You are on page 1of 27

Contents

BAHAGIAN 1 2

PENDAHULUAN 2
1.1 Latar Belakang Projek 2

1.2 Objektif 2

1.3 Skop Kajian 3

1.4 Penyataan Masalah 3

BAHAGIAN 2 4

METODOLOGI PROJEK 4
2.1 Perancangan Kerja 4

2.2 Pengenalan 6

2.3 Jenis-jenis kabel dan papan suis 6

2.4. kabel 6

2.4.1 kabel 16mm x 4core CU/XLPE/PVC/swa/PVC 6

2.4.2 Papan Suis-Pengenalan pada papan suis (MSB/SSB) 8

2.5 Papan suis Wall Mounted 9

2.5.1 Perlindungan bagi papan suis utama:- 9

BAHAGIAN 3 10

KAEDAH KAJIAN 10
3.1 Langkah kerja 10

KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN 24

4.1 Pendahuluan 24

BAHAGIAN 5 26

RUJUKAN 26

LAMPIRAN 27

RAJAH 17: gambarajar plan asas cara merentang kabel 27


BAHAGIAN 1

PENDAHULUAN

1.1 Latar Belakang Projek

Laporan ini adalah merupakan pra syarat dan cara-cara


Kerja Merentang Kabel Bawah Tanah (LV) bersaiz 16
MMX 4 CORE PVC/SWA/PVC telah dilaksanakan
di Sekolah Kebangsaan Bachang Melaka ia merupakan
keperluan yang perlu dilaksanakan bagi mematuhi
keperluan Suruhanjaya Tenaga.

1.2 Objektif

i. Memastikan kabel berada dalam keadaan


baik dan tidak luka ketika direntang
ii. Memastikan saiz kabel yang direntang
bersesuaian dengan beban yang digunakan
iii. Memenuhi keperluan Akta Bekalan
Elektrik 1990 dan Peraturan-peraturan Elektrik
1994.
1.3 Skop Kajian

i. Menggunakan ujian
kekutuban jenis insulaton tester
(mega tester)
ii. Ujian kekutuban ini hanya
dibuat untuk memastikan fasa
tidak bertukar
iii. Kerja-kerja hanya pada
kabel 16mm x 4core
CU/XLPE/PVC/swa/PVC dan
papan suis kecil

1.4 Penyataan Masalah

Memenuhi keperluan Akta Bekalan Elektrik 1990 dan


Peraturan-peraturan Elektrik 1994.22.(1) Talian
bekalan bawah tanah hendaklah sentiasa ditebat dan
dilindungi sehingga memuaskan hati Suruhanjaya,dan
apabila talian ini dipasang pada jambatan atau
pembetungan ia hendaklah dilindungi mengikut apa-
apa cara yang diarahkan oleh Suruhanjaya.

13.(1) Apabila siap pendawaian atau pendawaian


semula sesuatu pepasangan atau tambahan pada
pepasangan yang sedia ada seperti dalam subperaturan
12(1) itu,pepasangan itu hendaklah diuji oleh pendawai
dengan sekatan fasa tunggal atau oleh Pendawai
sekatan Fasa Tiga yang diberi kuasa untuk menguji
mana-mana pepasangan ,dan hendaklah mengesahkan
Perakuan Ujian bagi pepasangan itu.
BAHAGIAN 2

METODOLOGI PROJEK

2.1 Perancangan Kerja

Metodologi merupakan elemen penting untuk


memastikan projek ini dijalankan dengan jayanya serta
setiap kerja yang dilakukan mengikut perancangan
yang telah ditetapkan. Ianya merupakan rujukan utama
dalam perlaksanaan kerja. Kerja ini telah dilaksanakan
pada 01 APRIL 2014.Rajah 1 menunjukkan carta alir
bagi kerja-kerja merentang kabel dan papan suis kecil
yang telah dilaksakan manakala rajah 2 menunjukkan
ghantt chart bagi kerja-kerja uji kabel dan papan suis
kecil.
Rajah 1 : Carta alir bagi kerja-kerja merentang kabel
bawah tanah (LV) 16mm X 4 core pvc/swa/pvc yang
telah dilaksanakan
2.2 Pengenalan

Kerja-Kerja merentang kabel pada papan suis kecil ini


dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Bachang
Melaka.Kerja-kerja ini dilakukan untuk memberi
bekalan elektrik kepada papan suis kecil yang
beroperasi untuk kegunaan penambahan pepasan
pendawaian baru.

2.3 Jenis-jenis kabel dan papan suis

Jenis kabel dan papan suis di Sekolah Kebangsaan


Bachang Melaka :

i. kabel 16mm x 4core CU/XLPE/PVC/swa/PVC

ii. Papan suia(Wall Mounted)

2.4. kabel

2.4.1 kabel 16mm x 4core


CU/XLPE/PVC/swa/PVC

Kabel tembaga adalah :kabel dengan penghantar


tembaga dan biasanya dipakai dalam instalasi tenaga
listrik dan alat-alat kontrol, sehingga biasanya disebut
kabel instalasi

Ada dua jenis kabel tembaga berdasarkan bahan


penghantar, fungsi dan susunan isolasinya

Ciri-ciri kabel tembaga berdasar bahan penghantarnya :

bentuknya padat dan berurat banyak

bahan dari alumunium murni dan campuran


Rajah 2: Pandangan hadapan bagi kabel kabel 16mm
x 4core CU/XLPE/PVC/swa/PVC

ciri-ciri kabel tembaga fungsi dan susunan


isolasinya:

untuk keperluan instalasi listrik rumah tinggal,


instalasi pesawat elektronika,panel tenaga dan distribusi

menggunakan isolasi PVC dan XLPE

kabel XLPE:

Maksud XLPE ialah Cross Link Ethylene.Penebatnya


dibuat dari bahan plastik yang diberi nama Cross Poly
Ethylene: yang menggantikan kertas. Penebat plastik
pepejal ini disalut pada setiap pengalir fasa yang terdiri
dari pengalir aluminium dan tembaga.
2.4.2 Papan Suis-Pengenalan pada papan
suis (MSB/SSB)

Papan suis atau switch board yang biasa kita dengar


adalah Main Switch Board (MSB) atau Sub-Switch
Board (SSB). Kedua-duanya secara asasnya
mempunyai fungsi yang sama. Fungsi utama Papan
Suis adalah untuk memutuskan litar sama seperti fungsi
suis-suis yang lain. Selain dari itu fungsi Papan Suis
adalah untuk mengawal kemasukan dan pengagihan
kepada beban.

RAJAH 3:CContoh PSU keluaran terkini

Di Malaysia, kebiasaannya pengeluar Papan Suis akan


menggunakan/mengikut standard yang di keluarkan
oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) kerana JKR merupakan
pelanggan yang paling utama dan paling cerewet bagi
produk Papan Suis ini.

Rekabentuk papan suis biasanya ada dua iaitu (i) Wall


mounted, (ii) Cubical.

Jenis Wall mounted biasanya untuk ampiar yang kecil,


kurang 150A.
2.5 Papan suis Wall Mounted

Papan suis Wall Mounted ialah Jenis melekat pada


dinding dan hanya mengagihkan beban-beban kecil
sahaja.

RAJAH 4: Gambarajah ini menunjukkan contoh papan


suis utama yg telah dilekatkan pada diding.

2.5.1 Perlindungan bagi papan suis


utama:-

(1)MCCB

(2)RCCB

(3)Earth Leakage/Fault Relay

(4)Overcurrent Relay
BAHAGIAN 3

KAEDAH KAJIAN

3.1 Langkah kerja

1) Mendapatkan arahan bertulis bagi kerja-kerja


secondary injection test dari pemilik (PTW).
2) Membuat pemeriksaan pada bilik papan suis :
a. Pastikan lukisan skematik diframekan dan
dipamerkan di dalam bilik tersebut.
b. Periksa semua peralatan (instruments) berada
dalam keadaan yang sempurna dan tiada sebarang
kecacatan atau kerosakan.
c. Peraturan 16 subperaturan (1): Periksa semua
Fius Suis dan Suis Fius mempunya tombol
pemutus di pemegang.
d. Peraturan 19 subperaturan (2): Alas getah (rubber
matting) mesti berada di posisi yang betul dan
sesuai tebalnya lebih kurang 0.5 inchi dan
lebarnya 1 meter untuk semua papan suis serta
panjang mengikut papan suis.
e. Peraturan 35: Pastikan pembumian dilakukan
dengan sempurna. Pembumian yang baik dan
sempurna mempunyai spring washer bagi
memastikan pembumiannya sempurna dan betul.
f. Peraturan 37(c): Pastikan ruang kerja yang cukup
bagi pengendalian atau penyenggaraan yang
selamat.
g. Peraturan 38 subperaturan (1): Pastikan semua
Bilik Suis mempunyai tanda DILARANG
MASUK di pintu masuk. Semua saiz bagi papan
tanda ini mestilah mengikut saiz yang sesuai dan
ianya mestilah tidak terlalu kecil.
h. Peraturan 38 subperaturan (4):Pastikan tanda
BAHAYA berada di papan suis untuk memberi
amaran dari luar.
i. Peraturan 39 subperaturan (1): Pastikan ada
diletakkan/ditunjukkan bagaimana caranya untuk
CPR dipraktikan dikawasan tersebut.
j. Peraturan 40: Pastikan ada alat pemadam apa atau
Fire Extinguisher minimum muatan tabung
ialah 9 kg, jenis CO2 Dry Chemical Powder,
ianya diservis dan diuji oleh pihak BOMBA
setiap tahun. Lihat sijil/perakuan pemeriksaan
tersebut dilekatkan padanya.
k. Peraturan 110: Periksa calibration seal date pada
Earth Fault Relays dan over current -Tuntutan
menentukur semula (Recalibration requirement)
ialah sekali bagi setiap 2 tahun.
l. Pastikan penutup belakang panel berada dalam
posisi yang betul.
m. Periksa semua lampu petunjuk (pilot indicating
lights) berfungsi dengan sempurna
n. 3. Membuat pemeriksaan pada kabel dan
papan suis
o. Tiada bengkokkan patah ataupun luka pada
fizikal kabel
p. Pastikan papan suis mengikut spesikasi yang
dikehendahki,memiliki kompenen yang lengkap ,
tiada kecacatan pada badan papan suis dan
mempunyai:-

i. Brand
ii. Model
iii. No Siri
4. Membuat laluan untuk merentangkan kabel
undergroung

a.Membentuk laluan underground kabel.

b.Merancang laluan longkang kabel.

c.Mengukur laluan longkang kabel mengikut jarak yang


dikehendaki.

d.mengorek longkang kabel sedalam 3 kaki x 1 kaki.

f.Mengamalkan langkah-langkah keselamatan


sepanjang kerja dijalankan.

5. Peralatan yang digunakan:-

1. Cangkul ,skup ,kereta sorong ,penggali.

2 . Pisau.

3. Crimphing player.

4. Gergaji besi.

5. Stand drum kabel.

6. Bahan-bahan yang digunakan

1. Kabel 16mm2 x4core pvc/swa /pvc .

2. Batu-bata merah.

3. Pasir sungai.

4. Tali nylon .

5. Cable gland mengikut saiz kabel.

6. Cable lug mengikut saiz kabel.

7. Papan suis jenis (Wall Mounted).

7.1 Sebelum melakukan tugas


a) Sebelum melakukan tugas , pastikan segala
peralatan dan bahan-bahan mencukupi untuk
memudahkan kerja.

b) Pastikan memakai kasut keselamatan untuk tujuan


keselamatan ketika melakukan kerja.

c) Laluan kabel yang tertera pada plan ,sekali lagi


diperiksa dilokasi tapak binaan bagi memastikan laluan
kabel tersebut tiada sebarang ganguan atau masaalah.

d) Setelah semuanya selesai ,barulah kerja boleh


dimulakan mengikut arahan dan panduan pada plan
yang diberi.

8. Cara-cara mengendalikan tugas

a) Pada permulaan tugas ,laluan kabel digali


menggunakan cangkul dan penggali sedalam 3kaki dan
panjang laluan kabel mengikut jarak yang dikehendaki.
Semasa menggali pekerja diharuslah berhati-hati
supaya tidak terkena paip air atau kabel lain semasa
mencangkul dan menggali

b) Setelah selesai kerja-kerja menggali ,laluan kabel


tadi hendaklah dimasukkan pasir dan diratakan
sepanjang jarak laluan tersebut setebal 3inci untuk
mengelakkan kabel daripada terluka terkena cepisan
batu ataupun barang-barang yang terdapat sepanjang
laluan kabel tersebut.

c) Apabila selesai kerja-kerja menggali dan meratakan


pasir pada laluan kabel tersebut ,kabel pula akan
direntangkan .Bagi kabel yang merentangi laluan kabel
yang baru dimasukan tadi ,pekerja hendaklah membuat
laluan longkang dan dimasukkan paip 4inci untuk
mengelakkan kabel itu berlaga.

d) Setelah semua kabel siap direntangkan ,sekali lagi


pasir dimasukkan dan diratakan pada atas kabel setebal
3inci sama seperti melapik kabel tadi ,kemudian batu-
bata merah disusun sepanjang laluan kabel bertujuan
sebagai penanda kabel.
e) Setelah selesai semua kerja-kerja meletakkan batu-
bata pada kabel ,kemudian laluan tadi ,masukkan tanah
yang digali tadi sehingga 1kaki dan tali nylon pula
direntangkan pada laluan tersebut bagi tujuan bahawa
terdapat adanya laluan kabel dibawah tanah.

f) kemudian laluan kabel tadi ditimbus sepenuhnya


,dan mana-mana hujung kabel tadi ditutup bagi
mengelakkan hujung kabel tadi dimasuki air.

9. Gambar-gambar menjalankan kerja

Rajah 5 : menunjukkan kerja-kerja lubang dan laluan


yang digali oleh pekerja.
Rajah 6 : Gambar menunjukkan pekerja sedang
meletakkan pasir kedalam laluan kabel.

Rajah 7 : Pasir sungai yang sudah dituang sepanjang


laluan kabel sedalam 3inci.
Rajah 8: Setelah siap meletakkan pasir ,kabel pula
direntang keatas pasir sepanjang laluan kabel.

Rajah 9: Setelah siap meletakkan kabel disepanjang


laluan ,kerja-kerja menimbuskan pasir sekali lagi
diletak dan diratakan sedalam 3inci juga
Rajah 10:Menunjukkan pekerja sedang meletakkan
kabel slab sebagai penanda .

Rajah 11:Kabel slab yang sudah siap direntang keatas


kabel
Rajah 12: Pekerja sedang mengambuskan kembali
laluan kabel

Rajah 13: pekerja sedang meratakan kembali tanah


laluan kabel
11. Keputsan ujian pada kabel dangan menggunakan
insulation tester.

Rajah 14: insulation tester

Ujian pada kabel.

R + e= ok

Y +e= ok

B + e= ok

R + Y + B + E = ok

R + n= ok

Y + n= ok

B + n= ok

N + E = ok
12. Kerja-kerja pemasangan papan suis kecil ( Wall
Mountede ).

Sediakan peralatan untuk memasang papan suis


seperti:-

-Drill

-Tukul

-Set spanar

-Spanar boleh laras

-Playar

-Screw driver felix/cross

-Wall plug besi saiz 12cm

-Sarung tangan dan kelengkapan keselamatan diri

Bahan yang digunakan:-

-Papan suis kecil (Wall Mounted)

-Cable gland

-Kabel lug
13. Langkah-langkah kerja.

Mengukur dan menanda lubang pada dinding mengikut


saiz papan suis.

Menebuk lubang pada dinding dengan menggunakan


drill dengan kedalaman yang sesuai untuk mengisi wall
plug.

Menanam wall plug pada lubang yang ditebuk unruk


melekatkan papan suis.

Kemudian pekerja hendaklah mengankat papan suis


dan mengikat degan ketat supaya papan suis tidak
tertanggal.

Rajah 14 :papan suis ( Wall Mounted ).


Tujuan undang-undang ialah untuk memastikan
semua litar kawalan dan suis mesra pengguna seperti
dapat dilihat dengan jelas, mudah dikendalikan dan
bebas dari sebarang halanngan objek serta :-

dipasang pada lokasi ketinggian 750mm dan


1200mm dari aras lantai

tidak memerlukan penggunaan kedua-dua tangan


untuk mengendalikan suis (melainkan bagi tujuan
keselamatan)

suis soket alir keluar harus mempunyai penunjuk


label sekiranya berada di posisi hidup ON

suis utama dan suis pengasing litar harus


mempunyai penunjuk label yang jelas samada di posisi
hidup ON atau mati OFF

suis individu dan suis soket alir keluar pelbagai


harus diasingkan

suis dan kawalan yang memerlukan penglihatan


jarak dekat (contoh : thermostat) harus dipasang pada
lokasi ketinggian antara 120mm dan 1400mm dari aras
lantai

plat hadapan suis kawalan mestilah dibezakan


dengan warna latarbelakang (contoh : tapak plat,
dinding)
RAJAH 15 : Gambarajah menunjukkan papan suis
utama

Saiz Bus-Bar Kuprum Voltan Rendah Kadaran Arus Pemutus Litar

6.3 mm x 25 mm 250 Amp

6.3 mm x 31.5 mm 300 Amp

6.3 mm x 40 mm 400 Amp

6.3 mm x 50 mm 500 Amp

6.3 mm x 60 mm 600 Amp

6.3 mm x 80 mm 800 Amp

6.3 mm x 100 mm 1000 Amp

2 x 6.3 mm x 60 mm 1200 Amp

2 x 6.3 mm x 80 mm 1600 Amp

JADUAL 1: Gambarajah menunjukkan sais busbar dan


keadaan arus
KEPUTUSAN DAN
PERBINCANGAN

4.1 Pendahuluan

Kertas kerja ini dibentuk adalah kerana ingin


mengemukakan tuntutan diatas kerja kerja merentang
kabel yang telah dilakukan di kawasan sekolah
kebangsaan bachang melaka .Berdasarkan kerja kerja
yang telah dijalankan seperti diatas dapat lah
disimpulkan bahawa kertas kerja ini amat lah
berperanan dalam menentukan nilai kos dan
perbelanjaan bagi kerja kerja merentang kabel bawah
tanah yang telah dijalankan. Sebanyak 500 meter telah
direntang kan kabel 16 mmx 4 core pvc/swa/pvc untuk
diberikan bekalan elektrik dari sub utama sekolah
tersebut yang bersesuaian dengan akta dan peraturan
elektrik 1994. Dibawah akta ini menyatakan kewajipan
memberikan bekalan apabila diminta. Segala kerja
kerja yang telah dijalan kan adalah mengikut piawaian
yang telah ditetapkan (standart operation procedure).
kerja kerja ini telah dijalankan bermula pada 01 April
2014 dan siap pada 05 APRIL 2014. segala nilai kos
dan perbelanjaan telah dinyatakan seperti gambar
Jadual 1 dibawah.
BIL PERKARA HARGA KUANTITI JUMLAH(
SUNIT(RM) RM)
1 KABEL 16MM X 5.00 500M 2500.00
4CORE
PVC/SWA/PVC
2 LOW VOLTAGE 2.00 500 unit 1000.00
CABLE SLAP
3 CABLE GLAND 4.50 2 unit 9.00
16MM
4 PASIR SUNGAI 200.00 1 lori (K) 200.00

5 PAPAN SUIS 5500.00 1 unit 6000.00


KECIL (full aaccessori)
WALL MOUNTED
JUMLAH - - 9709.00

Jadual 2 : Nilai kos dan perbelanjaan


BAHAGIAN 5

RUJUKAN

[1] Akta Bekalan Elektrik 1990 Peraturan-Peraturan


Elektrik 1994 MDC Publishers Sdn Bhd. Pindaan
2016 seksyen 24 kewajibpan membekal apabila di
minta m/s 26 dan peraturan 22 (2) m/s 99 sesalur dan
sambungan bawah tanah..

[2] Perlindungan Asas Sistem Pembahagian, TNB


Integrated Learning Solution

(ILSAS).
LAMPIRAN

RAJAH 17: gambarajar plan asas cara merentang


kabel

You might also like