You are on page 1of 1

Refleksi tentang Makropengajaran Matematik Tahun

1
PENGENALAN
Rancangan pengajaran Matematik ini adalah untuk Kelas 1 Cerdas. Jumlah murid
dalam kelas ini seramai 35 orang. Murid-muridnya terdiri daripada 34 orang murid bangsa
Cina dan 1 orang murid bangsa Melayu. Murid Melayu ini tidak pernah belajar dalam bahasa
Cina, jadi ini merupakan cabaran untuk saya mengajar kelas ini supaya subjek ini mencapai
objektif pengajaran dan pembelajaran saya iaitu semua murid menguasai kemahiran
numerasi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina.

KEKUATAN
Oleh sebab kelas ini adalah kelas tahun 1, anak murid masih kecil dan jarang
menggunakan duit dalam kehidupan harian kecuali di kantin sekolah atau koperasi sekolah.
Jadi, saya banyak mengajar dengan masukkannya didik hibur supaya memudahkan anak
murid lebih senang memahami tentang tajuk yang saya ajar.
Contohnya, saya berlakon sebagai penjual di kantin dan mereka sebagai pelanggan.
Dalam proses jual-beli, penggunaan duit adalah diperlukan. Pada masa itu, murid-murid
dapat belajar sambil bermain berlakon sebagai pelanggan yang bijak. Suasana pengajaran
dan pembelajaran pada masa itu sungguh menyeronokkan.

KELEMAHAN
Walaupun murid-murid dapat belajar dan menyerap ilmu pengetahuan baru melalui
strategi yang saya reka itu, tetapi mereka terlalu gembira sehingga saya berasa bising dan
mungkin mengganggu kelas sebelah belajar. Saya perlu menggunakan sekurang-kurangnya
1 minit untuk mengawal disiplin murid dalam setiap langkah yang dijalankan supaya disiplin
kelas terkawal. Oleh sebab itu, masa pengajaran dan pembelajaran ini telah melebihi masa
sepanjang 3 minit.
Selain itu, saya meminta murid Melayu itu untuk menjawab soalan saya dalam
bahasa Cina, dia memerlukan masa untuk berfikir. Namun, ini bukan masalah asalkan anak
murid ini dapat belajar sesuatu.

LANGKAH MENGATASI
Selepas merenung kembali pengajaran dan pembelajaran itu, sebenarnya saya perlu
menerangkan perturan dalam kumpulan dengan jelasnya terlebih dahulu sebelum saya
memulakan situasi lakonan. Soalan yang disediakan mungkin terlalu banyak, jadi bolehlah
kurangkan bilangan soalan atau menyediakan bilangan soalan yang sesuai berdasarkan
kebolehan murid-murid.

You might also like