You are on page 1of 5

KERTAS KERJA PROJEK REKA CIPTA DAN INOVASI

KELAB DAN PERSATUAN


SK PESERAI 2015

MISI

Berazam Untuk Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangun Potensi Individu
Bagi Mematuhi Aspirasi Negara

VISI

Beriltizam Menjadi Pemangkin Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

1. LATAR BELAKANG

Sistem Pendidikan di Malaysia kini berkembang pesat seiring dengan era globalisasi yang semakin
membangun sepantas kilat. Sebagaimana yang diketahui umum kelahiran generasi yang beretika, berinovasi dan
berpendidikan terletak ditangan warga guru. Mutu guru merupakan factor penting yang mempengaruhi
pencapaian akedemik pelajar. Pengetahuan guru tentang isi pelajaran, organisasi dan gaya persembahan yang
berkesan akan mampu menyepadukan ilmu-ilmu agar lebih bermakna. Bidang kokurikulum yang merangkumi
kegiatan pasukan badan beruniform, kelab dan persatuan serta sukan dan permainan adalah sebahagian ilmu yang
wajib dipelajari oleh semua murid dalam Sistem Pendidikan Negara. Selain berperanan sebagai penyumbang dan
pelengkap kepada pengajaran dalam bilik darjah, bidang ilmu yang dijalankan di luar bilik darjah juga berperanan
dalam membentuk perwatakan dan jati diri murid. Budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan murid lebih sesuai
didedahkan melalui kokurikulum.

2. PENDAHULUAN

Kertas kerja ini bertujuan untuk melaksanakan program Pertandingan Projek Reka Cipta Inovasi Kelab Dan
Persatuan Peringkat Sekolah sebagai persediaan menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh Bahagian
Kokurikulum Dan Kesenian kementerian Pendidikan Malaysia.

3. MATLAMAT

Memupuk dan melahirkan modal insan yang berinovatif dan kreatif melalui penghasilan projek bagi setiap
murid dalam kegiatan kelab dan persatuan di sekolah.
4. OBJEKTIF

4.1 Menggunakan pengetahuan dan kefahaman dan kemahiran praktikal yang diperolehi melalui
pengajaran dan pembelajaran.

4.2 Memupuk budaya kreatif dan inovatif melalui kerja secara berpasukan dalam kalangan murid.

4.3 Mengenalpasti ruang untuk penambahbaikan aktiviti kelab dan persatuan.

4.4 Berkomunikasi dengan berkesan dan menyampaikan maklumat, idea, masalah, penyelesaian secara
jelas dan meyakinkan di samping mencuba sesuatu yang baharu dan menajamkan pemikiran agarberfikir di luar
kotak norma.

4.5 Penyediaan kea rah kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) bagi murid murid dan warga sekolah.

4.6 Memenuhi objektif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia kea rah tranformasi pendidikan yang
dapat memenuhi aspirasi system dan pengurusan murid demi menghasilkan pendidikan yang berkualiti bertaraf
antarabangsa.

4.7 Memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dapat membentuk keseimbangan murid
dari aspek intelek, jasmani, rohani dan social.

4.8 Memberikan ruang dan peluang kepada murid murid untuk memperkembangkan bakat, minat dan
potensi dalam menghasilkan projek inovasi mengikut kreativiti murid berdasarkan garis panduan yang disediakan.

5. RASIONAL

Untuk melengkapkan proses pembelajaran dan mencapai kecemerlangan dalam bidang Kokurikulum
khasnya kelab dan persatuan. Pendedahan awal kepada murid dengan kepelbagaian aktiviti secara kumpulan dan
memberi ruang untuk meneroka, mencuba dan mencuba sedaya upaya sesuatu tugasan atau projek yang
dipertanggungjawabkan.

6. NAMA PROGRAM

PROJEK REKA CIPTA DAN INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH

KAPAL TERBANG AERO DINAMIK

7. TARIKH PROGRAM

11 JUN 2015 (KHAMIS)


8. TENTATIF PROGRAM

AKTIVITI TARIKH MASA KUMPULAN SASARAN

Pendaftaran Peserta 11.JUN.2015 7.15 Pagi 100 ORANG

Taklimat Pertandingan 11 JUN 2015 7.45 Pagi Peserta Pertandingan

Penyediaan Bahan 11 JUN 2015 8.00 08.30 Peserta Pertandingan


pagi

Pertandingan Bermula 11 JUN 2015 8.30 10.0 Peserta Pertandingan


pagi

Rehat 10.00 10.30


pagi

Pertandingan Bersambung 11 JUN 2015 10.30 12.30 Peserta Pertandingan


tengahari

9. KUMPULAN SASARAN

Seramai 100 orang murid Tahun 4, 5 dan 6 akan terlibat dengan program yang diberi.

a. Murid Tahun 4 - 20 orang

b. Murid Tahun 5 - 30 orang

c. Murid Tahun 6 - 50 orang

JUMLAH 100 orang

10. LOKASI

DEWAN MUAFAKAT SK PESERAI

11. SUMBER KEWANGAN / ANGGARAN PERBELANJAAN

11.1 Peruntukan Pelbagai (Kelab/Persatuan/Program Inovasi)

PELBAGAI RM 450.00
KELAB / PERSATUAN / PROGRAM INOVASI
BAKI PERUNTUKAN TERKINI RM 0.00
11.2 Perbelanjaan Program

BIL PERKARA / ITEM JUMLAH KECIL JUMLAH BESAR

1 Peralatan dan bahan RM 150.00


-Gam UHU,Polisteren,Bainding tape,
pisau boleh laras, Pen Marker

2 Sijil RM 1.00 X 100 orang RM 100.00

3 Makan Dan Minum Pelajar RM 2.00 X 100 orang RM 200.00

JUMLAH RM 450.00

12. STRATEGI PELAKSANAAN

JAWATANKUASA:

Jawatankuasa Induk:

Penasihat : Tn Hj Mohd Khirom Bin Ab Rahman


Pengerusi : En Mohd Noor Bin Makpol
Naib Pengerusi : Pn Hjh Saliza Bt A. Rahim
: Pn Salimah Bt Abd Rahman
Penyelaras Kokurikulum : En Azman Bin Wartam
Setiausaha : Pn Azlina Bt Amir
Bendahari : Pn Zainorida Bt Ngarip

Jawatankuasa Pelaksana:

Pendaftaran : Buku Program:


1. Pn Nahida Bt Mohd Onn 1. Cik Maria Bt Mansor
2. Pn Zaitun Bt Drahman 2. Pn Normala Bt Suleiman

Fasilitator: Sijil/Cenderamata:
1. Pn Siti Hayati Bt Aziz 1. Cik Shamala a/p Krishnan
2.En Mohd Hanif Bin Burhanudin 2. Pn Ho Yee Hiang
3. Pn Norhanan Bt Gimin 3. En Azman Bin Wartam
4. Pn Hjh Murzana Bt Jadri
5. A. Rahman Bin Othman Jamuan:
6. Pn Teu Chai Har 1. Pn Masidah Bt Paiman
7. En Mohd Shahir Bin Othman 2. Pn Hamidah Bt Jamari
8. En Muhubuddin Bin Abdullah 3. Pn Norhafizah Bt Taib
9. Cik Er Yan Phin
10. En Mohd Yazid Bin Aziz
PA Sistem: Peralatan:
1. En Mohd Mustafa Bin Mohamed 1. En Ruzi Bin Jamil
2. En Yahya Bin Sheikh Salleh 2. En Zulaili Bin Sabtu
3. En Aminnul Hafidz Bin Mohamad 3. En Adam Hud Bin Ahamad

13. RUMUSAN
Kajian Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, Kementerian Pendidikan Malaysia mendapati bahawa
kegiatan kokurikulum disekolah-sekolah yang berunsurkan kelab dan persatuan kurang digemari oleh
murid. Dengan yang demikian adalah diharapkan dengan adanya pertandingan Projek Inovasi ini dapat
membuka minda murid murid agar berminat dan cenderung dalam bidang ini. Hal ini memerlukan
penelitian yang menyeluruh terhadap pelaksanaan kegiatan kelab dan persatuan di sekolah agar suatu
hala tuju yang baharu selaras dengan keperluan Negara pada masa akan dating dapat direalisasikan.
Perlaksanaan program ini juga diharapkan dapat bergerak selari dengan anjakan ke 3 untuk
transformasi system aitiu melahirkan rakyat Malaysia dengan penghayatan nilai dan dapat mencapai
Aspirasi Perpaduan yang terdapat salam system pendidikan yang menawarkan perkongsian pengalaman
dan nilai kepada kanak kanak dengan menghargai kepelbagaian.

Disediakan Oleh: Disemak Oleh:

.. .
( AZLINA BINTI AMIR ) ( MOHD NOOR BIN MAKPOL )
Setiausaha Projek Inovasi Kelab Dan Persatuan GPK Kokurikulum
SK Peserai SK Peserai

Diluluskan Oleh:

You might also like