You are on page 1of 3

PERLEMBAGAAN KELAB MUZIK & KOMPANG

SMK BANDAR SUNWAY

1. Pelaksanaan

1.1. Kelab Muzik dan Kompang yang bergerak di SMK Bandar Sunway adalah
tertakluk kepada perlembagaan ini mulai 1 JANUARI 2017
1.2. Semua perlembagaan sebelum tarikh di atas adalah dengan sendirinya terbatal.

2. Kuasa Penubuhan dan Pembubaran

2.1. Pengetua mempunyai kuasa dalam menubuh atau meluluskan penubuhan


sesebuah Persatuan atau Kelab di sekolah ini atas nasihat /pandangan Penolong
Kanan Pentadbiran/PK Hal Ehwal Murid dan PK Kokurikulum.
2.2. Pengetua mempunyai kuasa dalam membubarkan atau meluluskan pembubaran
sesebuah Persatuan atau Kelab di sekolah ini atas nasihat/pandangan PK.
Pentadbiran/PK Hal Ehwal Murid dan PK Kokurikulum.

3. Perlantikan dan Pemecatan Guru Penasihat

3.1. Pengetua atas pandangan Penolong Kanan Kokurikulum berkuasa melantik mana-
mana guru SMK Bandar Sunway sebagai penasihat Kelab Muzik dan Kompang
bagi setiap tahun.
3.2. Pengetua atas pandangan Penolong Kanan Kokurikulum berkuasa memecat mana-
mana guru-guru SMK Bandar Sunway daripada menjadi penasihat Kelab Muzik
dan Kompang bagi setiap tahun.
3.3. Semua perlantikan adalah merujuk kepada buku Senarai Tugas Guru yang
diedarkan setiap awal tahun.

4. Pendaftaran Ahli dan Pemilihan Ahli Jawatankuasa

4.1. Keahlian hanya untuk pelajar-pelajar SMK Bandar Sunway yang masih menuntut
di sekolah ini.
4.2. Pendaftaran ahli dan Pemilihan Ahli Jawatankuasa hendaklah merujuk kepada
dokumen pengurusan kokurikulum sekolah yang disediakan oleh pengurusan
sekolah.
4.3. Guru penasihat berhak memberi pertimbangan dan nasihat serta mempengaruhi
perlantikan Ahli Jawatankuasa yang akan dipilih bagi menentukan pemilihan
tidak berdasarkan populariti, tetapi berdasarkan kemampuan dan keberkesanan
kepimpinannya.
4.4. Pemilihan Ahli Jawatankuasa hendaklah mengikut kaedah demokrasi, iaitu
majoriti sebagai penentu.
4.5. Pengurusan Kelab adalah tertakluk kepada cadangan dan peruntukan badan induk
dari segi perlantikan AJK. Pengetua mempunyai hak menerima atau menolak
cadangan tersebut.

5. Kutipan Yuran

5.1. Jumlah yuran tahunan Kelab Muzik dan Kompang adalah ditentukan dalam
Mesyuarat Agong
5.2. Persatuan dan Kelab berhak mengadakan kutipan tambahan jika terdapat aktiviti
yang memerlukan perbelanjaan yang lebih dengan syarat kutipan tambahan
dikenakan kepada ahli yang akan menyertai aktiviti sahaja.
5.3. Kutipan yuran hendaklah direkodkan oleh Bendahari
5.4. Rekod Kewangan Persatuan dan Kelab hendaklah disediakan oleh Bendahari
untuk diperiksa oleh guru penasihat mengikut masa yang tidak dijadualkan.
5.5. Untuk keselamatan, wang Persatuan dan Kelab dinasihatkan disimpan oleh guru
penasihat.

6. Aktiviti

6.1. Aktiviti luar kawasan sekolah mestilah terlebih dahulu mendapat kebenaran
pengetua dan ibu bapa.
6.2. Aktiviti luar negeri hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran Jabatan
Pelajaran Negeri.

7. Larangan

7.1. Ahli Persatuan dan Kelab dilarang menjalankan sebarang aktiviti berbentuk
perjudian.
7.2. Merokok dan meminum minuman keras dilarang sama sekali semasa aktiviti
dijalankan terutama di luar kawasan sekolah.
7.3. Penceramah/Tenaga Pengajar luar tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam
aktiviti persatuan tanpa kebenaran Pengetua atau Penolong Kanan.
7.4. Pengurusan alat muzik, penulisan, alat bunyian serta gambar yang tidak bermoral
tidak dibenarkan sama sekali.
7.5. Perkara atau identiti atau mesej perkauman serta isu sensitif dilarang
diperkenalkan atau dibincangkan dalam Kelab dan Persatuan.

8. Penambahan Peraturan
8.1. Penambahan peraturan dalam setiap Kelab dan Persatuan adalah dibenarkan.
8.2. Kebenaran ini adalah tertakluk kepada persetujuan Guru Penasihat dan tidak
bertentangan dengan peraturan sekolah seperti yang terdapat dalam buku disiplin
sekolah.

You might also like