You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN SEKENDI

45200 SABAK BERNAM, SELANGOR.

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS KALI KEDUA 2017

Tarikh : 10 April 2017( Isnin )


Masa : 10.20 a.m.
Tempat : Bilik Guru SK Sekendi

Kehadiran :

1. Pn. Ramlah bt Mohd Noor ( GPK 1)


2. En. Mohd Azrul Azuan b Mohd Asri (Ketua Panitia)
3. Pn. Hjh Juhana Bt Johar (Setiausaha)
4. Pn. Noor Asyikin bt Sofian Nazri (AJK)

Tidak Hadir : Tiada

Agenda :

1. Ucapan alu-aluan pengerusi (Ketua Panitia Sains)


2. Ucapan wakil Guru Besar ( Guru Penolong Kanan 1)
3. Pengesahan minit mesyuarat
4. Perkara berbangkit
5. Post-mortem ujian bulanan 1
6. Hal-hal lain
7. Penutup.

1. Ucapan Alu-aluan Pengerusi

1.1 Mengucapkan salam dan mengalu-alukan kehadiran semua guru pada


mesyuarat panitia bagi kali kedua Tahun 2017.

1.2 Beliau mengucapkan syabas dan tahniah di atas kelancaran pengendalian


Ujian bulanan 1 yang berlangsung pada bulan Mac.

Tindakan : Makluman

2. Ucapan Wakil Guru Besar

2.1 Pn. Ramlah bt Mohd Noor selaku Guru Penolong Kanan 1, mengucapkan
salam dan mengalu-alukan kedatangan ahli panita sains.

2.2 Mengingatkan guru panitia Sains supaya melengkapkan buku rekod mengajar
sehingga akhir bulan April ini.
2.3 Mengucapkan tahniah kepada Guru Panitia Sains di atas kuiz pagi yang
dijalankan.
Tindakan : Tindakan guru.
3. Pengesahan Minit Mesyuarat.

3.1 Pn. Juhana bt Johar mencadangkan agar minit mesyuarat yang lalu disahkan
dan disokong oleh Pn. Noor Asyikin bt Sofian Nazri.

Tindakan : Makluman

4. Perkara Berbangkit

4.1 Penambahbaikan pelaksanaan program kuiz sains pagi yang mengambil masa
melebihi masa yang ditetapkan.

4.2 Pengemaskinian headcount selepas Ujian bulanan 1 dijalankan.

4.3 Perbincangan mengenai Pembelajaran Abad ke-21.

Tindakan : Guru Sains

5. Post-mortem ujian bulanan 1(Mac)

5.1 Analisa keputusan Ujian bulanan 1 adalah seperti berikut:

ANALISA UJIAN BULANAN 1 2017.

TAHUN BIL
MURID A % B % C % D % LULUS % E %
TAHUN 1 17 4 23.5 2 11.8 10 58.8 0 0.0 16 94.1 1 5.9
TAHUN 2 27 3 11.1 9 33.3 7 25.9 4 14.8 23 85.2 4 14.8
TAHUN 3 15 11 73.3 3 20.0 0 0.0 0 0.0 14 93.3 1 6.7
TAHUN 4 24 1 4.2 6 25.0 10 41.7 4 16.7 21 87.5 3 12.5
TAHUN 5 21 14 66.7 4 19.1 0 0.0 0 0.0 18 85.7 3 14.3
TAHUN 6 30 0 0.0 6 20.0 14 46.7 6 20.0 26 86.7 4 13.3

5.2 Secara keseluruhannya kesemua kelas menunjukkan prestasi yang cukup baik
iaitu sekurang-kurangnya 85% lulus matapelajaran Sains.

5.3 Peratusan gagal yang rendah iaitu 15%.

5.4 Guru-guru perlu mengenalpasti pelajar-pelajar yang tidak menguasai dan


mencari punca kelemahan pelajar.

5.5 Guru-guru dianjurkan supaya mengadakan kelas tambahan Sains bagi murid-
murid yang tidak menguasai ini.

Tindakan: Guru Subjek


6.0 Hal hal lain.

6.1 Guru dianjurkan supaya menggunakan BBM semasa mengajar.

6.2 Guru juga digalakkan supaya menggunakan Makmal Sains bagi meransang
minat murid untuk belajar.

Tindakan : Guru Sains

7.Penutup

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.00 pagi.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

..
( En. Mohd Azrul Azuan b Asri ) ( Pn. Ramlah bt Mohd Noor )
Ketua Panitia Sains, Guru Penolong Kanan 1,
SK Sekendi, Sabak Bernam SK Sekendi, Sabak Bernam

You might also like