You are on page 1of 22

Asal Usul Baba Dan Nyonya

Segolongan keturunan kaum Cina yang unik kedudukannya di kalangan kaum Cina
yang terdapat di Negeri-negeri Selat, Tanah Melayu (kini sebahagian Malaysia),
khususnya di negeri Melaka.
Masyarakat ini dikatakan telah wujud sejak lebih 600 tahun lalu iaitu ketika zaman
kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka apabila mereka datang untuk berdagang di
bumi ini dan kemudiannya berkahwin dengan masyarakat Melayu.
Sebahagian mereka enggan mengakui bahawa mereka adalah orang Cina tetapi
sebaliknya mendakwa bahawa mereka adalah rakyat British dan amat berbangga
dengan kedudukan ini.
Mereka mengeji pendatang-pendatang Cina yang baru dan mempunyai kelab
tersendiri yang tidak membenarkan pendatang-pendatang Cina masuk.
Mereka memanggil diri mereka sebagai Baba atau Peranakan kerana kebudayaan
mereka, yang berasal daripada warisan tradisi Cina, mempunyai unsur-unsur
pengaruh kebudayaan Melayu.
Penyesuaian dan resapan budaya mereka terhadap suasana sosio-budaya di
persekitaran mereka di zaman silam, iaitu melalui perkahwinan campur yang berlaku
di antara kaum-kaum Cina dan Melayu, adalah punca utama mengapa generasi-
generasi seterusnya memanggil mereka sebagai Baba.
Kebanyakannya masih mengekalkan agama tradisional Cina dan Buddha, namun telah
ramai yang memeluk agama lain seperti Kristian yang amat popular di kalangan
remaja.
Pakaian

terdiri daripada baju kebaya (baju panjang dan batik sarung) dan kerongsang.
Rekaan kasut manek tradisional sering memperlihatkan motif bunga Eropah dan
warnanya dipengaruhi oleh tembikar Peranakan dan sarung batik. Mulai 1930-an,
kasut manek menjalani perubahan dengan diberi rekaan moden dan ditambah tumit.
Suku Peranakan di Indonesia ada baju kebaya tersendiri, terutamanya kebaya encim,
serta mengemmbangkan corak batik tersebdiri yang bermotifkan Cina.

Bahasa

Masyarakat baba Nyonya di Melaka fasih bertutur bahasa Melayu dan mengikut fakta
sejarah golongan ini mempunyai pertalian dengan darah keturunan Melayu di mana
mereka fasih bertutur dalam bahasa Melayu.
Selain menggunakan Bahasa Melayu dalam pertuturan seharian mereka juga boleh
bertutur bahasa Hokkien.
Saya = goa (bahasa Hokkien)
Anda = lu (bahasa Hokkien)
Dia = dia (bahasa Melayu)
Kita = kita (bahasa Melayu)
Budaya

Kebanyakan orang Baba juga adalah Hokkien dan mereka yang berasal daripada
keturunan Hokkien masih menganggap diri mereka sebagai orang Hokkien meskipun
kebanyakannya tidak pandai bertutur dalam loghat Hokkien. Ada juga orang Baba
yang berasal daripada keturunan Kantonis, Hakka, dan lain-lain.
Budaya Baba berasal dari Melaka tetapi apabila Pulau Pinang dan Singapura
berkembang dan dimajukan, banyak juga di antara mereka yang berpindah ke kedua-
dua negeri ini.
Kaum Baba yang wujud pada hari ini bertutur dalam bahasa Baba iaitu sejenis dialek
Melayu yang dapat difahami oleh kebanyakan orang Melayu. Cara masakan mereka
kebanyakannya diresapi oleh cara masakan Melayu dan adalah menjadi satu
kebiasaan bagi mereka makan dengan menggunakan tangan sebagaimana juga orang-
orang Melayu.
Tocang yang dianggap sebagai lambang pengabdian kepada kerajaan Manchu, serta
tradisi mengikat kaki kaum wanita yang dianggap sebagai adat yang tidak bertamadun.
Rumah Baba juga dibina berdasarkan pelan-pelan tradisional Cina berbanding dengan
Melayu.

Agama

Baba dan Nyonya mengamalkan agama-agama tradisional Cina, menyambut Tahun


Baru Cina dan Perayaan Tanglung, sambil mengamalkan adat resam Melayu dan
penjajah barat. Pengaruh Portugis, Belanda, British, Melayu dan Indonesia
meninggalkan kesan dalam budaya Peranakan.

Masakan

Kesan dari pengaruh Melayu, lahirnya masakan Nyonya yang menggunakan


rempah masakan Melayu. Contohnya ayam kapitan, sejenis kari ayam kering; inci
kabin, iaitu ayam goreng cara Nyonya; dan pindang bandeng, kuah ikan yang
dihidangkan ketika meraikan tahun baru Cina di singapura.
Perkahwinan

Saudagar Cina di Melaka zaman silam gemar menmperisterikan atau


mempergundikkan wanita Melayu dari Semenanjung Tanah Melayu atau
Sumatera.Hasilnya, suku Baba dan Nyonya memperlihatkan campuran budaya Cina
dan Melayu yang bersinergi.
Catatan dari abad ke-19 dan awal abad ke-20 menyatakan bahawa lelaki Baba
lazimnya mengahwini wanita dalam masyarakat Peranakan setempat. Ada kalanya,
keluarga Peranakan membawa masuk pengantin dari China atau menghantar anak
perempuan ke China untuk mencari suami.
Orang Peranakan biasanya berkahwin dengan pasangan setempat yang sama darjatnya.
Lelaki kaya paling menggemari chin choay atau perkahwinan matrilokal iaitu si suami
menyertai keluarga isteri.
Lamaran memerlukan buah tangan pinangan, iaitu bakul berkilau dua tingkat, yang
dibawa oleh pengantara yang mewakili pelamar kepada ibu bapa pengantin idaman.
Kebanyakan suku Peranakan tidak beragama Islam, sebaliknya memelihara adat
penyembahan nenek moyang dari kaum Cina, tetapi ada yang memeluk agama
Kristian.
Majlis perkahwinan Peranakan yang banyak mengetengahkan tradisi Cina merupakan
antara perkahwinan tradisi yang paling berwarna-warni di Malaysia dan Singapura.
Majlis diserikan dengan lagu berima spontan dondang sayang yang dinyanyi dalam
bahasa Melayu dan ditari oleh para hadirin di jamuan.
Pendondang bergilir-gilir menyambungkan lagu bertema asmara sambil menari
berpusing-pusing dengan perlahannya. Dondang sayang memerlukan kemahiran
berjenaka dan bertikam balas, siapa yang bijak berdondang maka dialah yang meraih
gelak ketawa dan tepukan tangan ramai-ramai. Pelat loghat dan cara berbahasa Baba
dan Nyonya serta kepandaian menyerikan lagi persembahan.
Perkahwinan tradisional baba nyonya merupakan satu majlis yang memenatkan dan
akan berlangsung selama 12 hari. Menurut mereka jika orang yang sama berkahwin
sekali lagi pun, dia tidak akan berpeluang untuk mempunyai upacara sebegini sekali
lagi. Segala urusan mencari jodoh bagi anak perempuan akan diuruskan oleh ibu bapa
mereka, mereka tidak boleh membantah keputusan orang tua. Jika seseorang
perempuan itu belum berkahwin sebelum usia 20 tahun mereka akan dianggap
sebagai anak dara tua, mereka juga akan mengalami kesukaran dalam soal mencari
jodoh. Bagi pihak lelaki pula, mereka selalunya akan berkahwin dalam usia 20 tahun.
Permulaan majlis perkahwinan baba nyonya bermula apabila pihak pengantin
perempuan menerima rombongan peminangan daripada pihak pengantin lelaki. Orang
tua pasangan pengantin akan menguruskan tarikh melangsungkan perkahwinan,
setelah mereka memilih satu hari yang baik (bertuah) dengan menggunakan kalendar
cina jemputan akan dikeluarkan. Jemputan akan dikeluarkan kepada mereka yang
terlibat, jemputan ini dipanggil antah sireh. Masyarakat baba nyonya tidak
menggunakkan kad jemputan sebaliknya mereka menghantar wang yang
mengandungi kacang , limau, dan daun sirih (sekapur sirih) sebagai ganti. Seorang
nyonya tua akan diberi tugas ini iaitu pergi ke rumah-rumah tertentu untuk
menghantar jemputan yang unik ini, walaupun setiap keluarga menerima sehelai daun
sirih tetapi ia bermaksud untuk menjemput seluruh keluarga ke majlis perkahwinan
itu.

Muzium

Bahan-bahan bersejarah dari kebudayaan Baba dan Nyonya dipamerkan di pusat-


pusat kebudayaan seperti Jonker Street (Melaka), Pulau Pinang dan Muzium
Peranakan (Singapura).
Di tempat-tempat sedemikian, anda boleh mencari muzium yang mempamerkan
perabot, makanan, dan pakaian tradisi Baba and Nyonya. Juga terdapat kedai-kedai
makan Nyonya di Singapura, Pulau Pinang, Melaka, Jakarta, Semarang, Surabaya,
dan juga di Barat. Pertunjukan seni Peranakan mingguan juga diadakan di pasar
malam Jonker Street.

Pantang Larang

Masyarakat Baba dan Nyonya masih lagi percaya kepada pawang dan bomoh. Tujuan
mereka pergi berjumpa dengan pawang tersebut untuk meminta tolong menghalau
atau membuang jin atau hantu tersebut daripada mengganggu anak mereka.
Ibu yang hamil tidak boleh keluar rumah pada waktu senja. Mereka percaya bahawa
darah ibu yang mengandung anak sulung sangat disukai oleh pontianak dan
langsuir. Sekiranya terpaksa juga keluar, ibu tersebut dikehendaki membawa
barangan yang diperbuat daripada besi, antaranya pisau untuk menakutkan hantu.
Masyarakat Baba dan Nyonya juga percaya akan perubatan tradisional dalam
perubatan penyakit. Contohnya dalam penyakit demam campak atau Chicken
Pox, masyarakat Baba dan Nyonya akan berjumpa dengan bomoh untuk
mendapatkan air penawar untuk diminum dan dijadikan air untuk mandi

Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Muzium Warisan Baba dan Nyonya Jalan Tun Tan Cheong Lock, Melaka

Muzium Warisan Baba dan Nyonya ini terletak di Jalan Tun Tan Cheng Lock atau lebih
dikenali sebagai Millionaires Row. Bangunan Muzium ini merupakan kediaman keluarga
untuk tiga generasi seorang Baba.

Reka bentuk rumah lama ini menunjukkan gabungan budaya timur dan barat. Ia dibina pada
tahun 1896 dan mempunyai laman dalam terbuka di tengah-tengah rumah tersebut.
Perabotnya dibuat daripada rosewood mengikut reka bentuk Cina, British dan Belanda.
Rumah ini memaparkan cara kehidupan masyarakat Baba dan Nyonya di Melaka pada
penghujung abad ke-19.

...,,
,,,,
,...
,,....
..

Melawat Melaka Bersejarah Bererti Melawat Malaysia


Central Market

PreciousOld China

Precious OldChina
11 11

Lot M2,Central Market,Jalan Hang Kasturi50050Kuala Lumpur.

03-22737372

http://www.oldchina.com.my

Bm nyonya baba keturunan, sejarah , cerita,syair/sajak

http://www.ibnuhasyim.com/2013/01/armada-cheng-ho-bentuk-baba-nyonya.html
Nama mereka dikenali dengan permulaan sebagai `Baba' bagi kaum lelaki (misalnya Baba
Kim Teck), dan `Nyonya' bagi kaum wanita (misalnya Nyonya Che Pon). Mereka juga `amat
fasih' bertutur dalam bahasa Melayu dialek Baba dan Nyonya sebagai bahasa pertama, dan
mengamalkan serba sedikit cara hidup orang-orang Melayu. Contoh bahasa Melayu dialek
Baba dan Nyonya dapat dilihat dalam pantun dondang sayang seperti berikut:
xxx-syair

pantang larang-keturunan nyonya chan

http://mforum.cari.com.my/archiver/?tid-630208.html

(sebahagian drp web mforum.cari.com.my)

1. dikatakan, peranakan Baba Nyonya sudah wujud sejak 600 tahun lalu dan kini
telah mencecah lebih 600 orang di Melaka. Tidak termasuk yang berhijrah ke Pulau
Pinang dan Singapura. Mereka memiliki dua budaya, warisan tradisi Cina dan
mengamalkan ciri-ciri kehidupan masyarakat Melayu. Mempunyai persamaan dengan
kaum Melayu terutama dari segi bahasa, makanan dan budaya. Kebanyakannya masih
mengekalkan agama Buddha dan ada yang memilih Islam atau Kristian

2. Kesan dari pengaruh Melayu, lahirnya masakan 'Nyonya' yang menggunakan rempah
masakan Melayu. Ayam buah keluak. Contohnya 'ayam kapitan', sejenis kari ayam
kering; inci kabin, iaitu ayam goreng cara Nyon ya; dan pindang bandeng, kuah ikan,
yang dihidangkan ketika meraikan tahun baru Cina di Singapura."

3. Generasi perempuan atau Nyonya hingga kini masih pakai kebaya dan kain
sarung seperti masyarakat Melayu. Dikenali sebagai 'kebaya nyonya' . Tetapi
kehidupan dan pemikiran kaum Baba Nyonya ini, masih mengekalkan unsur-unsur
Cina biarpun telah lama terpisah nenek moyang mereka di Negara China.

Contohnya, sistem keluarga dan agama masih dikekalkan, kecuali tocang yang
dianggap sebagai lambang pengabdian kepada kerajaan Manchu, zaman sebelum
penghijrahan mereka ke Tanah Melayu. Bagaimanapun, zaman semakin berubah,
budaya Baba Nyonya semakin disisihkan oleh generasi baru kaum itu.
Bagaimana bahasa mereka?

Pada dasarnya, bahasa Baba ialah satu bahasa campuran antara bahasa
China Hokkien dengan bahasa Melayu. Bahasa Baba telah menyerap
banyak perkataan Cina. Umpamanya 'lai' untuk 'datang', dan lain-lain.
Banyak menggunakan peribahasa Cina dengan lebih meluas, berbanding
peribahasa Melayu.

Bentuk ayat bahasa Baba berbeza daripada bahasa basahan orang


Melayu. Umpamanya, "Ibu bapanya sedang makan di meja" disebut "Dia punya mak-
bapa ada dudok makan do sblah punya mejah".

4. Selain itu, mereka menggunakan kata ganti 'ini' dan 'itu' mendahului kata nama,
iaitu berbeza dengan bahasa Melayu. Orang-orang Baba juga tidak tahu tentang
perkataan-perkataan yang berhubung dengan agama Islam.

Contoh bahasa..

Kata ganti nama...


saya = goa ( ga)
kamu = lu ()
dia = i ( i)
kita = wa lang ( ga lng)

Hubungan sanak saudara.. adalah daripada bahasa Hokkien kecuali mak, adik, dan
abang:
ayah = 'ntia ( tia)
datuk = 'ngkong ( kong)
kakak = tachi ( ta-ch)
bapa saudara = impek ( peh)
adik bapa = nchek ( chek)
suami kakak = chau ( chi-hu)

Perkataan berkaitan dengan rumah..

ibu rumah = tian ( thian)


kawasan tengah tanpa bumbung = chimchi ( chhim-chin)
tingkat atas = loteng ( lu-tng)
serambi dalam = pangkeng (pang-keng)
serambi luar tanpa bumbung = la-pen (lau-pin)
lampu = teng atau tanglung ( teng-liong)
meja = toh (bahasa Hokkien; toh)
permaidani = tanak ( thn-)
cat = chat ( chhat)

Bagaimanapun, peralatan dapur diberi nama Melayu, kecuali barangan jenis Cina seperti:
teko = tekuan ( t-kan)
sudu sup = tngsi ( thng-s)
cerek = teko ( t-k)

Terdapat satu pengecualian, iaitu sumpit yang berasal daripada bahasa


Melayu, "sepit" (iaitu penyepit). Orang-orang Baba menggunakan
perkataan Melayu bagi perkara memasak, kecuali 'mengukus' yang dipanggil
tm (). Bagaimanapun, kebanyakan masakan mereka diberi nama Cina
seperti bami, tauyu, kianchai, kuchai, dan sebagainya. Beberapa jenis
pakaian juga diberi nama Cina.

Perkataan berkaitan dengan agama...


Perkataan-perkataan berkaitan dengan agama menunjukkan lagi satu aspek pengaruh
budaya Cina dalam kehidupan orang Baba:

tokong = bio ( bi)


tokong besar atau dewa Cina = tokong (mungkin daripada nama dewa, Tua Pek Kong
( Ta-Peh Kong))
membakar colok = sio-hio ( sio-hiun)
melutut = kui ( ki)
kajian tempatan sama dgn surat khabar

Keunikan Budaya Baba dan Nyonya

MASYARAKAT peranakan Baba dan Nyonya dikenali juga sebagai kaum


Peranakan dan mereka merupakan kaum miroriti yang tinggal di negeri Melaka.
Menurut sejarah, masyarakat ini telah wujud sejak lebih 600 tahun lalu iaitu ketika
zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Melaka yang terkenal sebagai
pusat perdagangan pada waktu itu telah berjaya menarik ramai pedagang dari luar
termasuk dari China untuk berdagang di Melaka. Pedagang-pedagang dari China ini
berkahwin dengan wanita tempatan dan melahirkan anak yang berdarah kacukan
Melayu-Cina atau lebih dikenali sebagai Baba Nyonya..
Baba Nyonya atau peranakan merupakan masyarakat unik kerana memiliki
dua budaya warisan tradisi Cina yang pada masa sama mengamalkan ciri-ciri
kehidupan masyarakat Melayu terutama dari segi bahasa, makanan dan
budaya.

Agama
Bagaimanapun, dari segi anutan, Kebanyakan masyarakat ini masih
mengamalkan agama anutan nenek moyang mereka iaitu agama Buddha dan
terdapat juga yang telah menukar agama ke Agama Islam dan juga Kristian.
Masakan
Cara masakan Baba Nyonya juga dipengaruhi resipi orang Melayu sehingga
sudah menjadi kebiasaan, kaum ini menggunakan tangan ketika menjamah
hidangan seperti amalan masyarakat Melayu.

Kuih-muih
Kepakaran masak komuniti Nyonya merupakan sati lagenda. Dengan herba
dan rempah, makanan itu sangat sempurna di campur pula dengan nasi putih yang
dimasak secara stim sementara pencuci mulut dan kuih adalah petanda kepada
kelembutan dan peribadi yang berwarna warni.
Pakaian Baba dan Nyonya
Generasi Nyonya (perempuan) yang terdahulu sehingga kini masih memakai
pakaian kebaya dan kain sarung seperti masyarakat Melayu yang dikenali sebagai
kebaya nyonya merupakan pakaian tradisional nenek moyang mereka.

Pertuturan
Selain berbahasa Melayu, mereka juga mampu bertutur dalam bahasa
Hokkien manakala dari aspek kerohanian dan keagamaan mereka mempunyai
banyak persamaan dengan bangsa Cina.
Perkahwinan
Adat-adat yang serupa masyarakat Melayu boleh didapati di dalam
perkahwinan mereka iaitu dari tepak sireh yang melambangkan kesucian wanita
yang akan berkahwin itu. Adat lain termasuk mas kahwin diserahkan kepada ibu
bapa gadis itu kerana kesucian gadis itu. Upacara lain ialah pertukaran cincin dan
hadiah, penggunaan bunga rampai dan pembakaran setanggi. Muzik dimainkan oleh
kumpulan ronggeng, boria dan pancaragam serunai Cina. Upacara berlangsung
selama 12 hari bagi orang-orang kaya manakala golongan biasa ialah pada hari
pertama dan hari kedua belas sahaja.

Adat Perkahwinan Baba Nyonya

Melangkah ke gerbang perkahwinan sememangnya dinantikan dan


merupakan saat yang bahagia bagi pasangan yang bercinta. Pelbagai persiapan
harus dilakukan dan dirancang terlebih dahulu.
Setiap kaum dan bangsa mempunyai adat dan kepercayaan mereka yang
tersendiri di dalam urusan perkahwinan. Baba dan Nyonya merupakan antara
masyarakat Malaysia yang unik.
Pada peringkat awal perkahwinan, jemputan secara peribadi akan dimulakan
dengan melawat dari satu rumah ke satu rumah yang lain untuk menghantar kad
jemputan yang bersampul merah dan di hantar oleh 'Pak Chindek". Jemputan untuk
kawan-kawan dan saudara mara adalah berbeza dan ianya mengambil masa
selama enam hari sebelum upacara perkahwinan.
Pada hari tersebut, ketua upacara tersebut akan berpakaian gaun cina yang
labuh dan jaket pendek dan memulakannya dengan memberi 'kueh ih' yang terletak
elok di dalam bakul nyoya iaitu bakul Siah. Untuk hari 'kueh ih' ia juga di panggil
'sang ih' yang bermaksud untuk memperkenalkan. 'Ih 'pula adalah symbol bagi
benda yang baik untuk perkahwinan. Selain dari 'sang ih', tanglung, kain merah atau
'chye kee' akan diletakkan di pintu utama.
Persiapan bilik pengantin juga perlu dan ia diletakkan langsir, cadar baru
yang kaya dengan sulaman berwarna-warni, bunga-bungaan dan bilik tersebut di
harumkan dengan 'Stangee' iaitu wangian daripada kulit pokok, gula tebu dan gula.
Begitu juga dengan 'potpouri' yang dipenuhi dengan wangian dari daun pandan,
bunga dan ia lebih dikenali sebagai bunga rampai di kalangan orang Melayu.
Seterusnya ialah hari 'KhuihThiah' iaitu hari pembukaan untuk perayaan. Ia juga
adalah hari kupas bawang. Hari tersebut juga adalah dibuka kepada saudara mara
dan kawan-kawan untuk datang menyiapkan pelbagai persiapan. Ini disusuli oleh
'hari menyambal'. Kebiasaannya mereka membuat sambal sebanyak 20 jenis
antaranya ialah sambal serunding. Sambal ini akan dimakan bersama dengan 'nasi
lemak' pada hari kedua belas upacara perkahwinan.
Dua hari sebelum perkahwinan, hari 'tumbuk tepung' dan 'Sang Jit' diuruskan
dahulu. Tepung ini akan di gunakan untuk membuat kuih tat, kuih genggang, pisang
goreng dari pisang raja, apam berkuah dan onde-onde. Makanan terakhir yang perlu
di sediakan ialah putu tekan yang berwarna biru dan putih dan ditekankan dalam
bekas kayu. 'Sang Jit' ialah hari bertukar hadiah di antara keluarga pengantin lelaki
dan wanita. Antara barangan yang sering di tukar ialah seperti itik, khinzir, cincin
berlian dan lain-lain

Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Muzium Warisan Baba Nyonya


Muzium Warisan Baba Nyonya adalah sebuah muzium swasta di kawasan Chinatown Melaka.Ia terletak di Jalan Tun
Tan Cheng Lock, atau lebih dikenali sebagai Millionaires Row.Baba-Nyonya Heritage Museum sebenarnya adalah satu
barisan rumah-rumah kediaman yang dibina oleh Belanda yang kemudian dibeli oleh Peranakan kaya (keturunan
pendatang Cina yang berkahwin dengan dengan orang Melayu tempatan selepas tiba di Melaka). Baba dan Nyonya
atau peranakan adalah keturunan Cina yang telah menerima budaya Melayu. Mereka mengamalkan kedua-dua adat
Cina dan Melayu. Mereka terkenal kerana perabot mereka yang unik, gaya pakaian, dan makanan, adat perkahwinan
dan masakan Cina serta Melayu.
sumber:http://seeheart4all.blogspot.com/2009/06/muzium-warisan-baba-dan-nyonya-jalan.html

Gaya seni bina rumah-rumah ini dengan jelas menggambarkan pengaruh


Timur-Barat.Muzium ini dibina pada tahun 1896 dan menawarkan peluang
mengenali gaya hidup Baba-Nyonya di Melaka, terutamanya pada awal
abad itu.

Muzium ini kaya dengan warisan dari segi pakaian tradisional, perabot
antik dan ukiran. Pengaruh Barat dengan jelas dapat dilihat dalam
beberapa perabot antik dengan pengaruh Itali, pengaruh British dan
Belanda. Pengaruh barat tidak berakhir di sini kerana terdapat banyak
lagi barangan di muzium,seperti lampu era Victoria dan jubin lantai,
kesemuanya mempunyai nilai warisan.

Muzium ini merupakan rumah kedai Cina yang klasik pada abad
kesembilan belas, dibaikpulih kepada keadaan seperti pada akhir abad
keduapuluh atau kesembilan belas. Seperti kebanyakan bangunan-
bangunan lama yang sempit, rumah-rumah kedai Baba Nyonya
dibahagikan kepada dua laman dalaman yang memberikan peredaran
cahaya dan udara. Di sebuah rumah kedai Cina tradisional, perniagaan
akan berlaku di separuh depan tingkat bawah, manakala separuh
belakang dan semua tingkat atas ialah ruangan persendirian. Muzium
Warisan ini adalah dimiliki oleh keluarga Chan. Pada masa itu, mereka
ialah orang-orang terkaya di Melaka.

Rumah Peranakan yang dibina pada tahun 1896 ini telah bertukar
menjadi sebuah muzium tradisional Peranakan kemudian.Bilik-bilik dalam
muzium dihubungkan oleh kaki lima biasa,dihiasi dengan jubin yang
dilukis dengan tangan dan penuh dengan ukiran kayu jati di pintu dan
diiringi pintu dalaman yang menyediakan keselamatan tambahan.Muzium
ini dikelilingi oleh tiang-tiang Greco-Roman, dua bekas lampu merah, satu
bearing dengan nama keluarga dan satu lagi dengan mesej bertuah,satu
diletakkan di sebelah kiri dan satu di sebelah kanan pintu masuk.

Paras atas rumah mempunyai kanopi yang singkat dengan jubin Cina di
atas serambi anjung yang bingkai tingkap.Kaca tingkap jerejak besi dan
cucur atap mempunyai ciri timur- barat, dihias dengan pelbagai reka
bentuk dan dicat dengan corak flora. Di dalam muzium terdapat koleksi-
daun emas lekapan, perabot kayu hitam yang mempunyai reka bentuk
Cina dan Belanda dan bertatahkan mutiara serta skrin lakuer yang halus
hasil tangannya serta candelier Victoria

Tiap-tiap bilik, perabot (neo-klasik Eropah) dan perabot lain (candelier era
Victoria dan jubin lantai) adalah betul-betul dalam keadaan seperti pada
masa pemilik asal meninggalkan rumah ini.Satu lagi barangan yang
menarik ialah pelbagai pakaian baba nyoya yang dipamerkan dan
barangan lain yang pernah digunakan dalam gaya hidup Peranakan.Ia
merupakan wacana untuk mengetahui sedikit sebanyak tentang
kehidupan golongan tersebut pada zaman lampau itu.
Kebudayaan Baba Nyonya
KBUDAYAAN BABA NYONYA TAN JIT SENG
CHAN CHUN BOON
TAN HUI HUI
CHUA WAN LING
BOON KAH YIE Latar Belakang Kesenian Baba Nyonya Kesimpulan Latar Belakang
Kesenian Baba Nyonya
Bahasa
Adat Perkahwinan Baba Nyonya
Makanan Tradisi Baba Nyonya
Agama
Pakaian Baba Nyonya
Kesimpulan Segolongan keturunan kaum Cina yang unik kedudukannya di kalangan kaum
Cina yang terdapat di Negeri-negeri Selat, Tanah Melayu (Negeri Melaka).
Enggan mengakui bahawa mereka adalah orang Cina tetapi sebaliknya mendakwa bahawa
mereka adalah rakyat British (amat berbangga).
Berasal dari wilayah Hokkien, China yang berhijrah ke Melaka 600 tahun dulu ketika Melaka
terkenal sebagai pusat perdagangan.
Mereka mempunyai kelab tersendiri yang tidak membenarkan pendatang-pendatang Cina
masuk. bermotif dari negara China
unsur Islam dan pengaruh Melayu
mempunyai ukiran yang menarik ialah pada porselin
lukisan burung phoenix, bunga dahlia, bunga mawar, lipan
porselin mudah dikenali kerana saduran warna yang cerah seperti merah jambu, biru tua,
hijau dan kuning. bermotif dari negara China
unsur Islam dan pengaruh Melayu
mempunyai ukiran yang menarik ialah pada porselin
lukisan burung phoenix, bunga dahlia, bunga mawar, lipan
porselin mudah dikenali kerana saduran warna yang cerah seperti merah jambu, biru tua,
hijau dan kuning. mempunyai peralatan khas yang digunakan unuk menjalankan upacara
seperti dulang teh tembikar yang berwarna-warni yang dihiasi dengan ukiran
digunakan ketika upacara minum the semasa hari perkahwinan
bakul sia digunakan untuk tujuan seperti hantaran perkahwinan dan pemberian hadiah.
diperbuat daripada buluh, kayu dan dibalut dengan kertas tebal atau kulit
diisi dengan pebagai juadah makanan Kaum Baba dan Nyonya merupakan kaum yang
mempunyai budaya dan latar belakang yang unik.Oleh itu, Kebudayaan Baba dan Nyonya
perlu dilindungi agar tidak hilang dan hanya tinggal dalam buku sejarah. Kita perlu berusaha
dan menanam kebudayaan tersebut dalam keturunan golongan Baba dan Nyonya agar
kebudayaan baba dan nyonya kekal dalam salah satu keistimewaan dalam kebudayaan
Malaysia.

Baba atau Peranakan - kebudayaan mereka, yang berasal daripada warisan tradisi Cina,
mempunyai unsur-unsur pengaruh kebudayaan Melayu.
Perkahwinan campur - melahirkan budaya Cina yang unik serta tradisi Melayu. Lelaki (Baba)
dan anak perempuan (Nyonya).
Agama tradisional Cina dan Buddha, namun telah ramai yang memeluk agama lain seperti
Kristian yang amat popular di kalangan remaja. dari segi perumahan,keunikan adalah
campuran pengaruh Belanda dan China
Keunikan rumah Baba Nyonya ialah lorong hadapan rumah mereka yang sempit membawa
kepada ruang tengah yang luas.
terdapat ruang tengah rumah yang luas
terdapat kawasan tengah tanpa bumbung Bakul sia Bahasa campuran antara bahasa Melayu
dan dialek Hokkien
nahu bahasa Baba Nyonya ini adalah berasal daripada bahasa Melayu
berbeza dengan bahasa Melayu dalam pelbagai aspek
menyerap banyak perkataan Cina
dan kecenderungan ke arah dialek Hokkien yang tidak dapat difahami oleh masyarakat
Melayu Kata ganti nama saya = goa
kamu = lu
dia = i
kita = wa lang Hubungan sanak saudara Ayah = ntia (tia)
Datuk = ngkong (kong)
Kakak = tachi (toachi)
Bapa saudara = impek(peh)
Adik bapa = nchek(chek)
Suami kakak = chau (chia hu) Perkataan berkaitan dengan rumah Ibu rumah = tian
Kasawan tengah tanpa bumbung = chimchi
Tingkat atas = loteng
Lampu = teng atau tanglung
Meja = toh
Permaidani = tanak
Peralatan dapur
Teko = tekuan
Sudu sup = thng-si
Cerek = teko Perkataan berkaitan dengan agama Tokong = bio
Membakar colok = sio hiun
Melutut= kui Adat Perkahwinan Baba Nyonya Makanan Tradisi Baba-Nyonya Agama
kebanyakan masyarakat baba dan nyonya menganutiagamaTaoisme,Confucianisme,dan Cina
Buddha.
mereka menyambut Tahun Baru Cina, Pesta Tanglung, Hari Cap Goh Meh,
Terdapat tanda-tanda Portugis, Belanda, British, Melayu, dan Indonesia pengaruh dalam
budaya Baba dan Nyonya selain itu, mereka juga amat mengutamakan penyembahan nenek
moyang di rumah
semasa penyembahan nenek moyang di rumah, semua ahli keluarga diwajibkan hadir
hal ini dapat dijelaskan mereka tidak lupa jasa budi nenek moyang mereka
di samping itu, masyarakat baba dan nyonya juga mempercayai "konsep yin yang"
dipengaruhi oleh masyarakat Cina.
masa sekarang terdapat kebanyakan masyarakat baba dan nyonya menganuti agama Kristian.
oleh itu, mereka juga menyambut Hari Natal.
Pakaian Baba Nyonya Terpengaruh dengan budaya pemakaian orang Melayu.
Baba perempuan memakai pakaian kebaya dan kain sarong.
Pakaian ini merupakan pakaian tradisional nenek moyang mereka yang diwarisi dari satu
generasi ke satu generasi.
Kebaya dibuat daripada kain atau benang menggunakan seni sulaman tangan yang halus dan
terperinci.
Merupakan satu simbol identiti bagi masyarakat Baba.
Berbeza dengan masyarakat Cina yang tidak memakai kebaya.
Kebaya Nyonya memerlukan 3 pasang kerongsang untuk dijadikan butang berbeza dengan
kebaya masyarakat Melayu tidak mempunyai butang.
Hiasan utama baju kebaya adalah sulaman tebuk lubang di mana garisan corak motif bunga di
jahit manakala bahagian tengah dasar kain yang tidak terjahit pula ditebuk
hiasan yang seakan-akan renda yang halus, yang dikenakan pada bahagian leher, lengan,
hujung blaus serta dua bucu segitiga di bahagian depan baju yang dikenali sebagai lapik.
KUMPULAN 14 TERIMA KASIH @Kumpulan 14 Masyarakat ini terkenal dengan
makanan tradisinya turun temurun dari nenek moyang mereka. Biasanya makanan kaum
Baba berasal dari masakan Cina tetapi disesuaikan dengan selera kaum Baba yang gemarkan
masakan pedas kaum Melayu.
Makanan dan masakan tradisi masyarakat Baba ini biasanya disajikan pada hari perayaan
seperti sambutan Tahun Baru Cina, Hari Lahir atau Majlis Perkahwinan
Jenis-jeins masakan Baba adalah seperti kari, sambal, pang-teh, bak-wan kepiting iaitu
campuran daging babi dan sup ketam, itik timitik yang disalut dengan sayur jeruk atau
diperam, itik sioh iaitu daging itik yang disalut dengan rempah, hati babi bungkus, acar
Nyonya dan nasi lemak.
Selain itu, masyarakat Baba juga menghidangkan Nasi Kunyit dan sejenis mee yang dibuat
khas, iaitu 'mee sua tau'. Mee ini dibuat bertujuan untuk memenuhi hajat supaya
dipanjangkan umur.
Kuih-muih tradisional masyarakat Baba pula terdiri daripada kuih bakul atau tih kuey dan
kuey-ku yang berbentuk kura-kura berwarna merah, biru dan hitam. Kuih bakul atau tih kuey
ini adalah warisan masyarakat Cina terhadap masyarakat Baba. Selain itu, masyarakat Baba
juga meminati kuih-miuh tradisional Melayu seperti dodol, wajik, tapai, bahulu dan lain-lain
lagi Otah otah onde onde Adat-adat perkahwinan Bapa-nyonya mempunyai persamaan
dengan masyarakat Melayu. Persamaan adat boleh didapati di dalam perkahwinan mereka
iaitu dari tepak sireh yang melambangkan kesucian wanita yang akan berkahwin . Adat lain
seperti mas kahwin diserahkan kepada ibu bapa gadis sebagai lambangan kesucian gadis itu.

Dua hari sebelum perkahwinan, hari 'tumbuk tepung' dan 'Sang Jit' diuruskan dahulu. Tepung
ini akan di gunakan untuk membuat kuih tat, kuih genggang, pisang goreng dari pisang raja,
apam berkuah dan onde-onde. Makanan terakhir yang perlu di sediakan ialah putu tekan yang
berwarna biru dan putih dan ditekankan dalam bekas kayu. 'Sang Jit' ialah hari bertukar
hadiah di antara keluarga pengantin lelaki dan wanita. Antara barangan yang sering di tukar
ialah seperti itik, khinzir, cincin berlian dan lain-lain
Pada peringkat awal perkahwinan, jemputan secara peribadi akan dimulakan dengan melawat
dari satu rumah ke satu rumah yang lain untuk menghantar kad jemputan yang bersampul
merah yang dihantar oleh 'Pak Chindek". Ianya mengambil masa selama enam hari sebelum
upacara perkahwinan.

Pada hari tersebut, ketua upacara tersebut akan berpakaian gaun cina yang labuh dan jaket
pendek dan memulakannya dengan memberi 'kueh ih' yang terletak elok di dalam bakul
nyoya iaitu bakul Siah. Untuk hari 'kueh ih' ia juga di panggil 'sang ih' yang bermaksud untuk
memperkenalkan. 'Ih 'pula adalah symbol bagi benda yang baik untuk perkahwinan. Selain
dari 'sang ih', tanglung, kain merah atau 'chye kee' akan diletakkan di pintu utama.
Upacara pertukaran cincin dan hadiah juga dilakukan dengan penggunaan bunga rampai dan
pembakaran setanggi. Selain itu, muzik yang dimainkan adalah kumpulan ronggeng, boria
dan pancaragam serunai Cina semasa perlangsungan perkahwinan. Upacara perkahwinan
akan berlangsung selama 12 hari bagi orang-orang kaya manakala golongan biasa ialah pada
hari pertama dan hari kedua belas sahaja.

Persiapan bilik pengantin pula perlu diletakkan langsir, cadar baru yang kaya dengan sulaman
berwarna-warni, bunga-bungaan dan bilik tersebut di harumkan dengan 'Stangee' iaitu
wangian daripada kulit pokok, gula tebu dan gula. Begitu juga dengan 'potpouri' yang
dipenuhi dengan wangian dari daun pandan, bunga dan ia lebih dikenali sebagai bunga
rampai di kalangan orang Melayu Seterusnya ialah hari 'KhuihThiah' iaitu hari pembukaan
untuk perayaan. Ia juga adalah hari kupas bawang. Hari tersebut juga adalah dibuka kepada
saudara mara dan kawan-kawan untuk datang menyiapkan pelbagai persiapan. Ini disusuli
oleh 'hari menyambal'. Kebiasaannya mereka membuat sambal sebanyak 20 jenis antaranya
ialah sambal serunding. Sambal ini akan dimakan bersama dengan 'nasi lemak' pada hari
kedua belas upacara perkahwinan.

Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Oleh itu, adalah menarik bahawa kehidupan orang Baba dan pandangan mereka masih

bersifat kecinaan, walaupun mereka telah lama terpisah daripada komuniti mereka di China.

Ini digambarkan melalui aspek-aspek kebudayaan yang lain seperti sistem kekeluargaan dan

agama yang mereka masih kekal, kecuali tocang yang dianggap sebagai lambang pengabdian

kepada kerajaan Manchu, serta tradisi mengikat kaki kaum wanita yang dianggap sebagai

adat yang tidak bertamadun. Malahan masyarakat Baba masih mengamalkan sebahagian

resam budaya Cina yang sudah tidak dihiraukan lagi oleh masyarakat Cina Malaysia yang

lain, seperti adat istiadat perkahwinan Cina tradisional yang memperlihat kedua-dua

pengantin memakai pakaian-pakaian yang indah dan berwarna warni warisan budaya Cina

tradisional. Rumah Baba juga dibina berdasarkan pelan-pelan tradisional Cina berbanding

dengan Melayu

Kebanyakan anak-anak Baba dibesarkan mengikut cara hidup dan upacara-upacara agama

orang Cina yang diubah oleh unsur-unsur kemelayuan serta unsur-unsur tempatan yang lain.

Dalam seratus lima puluh tahun yang lalu, upacara ini telahpun diubah suai. Penghidupan

moden yang terlalu cepat meninggalkan sedikit demi sedikit masa lapang untuk persembahan

ke atas pengorbanan yang tidak berkesudahan itu. Upacara ini semakin berkurangan

disebabkan juga oleh pengaruh Barat, tetapi masih terus diamalkan


Keunikan Masyarakat Baba dan Nyonya di Melaka
MASYARAKAT peranakan Baba dan Nyonya merupakan kumpulan komuniti yang tinggal di
negeri Melaka. Mereka merupakan masyarakat unik kerana kumpulan ini adalah sebahagian
dari kaum Cina tetapi mengamalkan adat resam dan budaya campuran Cina-Melayu.

Masyarakat ini dikatakan telah wujud sejak lebih 600 tahun lalu iaitu ketika zaman
kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka apabila mereka datang untuk berdagang di bumi
ini dan kemudiannya berkahwin dengan masyarakat Melayu.

Zaman terus berlalu, jumlah masyarakat Baba Nyonya kini semakin berkurangan. Lebih
ironik apabila generasi muda yang sepatutnya menjadi pewaris kini kebanyakannya semakin
meninggalkan adat resam dan budaya tinggalan nenek moyang mereka. Impaknya, budaya
baba Nyonya semakin pupus dan generasi baru pun ada yang tidak tahu menahu tentang
budaya budaya yang unik ini.

Tahukah anda semua, apa yang menarik perhatian saya dan ingin saya kongsikan kepada
anda semua, berikutan budaya ini, kebaya nyonya mula wujud. Kebaya Nyonya ini adalah
pakaian tradisional untuk kaum hawa budaya Baba Nyonya ini.

Kebaya Nyonya

Selain itu, masakan Baba Nyonya juga terkenal dan digemari ramai sehingga hari
ini. Biasanya makanan kaum Baba berasal dari masakan Cina tetapi disesuaikan dengan
selera kaum Baba yang gemarkan masakan pedas kaum Melayu. Tetapi amalan ini hanya
dilakukan di rumah sahaja.

Makanan dan masakan tradisi masyarakat Baba ini biasanya disajikan pada hari perayaan
seperti sambutan Tahun Baru Cina, Hari Lahir atau Majlis Perkahwinan. Di sinilah
dihidangkan masakan dan kuih-muih tradisional mereka.

Jenis-jeins masakan Baba adalah seperti kari, sambal, pang-teh,dan bak-wan

Selain itu, masyarakat Baba juga menghidangkan Nasi Kunyit dan sejenis mee yang dibuat
khas, iaitu 'mee sua tau'. Mee ini dibuat bertujuan untuk memenuhi hajat supaya
dipanjangkan umur.

Kuih-muih tradisional masyarakat Baba pula terdiri daripada kuih bakul atau tih kuey dan
kuey-ku yang berbentuk kura-kura berwarna merah, biru dan hitam. Kuih bakul atau tih
kuey ini adalah warisan masyarakat Cina terhadap masyarakat Baba. Selain itu, masyarakat
Baba juga meminati kuih-miuh tradisional Melayu seperti dodol, wajik, tapai, bahulu dan
lain-lain lagi.

Itulah yang dimaksudkan keharmonian dalam masyarakat-masyarakat di Malaysia.


Keunikan negara kita yang sangat terkenal sebangai sebuah negara yang berbilang bangsa
sudah terbukti di mana masyarakat Malaysia boleh bergaul dan menyesuaikan diri dengan
pelbagai budaya dan adat.

Maklumat ringkas folio yang lebih sempurna

http://www.slideshare.net/norizansimbok1/baba-dannyonya

You might also like