You are on page 1of 5

Pergaulan Bebas (perilaku menyimpang yg melewati batas-batas norma

ketimuran yg ada)
Faktor:
1. PENGARUH BUDAYA BARAT.
Antara punca utamanya ialah pengaruh budaya barat. Remaja pada zaman
ini berpendapat bahawa budaya barat adalah lebih canggih dan lebih
moden. Oleh itu, pengaruh budaya barat yang berfikiran terbuka
merupakan dorongan kepada remaja hari ini untuk menjalin hubungan seks
bebas. Perasaan bangga terhadap kelakuan tidak bermoral ini
menyebabkan mereka terbawa-bawa dengan budaya barat sehingga
melupakan diri dan didikan agama. Situasi ini menyebabkan para remaja
masa kini tanpa rasa takut terjebak dalam gejala seks bebas. Golongan
remaja ini melakukan hubungan seks bebas dengan sesiapa sahaja tanpa
memikirkan kesannya terhadap diri, keluarga, masyarakat mahupun negara.

2. INSTITUSI KELUARGA.
Institusi keluarga juga turut mempengaruhi berlakunya gejala seks bebas
dalam kalangan remaja kini. Keluarga terutamanya ibu bapa seharusnya
berperanan dalam memberi didikan agama yang secukupnya kepada anak-
anak mereka. Namun demikian, pada hari ini kebanyakan ibu bapa terlalu
sibuk dengan kerja harian sehinggakan tidak dapat meluangkan masa
bersama anak-anak mereka. Kesibukan bukan alasan sebagai penghalang
ibu bapa mengambil berat hal anak-anak mereka. Yang paling penting, ibu
bapa tahu akan peranan mereka dan mengamalkan masa yang berkualiti
dengan anak- anak. Ibu bapa seharusnya mempunyai masa untuk
berkomunikasi dan mengambil tahu perihal anak-anak mereka. Mereka
seharusnya memainkan peranan penting dalam memberi didikan agama
dan sosial dari kecil lagi kerana ibu bapalah yang bertanggungjawab
membentuk sahsiah atau keperibadian anak-anak mereka.
3. PENGARUH MEDIA MASSA
Media massa juga menjadi penyumbang kepada berlakunya gejala sosial
seperti seks bebas dalam kalangan para remaja hari ini. Tidak semua yang
dipaparkan dalam media massa itu memberikan pengajaran yang baik.
Namun demikian, ada segelintir program-program dan drama-drama yang
memaparkan pergaulan bebas dalam kalangan remaja, program-program
realiti televisyen, serta rancangan-rancangan yang bersifat hiburan semata-
mata mempengaruhi para remaja dengan perkara yang tidak baik.
Umpamanya, corak pergaulan remaja yang jauh dari nilai-nilai ketimuran,
cara berpakaian yang kurang sopan dan gaya hidup yang mengikut cara
barat. Terdapat juga unsur-unsur lucah dan menghairahkan terdapat
dengan mudah di pasaran sama ada dalam bentuk bercetak, cakera padat
atau dalam bentuk lain-lain serta bahan media ini juga mudah diperolehi.

Kesan:

1. Kes pembuangan bayi meningkat


2. Perceraian dan keruntuhan
3. Tersebarnya penyakit-penyakit yang membawa maut
4. Keruntuhan akhlak
5. Peningkatan kes pengguguran
6. Kemerosotan Pelajaran .

Pembuangan Bayi (perbuatan mencampakkan atau menghapuskan anak kecil


yang tidak berdosa ke merata-rata tempat tanpa ada sifat berperikemanusiaan)

Faktor:

1. Kurang Didikan dan Kefahaman Agama


Faktor utama berlakunya permasalahan ini ialah kurangnya didikan dan
kefahaman agama. Kekurangan didikan agama yang merupakan panduan dan
pedoman hidup remaja telah menyebabkan mereka hilang haluan dalam
kehidupan dan seterusnya terlibat dalam gejala-gejala negatif seperti pergaulan
bebas dan sebagainya. Remaja yang melibatkan diri dalam gejala pergaulan
bebas antara lelaki dan perempuan sudah semestinya menjalinkan hubungan di
luar tabii. Hal ini telah menyebabkan remaja perempuan mengandung sebelum
ada ikatan yang sah. Dalam situasi tersebut, remaja yang hilang pegangan agama
tidak teragak-agak untuk membuang dan meninggalkan anak mereka selepas
dilahirkan. Lebih teruk lagi, ada segelintir remaja membunuh dan membakar bayi
yang mereka lahirkan semata-mata mahu menghilangkan bukti hasil hubungan
sulit mereka. Sikap negatif mereka ini telah menimbulkan seribu tanda tanya
kepada masyarakat tentang kewibawaan mereka dalam memacu Malaysia ke
arah pemodenan pada masa hadapan.

2. Pengaruh Rakan Sebaya


Selain itu, pengaruh rakan sebaya juga menyebabkan masalah kes pembuangan
bayi dalam kalangan remaja berlaku. Rakan-rakan yang negatif tidak teragak-agak
mengajak remaja untuk melakukan perkara-perkara di luar batasan agama dan
norma masyarakat seperti pergi ke tempat hiburan, menghisap dadah, melepak,
melakukan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, dan sebagainya.
Remaja yang terjerumus dalam kancah-kancah negatif tersebut, tanpa segan silu
melakukan hubungan seks rambang dan akhirnya menemui jalan buntu apabila
mendapati bahawa dirinya mengandung. Dalam keadaan yang terdesak, mereka
terpaksa membuang bayi mereka demi mengelakkan maruah diri dan keluarga
tercemar.
3. Sikap Masyarakat
Di samping itu, sikap masyarakat yang suka mengkritik dan menghukum turut
menyebabkan masalah pembuangan bayi ini berlaku. Apabila seseorang remaja
perempuan melahirkan anak luar nikah, sudah pastinya masyarakat setempat
menghina dan memandang serong padanya. Secara tidak langsung, remaja
perempuan itu juga pastinya dianggap menjatuhkan maruah keluarganya. Remaja
perempuan berasa tertekan dengan bebanan yang ditanggung seorang diri tanpa
sokongan daripada pelbagai pihak. Demi menjaga imej sendiri dan juga keluarga,
remaja tersebut mengambil jalan mudah dengan membuang bayinya ekoran
bimbang dipandang jijik dan hina oleh masyarakat. Jalan mudah yang diambil
mereka membuktikan bahawa mereka memerlukan bimbingan dan sokongan
daripada masyarakat untuk menyelesaikan masalah yang mereka alami.

4. Sikap Ingin Tahu Remaja


Faktor yang terakhir adalah sikap remaja yang ingin mencari sesuatu yang baru
atau sikap ingin tahu. Sikap ingin tahu tentang sesuatu memang wujud dalam diri
remaja. Biasanya, mereka gemar mencuba sesuatu yang baru. Setiap perkara
yang dilarang, itulah yang ingin diterokai oleh mereka. Remaja berfikiran bahawa
mereka menjadi lebih matang sekiranya mencuba benda yang jarang dilakukan
oleh orang lain, lebih-lebih lagi seks rambang. Mereka juga beranggapan bahawa
diwaktu usia remajalah mereka patut berseronok dan bergembira sehingga
melakukan perkara seperti seks bebas ini. Sikap remaja yang ingin mencuba
sesuatu ini sebenarnya tidak mengetahui baik dan buruknya serta akibat yang
bakal diterima mereka. Sebagi remaja yang matang, mereka mestilah berfikiran
rasional dan bijak dalam menilai sesuatu perkara supaya tidak menyesal
dikemudian hari.

Jenayah Jalan Raya (Jenayah jalan raya merujuk kepada kegiatan memberi
kesusahan kepada pengguna jalan raya atau mencederakan orang lain yang
berlaku di antara pengguna jalan raya atas perselisihan yang berkaitan dengan
masalah pengangkutan)

Contoh: Lumba haram dan samseng jalan raya


Jenayah siber (jenayah komputer yang baharu pada abad ini. Jenayah siber ini
terdiri daripada unsur penipuan, kerosakan atau pengubahsuaian program atau
data komputer, pencurian maklumat, penggodaman dan lain-lain)

You might also like