah proses mewujudkan masyarakat berintegrasi sukar dicapai dalam


waktu yang singkat?
A. Kepelbagaian etnik dari latar belakang yang berbeza melambatkan lagi proses
integrasi
B. Strategi yang digariskan oleh kerajaan tidak memberikesan ke atas usaha memupuk
integrasi nasional
C. Kurangnya usaha daripada masyarakat untuk merealisasikan negara Malaysia yang
unggul pada tahun 2020
D. Integrasi merupakan proses yang kompleks dan perlu melalui pelbagai tahap dari
segregasi kepada bentuk hubungan sebati iaitu amalgamasi
S49 Apakan cabaran bagi proses mewujudkan hubungan etnik?
I. Prasangka
II. Pendapatan
III. Pengangguran
IV. Kenaikan kos hidup

A. I sahaja
B. I dan II sahaja
C. I, II dan III sahaja
D. I, II, III dan IV

S50 Laporan Razak 1956 mengusulkan cadangan-cadangan berikut kecuali


A. Pendidikan dengan menggunakan Bahasa Melayu ke menengah dan universiti
B Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah dan Sekolah menengah
C Penggunaan sukatan pelajaran, sistem peperiksaan, latihan perguruan dan sistem
nazir yang sama
D pembentukan Pendidikan vernakular dipertahankan kerana menyumbang ke arah
pembetukan bangsa Tanah Melayu yang bersatu dan menggalakkan kesedaran
kebangsaan

Soalan 51 berdasarkan Pernyataan 4.


Pernyataan 4
Walaupun kedudukan istimewa Melayu melalui pendidikan telah termaktub dalam
perlembagaan, namun pelbagai sikap akomodatif antara Melayu dan bukan Melayu
dipupuk dalam usaha memantapkan hubungan etnik di Malaysia

S51 Manakah berikut bukan usaha yang berkaitan dengan pernyataan 4 di atas?
A. Peruntukan tahunan dan bantuan penuh kerajaan kepada sekolah-sekolah jenis
kebangsaan
B. Kemasukan ke universiti awam melalui sistem kuota telah ditukarkan kepada sistem
meritokrasi
C. Biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi dalam dan luar
negara dibuka kepada semua etnik yang layak
D. Kerajaan membenarkan orang bukan Melayu memasuk MRSM dan kolej matrikulasi
dengan kuota 10 peratus walaupun kedua-dua institusi pendidikan itu dikhususkan
untuk orang Melayu

S52 manakah susunan yang tepat terhadap perkembangan kedududkan untuk


menambah baik sistem pendidikan negara?
A. Jawatan kuasa car saunders=> Jawatankuasa Cheeseman => Laporan Fen-Wu
B. Jawatankuasa hubungan antara kaum=> Laporan Cheeseman => Laporan Razak
C. Laporan Fen-Wu => jawatankuasa Antara Kaum => Jawatankuasa Cheeman
D. Jawatankuasa Cheeseman=> Jawatan kuasa car saunders=> Jawatankuasa
hubungan antara kaum

S53 apakah usaha yang perlu dilakukan oleh masyarakat semasa mengadakan rumah
terbuka di musim perayaan bagi mewujudkan keharmonian hubungan etnik?
A. menghiasi rumah supaya kelihatan indah dan bersih
B. memberi angpau kepada tetamu yang berkunjung ke rumah
C. Menggalakkan tetamu supaya berpakaian mengikut tradisi masing-masing
D. Menghidangkan juadah yang tidak menghalang untuk dimakan oleh sesuatu etnik

Soalan 54 dan 55 berdasarkan kepada Pernyataan 5.


Pernyataan 5
Bebas daripada pemantauan kerajaan British
Menyediakan pengajaran di peringkat rendah dan menengah
Pelajar cemerlang diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran ke Indonesia,
India dan Mesir

S54 Apakah jenis sekolah di atas ?


A. Sekolah dewasa
B. Sekolah Vernakular
C. Sekolah agama rakyat
D. Sekolah kebangsaan rakyat

S55 Manakah yang benar tentang Peryataan 5 di atas


A. Dibiayai oleh individu tertentu
B. Didirikan di lokasi ladang estet
C.Lepasan sekolah diterima berkhidmat dengan British
D. Tumpuan lebih kepada perkara asas seperti membaca, mengira dan menulis

S56 mengapakah kerajaan giat menekankan element perpaduan dalam kalangan


rakyat malaysia?
A. untuk menjamin keharmonian negara
B. rakyat malaysia mempunyai hak yang sama rata
C. rakyat malaysia bersatu hati untuk mencapai matlamat yang sama
D. rakyat malaysia mempunyai harapan yang sama untuk hidup aman dan harmoni

S57 apakah keunikan yang dapat dilihat apabila semua etnik di malaysia mampu
menyanyikan lagu jalur gemilang, malaysia maju dan wawasan 2020?
A. Rakyat malaysia mempunyai bakat menyanyi
B. Rakyat malaysia memaham suara hati pemimpin
C. Rakyat malaysia bersatu hati untuk mencapai matlamat yang sama
D. Rakyat malaysia mempunyai harapan yang sama untuk hidup aman dan harmoni

S58 Apakah kesimpulan yang dapat dibuat apabila Ah Meng, Samy dan Johan
mempunyai pengalaman harian yang sama sebagai mahasiswa UTHM iaitu berkongsi
bas di kampus, menggunakan perkhidmatan ATM Muamalat dan menonton wayang di
BP Mall?
I. Perpaduan memberi manfaat
II. Kemudahan perlu dikongsi bersama
III. Negara kita tanggungjawab bersama
IV. Kepelbagaian pelengkap keharmonian
A. I dan II sahaja
B. I dan IV sahaja
C. II dan III sahaja
D. II dan IV sahaja

S59 Bagaimanakah Kafeteria Tun Fatimah berperanan dalam membantu mewujudkan


kesepaduan etnik di UTHM?
A. Makanan yang dijual boleh dinikmati oleh semua etnik
B. Kafeteria menjual makanan ruji Setiap etnik di Malaysia
C. Makanan yang dijual hanya boleh dinikmati oleh etnik tertentu sahaja
D. Kafeteria menjual makanan tanpa mengambil kira Sensitiviti sesetengah agama

S60 Apakah antara mesej yang cuba disampaikan melalui kepelbagaian watak dalam
setiap episod kartun upin dan ipin?
A. Malaysia mempunyai pelbagai etnik
B. Pengalaman harian menggalakkan perpaduan etnik
C. Prejudis dan diskriminasi perlu dielakkan dalam kalangan kanak-kanak
D. Hormat-menghormati dan bertolak ansur penting untuk menjamin hidup yang
harmoni

You might also like