You are on page 1of 11

Berderap seiring berjalan pulang,

Mawar disisip hiasan si dara,


Remaja kini berperibadi cemerlang,
Menjadi tunjang aspirasi negara.

Pantun di atas menerangkan bagaimana seorang pelajar yang cemerlang dapat

memberikan kebaikan kepada negara. Hal ini demikian kerana pelajar cemerlang mampu

merealisasikan aspirasi negara dan seterusnya bakal menerajui tampuk pemerintahan

negara. Sehubungan dengan itu, setiap pelajar perlu mengambil inisiatif untuk menjadi

pelajar yang cemerlang, bak kata peribahasa, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan

dapat sagunya. Bagi menjadi pelajar yang cemerlang, pelbagai kriteria yang positif perlu

dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka.

Selain itu, saya menguruskan masa dengan bijak dan baik. Saya akan menyediakan

jadual waktu belajar dan saya akan mengikutinya dengan tegas sekiranya saya ingin

mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Hal ini demikian kerana berdasarkan satu

kajian, jadual waktu belajar dapat membantu para pelajar menguruskan masa secara

berkesan supaya mereka akan mempunyai masa yang mencukupi untuk mengulang kaji

pelajaran dengan lebih menyeluruh dan bersiap sedia untuk menghadapi peperiksaan.

Malah, jika saya mengikut jadual waktu belajar yang telah saya tetapkan apabila

peperiksaan sudah tiba, hal ini diibaratkan nasi sudah menjadi bubur. Kita haruslah

sediakan payung sebelum hujan. Tambahan pula, kebanyakan pelajar yang berjaya

biasanya terdiri daripada pelajar-pelajar yang telah membuat persiapan awal. Manakala

pelajar-pelajar yang tidak membuat persiapan awal kerana mereka terlalu leka

membuang masa dan tidak berpegang kepada pepatah masa itu emas dan masa lalu

tidak akan kembali, maka mereka tidak dapat menghabiskan semua tajuk-tajuk sebelum

tiba peperiksaan dan ini haruslah dielakkan. Jelasnya, pengurusan masa yang cekap akan

memberi saya masa yang cukup untuk membuat persediaan awal supaya saya dapat

mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan yang akan saya duduki nanti.


Di samping itu, saya akan bergaul dengan rakan-rakan yang baik dan mempunyai

keinginan untuk menjadi seorang yang berguna kepada masyarakat apabila dewasa kelak.

Dengan ini, saya tidak akan dipengaruhi oleh rakan-rakan yang bermasalah dan

seterusnya terlibat dalam gejala sosial yang negatif. Saya akan membezakan antara kaca

dengan permata dan sentiasa memikirkan akan masa depan saya serta matlamat hidup

saya. Melalui pergaulan dengan rakan-rakan yang mengutamakan pendidikan mereka, saya

akan dapat bertukar-tukar pendapat serta ilmu dengan mereka. Saya juga dapat

menyertai kumpulan pembelajaran mereka dan membolehkan saya berbincang serta lebih

memahami topik-topik yang telah diajarkan oleh guru. Secara tidak langsung, pencapaian

keputusan peperiksaan saya akan meningkat hasil daripada perbincangan dan tunjuk ajar

daripada rakan-rakan. Pergaulan dengan rakan-rakan yang bijak dalam pembelajaran

akan dapat menimbulkan persaingan yang sihat dalam diri saya. Saya akan mempunyai

semangat untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh agar diri saya tidak akan

diasingkan dari kumpulan tersebut serta tidak akan berasa tersisih dan terpulau apabila

dalam menyelesaikan sesuatu soalan. Saya juga dapat bergantung kepada rakan-rakan

yang baik ini apabila saya tidak berdaya untuk menghadapi dan menyelesaikan sesuatu

cabaran dalam hidup. Mereka tentu akan dapat membantu saya untuk membangkitkan

diri saya semula dengan memberi dorongan dan nasihat yang berguna kepada saya dan

bukannya menyuruh saya melibatkan diri dengan gejala sosial negatif yang dapat

mengurangkan tekanan jiwa dan stres. Maklumlah, seseorang akan lebih terpengaruh

dengan gejala sosial apabila berada dalam ambang kegagalan dan kekecewaan. Tegasnya,

saya akan bergaul dengan rakan-rakan yang berakhlak mulia agar saya tidak akan

tersilap langkah dalam membuat sebarang keputusan dalam hidup saya.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda "Tuntutlah ilmu sehingga negara China."

Sebegitu juga Albert Einstein yang mengungkapkan "Semakin banyak ilmu yang dipelajari,

semakin banyak yang tidak diketahui."


Seseorang remaja yang berwawasan akan cinta akan ilmu pengetahuan. Hal ini

demikian kerana mereka akan menggunapakaikan segala ilmu pengetahuan yang diperoleh

dari sekolah dan rumah sebagai medium untuk lebih memajukan diri mereka. Bukan itu

sahaja, remaja yang berwawasan juga mempunyai kesedaran mengenai kepentingan ilmu

pengetahuan dalam mencorakkan hala tuju negara pada masa akan datang kerana ilmu itu

pelita hidup. Dengan mencintai ilmu pengetahuan, golongan remaja akan mengelakkan diri

daripada terjebak dalam kancah sosial seperti merempit, merokok dan pengambilan

dadah. Oleh itu, guru-guru dan ibu bapa berperanan penting dalam memberikan

pendidikan sama ada secara formal atau tidak formal dalam membentuk remaja yang

berwawasan. Konklusinya, sikap cinta akan pendidikan dan ilmu pengetahuan akan

mencerminkan keperibadian remaja yang berwawasan.

Kecemerlangan dari segi akademik merupakan salah satu elemen yang maslahat

untuk menelurkan remaja yang berkualiti. Intelek merupakan faktor perdana untuk

menjanakan kecemerlangan tamadun bangsa. Sehubungan dengan itu, remaja kita perlu

proaktif menimba ilmu bukan sahaja di dalam kelas tetapi juga menuntut segala

pengetahuan, terutamanya ilmu sains dan matematik melalui pelbagai wahana, seperti

membaca buku , melayari lebuh raya maklumat di dunia maya dan sebagainya. Ketekunan

dan inisiatif merupakan prasyarat untuk mencapai kecemerlangan akademik dan

menjauhi gelaran katak di bawah tempurung. Tidak dapat dinafikan bahawa tanpa

keputusan yang cemerlang, remaja sukar melanjutkan pelajaran ke menara gading untuk

merealisasikan segala impian mereka. Oleh itu remaja tidak harus terbuai dalam dunia

yang mengalpakan, iaitu terlalu khusyuk dalam dunia hiburan atau mengamalkan

hedonisme. Ingatlah peribahasa, Ikut hati mati, ikut rasa binasa.

Langkah yang berikutnya ialah saya akan bersikap sabar, tabah dan tidak mudah

putus asa. Saya tidak akan dapat cepat mengalah apabila saya gagal dalam sesuatu buat

kali pertama dan kedua, malah saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk lulus

dalam sesuatu perkara kerana saya berpegang pada prinsip, gagal sekali tidak bermakna

gagal selama-lamanya. Saya juga akan tabah apabila terdapat apa-apa masalah atau

cabaran yang saya hadapi. Seseorang yang ternama pernah menyatakan bahawa jika
seseorang itu berjaya dalam hidupnya, tentu dia telah memenuhi kegagalan beberapa kali

kerana untuk mencapai sesuatu tentu ada kekangan yang akan kita tempuhi. Contohnya,

jika saya gagal mendapat penyelesaian untuk sesuatu soalan, saya tidak akan putus asa,

malah saya akan mencuba beberapa kali sehingga saya mendapat penyelesaiannya.

Tegasnya, saya perlu bersikap sabar, tabah dalam menghadapi halangan dalam mencapai

kecemerlangan dalam peperiksaan dan sayatidak akan mudah putus asa untuk

memperoleh kecemerlangan dalam peperiksaan.

Walau bagaimanapun, kecemerlangan akademik tidak dapat menjamin kejayaan

seseorang jika tidak memiliki kesihatan fizikal dan mental. Remaja yang berkualiti perlu

memiliki kekuatan fizikal dan mental untuk menempuhi segala kekangan. Pada alaf baru

yang penuh dengan kompetitif, remaja kita perlu memiliki kecergasan fizikal dan

bersemangat waja diri tanpa putus asa supaya dapat berdiri sama tinggi, duduk sama

rendah dengan remaja negara maju. Untuk mencapai kesihatan fizikal dan mental,

remaja kita patut mengamalkan pemakanan seimbang,menjaga kebersihan, bersenam,

bersukan, beriadah dan tidak terlibat dalam pelbagai angkara sosial, seperti minum arak,

merokok, kegiatan maksiat, najis dadah dan lain-lain lagi. Seperti peribahasa, Hendak

seribu daya, tak hendak seribu dalih. Remaja kita harus sedar bahawa kesihatan

merupakan aset yang tidak ternilai dalam kehidupan kita. Tanpa kesihatan, segala-

galanya tidak lagi membawa makna. Rakyat sihat, negara maju. Remaja yang sihat dan

kuat baru dapat mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan Negara

Selain itu, sebagai golongan rakyat yang bakal menjadi pemimpin negara pada

masa hadapan, remaja gemilang harus mempunyai semangat inkuiri yang tinggi. Hal ini

demikian kerana tanpa semangat untuk mencuba sesuatu perkara yang baharu, remaja

tidak akan dapat memajukan diri dan negara. Tamsilnya, remaja mestilah melibatkan diri

dalam penyelidikan dan pembangunan serta berani untuk menerokai sesuatu bidang yang

baharu. Remaja patut mencontohi individu-individu yang berjaya dalam hidup mereka

pada usia yang muda. Umpamanya, seorang pelajar berumur 16 tahun di Nepal telah
berjaya mencipta sebuah alat yang dapat menghasilkan kuasa elektrik daripada rambut.

Kisah kejayaannya mendapat perhatian seluruh dunia sehingga dia ditawarkan biasiswa

untuk melanjutkan pelajarannya di Amerika Syarikat. Individu seperti inilah yang

dikatakan sebagai remaja gemilang. Walau bagaimanapun, remaja haruslah berfikir

secara rasional dan mengelakkan perkara-perkara yang mampu memudaratkan diri

mereka dan orang lain. Secara ringkas, semangat inkuiri yang dimiliki oleh remaja

mestilah digunakan secara positif untuk pembangunan masyarakat. Situasi ini sudah

tentu melahirkan remaja gemilang yang mampu menyumbang kepada masyarakat dan

negara.

Jati diri

Di samping itu, remaja gemilang juga merupakan golongan muda yang mempunyai

jati diri. Hakikatnya, remaja kini sering terlibat dengan pelbagai gejala sosial. Contohnya,

gejala pembuangan bayi, vandalisme dan gangsterisme semakin berleluasa dalam kalangan

golongan muda malah berada pada tahap kritikal. Keadaan ini bertambah keruh apabila

remaja mudah dipengaruhi dengan budaya kuning dan semakin melupakan budaya timur.

Sebagai contoh, cara berpakaian dan pertuturan harian golongan muda kini bersifat

'kebaratan'. Namun begitu, jika remaja berjati diri, sudah tentu mereka sentiasa

sanggup mempertahankan budaya timur yang sememangnya kaya dengan pelbagai amalan

yang luhur. Misalnya, masyarakat Timur amat menekankan amalan menghormati orang

yang lebih tua, cara berpakaian secara bersopan serta pertuturan yang disenangi oleh

semua lapisan masyarakat. Secara tidak langsung, remaja akan berdisiplin dan tidak

terlibat dengan kegiatan negatif. Maka, golongan remaja inilah yang dikatakan sebagai

gemilang.

Di samping itu, remaja yang berwawasan akan berdisiplin dalam apa-apa perkara

yang dilakukan oleh mereka. Hal ini demikian kerana remaja yang berdisiplin akan lebih

mudah mencapai wawasan diri mereka berbanding dengan golongan remaja yang tidak

berdisiplin dan senantiasa mengharapkan bantuan daripada orang lain. Selain itu, remaja

yang berwawasan mempunyai kesedaran bahawa aspek kedisiplinan merupakan elemen

fundamental dalam mencapai kejayaan yang hebat pada masa hadapan. Sebagai contoh,

Albert Einstein tidak berputus asa dan tidak bergantung kepada orang lain dalam
menjalankan beratus-ratus eksperimen pada suatu masa dahulu. Dengan hasil usaha

peluh dan keringatnya, masyarakat pascakemerdekaan kini dapat hidup dengan pelbagai

teknologi yang canggih. Ghalibnya, remaja yang berwawasan akan menekankan aspek

disiplin dalam kehidupan seharian mereka dan menghargai masa kerana mereka sedar

masa itu emas. Sesungguhnya, hanya orang yang malas tidak mempunyai disiplin akan

menempuh kegagalan dalam kehidupan.

Selain itu, patuh kepada ajaran agama juga merupakan ciri remaja yang

berwawasan. Hal ini demikian kerana ajaran agama menekankan aspek rohani dan sahsiah

dalam menjalani kehidupan seharian. Dengan adanya asas agama yang kukuh, remaja

dapat meningkatkan keyakinan diri di samping mereka tidak mudah untuk terlibat dalam

pelbagai penyakit sosial yang kian menular umpama barah dalam kalangan remaja masa

kini. Hal ini dapat kita buktikan dengan membandingkan remaja yang tiada pendidikan

agama yang sempurna lebih mudah terpengaruh dengan pelbagai wabak sosial dan mereka

tidak mempunyai hala tuju yang jelas berbanding dengan remaja yang sempurna didikan

agamanya. Oleh sebab itu, aspek agama tidak seharusnya dipandang ringan dalam meniti

arus kemodenan ini. Tuntasnya, remaja yang berwawasan haruslah mempunyai pegangan

agama yang teguh sebagai benteng dalam kehidupan dan pendidikan agama haruslah

diparaktikkan kepada anak-anak melalui ibu bapa sejak dari kecil lagi bak kata pepatah

melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Bukan itu sahaja, pelajar yang cemerlang juga mempunyai wawasan hidup. Hal ini

demikian kerana wawasan hidup diperlukan supaya mereka sentiasa dapat mencapai

segala cita-cita dalam hidup mereka. Sebagai contoh, mereka yang cemerlang sentiasa

mempunyai sasaran dalam peperiksaan dan berusaha bersungguh-sungguh untuk

mencapainya. Selain itu, wawasan hidup mampu mengajar mereka erti berdisiplin dan

bertanggungjawab dalam hidup berikutan mereka akan lebih teliti dan kreatif dalam

menyusun masa belajar dan melakukan aktiviti seharian. Wawasan hidup merupakan ciri

dominan pada diri pelajar cemerlang kerana apabila mereka berwawasan, mereka

sentiasa berusaha gigih kerana yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak

datang melayang. Pelajar yang mempunyai wawasan juga lebih mengetahui hala tuju
kehidupan serta tidak mudah berputus asa dalam kehidupan mereka. Walaupun mereka

mungkin menemui kegagalan dalam sesuatu perkara, mereka tidak akan mudah bersedih

malahan menjadikan kegagalan tersebut sebagai batu loncatan untuk berusaha dengan

lebih gigih pada masa hadapan. Wawasan hidup juga mampu menjauhkan diri daripada

sifat menangguhkan kerja dalam kalangan pelajar cemerlang. Setiap pekerjaan haruslah

dilakukan hingga selesai, bak kata peribahasa, alang-alang menyeluk perkasam, biar

sampai ke pangkal lengan. Sifat negatif tersebut tidak akan lagi menjadi penghalang

kepada diri mereka dalam menempa kejayaan hidup. Oleh hal yang demikian, jelaslah

bahawa pelajar yang berwawasan merupakan pelajar yang cemerlang.

Sementara itu, untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang, setiap pelajar

hendaklah sentiasa aktif melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum.Hal ini demikian

kerana, melalui aktiviti kokurikulum di sekolah, bakat dan kebolehan para pelajar akan

terserlah dan dapat terus digilap untuk mencapai kejayaan. Tamsilannya, para pelajar

akan sentiasa melibatkan diri dalam sebarang aktiviti yang diadakan oleh unit

beruniform, serta kelab dan persatuan seperti berkawad dan berkhemah. Dalam konteks

ini, para pelajar bukan sahaja dapat menyihatkan tubuh badan mereka malah turut dapat

mencerdaskan otak mereka kerana otak yang cerdas lahir daripada badan yang

cergas. Para pelajar juga haruslah menyertai sebarang pertandingan bagi mengenal pasti

potensi diri sama ada melalui unit beruniform mahupun akademik. Contohnya, pelajar

yang cemerlang akan menyertai pertandingan yang dapat menguji minda serta pemikiran

mereka seperti pertandingan perbahasan, forum dan catur. Oleh hal yang demikian,

setiap pelajar perlu bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum untuk menjadi seorang

pelajar yang cemerlang dan seimbang.

Akhir sekali, saya akan mematuhi segala nasihat ibu bapa saya dan saya juga akan

sentiasa berdoa kepada Tuhan. Kata orang-orang tua, Tuhan hanya akan menolong dan

memberkati hidup anak yang taat kepada ibu bapa. Kenyataan ini pasti benar kerana

orang-orang tua mempunyai lebih banyak pengalaman. Saya akan sentiasa patuh pada

nasihat dan asuhan ibu kerana saya sedar bahawa syurga terletak di telapak kaki ibu.
Misalnya, ibu saya selalu menasihatkan saya untuk belajar bersungguh-sungguh. Oleh itu,

saya akan berusaha secara gigih untuk memperoleh kejayaan yang cemerlang. Segala doa

dan dorongan ibu bapa, saya tahu walaupun betapa tabah atau bijak mana saya sekalipun,

saya tidak mungkin dapat memperoleh kejayaan yang cemerlang yang saya ingini tanpa

doa, restu dan dorongan daripada kedua-dua ibu bapa saya. Malah, saya juga akan

sentiasa berdoa kepada Tuhan supaya saya tidak akan jatuh sakit pada hari peperiksaan

kerana manusia hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan segala-galanya.

Jelasnya, untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan, saya perlulah mematuhi

segala nasihat kedua-dua ibu bapa saya dan saya juga akan sentiasa berdoa dan

bersyukur kepada Tuhan atas segala pemberiannya.

Tuntas bicara, daripada kesemua huraian di atas jelas menunjukkan bahawa

remaja yang berwawasan perlulah seimbang dalam semua aspek kehidupan. Oleh itu,

remaja zaman sekarang diseru agar menerapkan semua aspek ini dalam kehidupan agar

sentiasa beroleh kejayaan dan mencapai wawasan diri. Remaja seharusnya menggunakan

setiap peluang yang ada untuk menjadi remaja yang berwawasan kerana di pundak

merekalah bakal terpikul segala amanah dan tanggungjawab untuk memajukan bangsa

dan negara agar setanding dengan negara maju yang lain persis mutiara kata berdiri

sama tinggi, duduk sama rendah. Dalam konteks ini semua pihak haruslah bekerjasama

bak kata pepatah seikat bagai sirih, serumpun bagai serai dalam usaha melahirkan lebih

ramai remaja yang berwawasan agar Wawasan Perdana 2057 mampu direalisasikan

dengan jayanya.

Intihanya, kriteria-kriteria yang positif perlu ada dalam diri setiap pelajar bagi

melahirkan pelajar yang cemerlang dalam semua skop kehidupan. Pelajar yang cemerlang

mampu berfikir luar daripada kotak pemikiran dan seterusnya mampu merealisasikan

aspirasi negara. Hal ini demikan kerana, pelajar yang cemerlang merupakan pemacu

jentera negara dan akan menerajui tampuk pemerintahan negara pada masa hadapan.

Oleh itu, generasi pelajar yang cemerlang perlu dipupuk sejak kecil lagi bak kata

peribahasa Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya.


Akhir kata, semua pihak harus menggembleng tenaga dan berganding bahu untuk

melahirkan remaja berwawasan. Bersama-sama kita memanifestasikan iltizam Malaysia

untuk menjadi negara yang termasyhur di seluruh pelosok dunia. Imam Al- Bukhari

pernah berbicara "Jika kamu ingin melihat masa hadapan negara, lihatlah golongan

remaja yang ada sekarang."Seperti bak kata peribahasa juga, pemuda tiang negara,

pemudi harapan bangsa. Remaja merupakan aset negara yang berharga dan haruslah

dididik untuk menjadi insan yang berkualiti dan mampu berjasa kepada pembangunan

negara. Maka, aspirasi negara kita untuk mencapai Wawasan 2020 pada masa akan

datang mampu digapai dan digenggam erat.

Intihanya, Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Remaja sebagai

tunjang yang bakal menerajui kepimpinan negara kita harus terlepas daripada belenggu

angkara sosial. Hanya remaja yang berkualiti akan memangkinkan kecemerlangan

negara. Jika remaja kita tidak diasuh, dibimbing dan dididik dengan kamil, tidak

mustahil segala aspirasi negara hanya berada awang-awangan dan tidak dapat menjadi

realiti. Oleh itu remaja kita perlu terjaga daripada lena dan keasyikan serta

melengkapkan diri dengan ciri-ciri yang mulia supaya menjurus ke arah cemerlang,

gemilang dan terbilang.


Remaja muslim adalah golongan pewaris dan pelapis yang bakal memimpin masa hadapan

ummah. Golongan remaja yang berjaya adalah pemimpin yang terbaik bakal menerajui

kejayaan sesebuah negara.

Jika rosak golongan remaja, maka pincanglah kepimpinan negara kelak. Terdapat

beberapa ciri golongan remaja yang berjaya, antaranya;

#1 Mendekati Al-Quran

Al-Quran adalah kitab yang sangat relevan sepanjang zaman, sama ada zaman dahulu

sehinggalah pada zaman mendatang. Dengan itu sesiapa yang mendekatkan dirinya

dengan al-Quran maka tergolonglah dalam kalangan yang maju dan berjaya.

Manakala sesiapa yang jauh daripada al-Quran maka mereka dalam kalangan yang

tertinggal daripada kemajuan. Firman Allah s.w.t;

Katakanlah, Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu kebenaran (al-Quran)

dari Tuhanmu, sebab itu barangsiapa yang mendapat petunjuk, maka sesungguhnya

(petunjuk itu) untuk kebaikan dirinya sendiri. Dan barangsiapa yang sesat, maka

sesungguhnya kesesatannya itu untuk kecelakaan dirinya sendiri. Dan aku bukanlah

seorang penjaga terhadap dirimu.Surah Yunus:108

Al-Quran memberikan panduan yang sangat bersesuaian dengan setiap peringkat umur.

Termasuklah kepada para pemuda yang ingin memajukan diri mereka. Mendekatkan diri

dengan al-Quran adalah dengan rajin membaca, menghafal serta mengamalkan setiap isi

kandungannya.

#2 Menutup Aurat Dengan Sempurna

Hal ini dapat dilihat dengan perbezaan orang-orang zaman dahulu kala yang tidak

menggunakan pakaian yang lengkap, namun zaman yang kian berubah yang mengubah adab

yang memunculkan rasa malu dan menutupi tubuh.

Dengan itu, apabila seseorang remaja menutup aurat ini bermakna mereka memenuhi

ciri-ciri remaja Islam yang berjaya. Ini juga selaras dengan tuntutan Islam yang

mewajibkan umatnya untuk menutup aurat berlandaskan syariat.

#3 Berilmu Dan Berwawasan


Berilmu itu bukan sahaja memilik ilmu yang tinggi dalam bidang keagamaan. Hal ini

kerana Islam sendiri adalah agama yang universal dan menyeluruh yang ilmunya bukan

sahaja mengkaji al-Quran dan hadis semata-mata, tetapi pemuda Islam yang berjaya

juga mampu menguasai ilmu-ilmu pengetahuan lain.

Sesungguhnya ilmu Allah adalah sangat tidak terbatas untuk diselami.

#4 Bersedia Memimpin Dan Dipimpin

Setiap manusia yang diciptakan Allah s.w.t adalah khalifah atau pemimpin, iaitu

sekurangnya-kurangnya pemimpin kepada diri sendiri. Hal ini juga termasuklah pemimpin

kepada keluarga, kumpulan, masyarakat dan negara.

Lalu, pemuda Islam yang berjaya mestilah bersedia menyahut cabaran untuk memimpin

mahupun dipimpin maksudnya tidak menolak amanah dan tugas jika dilantik sebagai

pemimpin dan jika menjadi ahli pula haruslah setia dan bertanggungjawab.

#5 Berpendirian Teguh

Pemuda Islam yang berjaya dan maju adalah golongan yang sangat tegas dalam

memegang pendirian sendiri. Mereka juga tidak mudah dipermainkan dan mempunyai

semangat yang tidak longgar.

Golongan ini juga sangat istiqamah dan berusaha mengekalkan sikap baik itu. Hal ini

termasuklah tidak malu dalam menunjukkan keislamannya dengan menjaga ibadah dan

akhlak Islam.

Kesimpulannya, golongan muda adalah tunggak masa depan sesebuah negara, bahkan

bakal pemimpin pada masa akan datang. Oleh itu, remaja yang sentiasa dekat dengan

Allah s.w.t sudah tentulah remaja yang layak memimpin dan mampu mendorong orang lain

untuk sama-sama berjaya kelak.

Jadi golongan remaja masa kini harus diingatkan dan didorong untuk tidak melengahkan

masa muda dengan hal yang bakal merosakkan diri mereka. Bahkan bersama-sama

mendidik golongan ini agar menjadi anak muda yang berwawasan dan mengimpikan

kejayaan yang hebat.

You might also like