You are on page 1of 3

TEKS UCAPAN PERASMIAN PENUTUPAN

Alhamdulillah, bersyukur kita ke Hadrat Illahi kerana dengan limpah dan berkat-Nya,

kita dapat bersua dalam majlis yang cukup gemilang ini. Setinggi-tinggi kesyukuran

dipanjatkan kepada-Nya kerana telah memberi nafas kepada kita bagi menjayakan

Program Karnival Meriahnya Kolej Aminuddin Baki yang bertemakan Dare to Satisfy

Your Needs and Wants. Sekalung tahniah diucapkan kepada badan pelaksana

Karnival yang terdiri daripada barisan pimpinan kolej Aminuddin Baki yang telah bersatu

hati dalam menggerakkan aktiviti karnival sepanjang hujung minggu ini. Tahniah juga

diucapkan kepada pihak pengurusan Kolej Aminuddin Baki dan penghuninya yang turut

sama membantu dalam melancarkan perjalanan karnival di samping memberi

semangat, sokongan dan panduan dalam melaksanakan Program yang saya kira amat

berat tanggungjawabnya namun kiranya diganding bersama usaha itu, akan mudahlah

beban yang digalas bersama.

Sidang hadirin sekalian.

Sepanjang minggu ini, pihak pelaksana Karnival telah berjaya menganjurkan pelbagai

aktiviti yang mendapat sambutan yang cukup menggalakkan dan pasti memberikan

pelbagai manfaat kepada peserta. Amnya, program sebegini rupa dapat memberikan

pelbagai faedah dan kebaikan kepada pelaksana dan kepada peserta yang terlibat.

Karnival Meriahnya KAB menyasarkan pelbagai matlamant dan visi antaranya

meningkatkan kemahiran berkomunikasi, perkembangan kemahiran insaniah,

pengukuhan ukhwah dan sebagai gelanggang muhibbah mahasiswa dan mahasiswi

Universiti Pendidikan Sultan Idris untuk terus ke puncak jaya.


Harapan saya dalam pelaksanakan Program Karnival yang dilangsungkan ini adalah

supaya para mahasiwa dapat mengambil iktibar daripada segala aktiviti yang telah

dilaksanakan. Wujudkan nilai dan pengajaran yang terbai sebagai muhasabah diri dan

jadikan segala permasalahan yang berlaku itu sebagai sempadan yang harus kita ambil

kira.

Sidang hadirin sekalian.

Sepanjang perjalanan Karnival juga ada menyediakan pelbagai jenis aktiviti

terutamanya aktivit jualan yang berlangsung mulai daripada hari Khamis sehingga hari

ini. Aktiviti berikut merupakan sebuah medium khusus untuk para mahasiswa bagi

mengembangkan potensi keusahawanan dalam diri di samping meningkatkan kualiti

komunikasi dengan pihak luar kolej. Ambilah peluang ini sepenuhnya dan mafaatkanlah

ia, kerana praktikal dan ilmu keusahawanan ini sukar untuk diperolehi di dalam bilik

kuliah. Namun, kepentingan teori yang digarap di bilik kuliah itu seharusnya

diaplikasikan dalam kehidupan sebenar contohnya sewaktu melibatkan diri dengan

aktiviti karnival ini.

Jelasnya, Program ini haruslah diteruskan dalam mewujudkan ruang dan peluang untuk

mahasiswa mengembangkan potensi diri seterusnya dapat meningkatkan kualiti

kepimpinan dalam kalangan mahasiwa Universiti Pendidikan sultan Idris.

Sidang hadirin sekalian.


Akhir kalam, dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya merasmikan Majlis

Penutupan Karnival Meriahnya Kolej Aminuddin Baki bagi tahun 2012. Sekian.

You might also like