You are on page 1of 4

Bismillahir-rahmanir-rahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera

Terima kasih, saudara Pengerusi Majlis


Yang Berusaha Pn Roshaida binti Mohd Yusoff, Penolong Kanan Pentadbiran
Yang Berusaha En. Zamzuri bin Abdullah, PK HEM
Yang Berusaha Hj. Muhammad Asri bin Husin, PK Kokurikulum
Yang Berusaha, Pn Aminah binti Daud. PK PraUniversiti
Barisan guru yang dedikasi

dan tidak dilupakan

Hujung tanjung banyak berlian


Yang dikasihi anak murid sekalian.

Pertamanya, marilah kita melafazkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah


S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya, dapat kita berada dalam majlis yang mulia
ini dan kita dapat bersama-sama meraikan Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah,
Victoria Institution bagi Tahun 2017, dalam suasana yang ceria, harmoni dan
tenang. GURU PEMBINA NEGARA BANGSA
itulah tema perayaan hari guru pada tahun ini.

menjadi contoh, mencurah ilmu,


tak kenal lelah, tak tahu jemu;
itulah cikgu, itulah guru,
besar jasanya sejak dahulu.

Pada tanggal 16 Mei setiap tahun, warga pendidik akan meraikan sambutan hari guru.
Justeru, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Guru
kepada semua guru di sekolah ini.

Cikgu-cikgu yang dikasihi,


Pada bahu kita ini..
yang digelarkan cikgu
diletakkan seribu harap
oleh ibu bapa yang datang
dengan wajah tersenyum anak-anak dibawa
dengan harapan menggunung disandar jua.

Sambutan Hari Guru yang diadakan setiap tahun sesungguhnya banyak


mengimbau kenangan manis tentang peranan guru yang telah diberi kepercayaan
untuk mendidik anak bangsa. Masyarakat sentiasa memberikan penghormatan dan
penghargaan yang tidak terhingga terhadap tugas dan peranan guru. Pengiktirafan ini
menandakan harapan dan kepercayaan yang sangat tinggi terhadap komitmen dan
kemampuan guru dalam menyumbang ke arah pembangunan potensi masa depan
pelajar. Justeru, amat wajar jika Sambutan Hari Guru yang diraikan setahun sekali ini
memberi kedudukan istimewa kepada insan yang bernama guru. Inilah satu-satunya
cara terbaik kita memberi ruang untuk menyatakan rasa terima kasih, penghargaan
dan penghormatan terhadap jasa guru yang tidak ternilai.
Anak-anak murid yang dikasihi,
Kerana anda jadi pelajar,
Jangan malas hendak belajar,

Hendak pandai menghargai masa,


Jangan dinanti esok lusa.

Jangan asyik berangan-angan,


Tekun gigih jadi pegangan.

Jika berusaha sambil lewa,


Tidak hairan kalau kecewa.

Masa itu emas dan wang,


Walau sedikit jangan dibuang.

Masa berlalu terlalu pantas,


Orang yang lalai akan dicantas.

Pesan saya,
Kalau hendak tahu luasnya padang,
tanyalah belalang.
Kalau hendak tahu banyaknya teluk,
tanyalah siput.
Kalau hendak tahu luasnya kolam,
tanyalah katak.
Kalau hendak tahu dalamnya laut,
tanyalah yu.
Kalau hendak tahu luasnya langit,
tanyalah helang.
Kalau hendak tahu luasnya hutan,
tanyalah kijang.
Kalau hendak tahu kerasnya paku,
tanyalah tukul.
Kalau hendak tahu liatnya tangkai jering,
tanyalah galah.
Semua orang mempunyai pengetahuan,
Semua orang boleh menjadi guru.

Namun...kami semua di hadapan ini, mampu menjadi belalang, berupaya


menjadi kijang. Ada yang mampu menjadi 3R, hebat lakonannya seperti Rosyam
Noor, mersik suaranya seperti Ramli Sarip atau lincah geleceknya seperti Ronaldo,
serasi seperti seperti kata SN Usman Awang:

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa


Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Sempena Sambutan Hari Guru pada tahun ini, saya ingin mengajak warga pendidik
sekolah ini mengimbau sejenak tentang tugas dan peranan kita dalam mendidik anak
bangsa?. Sejauh mana dan setakat manakah usaha yang telah kita lakukan ini benar-
benar menjadikan mereka insan yang benar-benar berbudi luhur, berakhlak mulia,
berjaya dan cemerlang dalam kehidupan?. Sesungguhnya ia merupakan suatu tugas
yang sangat berat serta amanah yang sangat besar. Di tangan kitalah letaknya
kejayaan mereka. Justeru kita seharusnya meletakkan harapan mereka lebih utama
daripada kepentingan diri kita. Sesungguhnya inilah ciri-ciri guru sebenar. Kita
sanggup berkorban bukan sahaja dengan masa dan tenaga, malah dengan wang
ringgit.

Gurindam Guru Sejati

Guru sejati muhasabah diri,


Bijak bertindak dan berdikari.

Guru sejati senyum mesra,


Sentiasa menggunakan budi bicara.

Senyuman dipapar menawan hati,


Tutur katanya penuh bererti.

Guru sejati guru berkualiti,


Gigih mengajar sepenuh hati.

Rela berkorban apa sahaja,


Kurang cakap banyak bekerja.

Guru sejati umpama lebah,


Menebar ilmu sabar tabah.

Membina, membentuk insan berakhlak


Gigih membimbing tak pernah jelak.

Marahnya sayang bencinya kasih,


Mulutnya manis hatinya bersih.

Guru sejati sentiasa proaktif,


Tenang tenteram berfikiran positif.

Guru sejati guru bestari,


Hidup bermotivasi jati diri.
Guru sejati berbudi bahasa,
Berkhidmat demi nusa dan bangsa.

Akhir kata, kepada semua warga pendidik sekolah ini, budi dan pengorbanan cikgu-
cikgu yang dicurahkan kepada anak didik di sekolah ini amat dihargai dan sangat
disanjung tinggi.

Sekian, terima kasih.


Selamat Hari Guru.

You might also like