You are on page 1of 6

Pernyataan Profesional Praktikum Fasa 2

PERNYATAAN PROFESIONAL

PERNYATAAN SEBELUM PRAKTIKUM

Pada semester ini, saya serta seluruh guru pelatih semester 6 ambilan Jun 2013
akan menghadiri praktikum fasa 2 yang akan berlangsung selama 8 minggu
persekolahan. Sebagai salah seorang guru pelatih di Institut Pendidikan Kampus Pulau
Pinang , saya wajib menjalani latihan mengajar ataupun praktikum selama 2 bulan yang
bermula pada 18 Jan 2016 hingga 25 Mac 2016. Praktikum ini adalah untuk subjek
major dan minor iaitu Matematik dan Bahasa Tamil. Latihan praktikum ini dilaksanakan
sebagai memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh institut Pendidikan Guru.

Antara perkara yang saya perlu lalui sebelum menjalankan praktikum ini ialah
sesi taklimat bersama unit praktikum. Sesi taklimat ini telah berlangsung pada 12 Jan
2016. Untuk taklimat praktikum kali ini, penekanan adalah berkenaan prosedur
perlaksanaan praktikum peranan dan tanggungjawab pelajar, kehadiran praktikum,
wajaran praktikum dan garis panduan perlaksanaan kokurikulum di sekolah.

Selain itu, antara persediaan penting yang telah saya lakukan sebelum
menjalankan sesi praktikum yang kedua ini adalah membuat persediaan dari segi
mental dan fizikal. Sepanjang tempoh praktikum tersebut, saya dikehendaki untuk
menyiapkan segala tugasan yang telah diberikan oleh Unit Praktikum. Oleh itu, saya
perlu membuat beberapa persediaan sebelum menjalani praktikum tersebut.

Perkara seterusnya yang perlu saya lakukan semasa praktikum ialah


mengumpul maklumat-maklumat yang berkaitan dengan tugasan berpandukan senarai
semak yang telah disediakan oleh unit praktikum. Disamping itu, saya juga perlu
menyediakan portfolio praktikum dan menyimpan segala hasil maklumat yang
diperolehi serta hasil penulisan yang telah dibuat ke dalam portfolio sebagai bukti serta
rujukan pada masa akan datang.
Pernyataan Profesional Praktikum Fasa 2
Sebagai seorang guru pelatih, bimbingan serta tunjuk ajar dari guru yang
berpengalaman amat penting dalam melatih guru pelatih menjadi guru yang berjaya.
Sehubungan dengan itu, saya perlu berbincang dan sentiasa meminta tunjuk ajar dari
guru pembimbing saya dari sekolah tersebut. Nasihat serta bimbingan yang padu amat
penting kepada saya sebagai seorang guru praktikal yang baharu di sekolah tersebut.

Sebelum menjalani praktikum, saya mendapatkan pelbagai tips tentang kaedah


bagaimana menggawal bilik darjah dengan bijak melalui buku serta laman sesawang.
Malah saya juga telah membuat perancangan awal berkenaan peraturan-peraturan
yang perlu mereka patuhi sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran yang saya
dijalankan. Selain itu, saya turut merancang aktiviti-aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang menarik minat murid dalam pembelajaran mereka di dalam bilik
darjah.

Saya berharap agar praktikum yang akan saya dijalani pada 18 Jan hingga 25
Mac 2016 berjalan dengan baik sepertimana yang telah saya dirancangkan.
Walaubagaimanapun, sebagai seorang guru, saya mestilah sentiasa bersedia dalam
menghadapi segala cabaran yang datang kerana sesungguhnya seseorang yang terlalu
memikirkan akibat dari sesuatu keputusan atau tindakan, adalah sukar baginya untuk
berjaya. Saya pasti bahawa banyak pengalaman baharu yang akan saya alami kelak.
Pernyataan Profesional Praktikum Fasa 2
PERNYATAAN SEMASA PRAKTIKUM

Saya Sarveswary telah menjalai latihan praktikum pada semester enam iaitu
praktikum Fasa 2 di Sekolah SJK (T) LADANG JAWI. Praktikum ini mengambil masa
selama sebulan (18 Jan 25 Mac 2016) dan saya mesti mengikuti segala aktiviti yang
berjalan di sekolah dalam jangka waktu tersebut.

Antara tujuan sampingan program Praktikum ini adalah untuk membolehkan


pelajar membiasakan diri di sekolah dan di bilik darjah serta mendapat pendedahan
awal pembelajaran murid. Di sekolah juga saya perlu mengajar subjek major dan minor
saya iaitu Matematik dan Bahasa Tamil selama 10 masa .Setelah saya meneliti
kandungan tugasan, saya mendapati kurikulum dan sukatan pelajaran juga menjadi
salah satu item penting dalam senarai semak tugasan. Perkara ini sedikit sebanyak
menyumbang kepada pengetahuan baru saya tentang pembelajaran murid-murid.
Selain itu, saya juga dapat memahami pengurusan strategik pengajaran dan
pembelajaran melalui buku rekod pengajaran. Antara lain, tugasan yang diberikan juga
membolehkan saya membina kemahiran berinteraksi dengan murid, guru dan
kakitangan sekolah. Kepentingan utama aktiviti ini adalah untuk membina keyakinan diri
seseorang guru pelatih selain daripada mempersiapkan mereka sebagai salah seorang
komuniti sekolah pada masa akan datang. Di samping itu juga, guru pelatih diharap
dapat memahami tingkah laku murid-murid, pengurusan bilik darjah, proses
penyepaduan teori dan amalan dalam konteks pengajaran dan pembelajaran (PdP)
melalaui pemerhatian, interaksi dan refleksi.

Setelah 8 minggu menjalani latihan praktikum, masih banyak perkara yang perlu
saya diperbaiki terutamanya dari aspek penulisan rancangan pengajaran harian.
Berbekalkan panduan dari pensyarah penyelia, guru pembimbing serta rakan-rakan,
saya akan sentiasa cuba sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik dan bersungguh-
sungguh sepanjang tempoh praktikum ini. Setiap kali selepas penyeliaan, pasti saya
akan memperolehi ilmu yang baru dan perlu saya diperbaiki. Sepanjang tempoh
praktikum juga, hubungan saya dengan masyarakat sekitar semakin akrab. Malahan
Pernyataan Profesional Praktikum Fasa 2
saya semakin rapat dengan murid-murid saya. Saya juga perlu bijak menguruskan
masa agar dapat menguruskan semua tugasan dengan konsisten.

Sepanjang menjalani latihan praktikum, saya semakin jelas dengan kaedah dan
teknik yang perlu disesuaikan dengan latar belakang murid-murid saya. Aktiviti-aktiviti
yang dilaksanakan juga perlu bersifat dua hala agar saya dapat membentuk jati diri
murid-murid berani memberi jawapan mahupun pendapat. Saya sedar, murid-murid di
sekolah tersebut agak rendah tahap keyakinan diri. Justeru, dengan perancangan
pengajaran dan pembelajaran yang konsisten, saya akan cuba sedaya upaya untuk
melatih mereka menjadi berani untuk mencuba sesuatu yang baik.

Selain itu, perkara penting yang perlu saya beri tumpuan adalah untuk kuasai
perancangan pengajaran dan pembelajaran. Saya sedar jika perancangan saya hanya
sekadar melepaskan batuk di tangga, pastinya anak murid saya pulang dengan otak
kosong bagi subjek saya. Saya juga sedar, kebanyakkan murid kurang ingin belajar
dan merasakan bosan untuk belajar. Prinsip yang cuba saya tanamkan bagi anak-anak
didik saya, saya akan pastikan mereka pada suatu hari nanti keinginan untuk belajar
dengan tekun ada pada diri mereka dan mengurangkan bermain semasa berada di
sekolah. Dalam tempoh praktikum juga, saya sedar bahawa untuk mengajar kita perlu
membuat persediaan yang rapi agar pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan
dengan lancar dan mendapat hasil pembelajaran yang eksplisit. Jelas sekali kejayaan
pengajaran dan pembelajaran sesuatu sesi pembelajaran akan bermula dari guru yang
konsisten dengan perjuangannya. Dengan platform ini juga, sedikit sebanyak sikap
suka membuat kerja last minute dapat dikikis. Tambahan lagi, mengajar murid-murid
berkeperluan khas dapat melatih saya agar cuba berfikiran secara kreatif dan berfikir di
luar kotak. Walaupun saya sedar, saya agak sukar serta tidak mampu untuk melahirkan
idea yang sebegitu namun saya akan cuba sedaya upaya saya.

Seiring dengan perubahan zaman globalisasi menuntut saya agar lebih peka
dengan dunia teknologi, maklumat dan komunikasi (TMK) untuk diterapkan semasa
sesi pengajaran dan pembelajaran. Justeru saya perlu sentiasa mencuba untuk
mencari strategi yang menarik agar mereka bersemangat ketika belajar.
Pernyataan Profesional Praktikum Fasa 2

PERNYATAAN SELEPAS PRAKTIKUM

Seminggu sebelum berakhir praktikum Fasa kedua ini, saya berasa amat
bersyukur kerana hampir keseluruhan tugas ang diamanahkan oleh pihak institut telah
saya dilaksanakan dengan baik bersama-sama rakan praktikum saya yang lain.
Tugasan pihak institut yang telah di amanahkan ialah dengan menjalankan pengajaran
2 hari penuh setiap minggu mengikut keperluan yang telah ditetapkan. Tugasan yang
telah diberikan pihak sekolah untuk praktikum fasa ke 2 ini ada persamaan dan
kelainnya.

Sepanjang berada di SJKT Ladang Jawi terdapat beberapa aktiviti dan projek
telah saya lakukan bersama rakan yang lain. Berdepan dengan pelbagai cabaran dan
kekangan banyak mengajar saya supaya tidak mudah berputus asa apabila
menghadapi jalan buntu. Dengan bantuan daripada pelbagai pihak, masalah tersebut
dapat diatasi dengan baik. Berhadapan dengan masalah tersebut turut menyedarkan
saya bahawa kehidupan ini sering kali disertai dengan halangan bagi mendidik diri
supaya lebih cekal dan tidak mudah berputus asa. Sikap tersebut serta berusaha
sentiasa mencari jalan terbaik untuk memenuhi keperluan merupakan elemen penting
dalam usaha menjayakan praktikum tersebut dengan jayanya. Justeru ini, menyedarkan
saya supaya sentiasa menambahkan pengetahuan yang baharu kerana ia mampu
dijadikan asas dan panduan dalam kehidupan dan boleh digunakan andainya berdepan
dengan sebaran masalah.

Banyak pengalaman manis yang diperolehi ketika menjalani praktikum sebagai


guru pelatih. Jujur saya katakan bahawa, hari demi hari, perasaan sayang saya
terhadap pelajar SJKT Ladang Jawi semakin mendalam walaupun mereka nakal dan
mereka sangat mengambil berat tenatng guru pelatih semasa keberadaan di sekolah
tersebut. Saya berharap untuk praktikum fasa terakhir kelak, saya dapat memberi
sumbangan yang lebih kepada murid-murid yang bakal menjadi pelajar saya kelak dan
menambahbaik lagi prestasi saya dalam proses P&P. Sesungguhnya ilmu yang
dipelajari dapat diterjemahkan dan diaplikasikan kepada semua murid.
Pernyataan Profesional Praktikum Fasa 2
Kesimpulannya pengalaman menjalani praktikum ini diharapkan dapat
dimanfaatkan dengan sebaik mungkin untuk masa akan datang. Tidak mungkin saya
dapat menjayakan praktikum fasa 2 ini sebaik mungkin tanpa sokongan dan bimbingan
serta kerjasama yang tidak berbelah bahagi kepada semua pihak. Nescaya setiap
pengalaman dan ilmu pengetahuan baharu yang diambil akan digunakan untuk
penambahbaikan masa akan datang sebagaimana untaian baik-baik kata emas yang
perlu dicoretkan iaitu tidak lengkap seorang guru itu tanpa ilmu di dada dan
penghayatan serta pengalaman yang baik.

You might also like