You are on page 1of 2

Nurul Hanani Binti Abd Rahman

Victoria Institution
Jalan Hang Tuah
55200 Kuala Lumpur

Pengarah
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 3 & 4 Blok E12
Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya 18 Jun 2017

Tuan,

PERMOHONAN PERTUKARAN GURU TERLATIH SEKOLAH MENENGAH


ANTARA NEGERI

Dengan hormatnya perkara tersebut di atas adalah dirujuk.

2. Saya NURUL HANANI BINTI ABD RAHMAN (K/P : 850426-11-5288)


OPSYEN BAHASA INGGERIS (TESL) memohon perhatian pihak tuan untuk
mempertimbangkan pertukaran ke mana-mana sekolah di Negeri Perak bagi daerah Kinta
Utara atau Kinta Selatan yang mempunyai kekosongan.

3. Berikut adalah sebab-sebab saya ingin memohon rayuan perpindahan ke PPD Kinta
Utara atau PPD Kinta Selatan.

i. Menjaga Ibu yang baru sahaja kematian suami. Ibu saya tinggal seorang diri dan
tiada saudara mara yang berdekatan dengan ibu. Baru-baru ini ibu telah dikejarkan ke
bahagian Kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh atas sebab Dyslipidemia.
Beliau berusia 61 tahun. Semasa kejadian tiada sesiapa di rumah dan terpaksa
meminta tolong seorang kenalan kerana jiran tiada di rumah. Doktor telah
mengeluarkan saranan berbentuk surat supaya ibu ditemani oleh sesiapa kerana risau
jika berlaku apa-apa tiada siapa yang akan berada di situ. Saya risau ibu masih sedih
dan tiada tempat bergantung dan boleh menghadapi tekanan perasaan.

4. Untuk pengetahuan pihak tuan saya tidak mengisi permohonan eg-tukar pada tahun
ini kerana saya tidak merancang untuk bertukar. Ini adalah kerana pada waktu itu ayah saya
masih hidup dan ibu saya mempunyai teman. Kematian ayah saya yang mengejut telah
membuatkan saya memohon pertukaran ini.
5. Bersama-sama ini disertakan dokumen-dokumen yang berkaitan serta surat doktor
untuk rujukan pihak tuan. Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan, saya
dahulukan dengan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

_______________
(Nurul Hanani Binti Abd Rahman)
Guru Akademik Biasa,
Victoria Institution
0132318155

You might also like