Professional Documents
Culture Documents
1
Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah SWT atas limpahan rahmat-Nya
dapat kita berhimpun sekali lagi di rumah-Nya bagi merayakan Idul Fitri. Hari
ini adalah hari kemenangan buat umat Islam kerana berjaya menjalani ibadah
puasa di bulan Ramadhan.
Semoga matlamat puasa Ramadhan yang ditetapkan dahulu benar-benar
menjadikan kita insan yang bertakwa dan terus kekal dalam golongan Muttaqin
seterusnya beroleh kejayaan di dunia dan akhirat. Firman Allah SWT dalam
Surah Ali Imran ayat 133:
Maksudnya: Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-
amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu,
dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit
dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.
2
Ketakwaan seseorang yang beriman setelah melalui proses pembersihan jiwa
sepanjang Ramadhan adalah dinilai melalui keazaman, kesungguhan atau
istiqamahnya dalam melaksanakan segala titah perintah Allah SWT selepas
berakhirnya Ramadhan.
Malang sekali sekiranya umat Islam sendiri yang diseru supaya bertakwa
tidak pernah peduli untuk faham apakah yang dimaksudkan dengan takwa. Para
ulama termasuk beberapa sahabat Nabi SAW telah menerangkan takwa dengan
pelbagai cara dan makna bagi membantu umat Islam untuk merealisasikannya.
Takwa menurut tafsiran Saidina Ali R.A misalnya direalisasikan di dalam
3
MUSLIMIN MUSLIMAT YANG DIRAHMATI ALLAH,
Selain keteguhan akidah, setiap amalan yang dilakukan juga hendaklah ikhlas
kerana Allah SWT dan berterusan. Sifat ini lebih disukai oleh Allah SWT dan
mereka adalah orang-orang yang berjaya. Firman Allah SWT dalam Surah an
Nur ayat 52:
Maksudnya: Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya dan takut
melanggar perintah Allah serta, menjaga dirinya jangan terdedah kepada azab
Allah, maka merekalah orang-orang yang beroleh kemenangan.
Namun, kemenangan kita di Idul Fitri ini tidak bermakna seolah-olah kita
berpesta meraikan pemergian Ramadhan. Perayaan ini adalah simbolik tanda
kesyukuran kita di atas mujahadah yang dilakukan selama sebulan lalu di
samping bermuhasabah dengan melaungkan takbir dan tahmid tanda keinsafan.
Paling penting, kita hendaklah memelihara konsistensi dalam
mengamalkan segala kebaikan dan bersungguh-sungguh meninggalkan
keburukan supaya tiada ruang lagi buat syaitan dan nafsu jahat memisahkan
antara hak dan batil. Sesunggunya, hati yang telah diasuh dengan erti keikhlasan
dan disucikan daripada kekotoran dosa akan dihidupkan oleh Allah SWT
kembali kepada fitrah. Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Ibnu
Majah daripada Abu Umamah RA:
4
Ya, pada hari kiamat nanti golongan yang beriman dan beramal soleh,
dikurniakan oleh Allah SWT dengan hati yang hidup iaitu dalam keadaan
bahagia dan gembira kerana di beri balasan yang baik dan keredhaan di sisi
Allah SWT. Sebaliknya, golongan yang kufur ingkar, hatinya mati iaitu dalam
keadaan hampa dan kecewa kerana mendapat kemurkaan dan ditimpakan
seburuk-buruk balasan oleh Allah SWT.
5
Perhimpunan pada hari ini membuktikan kehebatan dan ketinggian syiar Islam
di negara kita. Oleh itu, kehadiran kita ke masjid di pagi yang mulia ini pastinya
membawa seribu makna. Lihatlah, sebentar tadi kita sama-sama melaungkan
kalimah membesarkan Allah SWT, kita sujud bersolat bersama-sama sebagai
tanda syukur dan saat ini kita mendengar nasihat agama sebagai pedoman
hidup. Sejurus selepas ini pula, kita akan bermaaf-maafan dengan sanak saudara
dan sahabat handai. Fenomena ini adalah bukti kekuatan dan kemenangan kita
bersama sebagai umat Islam yang kukuh tali ukhuwwahnya.
Namun, usah dilupa setinggi mana pun kasih sayang dan kegembiraan
yang ditunjukkan pada hari ini, jangan kita terlepas pandang kepada nasib
saudara-mara kita yang masih bersedihan dengan kekurangan dan ujian ke atas
mereka. Hulurkanlah tangan membantu setakat kemampuan kita agar mereka
juga tetap ceria di lebaran ini.
Sewaktu kita berziarahan sepanjang Idul Fitri ini nanti, peliharalah adab-
adab sebagai seorang Muslim dalam konteks batasan pergaulan dengan yang
bukan mahram dan berhibur dengan pelbagai program sehingga terleka serta
mencacatkan kemuliaan Syawal ini.
Pertama: Idul Fitri disambut sebagai tanda kesyukuran dan kemenangan atas
kejayaan melawan hawa nafsu sepanjang sebulan menjalani ibadah
puasa.
Kedua: Kejayaan atau kemenangan sebenar hamba yang beriman itu adalah
apabila memperolehi ketakwaan dengan meneruskan amal soleh
sepanjang masa.
Ketiga: Idul Fitri medan memperkukuhkan silaturrahim sesama kita.
6
Maksudnya: Dan orang-orang yang bertakwa kepada Tuhan
mereka akan dibawa ke syurga dengan berpasuk-pasukan,
sehingga apabila mereka sampai ke syurga yang pintu-
pintunya sedia terbuka dan penjaga-penjaganya mengalu-
alukan mereka dengan kata-kata: "salam sejahtera kepada
kamu, berbahagialah kamu, maka silalah masuk ke dalam
syurga ini dengan keadaan tinggal kekal di dalamnya" (Mereka
pun masuk). (Surah az Zumar: 73)
7
KHUTBAH KEDUA
9
Ya Allah, kami memohon agar dengan rahmat dan perlindungan Mu, negara
kami ini dan seluruh rakyatnya dikekalkan dalam keamanan dan
kesejahteraan. Tanamkanlah rasa kasih sayang dan kekalkanlah perpaduan
di kalangan kami. Semoga dengannya kami sentiasa hidup aman damai,
sejahtera dan selamat sepanjang zaman.
10
11