Professional Documents
Culture Documents
ABSTRAK
Noor Azura binti Mohd. Hanapi memegang Ijazah Sarjana Muda (Bahasa Melayu)(Hons)
Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di Institut Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia,
Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2009. Ketika ini sedang mengikuti pengajian
peringkat sarjana di bawah tajaan Bahagian Tajaan Pendidikan Malaysia. Berpengalaman
mengajar selama 8 tahun dan pernah menjadi Jurulatih Utama Bahasa Melayu (Pedagogi
Bahasa Melayu) di daerah Petaling Perdana, Selangor . Ketika ini sedang melanjutkan
pengajian di peringkat Sarjana Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Pertama, Fakulti Pengajian
Pendidikan di Universiti Putra Malaysia.
Dr. Fadzilah Abd Rahman memegang Ijazah Doktor Falsafah dari University of Sheffield,
United Kingdom dalam bidang Pendidikan Pedagogi; Ijazah Master Sains 8(Pedagogi) dan
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Pengajaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Pertama (PBMP)
dari Universiti Putra Malaysia. Beliau dilantik sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia
pada tahun 1999 setelah menjawat jawatan guru selama 15 tahun. Kini beliau seorang
pensyarah kanan di Jabatan Pendidikan Bahasa dan Kemanusiaan di Fakulti Pengajian
Pendidikan, Universiti Putra Malaysia. Beliau berminat dan terlibat dengan pelbagai aktiviti
penyelidikan dan penerbitan khususnya dalam bidang Pendidikan Pedagogi yang bertumpu
kepada Perkembangan Pedagogikal Isi Kandungan dan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran;
dan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu yang bertumpu kepada Kaedah Pengajaran,
Pengujian dan Penilaian, dan Aplikasi Komputer dalam Pengajaran. Beliau juga mempunyai
minat khusus dalam paradigma pengajaran dan pembelajaran konstruktivisme.
Dr.Azhar Md Sabil memegang Ijazah Kedoktoran Pengajian Melayu (Bahasa Melayu) dari
Universiti Malaya pada tahun 2012; Ijazah Sarjana Pengajian Melayu (Bahasa Melayu) dari
Universiti Malaya dan Sarjana Muda Sastera (Bahasa Melayu) dari Universiti Malaya. Beliau
dilantik sebagai pensyarah di Institut Pendidikan Guru pada tahun 2004 setelah menjawat
jawatan guru selama 15 tahun. Kini beliau berkhidmat di Jabatan Pendidikan Bahasa dan
Kemanusiaan, Fakulti Pengajian Pendidikan,Universiti Putra Malaysia sejak tahun 2014.
Beliau berminat dan terlibat dengan pelbagai aktiviti penyelidikan dan penerbitan bertumpu
kepada Perkembangan Bahasa Melayu dan Pendidikan Bahasa Melayu. Beliau juga
mempunyai minat khusus dan kepakaran dalam bidang sastera dan aplikasi komputer dalam
pengajaran.