You are on page 1of 12

1.

0 PENGENALAN ASAS KOMPUTER


1.1 Apa itu komputer ?
Perkataan KOMPUTER berasal daripada bahasa Latin iaitu ‘Computare‘ yang
member maksud pengiraan. Di dalam bahasa inggeris disebut To Compute.
Komputer diterjemahkan sebagai sekumpulan peralatan elektronik yang
berhubung kait dan bekerjasama. Komputer menerima maklumat atau Data
(Input), memproses maklumat (Proses) serta mengeluarkan maklumat yang
siap diproses (Output) dan menyimpan maklumat didalam memori (Storan).
Oleh yang demikian dapat kita simpulkan komputer terbahagi kepada 4 bahagian
yang penting bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna seperti
gambarajah dibawah:

CPU
Pemprosessan
Control Unit
INPUT ALU OUTPUT
DEVICE DEVICE

ROM
RAM

Memori
1.2 Input Device
Adalah peranti-peranti yang digunakan untuk memasukan maklumat atau data
kedalam komputer seperti: Keyboard, Mouse, joystick dan lain-lain.

1.3 Prosesor
Bahagian Utama komputer yang mengendalikan seluruh aktiviti didalam
komputer itu sendiri, ia melibatkan 2 bahagian utama iaitu:
 Unit Pemprosesan Pusat (CPU) – Merupakan komponen utama didalam
Pemprosessan yang mengawal semua peringkat yang dipasang pada
komputer, daripada Input device sehingga ke output device.
 Arithmetic Logic Unit (ALU) – merupakan sebahagian daripada
prosesor yang dikhususkan untuk memproses data arithmetic
(penambahan, penolakkan dll) serta data berbentuk logic (perbandingan).

1.4 Memori
Adalah media penyimpan data didalam komputer. Memori ini terbahagi kepada 2
bahagian iaitu :
 Read Only Memory (ROM) – ingatan yang hanya boleh dibaca sahaja,
tidak dapat diubah dan dipadam. ROM pada masa ini telah dikembangkan
kepada pelbagai peringkat contohnya:
a) PROM (Programable ROM) – ROM yang boleh diprogramkan
semula tetapi hanya sekali sahaja perubahan yang dibuat.
b) RPROM (Re-Programable ROM) – hasil daripada naik taraf versi
PROM dimana perubahan dapat dilakukan berulangkali mengikut
keperluan semasa.
c) EPROM (Erasable Program ROM) – merupakan ROM yang dapat
kita hapuskan dan diprogram kembali dengan menggunakan sinar
Ultraviolet.
d) EEPROM (Electrically Erasable Program ROM) – jenis yang
paling banyak digunakan buat masa ini dimana kita dapat
mengubah, menghapus program ROM dengan menggunakan
teknik arus elektrik.

 Random Access Memory (RAM) – berfungsi untuk menyimpan program


yang kita proses untuk sementara waktu (Power On) jika komputer
dimatikan seluruh data yang tersimpan didalam RAM ini akan terpadam
dan hilang. Tujuan RAM ini adalah bagi membolahkan Komputer
melakukan kerja-kerja pemprosessan data dengan cepat dan berkesan.

1.5 Output Device


Hasil daripada data mentah yang input, diproses dan disimpan data yang siap
diproses akan boleh dikeluarkan dalam bentuk kertas (pencetak), monitor
(softcopy), suara (speaker) dan lain-lain bergantuk kepada proses yang
dilakukan serta mengikut keperluan.
2.0 PC CASE DAN BEKALAN KUASA (POWER SUPPLY)
2.1 PC-CASE
Terdapat pelbagai jenis casing komputer dipasaran sekarang.Tetapi yang perlu
menjadi rujukan kita bukan sekadar kecantikan luaran sahaja, tetapi jenis
bekalan kuasa yang digunakan ,jenis casing dan struktur dalaman juga perlu
dipertimbangkan. Walaubagaimana pun ia bergantung kepada pengguna yang
menentukan objektif penggunaan komputer tersebut, samada untuk kegunaan
persendirian, server dan sebagainya. Ruang kemudahan untuk membaik pulih
dan menambah akesesori juga perlu diberikan perhatian. Casing Unit ini juga
disebut sabagai System Unit dimana menjadi tempat semua peralatan komputer.

Tahukan anda?
Mengapa pengaliran udara penting didalam sesebuah komputer? Selain itu jika anda
ingin menggunakan Athlon/AMD, anda perlu memastikan pengaliran udara didalam
case komputer tersebut adalah baik. Athlon mengeluarkan haba yang lebih tinggi
berbanding CPU keluaran Intel. Sebagai contoh jika anda menggunakan Atlon
(Thunderbird core) 1GHz, ia perlu berada diparas 90℃ dan kebawah. Bagaimanapun
90℃ ini adalah nilai maksimum. Oleh itu adalah lebih baik untuk memastikan suhu
didalam case computer anda diparas 60℃. Apabila suhu didalam komputer
meningkat, perjalanan komputer anda tidak dapat bergerak dengan lancar. Ini adalah
disebabkan oleh dua faktor. Faktor pertama bagi sesuatu pendawaian, peningkatan
haba bererti peningkatan rintangan terhadap arus elektrik yang membawa maklumat.
Kedua musuh utama bagi bahan-bahan semikonduktor adalah suhu yang tinggi. Pada
suhu yang tinggi, chip semikonduktor tersebut akan mengalami perubahan 'band-gap'
yang akan mempengaruhi pergerakan 'carrier' didalamnya.

Jenis-jenis komputer casing yang terdapat dipasaran sekarang ini

Desktop Komputer

Mini Tower Middle Tower Full Tower


2.2 Power Supply Unit (Bekalan Kuasa)

Bekalan kuasa DC diperlukan oleh komputer bagi menukarkan bekalan voltan


AC230v,50Hz ke voltan DC. Kebiasaanya ia memerlukan antara 5VDC bagi
papan induk (motherboard), kad penyesuai, pemacu cakera serta litar logik,
manakala 12vDC untuk peruntukan kepada Monitor dan lain-lain. Kesemua
komponen-komponen yang dipasang di papan induk seperti CD-ROM / DVD
ROM, floppy drive dan cakera keras (Hard disk) mendapatkan kuasa melulai
kabel-kabel berwarna yang terdapat dikotak bekalan kuasa tersebut.
3.0 PAPAN LITAR UTAMA (MAINBOARD)
Ia merupakan komponen yang paling utama dan penting didalam sesebuah
komputer, ia juga adalah nadi kepada akitiviti komputer yang terletak dibahagian
chasis unit sistem. Papan litar utama ini diperbuat daripada kepingan serat kaca
(Fiber glass) yang kebiasaannya berwarna hijau, diatas papan litar utama ini
dipenuhi dengan komponen-komponen elektronik yang telah disusun mengikut
fungsi dan keperluan bagi menjalankan akitiviti sesebuah komputer, antara
komponen-komponen elektronik yang terdapat diatasnya ialah: cip(IC), resistor,
kapasitor, diod, LED, Transistor dan lain-lain.

Bahagian utama didalam papan litar utama terdiri daripada Unit Pemprosesan
Pusat (CPU), BIOS, Memori, antaramuka storan, Serial dan Parallel port, slot-
slot tambahan (Expansion Slot) dan pelbagai pengawal (Controller) yang
diperlukan bagi mengawal peranti utama seperti monitor, papan kekunci,
pemacu, pencetak dan sebagainya. Semua komponen komputer tadi perlu
disambungkan ke papan litar utama dan aliran data oleh setiap komponen akan
dikawal oleh papan litar utama. Papan litar utama ini juga berbeza-beza dari segi
saiz dan rekabentuk. Kebanyakan papan litar utama pada masa kini
mengandungi komponen-komponen asas berikut:

a) Soket/Slot Processor
b) CPU Voltage Regulator
c) Chip Set
d) BIOS
e) Super I/O chip
f) Soket SIMM / DIMM
g) Slot Bus
h) Bateri

3.1 Saiz Papan Litar Utama (Mainboard)


ATX mainboard adalah saiz yang telah di selaraskan(standard) oleh intel pada
tahun 1995. Di atas ATX mainboard, minimumnya akan terdapat PS/2 soket
untuk mouse dan keyboard, USB, serial dan parallel port. Selain itu kedudukan
setiap jenis slot dan soket juga telah ditetapkan.
3.2 Slot / Soket
Gambar dan jadual dibawah menunjukkan jenis soket dan slot yang perlu
digunakan mengikut jenis CPU.

Soket 7

Slot / Soket Jenis CPU

socket 370 Pentium III (FC-PGA), Celeron (PPGA), Cyrix III


K6-II(CPGA), K6-III(CPGA)
socket 7 Cyrix MII, Cyrix 6x86MX,
WinChip2, WinChip C6
Slot 1 Pentium II(SECC), Pentium III
Slot 2 Pentium II Xeon, Pentium III Xeon
Slot A Atlon(card-module), Duron
Soket A Athlon(PGA), Duron (PGA)
423 pin Socket Pentium 4

IDE Soket (Integrated Drive Electronics)


Kebiasaannya terdapat sekurang-kurangnya dua IDE soket pada mainboard iaitu
Primary IDE yang disambungkan kepada Cakera Keras (Hard disk) dan
Secondary IDE yang disambungkan kepada pemacu CD-ROM. Ia mempunyai 40
pin sambungan. Pada amnya setiap satu soket membenarkan penyambung 2
cakera keras (Hark Disk) bergantung kepada jenis kabel penyambungan yang
digunakan atau empat cakera keras bagi dua soket tersebut. IDE adalah
sebahagian daripada pemacu (drive) dan ianya memerlukan satu sambungan
yang mudah didalam komputer. Versi terbaru ialah EIDE (Enhanced Intergrated
Drive Electronic), mampun menyokong harddrive denga kapasiti sehingga 8.4
gigabyte (IDE-528 megabyte) dan sehingga empat drive berbanding 2 pemacu
pada IDE.
Slot IDE
Bateri

Slot Memori Slot FDD

AGP Bus Slot

Palam Kuasa

Kipas (Fan)

Slot PCI
Soket CPU

Slot FDD (Floppy Disk Drive)


Slot ini digunakan untuk menyambungkan cakera liut. Ia juga boleh
disambungkan kepada 2 cakera liut bergantung kepada jenis kabel penyambung
yang digunakan, dimana pemasangan 2 cakera liut menghasilkan pemacu A dan
pemacu B.

3.3 Talian Bus


Bus merupakan laluan elektrik didalam sistem komputer yang membawa atau
memindahkan maklumat antara komponen-komponen komputer. Jumlah data
atau maklumat yang dihantar bergantung kepada lebar bus tersebut. Setiap
talian bus mempunyai clock speed yang diuku didalam unit megahertz (MHZ).
Terdapat dua jenis bus yang utama iaitu:

 Bus Data - digunakan untuk memindahkan data atau maklumat sahaja


 Bus Alamat - Memindahkan alamat ke tempat penghantaran data
AGP (Accelerated Graphics Port) bus diperkenalkan oleh intel pada
tahun1998. AGP bus adalah untuk kegunaan video card. Terdapat dua jenis
AGP bus iaitu 2x dan 4x. Kelajuan penghantaran data menggunakan AGP
adalah 233MB/sec pada frequency 66MHz. Oleh itu AGP 2x dapat menghantar
data pada kadar 533MB/sec dan AGP 4x pada kadar 1066MB/sec.

PCI (Peripheral Compenant Interconnect) bus adalah expansion slot yang


paling biasa digunakan kini. Frekuensi PCI bus 32bit adalah 33MHz, hampir
separuh kelajuan AGP.Tetapi seiring dengan kelajuan devices lain seperti CD-
R/RW, DVD dan sebagainya, PCI-X telah diperkenalkan pada 1999 dengan
frekuensi 133MHz dan penghantaran data sebanyak 1GB/sec.

AMR (Audio/Modem Riser) adalah slot standard yang telah dikeluarkan oleh
Intel, dengan matlamat untuk menggunakan ruang diatas motherboard dengan
lebih effektif AMR adalah khusus untuk analog data dan digunakan khas untuk
modem atau sound card.

ISA (Industrial Standard Architecture) bus hanya 8bit semasa diperkenalkan,


bagi kegunaan CPU 80286 ia telah ditingkatkan kepada 16bit, bagaimana pun
dengan wujudnya 3D graphics, PCI bus telah diperkenalkan. ISA bus juga
dikenali sebagai AT bus.

Bus USB (Universal Serial Bus) – telah diperkenalkan mulai November 1994, hasil
usaha sama Compaq, Intel, Microsoft dan National Semiconductor. Ia mampu
menyambungkan 64 peralatan seperti scanner, printer, etc secara sesiri. Pada masa ini
kebanyakkan komputer masih menggunakan USB 1.1, tetapi mulai penghujung 2001
USB 2.0 akan diperkenalkan dengan kelajuan hampir 40 kali ganda dari pada USB 1.1,
dengan kelajuan 480Mbps.

USB merupakan kabel bersiri yang menampung pertukaran data diantara


komputer dan ruang yang luas secara serentak. USB membenarkan peripheral
beroperasi semasa komputer sedang berfungsi.
3.4 Soket Luaran (Port)
Port merupakan soket luaran yang membolehkan sistem unit sesebuah
komponen menerima sambungan dari papan litar tambahan. Ia juga merupakan
laluan yang disambungkan pada kabel untuk peranti seperti Monitor, Pencetak,
Keyboard dan lain-lain. Terdapat 2 jenis port utama:

I. Port Bersiri (serial port)


Serial port terdapat dalam 2 saiz iaitu DB-9 dan DB-25. Ia mempunyai 10
pin blok setiap satu. DB-9 selalunya digunakan untuk menyambungkan
tetikus dan papan kekunki kepada komputer. Port DB-25 selulunya
berhubung dengan komunikasi komputer dengan komputer seperti
external modem. Setiap port dikenali dengan nombor COM1 dan COM2.

II. Port Selari (parallel port)


Merupakan port input/output. Port ini merupakan port bagi “Printer”. Ia
membolehkan komunikasi dua hala diantara peripheral dan komputer.
Port Selari dikenali dengan nombor-nombor seperti berikut 1 pt 1, 1 pt
2dan lain-lain. Ia mempunyai 26 pin block.

Contoh port-port lain yang terdapat pada mainboard komputer adalah:


 Port Video Adapter (VGA Port) – menghubungkan monitor dengan
mainboard.
 SCSI Port – menindahkan data dengan berkelajuan pantas.
 Port Permainan – untuk kegunaan peralatan permainan
 Port Infrared – menggunakan frekunsi gelombang radio bagi
memindahkan Data.

3.5 Jenis Connector

AT Connector digunakan untuk sambungan keyboard keatas PC/AT


motherboard. Tetapi kebanyakkan komputer yang terdapat dipasaran hari ini
menggunakan connector jenis PS/2 dan juga USB. AT connector
mempunyai 5 pin.

PS/2 Connector digunakkan untuk sambungan keyboard, mouse, digital


kamera dan beberapa peralatan lain. Gambar yang ditunjukkan disebelah
adalah gambar connector untuk motherboard jenis lama. Bagi
menggelakkan sebarang kesilapan sambungan, motherboard yang terdapat
dipasaran sekarang menggunakan warna ungu untuk sambungan ke
keyboard dan hijau untuk sambungan ke mouse.
IEEE 1394 telah diperkenalkan oleh Apple dengan code name Firewire.

CHIP SET
Chip set adalah yang paling utama diatas mainboard. Sesuai atau tidaknya CPU,
memory dan beberapa kompenan utama yang anda gunakan bergantung kepada jenis
chip set yang anda gunakan.

3.6 SERIAL ADVANCED TECHNOLOGY ATTACHMENT (SATA)


Kebanyakan papan induk dilengkapi dengan satu lagi slot yang sama fungsinya
dengan port IDE tetapi berbeza dari segi kelajuan penghantaran datanya yang
dikenali sebagai Serial ATA (SATA) technology

Serial ATA (Serial Advanced Technology Attachment) adalah bus komputer yang
dibina untuk penghantaran data diantara komputer dengan peranti simpanan
iaitu pemacu hard disk dan CD-ROM. Peranti SATA dan adapter berkomunikasi
menggunakan kabel bersiri (serial cable) berkelajuan tinggi. Kebaikkan SATA
berbanding IDE atau PATA ialah keupayaan SATA untuk menghantar data
dengan pantas, boleh membuang dan menambah dan semasa komputer
beroperasi (hot swapping), kabel yang kecil membolehkan air cooling bekerja
lebih efektif, operasi lebih berkesan dengan pemeriksaan data intergriti yang
lebih ketat. Jenis-jenis SATA yang terdapat kini, antaranya ialah:
 SATA 1.5 Gb/s
 SATA 3.0 Gb/s
 SATA 6.0 Gb/s
Port SATA yang terdapat di mainboard

3.7 Kabel SATA


Penyambung dan kabel SATA dan Parellel ATA amat berbeza. Penyambung dan
kabel SATA mudah disambungkan ke dalam ruang tertutup dan mengurangkan
pendedahan terhadap air cooling. System SATA menggunakan kaedah differential
signaling bagi mengelakkan bunyi bising (noise) dibuang daripada isyarat data pada
penerima. Kadar penolakan bunyi bising yang tinggi membolehkan sistem SATA hanya
menggunakan 500 mV ptp untuk membawa isyarat pada kelajuan tinggi tanpa
gangguan.

You might also like