You are on page 1of 7

SULIT NAMA : ........................................................

KELAS : .....................................

JABATAN PELAJARAN NEGERI SABAH

PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2010 02/02


EXCEL 2
BAHASA MELAYU
KERTAS 2
OGOS 2010

2 JAM DUA JAM

JANGAN BUKA SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi empat bahagian : Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C dan
Bahagian D.

2. Bahagian A terdiri daripada dua bahagian : Bahagian A(i) dan Bahagian A (ii). Anda dikehendaki
supaya menjawab kedua-dua bahagian tersebut. Bahagian B dan Bahagian D juga mesti dijawab.
Manakala Bahagian C mempunyai lima pilihan soalan dan anda diminta supaya menjawab satu
soalan sahaja.

3. Anda dinasihati supaya mengambil masa 40 minit untuk mnejawab Bahagian A, 25 minit untuk
Bahagian B, 45 minit untuk Bahagian C dan 10minit untuk Bahagian D.

4. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam jawapan yang disediakan. Sekiranya buku jawapan tidak
mencukupi, sila dapatkan helaian tambahan daripada pengawas peperiksaan.

Kertas soalan ini mengandungi 5 halaman bercetak

02/02 © Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sabah

1
BAHASA MALAYSIA KERTAS 2
2 JAM
Bahagian A (i): Ringkasan
[Masa yang dicadangkan: 40 minit]
(20 markah)

Bahagian A terdiri daripada Bahagian A (i) dan Bahagian A (ii). Anda dikehendaki menjawab kedua-
dua bahagian tersebut.

Terdapat tiga kaum majoriti di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India manakala kaum yang lain ialah
Iban, Kadazan, Sikh dan sebagainya. Pascakemerdekaan negara kita telah mengalami pelbagai perubahan
yang mendadak dari segi ekonomi, sosial dan politik. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak kerajaan
demi mengekalkan perpaduan di Malaysia. Dasar Pendidikan Kebangsaan telah bermula sebelum
kemerdekaan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat. Selain itu, Rukun Negara telah dibentuk
dan diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 demi mengekalkan perpaduan. Kebanyakan negara asing amat
mengagumi perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Persoalannya kini, apakah
kepentingan perpaduan dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum?

Salah satu daripada kepentingan perpaduan ialah menjamin keamanan negara. Setiap kaum mempunyai
kepercayaan, adat resam, budaya, agama dan bahasa yang berbeza. Jika setiap kaum saling bertoleransi,
maka pertelingkahan yang menyebabkan rusuhan kaum dapat dielakkan. Perpaduan juga dapat menjamin
ekonomi negara terus berkembang dan masalah sosial pula dapat diminimumkan. Dari segi politik,
pemimpin negara dapat berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk memimpin negara ke arah
kemajuan. Oleh itu, rakyat yang bersatu padu dapat mengekalkan kedaulatan negara dan seterusnya
memartabatkan bangsa Malaysia di mata dunia. Tegasnya, perpaduan dapat melahirkan negara yang
harmoni dan aman damai.

Sementelahan, perpaduan amat signifikan untuk meningkatkan imej negara. Malaysia mengamalkan
sikap bertolak ansur, peramah, murah hati, dan bersopan santun sepanjang masa. Sikap komuniti
Malaysia yang mengagumkan ini menjadi elemen yang menarik perhatian pelancong asing untuk melawat
negara kita. Pelancong asing bukan sahaja tidak berasa kekok semasa menetap di Malaysia, malah dapat
menyesuaikan diri dalam masa yang singkat. Oleh itu, pelancong asing dapat membawa balik pengalaman
yang baik ke negara mereka dan menceritakan hal tersebut kepada orang ramai. Rentetan itu, integrasi
kaum di Malaysia dapat meningkatkan reputasi negara di persada dunia.

Perpaduan juga dapat menggalakkan pelabur asing untuk melabur di negara kita. Hal ini demikian
kerana pelabur asing lazimnya lebih berminat melabur di negara yang mempunyai kestabilan politik.
Integrasi kaum dapat menjamin ekonomi negara daripada merosot dan meningkatkan keyakinan pelabur
asing. Pelaburan asing dapat meningkatkan pengaliran mata wang asing ke negara kita seterusnya dapat
meningkatkan pendapatan negara.

Secara tuntas, semua pihak perlu menggembleng tenaga untuk mengekalkan perpaduan. Hal ini
demikian kerana tanpa perpaduan, imej negara akan tercalar di persada antarabangsa dan berlaku
kemerosotan ekonomi. Kejayaan mengekalkan perpaduan di Malaysia terletak kepada penglibatan dan
kesungguhan semua pihak kerana hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Cetusan Pendapat, Dewan Siswa, Jun 2009.)

2
Bahagian A (ii): Pemahaman Petikan Umum
[Masa yang dicadangkan: 10 minit]
(10 markah)

Berdasarkan petikan Bahagian A (i), jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.

1. Berikan maksud rangkai kata saling bertoleransi. [2 markah]

2. Apakah cara yang dilakukan oleh pihak kerajaan demi mengekalkan perpaduan negara?
[4 markah]

3. Pada pendapat anda, apakah kesan yang berlaku jika perpaduan tidak diamalkan oleh masyarakat?
[4 markah]

3
Bahagian B
[Masa yang dicadangkan : 20 minit]
(20 markah)

Berdasarkan rajah di bawah ini, huraikan pendapat anda tentang kepentingan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (ICT) pada zaman ini. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak
melebihi 120 patah perkataan.

KEPENTINGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT


DAN KOMUNIKASI (ICT)

DAN

Menyimpan
maklumat
e-mel
Laman sesawang
DAN
DAN

4
Bahagian C
[Masa yang dicadangkan: 40 minit]
(40 markah)

Pilih satu daripada soalan di bawah ini. Tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada
180 patah perkataan.

1. Sewaktu pulang dari taman permainan, anda ternampak dua orang lelaki menculik seorang
kanak-kanak perempuan.
Ceritakan tindakan anda selanjutnya.

2. Di kawasan tempat tinggal anda telah ada penduduk yang mengalami penyakit demam denggi.

Huraikan langkah-langkah memerangi nyamuk aedes.

3. Anda bercadang untuk mengemukakan cadangan kepada pengetua untuk menaik taraf pusat
sumber sekolah.

Tulis sepucuk surat kepada pengetua sekolah anda untuk mengemukakan cadangan tersebut.

4. Semangat patriotik dalam kalangan rakyat di negara ini perlu dipertingkat.

Bincangkan.

5. Peribahasa ‘Belakang parang kalau diasah lagikan tajam’ bermaksud orang yang lemah, kalau ada

kesungguhan mempelajari sesuatu, lama-kelamaan akan menjadi pandai juga.

Tulis sebuah cerita berdasarkan peribahasa tersebut.

5
Bahagian D
[Masa yang dicadangkan: 10 minit]
[10 markah]

Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang anda telah kaji sama ada di Tingkatan 2
atau Tingkatan 3

(i) Aku Anak Timur, karya Siti Aminah Hj. Yusof


(ii) Pahlawan Pasir Salak, Mohd Ismail Sarbini
(iii) Kapten Hassan Wira Bangsa, karya Harun Johari
(iv) Kanang Cerita Seorang Pahlawan, karya Maznan Nordin
(v) Panas Salju, Talib Samat
(vi) Tragedi Empat Disember, karya Dzul Karnain Ithnain
(vii) Timulak Kapal Perang, karya Azmah Nordin
(viii) Ekspedisi, karya Mohd Ghazali Tocheh

Huraikan tiga pengajaran yang terdapat dalam novel yang telah anda kaji.

SOALAN TAMAT

6
7

You might also like