You are on page 1of 1

PENGGUNAAN KIT SOUNDAYS BAGI MENINGKATKAN KEUPAYAAN MURID

PRASEKOLAH MENGENAL NAMA HARI DALAM SEMINGGU MENGIKUT


URUTAN

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan meningkatkan keupayaan murid prasekolah mengenal nama hari

dalam seminggu mengikut urutan dengan menggunakan Kit Soundays berlandaskan

Teori Perkembangan Kognitif Bruner. Fokus kajian adalah untuk melihat murid

menyebut dan menyusun nama hari dalam seminggu mengikut urutan. Peserta kajian

ini terdiri daripada 4 orang kanak-kanak Prasekolah Cemerlang, Sekolah Kebangsaan

A yang dikenal pasti melalui refleksi pengajaran dan pembelajaran. Data dikumpul

secara kualitatif dengan menggunakan temu bual berstuktur yang melibatkan aktiviti

berbeza. Dapatan kajian menunjukkan perkembangan yang positif di mana murid

telah dapat menyebut dan menyusun hari dalam seminggu dengan bermula dari Ahad,

Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat dan Sabtu. Murid dapat membuat perkaitan

penyusunan hari dengan bahan konkrit (enaktif) dan gambar (ikonik) serta perkataan

(simbolik). Nyanyian lagu Tujuh Hari juga mengukuhkan ingatan murid tentang hari

dalam seminggu. Hasil kajian ini dapat memberi idea kepada guru prasekolah dalam

meningkatkan keupayaan murid prasekolah mengenal hari. Refleksi kajian ini ialah

murid hanya boleh menyusun nama hari yang bermula dari Ahad sahaja. Semasa

pengumpulan data, saya tidak banyak menggunakan gambar dan bahan konkrit untuk

membantu murid menyelesaikan permainan Isi Tempat Kosong. Cadangan tindakan

susulan seperti memberi konsep hari adalah kitaran kepada murid dan

menggunakan kaedah enaktif dan ikonik untuk menyelesaikan masalah apabila tidak

dapat menjawab soalan yang menggunakan simbolik.

Kata kunci: enaktif, ikonik, simbolik, hari, seminggu, urutan

You might also like