You are on page 1of 129

PENGGUNAAN KUASA RENDAH UNTUK APLIKASI RFID

AKTIF

oleh

MOHD AMINUDDIN BIN SHAHIMI

Tesis yang diserahkan untuk


memenuhi keperluan bagi
Ijazah Sarjana Sains

September 2014
PENGHARGAAN

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Dengan rasa rendah diri, saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana memberikan

keberkatan dalam menyiapkan tesis ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada

penyelia saya, Dr. Zaini Abd Halim kerana banyak memberikan tunjuk ajar dan

galakan yang tidak terhingga dalam penyelidikan dan juga penulisan tesis. Saya juga

ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyelia kedua saya, Dr Widad

Ismail atas sokongan yang telah diberikan.

Saya juga berterima kasih kepada staf-staf teknikal Pusat Pengajian

Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik yang banyak membantu dari segi teknikal dan

juga sokongan dalam bentuk moral. Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada ahli-

ahli Auto ID Lab serta rakan-rakan yang membantu secara langsung ataupun secara

tidak langsung.

Akhir sekali, ucapan jutaan terima kasih kepada keluarga saya, yang sentiasa

memberikan sokongan yang tidak terhingga untuk menyiapkan tesis ini, terutamanya

kepada isteri saya, Norjulia Ahmad Mahir yang sentiasa memberikan tunjuk ajar dan

sokongan moral yang tidak berbelah bahagi. Terima kasih diucapkan.

Mohd Aminuddin Shahimi

September 2014

ii
SENARAI KANDUNGAN

Muka Surat

PENGHARGAAN ii
SENARAI KANDUNGAN iii
SENARAI JADUAL vi
SENARAI GAMBAR RAJAH vii
SENARAI SINGKATAN xii
ABSTRAK xiii
ABSTRACT xv
BAB 1 PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Permasalahan Kajian 3
1.3 Objektif Tesis 4
1.4 Skop Projek 5
1.5 Rangkuman Tesis 6
BAB 2 KAJIAN LITERATUR
2.1 Pendahuluan 7
2.2 Komponen Utama Sistem Pengenalan Radio Frekuensi 9
2.2.1 Tag Aktif Pengenalan Radio Frekuensi 9
2.2.2 Pembaca Aktif Pengenalan Radio Frekuensi 16
2.3 Teknologi Zigbee untuk Pengenalan Radio Frekuensi 18
2.4 Kajian berkenaan penjimatan Kuasa dalam Sistem Pengenalan 20
Radio Frekuensi
2.4.1 Pengatur Lelurus 23
2.4.2 Penganjak Penurun 24
2.4.3 Penganjak Peningkat 25
2.5 Ringkasan 26
BAB 3 METODOLOGI PENYELIDIKAN
3.1 Pengenalan 27
3.2 Kaedah reka bentuk dan pelaksanaan pengujian 28
3.3 Pelaksanaan ujikaji 29

iii
3.4 Modul Xbee Siri 2 OEM RF 30
3.4.1 Aliran Data Penghantaran/Penerimaan Universal Tidak 31
Segerak (UART)
3.4.2 Konfigurasi Perisian 32
3.4.3 Mod Operasi 35
3.5 Konfigurasi Mod Rehat 38
3.5.1 Mod Rehat Berkala 38
3.5.2 Mod Rehat Kawalan Pin 39
3.6 Pengatur Penurunan keluaran Rendah 39
3.7 Penukar Sesiri MAX3232 40
3.8 Modul MM232R Mini USB-Sesiri UART 41
3.9 Pembangunan Perkakasan dan Pelaksanaan 42
3.10 Pembinaan prototaip 43
3.10.1 Reka bentuk Seni Bina Tag Aktif RFID 45
3.10.2 Pengantaramukaan Pengatur Penurunan Keluaran 46
Rendah dengan Modul Xbee
3.10.3 Reka bentuk Seni Bina Pembaca Aktif RFID 48
3.11 Pelaksanaan Pengujian Tag Aktif RFID 49
3.12 Spesifikasi Reka bentuk Yang Dicadangkan Untuk Sistem 50
RFID
3.13 Ringkasan 51
BAB 4 KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN BERKENAAN
DENGAN SISTEM RFID YANG DICADANGKAN
4.1 Pendahuluan 52
4.2 Penetapan Antara Muka 52
4.3 Analisis Signal dan Tenaga 54
4.3.1 Analisis Signal pada tag Aktif Pengenalan Radio 54
Frenkuensi
4.3.2 Analisis Penggunaan Kuasa Tag Aktif RFID bagi mod 56
rehat berkala
4.3.2.1 Analisis Penggunaan Kuasa Tag Aktif RFID 56
4.3.2.2 Analisis Penggunaan Kuasa Tag Aktif RFID Dengan 61
Penganjak Naik AS1320
4.3.2.3 Analisis Penggunaan Kuasa Tag Aktif RFID Dengan 64

iv
Penganjak Naik TPS61221
4.3.2.4 Analisis Penggunaan Kuasa Tag Aktif RFID Dengan 67
Penganjak Naik TPS61220
4.3.2.5 Analisis Penggunaan Kuasa Tag Aktif RFID Dengan 72
Penganjak Turun TPS60500
4.3.2.6 Analisis Penggunaan Arus Tag Aktif RFID Dengan 76
Pengatur Penurunan Keluaran Rendah TPS78001
4.3.3 Jangka Hayat Bateri bagi tag aktif RFID 96
4.4 Rumusan 97
BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN KAJIAN MASA HADAPAN
5.1 Rumusan 98
5.2 Cadangan kajian masa hadapan 99
PENERBITAN 100
RUJUKAN 101
APPENDIX A 107

v
SENARAI JADUAL

Muka Surat
Jadual 1.1 Perbandingan antara frekuensi RFID 3
Jadual 2.1 Perbezaan tag Pengenalan Radio Frekuensi 12
Jadual 2.2 Perbezaan antara sistem tanpa wayar 19
Jadual 3.1 Penggunaan arus bagi Modul Xbee Series 2 OEM RF 30
Jadual 3.2 Spesifikasi pembaca aktif RFID 50
Jadual 3.3 Spesifikasi tag aktif RFID 51
Jadual 4.1 Penggunaan kuasa bagi mod rehat dan mod Tx/Rx 60
bagi tag aktif RFID.
Jadual 4.2 Penggunaan kuasa bagi mod rehat dan mod Tx/Rx 64
bagi tag aktif RFID dengan litar penganjak naik
AS1320
Jadual 4.3 Penggunaan kuasa bagi mod rehat dan mod Tx/Rx 67
bagi tag aktif RFID dengan litar penganjak naik
TPS61221
Jadual 4.4 Penggunaan kuasa bagi mod rehat dan mod Tx/Rx 70
bagi tag aktif RFID dengan litar penganjak naik
TPS61220
Jadual 4.5 Penggunaan kuasa bagi mod rehat dan mod Tx/Rx 75
bagi tag aktif RFID dengan litar penganjak turun
TPS60500

vi
SENARAI GAMBAR RAJAH

Muka Surat
Rajah 2.1 Sistem pengenalan radio frekuensi pasif 11
Rajah 2.2 Gambar rajah blok tag aktif 12
Rajah 2.3 Seni bina untuk pembaca RFID aktif 17
Rajah 2.4 Litar asas untuk pengatur lelurus. 23
Rajah 2.5 Litar asas untuk penganjak turun 24
Rajah 2.6 Litar asas bagi pengatur peningkat 25
Rajah 3.1 Kaedah reka bentuk dan pelaksanaan pengujian secara 28
keseluruhan dalam projek
Rajah 3.2 Pelaksanaan ujikaji yang dijalankan ke atas tag aktif 29
RFID
Rajah 3.3 Pelaksanaan ujikaji yang dijalankan ke atas tag aktif 29
RFID dengan litar pengatur penurunan keluaran
rendah
Rajah 3.4 (a) Pandangan atas dan (b) bawah Modul Xbee Siri 2 31
Rajah 3.5 Pengantaramukaan tab konfigurasi modem bagi 33
perisian X-CTU.
Rajah 3.6 Carta alir konfigurasi perisian bagi pembaca aktif 34
RFID
Rajah 3.7 Carta alir konfigurasi perisian bagi tag aktif RFID 35
Rajah 3.8 Carta alir menunjukkan mod penghantaran bg Modul 37
Xbee siri 2
Rajah 3.9 Gambar rajah blok sambungan di antara modul Xbee 40
dengan LDO pada reka bentuk tag aktif RFID
Rajah 3.10 Gambar rajah blok sambungan antara MAX3232 dan 41
modul Xbee dalam reka bentuk pembaca RFID
Rajah 3.11 Litar operasi yang dicadangkan untuk sambungan 42
logik 3.3V
Rajah 3.12 Sambungan antara modul USB-sesiri UART dan 42
modul Xbee dalam reka bentuk pembaca RFID
Rajah 3.13 Kaedah reka bentuk dan pembangunan perkakasan 44

vii
Rajah 3.14 Reka bentuk seni bina tag aktif dengan litar pengatur 46
penurunan keluaran rendah
Rajah 3.15 Sambungan antara pengatur penurunan keluaran 48
rendah dengan modul Xbee
Rajah 3.16 Reka bentuk seni bina pembaca RFID 49
Rajah 4.1 Penetapan konfigurasi program X-CTU 53
Rajah 4.2 Penyediaan perkakasan semasa pengujian dijalankan 54
Rajah 4.3 Isyarat voltan pada pin penunjuk perhubungan tag 55
aktif dengan komunikasi data berkala
Rajah 4.4 Penyambungan perkakasan untuk menganalisis tag 56
aktif RFID
Rajah 4.5 Gambar rajah menunjukkan susun atur perkakasan tag 57
aktif RFID sepanjang ujikaji dijalankan
Rajah 4.6 Gambar rajah menunjukkan susun atur perkakasan 58
pembaca aktif RFID sepanjang ujikaji dijalankan
Rajah 4.7 Graf Mod Rehat Melawan Voltan Masukan 58
Rajah 4.8 Graf Mod Tx/Rx Melawan Voltan Masukan 59
Rajah 4.9 Graf Nilai dBm Melawan Voltan Masukan 60
Rajah 4.10 Sambungan asas litar penganjak naik AS1320. 61
Rajah 4.11 Graf Mod Rehat Melawan Voltan Masukan bagi litar 62
penganjak naik AS1320
Rajah 4.12 Graf Mod Tx/Rx Melawan Voltan Masukan bagi litar 63
penganjak naik AS1320
Rajah 4.13 Graf Nilai dBm Melawan Voltan Masukan bagi litar 63
penganjak naik AS1320
Rajah 4.14 Sambungan asas litar penganjak naik keluaran tetap, 65
TPS61221
Rajah 4.15 Graf Mod Rehat Melawan Voltan Masukan bagi litar 66
penganjak naik TPS61221
Rajah 4.16 Graf Mod Tx/Rx Melawan Voltan Masukan bagi litar 66
penganjak naik TPS61221
Rajah 4.17 Graf Nilai dBm Melawan Voltan Masukan bagi litar 67
penganjak naik TPS61221

viii
Rajah 4.18 Sambungan asas litar penganjak naik keluaran boleh 68
laras, TPS61220
Rajah 4.19 Graf Mod Rehat Melawan Voltan Masukan bagi litar 70
penganjak naik TPS61220
Rajah 4.20 Graf Mod Tx/Rx Melawan Voltan Masukan bagi litar 71
penganjak naik TPS61220
Rajah 4.21 Graf Nilai dBm Melawan Voltan Masukan bagi litar 71
penganjak naik TPS61220
Rajah 4.22 Sambungan asas litar penganjak turun, TPS60500 72
Rajah 4.23 Graf Mod Rehat Melawan Voltan Masukan bagi litar 73
penganjak turun TPS60500
Rajah 4.24 Graf Mod Tx/Rx Melawan Voltan Masukan bagi litar 74
penganjak turun TPS60500
Rajah 4.25 Graf Nilai dBm Melawan Voltan Masukan bagi litar 75
penganjak turun TPS60500
Rajah 4.26 Sambungan asas litar pengatur penurunan keluaran 76
rendah TPS78001
Rajah 4.27 Graf Mod Rehat Melawan Voltan Masukan bagi litar 77
pengatur penurunan keluaran rendah TPS78001
Rajah 4.28 Graf Mod Tx/Rx Melawan Voltan Masukan bagi litar 78
pengatur penurunan keluaran rendah TPS78001
Rajah 4.29 Graf Mod Rehat Melawan Voltan Masukan bagi litar 79
pengatur penurunan keluaran rendah TPS78001 bagi
keluaran voltan 1.8V
Rajah 4.30 Graf Mod Tx/Rx Melawan Voltan Masukan bagi litar 80
pengatur penurunan keluaran rendah TPS78001 bagi
keluaran voltan 1.8V
Rajah 4.31 Graf Mod Rehat Melawan Voltan Masukan bagi litar 81
pengatur penurunan keluaran rendah TPS78001 bagi
voltan keluaran 2.2V
Rajah 4.32 Graf Mod Tx/Rx Melawan Voltan Masukan bagi litar 82
pengatur penurunan keluaran rendah TPS78001
keluaran 2.2V

ix
Rajah 4.33 Graf Mod Rehat Melawan Voltan Masukan bagi litar 83
pengatur penurunan keluaran rendah TPS78001 bagi
voltan keluaran 2.4V
Rajah 4.34 Graf Mod Tx/Rx Melawan Voltan Masukan bagi litar 83
pengatur penurunan keluaran rendah TPS78001 bagi
voltan keluaran 2.4V
Rajah 4.35 Graf Mod Rehat Melawan Voltan Masukan bagi litar 84
pengatur penurunan keluaran rendah TPS78001 bagi
voltan keluaran 2.6V
Rajah 4.36 Graf Mod Tx/Rx Melawan Voltan Masukan bagi litar 85
pengatur penurunan keluaran rendah TPS78001 bagi
voltan keluaran 2.6v
Rajah 4.37 Graf Mod Rehat Melawan Voltan Masukan bagi litar 86
pengatur penurunan keluaran rendah TPS78001 bagi
voltan keluaran 2.8V
Rajah 4.38 Graf Mod Tx/Rx Melawan Voltan Masukan bagi litar 86
pengatur penurunan keluaran rendah TPS78001 bagi
voltan keluaran 2.8V
Rajah 4.39 Graf Mod Rehat Melawan Voltan Masukan bagi litar 87
pengatur penurunan keluaran rendah TPS78001 bagi
voltan keluaran 3.0V
Rajah 4.40 Graf Mod Tx/Rx Melawan Voltan Masukan bagi litar 88
pengatur penurunan keluaran rendah TPS78001 bagi
voltan keluaran 3.0V
Rajah 4.41 Graf Mod Rehat Melawan Voltan Masukan bagi litar 89
pengatur penurunan keluaran rendah TPS78001 bagi
voltan keluaran 3.2v
Rajah 4.42 Graf Mod Tx/Rx Melawan Voltan Masukan bagi litar 90
pengatur penurunan keluaran rendah TPS78001 bagi
voltan keluaran 3.2V
Rajah 4.43 Graf Mod Rehat Melawan Voltan Masukan bagi litar 91
pengatur penurunan keluaran rendah TPS78001 bagi
voltan keluaran 3.3V

x
Rajah 4.44 Graf Mod Tx/Rx Melawan Voltan Masukan bagi litar 92
pengatur penurunan keluaran rendah TPS78001 bagi
voltan keluaran 3.3V
Rajah 4.45 Graf Kuasa Mod Rehat Melawan Voltan Masukan 93
bagi litar pengatur penurunan keluaran rendah
TPS78001
Rajah 4.46 Graf Nilai dBm Mod Rehat Melawan Voltan Masukan 94
bagi litar pengatur penurunan keluaran rendah
TPS78001
Rajah 4.47 Graf Kuasa Mod Tx/Rx Melawan Voltan Masukan 94
bagi litar pengatur penurunan keluaran rendah
TPS78001
Rajah 4.48 Graf Nilai dBm Mod Tx/Rx Melawan Voltan 95
Masukan bagi litar pengatur penurunan keluaran
rendah TPS78001
Rajah 4.49 Graf Voltan (V) Melawan Masa (Hari) bagi litar 96
pengatur penurunan keluaran rendah TPS78001 bagi
voltan keluaran 1.8V

xi
SENARAI SINGKATAN

AES Advance Encryption Standard


API Application Programming Interface
CCTV Closed Circuit Television
CDS Connected Dominating Set
CMOS Complementary MetalOxideSemiconductor
DC Direct Current
DS-MAC DS Medium Access Control
GPS Global Positioning System
HF High Frequency
IFF Identity Friend or Foe
ISM Industry, Scientific and Medical
LF Low Frequency
LDO Low Dropout
MAC Medium Access Control
RF Radio Frequency
RFID Radio Frequency Identification
S-MAC Sensor Medium Access Control
SoC System on Chip
TDMA Time Division Multiple Access
T-MAC Timeout Medium Access Control
UART Universal Asynchronous Receiver/Transmitter
UHF Ultra High Frequency
USB Universal Serial Bus

xii
PENGGUNAAN KUASA RENDAH UNTUK APLIKASI RFID AKTIF

ABSTRAK

Tag RFID aktif telah banyak digunakan untuk aplikasi pemantauan. Namun,

penggunaan kuasa yang tinggi menjadi salah satu kelemahan tag RFID aktif.

Kebanyakkan tag RFID aktif menggunakan mod rehat untuk mengurangkan

penggunaan kuasa pada tag. Walaubagaimanapun, penggunaan mod rehat pada tag

boleh menyebabkan tag tidak dapat menerima data dan seterusnya akan berlaku

kehilangan data semasa berada dalam keadaan mod rehat. Oleh itu, penggunaan mod

rehat untuk aplikasi pemantauan tidak begitu sesuai. Projek ini mencadangkan teknik

baru untuk memastikan penggunaan kuasa yang rendah bagi tag aktif. Teknik ini

mengandungi litar pengatur lelurus dan pengatur penukaran pada voltan masukan tag

RFID aktif. Litar tambahan ini akan menyalurkan voltan masukan yang tetap kepada

tag RFID aktif. Penggunaan kuasa semasa mod rehat dan mod penghantaran dan

penerimaan data diuji. Lima jenis pengatur penurunan keluaran rendah yang berbeza

diuji iaitu penganjak naik DC-DC AS1320, penganjak naik DC-DC TPS61221,

penganjak naik DC-DC TPS61220, penganjak turun DC-DC TPS60500 dan pengatur

penurunan keluaran rendah TPS78001 untuk melihat kesesuaian dalam sistem yang

dicadangkan. Semua prototaip yang dibangunkan diuji dalam skala makmal dengan

jarak pengujian 5m di antara tag dan pembaca. Keputusan menunjukkan penjimatan

penggunaan kuasa semasa mod penghantaran dan penerimaan data bagi sistem yang

telah dibangunkan adalah hampir 88% dengan menggunakan pengatur penurunan

keluaran rendah TPS78001, 70% dengan menggunakan penganjak turun DC-DC

TPS60500 dan 1% dengan menggunakan penganjak naik DC-DC TPS61220.

Manakala dengan menggunakan penganjak naik DC-DC AS1320 dan penganjak naik

xiii
DC-DC TPS61221 penggunaan kuasa meningkat hampir 70% dan 15%.

Kesimpulannya, penggunaan litar pengatur penurunan keluaran rendah TPS78001

yang dicadangkan boleh menjimatkan penggunaan kuasa tag RFID aktif hamper 88%

dan sesuai digunakan untuk aplikasi pemantauan.

xiv
LOW POWER CONSUMPTION FOR ACTIVE RFID APPLICATION

ABSTRACT

Active RFID tags have been widely used for monitoring applications.

However, high power consumption becomes one of the drawbacks of the active

RFID tags. Most of the active tags uses sleep mode to reduce power consumption.

However it can cause data lose because the tag cannot receive any data during the

sleep mode. Therefore, the sleep mode is not suitable for monitoring application.

This project proposes a new technique of low power consumption for an active tag

application. This technique consists of switching and linear regulator circuit in the

active tag power management system. The circuit will provide a fixed input voltage

to the active RFID tag. Power consumption during sleep mode, during transmitting

data and during receiving data are tested. Five different types of switching and linear

regulator IC which are AS1320 step up DC-DC converter, TPS61221 step up DC-DC

converter, TPS61220 step up DC-DC converter, TPS60500 step down DC-DC

converter and TPS78001 low-dropout regulator are tested in order to get the optimum

result. All of the developed prototypes are tested in laboratory scales with the

distance between the tag and the host is 5 meter. Results show that, the power

consumption can be reduced until 88% by using TPS78001 low-dropout regulator,

70% by using TPS60500 step down DC-DC converter and 1% by using TPS61221

step up DC-DC converter. While using AS1320 step up DC-DC converter and

TPS61221 step up DC-DC converter increased the power consumption by 70% and

15% respectively. As a conclusion, the use of the proposed TPS78001 low-dropout

regulator can reduce power consumption of active RFID tag by 88% and it is suitable

for monitoring applications.

xv
BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Seperti mana yang diketahui, kewujudan sistem tanpa wayar ini bermula sejak

tahun 1800 lagi. Pada tahun tersebut, telah bermula pemahaman berkenaan dengan

tenaga elektromagnetik (Landt, 2005). Kemudian, ilmu tenaga elektromagnetik ini

berkembang selaras dengan kajian secara mendalam yang dilakukan sehingga abad ke-

21. Sekarang, sistem tanpa wayar ini telah digunakan secara meluas tidak kira di

rumah mahupun di pasaran industri. Teknologi yang sedang membangun ini telah

mengalami pelbagai perubahan. Perubahan-perubahan ini perlu untuk memastikan

teknologi tanpa wayar boleh digunakan dalam pelbagai aplikasi yang dapat

mengurangkan beban manusia.

Terdapat pelbagai aplikasi yang boleh dipraktikkan dengan menggunakan

teknologi tanpa wayar termasuk pengurusan gudang, pemantauan stok pada rak,

pemeriksaan pengeluaran secara automatik, kawalan terhadap kecurian serta dalam

sektor pengangkutan (Nambiar, 2009). Reka bentuk yang dicipta untuk memenuhi

piawaian wayarkedd ini termasuklah tempoh penggunaan bateri yang lebih lama serta

kadar penghantaran data yang lebih rendah berbanding teknologi yang telah wujud

sekarang. Apa yang diperlukan oleh pasaran sekarang ialah, sistem yang

menggunakan piawaian teknologi tanpa wayar yang memenuhi keperluan seperti

aspek keselamatan data serta kebolehpercayaan. Pengenalan radio frekuensi (RFID)

adalah salah satu daripada teknologi tanpa wayar. Dengan keupayaan yang dimiliki

oleh teknologi RFID seperti penggunaan kuasa yang kurang, pengeluaran kos yang

1
rendah serta teknologi tanpa sentuh, ia dapat memenuhi ciri-ciri yang diperlukan

seperti yang disebutkan di atas.

Secara umumnya, RFID terdiri daripada dua bahagian yang berbeza, iaitu tag

dan pembaca. Tag ini digunakan untuk menyimpan data manakala pembaca

digunakan untuk membaca data dalam tag melalui perhubungan tanpa wayar. Tag

RFID ini mengandungi beberapa litar bersepadu untuk penyimpanan data, pemproses

data dan antena yang digunakan untuk penghantaran dan penerimaan data. Pembaca

juga mempunyai komponen litar yang sama seperti tag tetapi tidak mempunyai data

untuk disimpan sebaliknya setiap data yang diterima akan terus dipamerkan ke PC.

Dalam sistem RFID, tag terdiri daripada dua jenis, iaitu pasif dan aktif. Tag

aktif menggunakan bateri sementara tag pasif menjana tenaga melalui gelombang

mikro di udara. Tag aktif mengandungi penerima radio frekuensi yang digunakan

untuk menerima dan menghantar data yang diperlukan oleh pembaca (penyelaras).

RFID boleh dikelaskan kepada beberapa kumpulan mengikut frekuensi-frekuensi

yang ditetapkan. Jadual 1.1 menunjukkan perbandingan di antara pengenalan radio

frekuensi pasif dan aktif (Domdouzis et al., 2007).

2
Jadual 1.1 : Perbandingan antara frekuensi RFID
Microwave
LF UHF 433~956
Frekuensi HF 13.56MHz 2.45GHz &
125~135kHz MHz
5.8GHz
Jarak <0.5m 0~2m >3m ~100m
Punca Kuasa Pasif (Induktif) Pasif (Induktif) Pasif (Induktif) Aktif (Bateri)
Simpanan
Rendah Rendah Rendah Tinggi
Data
Kadar
perpindahan 1k bit/s 25k bit/s 100k bit/s 100k bit/s
data
Pembayaran
Pengenalan tiket, Rangkaian
Penjejakan aset,
Aplikasi diri, pas penjejakan pengesan
pengurusan stok
keselamatan buku di tanpa wayar
perpustakaan

Berdasarkan kepada jadual di atas, tag aktif memerlukan bateri sebagai punca

kuasa. Penggunaan bateri dalam tag aktif akan menyebabkan jangka hayat tag

tersebut bergantung kepada kapasiti bateri itu. Berbeza dengan tag pasif yang

memerlukan gelombang mikro dari pembaca pasif untuk menjana tenaga. Bagi

memastikan jangka hayat tag aktif lebih lama, penggunaan kuasa yang rendah dalam

sistem RFID amat penting. Selain daripada itu, penggunaan kuasa yang rendah akan

menjimatkan kos penyelenggaraan sistem ini. Dengan itu, sistem RFID aktif akan

lebih cekap dan lebih mudah untuk digunakan dalam pelbagai aplikasi.

1.2 Permasalahan kajian

Dalam sistem RFID aktif, perhubungan antara tag dan pembaca memerlukan

penggunaan kuasa yang tinggi. Oleh sebab itu, penjimatan kuasa bateri amat dititik

beratkan bagi mengurangkan kadar penyelenggaraan tag aktif. Jangka masa hayat

bateri bergantung kepada penggunaan kuasa yang diperlukan oleh tag aktif (Geng et

al., 2008). Selain daripada itu, jangka hayat bateri juga bergantung kepada kapasiti

bateri tersebut, semakin besar kapisiti bateri, semakin lama jangka hayat bateri.

3
Penggunaan kuasa yang kurang, akan menjadikan jangka hayat bateri lebih panjang

walaupun menggunakan bateri berkapasiti rendah. Bateri berkapasiti rendah penting

untuk tag aktif bagi mengurangkan kos dan penyelengaraan serta dapat memastikan

reka bentuk yang lebih kecil (Cho dan Baek, 2006). Terdapat beberapa teknik yang

digunakan untuk mengawal penggunaan kuasa bateri tag aktif, antaranya ialah tag

berada dalam mod rehat jika tiada komunikasi antara tag dengan pembaca. Dengan

menggunakan pengubah penganjak naik DC-DC, ia juga dapat meminimumkan

penggunaan kuasa bateri kerana pengubah ini dapat menukar punca arus terus dari

voltan tinggi ke paras voltan yang lebih rendah (Pollak et al., 2008).

1.3 Objektif tesis

Kajian ini dijalankan berpandukan kepada objektif-objektif seperti berikut:

1. Membangunkan sistem pengenalan radio frekuensi 2.45 GHz berkuasa

rendah yang mengandungi pembaca dan tag.

2. Mengkaji tentang kadar penggunaan kuasa oleh tag pengenalan radio

frekuensi aktif melalui konfigurasi mod rehat berkala pada jarak yang

tetap.

3. Mengkaji tentang penggunaan pengatur lelurus dan pengatur penukaran

bagi meningkatkan kadar jangka hayat bateri dalam aplikasi pengenalan

radio frekuensi aktif pada jarak yang tetap.

4
1.4 Skop Projek

Pembangunan kajian ini hanya menumpukan kepada pengubahsuaian

perkakasan sahaja. Oleh itu, kajian mengenai komponen-komponen utama dilakukan

sebelum pemilihan dijalankan. Aspek penting yang diperlukan dalam pemilihan

komponen utama kajian ini adalah frekuensi operasi dan teknologi perhubungan yang

digunakan oleh modul penghantar terima RF. Sistem RFID aktif yang dibangunkan

ini beroperasi dalam frekuensi 2.45 GHz. Pemilihan frekuensi ini adalah kerana ia

beroperasi dalam jalur radio industri, saintifik dan perubatan (ISM). Jalur radio ISM

merupakan satu jalur radio yang dikhaskan untuk kegunaan dalam industri, saintifik

dan perubatan yang beroperasi tanpa menggunakan lesen. Operasi tanpa penggunaan

lesen merupakan satu kelebihan beroperasi pada frekuensi 2.45 GHz berbanding

sistem RFID yang beroperasi pada frekuensi-frekuensi yang lain.

Pembangunan kajian juga tertumpu kepada penggunaan modul Xbee sebagai

peranti penghantar terima RF. Pemilihan modul ini adalah berdasarkan kepada sistem

keseluruhan yang terdapat pada modul ini. Modul ini beroperasi dengan

menggunakan teknologi ZigBee, iaitu piawaian IEEE 802.15.4 yang boleh digunakan

untuk komunikasi penghantaran dan penerimaan data yang dibangunkan dengan

penggunaan kuasa yang rendah, menjimatkan kos serta menampung rangkaian

mesh bagi sistem tanpa wayar (Ahamed., 2009). Reka bentuk perkakasan

dijalankan selepas pemilihan komponen-komponen utama selesai. Lukisan skematik

diperlukan dalam kajian ini kerana ia akan digunakan untuk membuat reka bentuk

papan litar cetak. Kedua-dua bahagian tag dan pembaca akan direka bentuk.

Gabungan komponen pada papan litar cetak seterusnya ujikaji dilakukan bagi

mendapatkan keputusan.

5
1.5 Rangkuman Tesis

Laporan tesis ini mengandungi lima bab seperti berikut. Kajian literatur tesis

ini akan berada pada bab dua. Dalam bab ini, penerangan lebih terperinci mengenai

sistem pengenalan radio frekuensi aktif yang akan dibangunkan. Dalam bab ini juga

diterangkan secara teori kaedah-kaedah yang digunakan bagi memastikan projek ini

berjaya dihasilkan. Selain daripada pengenalan radio frekuensi, penggunaan pengatur

lelurus dan pengatur penukaran akan diterangkan dalam bab dua ini.

Bab tiga mengandungi metodologi pembangunan sistem pengenalan radio

frekuensi aktif yang digunakan. Selain daripada itu, penggunaan komponen-

komponen dalam projek ini juga akan diterangkan dalam bahagian tag dan juga

pembaca RFID. Penggunaan komponen-komponen ini amat penting kerana

penyesuaian perkakasan juga perlu dititikberatkan. Penghasilan prototaip pengenalan

radio frekuensi aktif 2.45GHz juga dijelaskan dalam bab ini.

Bab empat mengulas mengenai keputusan dan ulasan ujikaji yang dijalankan

ke atas sistem prototaip pengenalan radio frekuensi yang dihasilkan. Bab terakhir

mengandungi kesimpulan daripada hasil kajian ini serta langkah-langkah yang boleh

digunapakai untuk memantapkan lagi projek ini pada masa hadapan.

6
BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pendahuluan

Pembangunan sistem tanpa wayar ini telah bermula dari abad ke-18. Tetapi

pada waktu itu, penggunaan sistem ini hanya tertumpu kepada penghantaran telegraf

untuk tujuan komunikasi antara satu tempat dengan tempat yang lain. Perkembangan

teknologi ini bermula apabila James Clerk Maxwell, meramal tentang kewujudan

sinaran elektromagnet. Kajian demi kajian dibuat sehingga pada tahun 1896,

Guglielmo Marconi berjaya membuat demonstrasi mengenai penghantaran isyarat

radio melintasi Atlantik. Sejak dari itu, penggunaan isyarat radio menjadi keutamaan

untuk tujuan penghantaran maklumat.

Penggunaan sistem pengenalan radio frekuensi (RFID) ini telah bermula

sejak perang dunia kedua lagi. Pihak British telah menggunakan sistem Identity

Friend or Foe (IFF) untuk mengenal pasti samaada jet pejuang musuh atau

pihaknya. Sistem ini telah dibangunkan pada era 1950-an dan teknologi ini masih

digunakan dalam industri peperangan (Roussos, 2008).

Sehingga kini, sistem RFID telah diperluaskan lagi penggunaannya. Pada

tahun 2009, tag hibrid telah dibangunkan dengan menggabungkan sistem RFID,

komunikasi satelit dan juga sistem kedudukan global (GPS). Tag ini direka bagi

mengesan barangan di dalam rangkaian global, sama ada ia berada di dalam gudang

ataupun sedang dimasukkan ke dalam kapal untuk penghantaran (Bacheldor, 2009).

Ini memudahkan untuk mengenal pasti kedudukan barangan tersebut. Selain

mengesan barangan, kajian yang dilakukan oleh Todorovic et al. (2013), penggunaan

tag aktif RFID juga boleh digunakan kepada sistem perkapalan yang membawa

7
muatan yang mengandungi bahan yang mudah rosak atau barangan yang tidak tahan

lama. Tag aktif RFID boleh digunakan pada barangan tersebut untuk mengenal pasti

bahan yang dibawa tanpa perlu membuka untuk pemeriksaan.

Sistem pemantauan Penggunaan sistem RFID pada masa kini telah diperluas

kepada pelbagai aplikasi. Menurut kajian yang dilakukan oleh Zhu et al. (2012) dan

Nambiar (2009) teknologi RFID dapat membantu memudahkan proses pengenalan,

dan pengesanan logistik dan rangkaian bekalan. Ia juga mengurangkan kos tenaga

kerja, memudahkan proses serta meningkatkan tahap prestasi sistem rangkaian

bekalan. Pengurusan sistem perpustakaan yang menggunakan teknologi RFID

memudahkan pemantauan pergerakan buku, alatan, kelengkapan dan sebagainya dari

satu tempat ke tempat yang lain (Suda dan Rani, 2013 dan Dhanalakshmi dan

Mamatha, 2009). Sistem RFID aktif juga boleh digunakan untuk pemantauan dalam

wad bersalin seperti yang dibangunkan oleh Hussian et al. (2013) dan juga

pemantauan dalam bangunan yang besar (Casano dan Moreno, 2010).

Sistem pengangkutan seperti sistem operasi keretapi juga boleh

menggunapakai sistem RFID untuk tujuan penambahbaikan. Kajian yang dilakukan

oleh Amanna et al. (2010) mengenal pasti kelebihan dan kekurangan menggunakan

RFID aktif dan RFID pasif dalam sistem operasi keretapi. Penggunaan sistem RFID

dalam bidang perternakan digunakan oleh Jabatan Pertanian Amerika Syarikat untuk

binatang ternakan lembu (Grooms, 2007). Tag dilekatkan pada telinga lembu untuk

tujuan pemantauan. Data tag akan dipindahkan melalui penghantar terima kepada hos

untuk tujuan pengumpulan data. Kajian yang dibuat oleh Mishra et al. (2014)

menjelaskan penggunaan sistem RFID dalam industri perlombongan boleh

digunakan dari julat frekuensi rendah hingga ke frekuensi tinggi. Setiap julat

frekuensi boleh digunakan mengikut aplikasi yang bersesuaian dengan industri

8
perlombongan. Begitu juga dalam industri petrokimia. Penggunaan sistem RFID

membantu sistem pengurusan rondaan yang dilakukan sebelum ini. Ia dapat

membantu dalam mengurangkan tenaga kerja, kerja lebih masa semasa proses

merekod dan mengisi laporan ke dalam dokumen elektronik (Chung et al., 2014).

RFID aktif mempunyai kelebihan pada jarak berkesan berbanding dengan

RFID pasif. Penggunaan RFID aktif dalam penentuan kedudukan dalam bangunan

memberikan kelebihan berbanding dengan sistem GPS. Dengan menggunakan

gabungan Received Signal Strength Indication (RSSI) dan sistem pengecilan kuasa,

golongan OKU dapat mengetahui kedudukan mereka dan tiba ditempat yang dituju

(Alghamdi dan van Schyndel, 2014). Selain daripada itu, gabungan sistem RFID

aktif dengan rangkaian pengesan tanpa wayar membolehkan pemantauan dilakukan

pada masa sebenar (Rajesh, 2013, Chen et al., 2010, Wang, 2010, Hasnan et al.,

2014, Zhang et al., 2014 dan Qu et al., 2010). Gabungan kedua-dua teknologi ini

juga akan meningkatkan kecekapan tenaga bagi sistem RFID aktif (Nedelcu et al.,

2011).

2.2 Komponen Utama Sistem Pengenalan Radia Frekuensi

Dua komponen utama dalam sistem RFID ialah pembaca RFID dan tag

RFID. Penambahan penghala dalam sesuatu sistem diperlukan mengikut rangkaian

yang ingin dibangunkan. Kedua-dua komponen ini merupakan komponen asas dalam

sistem RFID.

2.2.1 Tag Pengenalan Radio Frekuensi

Tag pengenalan radio frekuensi merupakan satu komponen penting dalam

sistem pengenalan radio frekuensi. Tag ini mempunyai nombor identiti dan juga

9
menyimpan data berkenaan dengan barang yang ditag. Dalam sistem RFID, tag dapat

dikelaskan sama ada tag pasif atau tag aktif. Kedua-dua tag ini berbeza antara satu

sama lain. Rajah 2.1 menunjukkan sistem pengenalan radio frekuensi pasif.

Sistem pengenalan radio frekuensi ini beroperasi apabila pembaca

memancarkan isyarat pada frekuensi yang tetap. Jika tag berada didalam kawasan

lingkaran pembaca, tag akan dihidupkan dan menghantar data yang diperlukan

kepada pembaca melalui bahagian penyebaran dari tenaga yang diterima olehnya.

Data yang diterima oleh pembaca ini akan disalurkan kepada sistem terakhir atau

back end untuk proses pengenalan objek yang ditag. Prestasi sistem RFID pasif ini

bergantung kepada kekuatan sistem penyebaran yang berada pada tag tersebut.

Sistem penyebaran yang lemah akan mempengaruhi jarak pembaca untuk mengesan

tag yang berada didalam kawasannya. Keadaan ini akan menyebabkan sistem RFID

pasif memiliki jarak berkesan yang agak terhad, bergantung kepada kekuatan antena

pembaca sistem tersebut.

Tag pasif menggunakan sumber kuasa dari antena pembaca RFID pasif,

namun masih ada kuasa yang diperlukan oleh tag tersebut. Cheng et al. (2012)

membuat kajian untuk mengurangkan arus yang diperlukan oleh tag pasif dengan

menambahbaik litar pengawal jajaran bagi mengurangkan ketirisan bit memori. Reka

bentuk EEPROM dioptimumkan bagi mengurangkan penggunaan kuasa tag pasif.

Penggunaan Field-programmable Gate Array (FPGA) dalam tag RFID aktif

membolehkan penggunaan kuasa yang rendah bagi tag aktif tersebut.

10
Rajah 2.1: Sistem pengenalan radio frekuensi pasif

Bagi tag aktif pula, ia mempunyai punca kuasa luar untuk menghidupkannya,

iaitu bateri. Maka tag aktif memerlukan komponen-komponen yang lain untuk

menghasilkan isyarat, berbeza dengan tag pasif yang hanya mempunyai cip dan

antena. Oleh kerana tag ini menggunakan bateri, jarak komunikasi antara pembaca

dan tag lebih baik jika dibandingkan dengan tag pasif. Dalam kajian yang telah

dijalankan oleh Cho dan Baek (2006), pembangunan platform bagi sistem aktif RFID

telah direkacipta. Kajian yang telah dijalankan adalah untuk membangunkan sistem

aktif RFID yang mematuhi piawaian ISO/IEC 18000-7, mengkaji mekanisma untuk

menjimatkan kuasa tag serta mengenal pasti kadar kehadiran tag. Tag aktif RFID

dibangunkan dengan menggunakan Atmel pengawal mikro Atmega128L, Semtech

XE1203F penghantar terima RF 433MHz dan beberapa komponen lain seperti Rajah

2.2.

11
Rajah 2.2: Gambar rajah blok tag aktif

Berdasarkan kepada Rajah 2.2, dapat disimpulkan bahawa tag aktif lebih

kompleks berbanding dengan tag pasif. Tag aktif memerlukan penghantar terima RF

dan juga pengawal mikro sebagai otak untuk berfungsi. Tanpa kedua-dua komponen

ini, sesebuah tag aktif tidak dapat dibangunkan. Selain daripada itu, sistem

pengurusan kuasa juga penting bagi tag aktif kerana ia menggunakan sumber kuasa

luar untuk dihidupkan. Tag aktif juga boleh diintegrasikan dengan aplikasi-aplikasi

lain seperti pengesan suhu, cahaya serta penyimpanan data yang lebih besar. Jadual

2.1 menunjukkan rangkuman perbezaan di antara tag pasif serta tag aktif.

Jadual 2.1: Perbezaan tag pengenalan radio frekuensi


RFID aktif RFID pasif
Tenaga yang disalurkan
Sumber kuasa Bateri
dari pembaca
Jika berada dikawasan
Kuasa yang berterusan Ya
pembaca
Kekuatan isyarat yang
Sangat rendah Sangat tinggi
diperlukan oleh pembaca
Simpanan Data Sehingga 128k Bit 128 Bit
Jarak 10 100 m 35m

Mane (2013) dan Patil dan Bedekar (2014) juga membangunkan tag aktif

RFID berfrekuensi 2.45 GHz dengan menggunakan cip 2500 dan pengawal mikro

8051. Bagi Shi et al. (2013), cip nRF24L01 digunakan untuk membangunkan sistem

12
RFID aktif. Dengan penambahan algoritma anti pelanggaran, sistem RFID aktif

yang dibangunkan lebih efektif dalam komunikasi di antara tag dan pembaca aktif.

Song et al. (2011) membangunkan sistem RFID aktif yang menggunakan cip

nRF24LE1 dengan penambahan ciri mod lompatan frekuensi yang memainkan

peranan untuk menghantar isyarat untuk menukar mod tag dari keadaan pasif kepada

keadaan aktif.

Su dan Xu (2010) menggabungkan sistem RFID aktif yang mengandungi

pengawal mikro berkuasa rendah MSP430 untuk menghadkan pengeluaran kuasa

kepada modul CC1100 untuk meningkatkan masa operasi sistem yang dibangunkan.

Reka bentuk tag aktif memerlukan penelitian dari segi prestasi RF dan juga

pengurusan kuasa efisien. Jika tag aktif berupaya beroperasi dengan menggunakan

kuasa yang rendah, jangka hayat bateri dapat dilanjutkan sehingga 5 tahun,

bergantung kepada keupayaan bateri tersebut (Baumann, 2006). Terdapat pelbagai

teknik yang digunakan untuk meminimumkan penggunaan kuasa tag aktif. Antara

teknik tersebut ialah menggunakan pengawal mikro berkuasa rendah, menukar mod

tag kepada mod tidur jika tiada komunikasi antara satu sama lain serta penambahan

pengubah penganjak naik DC-DC pada sistem pengurusan kuasa.

Konsep tag RFID tanpa cip yang diperkenalkan Hashemi et al. (2013), Vena

et al. (2011) dan Preradovic and Karmakar, (2012) menjadi salah satu penyelesaian

untuk mengurangkan kos tag RFID. Selain itu, pembangunan tag RFID aktif yang

menggunakan kuasa piezoelektrik membantu dalam penyelidikan RFID aktif. Tenaga

yang ditukar dari sistem mekanikal kepada elektrik menjadikan tag RFID aktif lebih

cekap. Walaupun kuasa yang rendah dapat disalurkan kepada tag RFID aktif, kajian

yang dilakukan Chu et al. (2011) dapat digunakan oleh aplikasi RFID aktif yang

memerlukan kuasa rendah untuk beroperasi. Masalah jangka hayat yang rendah oleh

13
tag aktif menyebabkan banyak kajian dilakukan bagi meningkatkan tempoh hayat

tersebut. Tenaga semulajadi yang ditukar kepada tenaga elektrik memberi kelebihan

kepada tag RFID aktif. Kajian yang dilakukan oleh Saeki et al. (2013) dan Dalola et

al. (2008) menggunakan termoelektrik sebagai punca kuasa untuk tag RFID aktif.

Penganjak DC-DC digunakan untuk meningkatkan voltan termoelektrik kepada

voltan yang sama dengan bateri litium, iaitu 3.3V. Huang et al. (2011) mereka bentuk

tag RFID aktif yang mengandungi bateri nipis, cip RF, antena serta mempunyai

pelbagai kelebihan termasuk saiz yang kecil, ringan dan bentuk yang fleksibel.

Kebanyakan penyelidikan dijalankan ke atas sistem pengenalan radio

frekuensi aktif kerana pelbagai modifikasi boleh dijalankan untuk memperbaiki

kualiti sistem RFID aktif terutamanya pada bahagian tag. Dalam kajian yang

dilakukan oleh Sun et al. (2009), reka bentuk sistem aktif RFID dibangunkan untuk

aplikasi logistik yang berkesan. Sistem yang dibangunkan ini beroperasi pada

frekuensi 2.45 GHz serta dilengkapi dengan algoritma anti konflik bagi penerimaan

data. Selain daripada itu, penggunaan kuasa yang rendah juga menjadi salah satu

faktor penting yang dititikberatkan dalam membangunkan sistem ini. Dengan adanya

empat keadaan yang berbeza pada sistem tag, penggunaan kuasa dapat dijimatkan

kerana tag hanya akan dihidupkan apabila komunikasi hendak dijalankan. Teknologi

AR-RFID yang dibangunkan oleh Ginters et al. (2013) adalah salah satu jalan

penyelesaian untuk industri logistik.

Kebiasaannya, penggunaan kuasa yang tinggi memberikan kelebihan dari segi

jarak pada sesuatu sistem RFID aktif. Penggunaan kuasa yang tinggi merupakan

salah satu faktor mengapa sistem ini kurang berkesan berbanding sistem pengenalan

radio frekuensi pasif yang tidak menggunakan kuasa luar. Mekanisma untuk

menjimatkan penggunaan kuasa adalah penting bagi memastikan jangka hayat tag

14
aktif dapat dipanjangkan. Dengan menggunakan pemproses yang boleh dimatikan

apabila tiada aktiviti komunikasi, Cho dan Baek (2006) telah membangunkan sistem

RFID aktif beroperasi pada frekuensi 433MHz. Sistem yang dibangunkan ini

mementingkan penggunaan kuasa yang rendah untuk meningkatkan jangka hayat tag

aktif sistem tersebut. Sistem ini terdiri daripada penerima RF XEMIC iaitu siri

XE1203, jam masa nyata serta pemproses Atmega 128L daripada Atmel. Dengan

menganggap sistem ini beroperasi secara seragam, penggunaan arus oleh tag pada

sistem ini ialah 0.30876 mA per jam. Ia menggunakan bateri AA berkuasa 2500 mAh

dan dijangka dapat menghidupkan tag aktif ini hampir 1 tahun.

Selain daripada reka bentuk pekakasan, kaedah untuk penjimatan kuasa juga

bergantung kepada protokol komunikasi yang digunakan oleh sistem RFID aktif

tersebut. Dalam kajian yang dilakukan oleh Nilsson et al. (2007), terdapat

perbandingan di antara protokol yang boleh digunakan dalam sistem RFID aktif iaitu

protokol Free2move, penambahbaikan protokol Free2move, lapisan Mac

802.15.4 ZigBee dan protokol bayangan sebagai tanda aras rujukan kepada

perbandingan ini. Setiap protokol komunikasi berbeza di antara satu sama lain. Bagi

protokol Free2move, ia memang dibangunkan untuk kegunaan sistem RFID aktif

manakala 802.15.4 pula, ia merupakan protokol asas yang dibangunkan oleh IEEE

yang memiliki spesifikasi seperti kadar penghantaran data yang rendah, jarak yang

dekat serta penggunaan kuasa yang rendah. Kesimpulannya, kedua-dua protokol

Free2move dan 802.15.4 memiliki kelebihan serta kekurangan antara satu sama

lain.

15
2.2.2 Pembaca Pengenalan Radio Frekuensi

Pembaca RFID selalunya bertindak sebagai tuan dalam suatu sistem. Bagi

pembaca RFID pasif, ia bertindak sebagai pemberi tenaga kepada tag untuk

dihidupkan serta memberi isyarat kepada tag supaya menghantar maklumat yang

dikehendakinya. Pembaca akan menghantar isyarat melalui antena. Terdapat juga

pembaca yang menghantar isyarat melalui beberapa antena di lokasi yang berlainan.

Ini bergantung kepada reka bentuk pembaca tersebut. Pembaca RFID ini boleh

dikawal melalui komputer atau peranti yang lain menggunakan antara muka RS-232,

Universal Serial Bus (USB) ataupun sistem Bluetooth. Pemproses mikro akan

mengawal komunikasi penerima RF di antara pembaca dengan tag serta memproses

data dan aktiviti-aktiviti yang akan dilakukan oleh pembaca tersebut sebelum

dihantar kepada hos atau komputer. Rajah 2.3 menunjukkan gambar rajah senibina

pembaca RFID aktif (Yoon et al., 2008). Dalam kajian ini, penambahbaikan

dilakukan untuk mengatasi masalah kecekapan semasa pengumpulan data tag aktif.

Penggunaan mekanisma baru dalam pemilihan saiz slot oleh pembaca RFID

dicadangkan dalam kajian yang dijalankan oleh Yoon et al. (2008). Selain daripada

itu, penukaran mod tag RFID ke mod rehat secara serentak kepada tag yang telah

menghantar data kepada pembaca juga dapat mengurangkan masa pengumpulan data

berbanding dengan mekasnima yang terdahulu.

16
Rajah 2.3: Senibina untuk pembaca RFID aktif

Mekanisma penyusunan data bagi komunikasi tanpa wayar amat

penting bagi mengelak kehilangan data. Pelbagai protokol atau algoritma

dibangunkan bagi mengatasi masalah kehilangan data semasa proses komunikasi.

Geng et al. (2010) mencadangkan penggunaan algoritma Improved Dynamic

Framed Slotted Aloha (IDFSA) dengan mengelaskan tag RFID aktif kepada saluran

frekuensi yang berbeza.

Kajian yang dibuat oleh Yoon et al. (2008) menggunakan mekanisma bagi

memudahkan pembaca RFID memilih untuk mengoptimumkan saiz slot. Mekanisma

penghantaran secara siaran untuk tag RFID aktif berada dalam keadaan mod rehat

juga dilaksanakan bagi meningkatkan kadar pengumpulan tag aktif manakala kajian

Yoon et al. (2012) pula menggunakan kaedah Identified Slot Scan-based TCA

(ISS-TCA) bagi meningkatkan pengumpulan tag RFID aktif. Wang et al. (2013)

mencadangkan penggunaan protokol Collision-Free Arbitration (CFA) dalam

sistem RFID aktif. Mekanisma pengesan pelanggaran, mekanisma mengelakkan

pelanggaran dan kecekapan penerimaan tag diperkenalkan dalam protokol ini bagi

meningkatkan kecekapan sistem RFID aktif. Untuk sistem RFID aktif yang berskala

besar, (Cho et al., 2011) mencadangkan penggunaan pembaca aktif berganda. Ia

menggunakan kaedah multihop bagi meningkatkan kawasan jaringan dan

17
membolehkan pengumpulan tag RFID aktif yang berada di luar kawasan komunikasi.

Dengan kawasan jaringan yang besar, kebarangkalian yang tinggi untuk tag RFID

aktif hilang dari pemantauan. Li et al. (2013) telah membangunkan protokol yang

mengesan tag aktif yang berada diluar kawasan dengan lebih cepat dan dapat

mengurangkan masa pelaksanaan sistem tersebut.

2.3 Teknologi ZigBee untuk Pengenalan Radio Frekuensi

Objektif utama bahagian ini adalah untuk menerangkan dengan lebih lanjut

mengenai teknologi ZigBee yang digunakan dalam sistem RFID ini. Teknologi

ZigBee ini dipilih untuk digunakan dalam kajian ini adalah kerana ia mempunyai

kadar data yang rendah, penggunaan kuasa yang kecil dan sekaligus memberi kesan

kepada jangka hayat satu sistem yang menggunakan bateri sebagai punca kuasa.

Dengan kadar data sebanyak 250kbps, teknologi ini sering digunakan dalam aplikasi

yang berkaitan dengan pengesan dan juga sistem penggera.

Teknologi ZigBee ini dibangunkan oleh ZigBee Alliance pada tahun 2003.

Dengan menggunakan piawaian IEEE 802.15.4 untuk perhubungan data, ZigBee

adalah salah satu piawaian global dalam protokol komunikasi dibawah kumpulan

IEEE 802.15 (Ahamed, 2009). Peranti yang menggunakan teknologi ZigBee ini

mempunyai kadar data yang terhad berbanding teknologi tanpa wayar yang lain

seperti Bluetooth yang mampu mencecah 1Mbps. Jadual 2.2 menunjukkan

perbezaan di antara ZigBee dengan teknologi tanpa wayar yang lain.

18
Jadual 2.2: Perbezaan antara sistem tanpa wayar

Jalur Saiz
Piawai Jarak Kelebihan Aplikasi
Lebar protokol
Kegunaan
Sehingga Kadar data yang Internet,
Wi-Fi 100m 100+KB
54Mbps tinggi rangkaian PC,
pemindahan fail
Keboleh USB tanpa
Bluetooth 1Mbps 10m 100+KB operasian, wayar, tetikus
pengantian wayar tanpa wayar
Jangka hayat Sistem kawalan
250kbps 5-100m 4-32KB bateri lebih lama, jauh, sistem
ZigBee
kos rendah pemantauan
tanpa wayar

Dalam kajian yang dilakukan oleh Liu dan Fan (2008), ZigBee digunakan

untuk di integrasi dengan sistem lokasi masa nyata. Sistem ini hampir sama dengan

sistem GPS tetapi digunakan untuk kegunaan dalam bangunan. ZigBee dipilih kerana

ia mempunyai kelebihan seperti kos penyelenggaraan yang rendah, dan penggunaan

kuasa yang rendah. Selain daripada itu, perhubungan dua hala juga menjadikan

teknologi ini sesuai diaplikasikan dalam sistem penentuan lokasi dalam bangunan.

Dengan wujudnya kajian ini, terbukti teknologi ZigBee ini sesuai digunakan untuk

jarigan pengesan tanpa wayar berdasarkan kelebihan yang ditawarkan oleh teknologi

tersebut. Abdulla (2013) menghuraikan kemungkinan teknologi ZigBee boleh

dilaksanakan dalam tag RFID aktif berdasarkan kepada kelebihan yang ada pada

teknologi ZigBee.

Bagi teknologi ZigBee, ia juga dapat beroperasi di dalam mahupun di luar

bangunan. Ini merupakan satu kelebihan teknologi ini berbanding GPS yang hanya

boleh beroperasi di luar bangunan dengan bantuan satelit. Dalam kajian Hatem dan

Habib (2010), RFID digabungkan dengan rangkaian pengesan tanpa wayar bagi

meningkatkan sistem perkhidmatan bas. Sistem yang dicadangkan ini digabungkan

dengan teknologi Closed-Circuit Television (CCTV) dan juga GPS. Sistem RFID

19
yang digabungkan ini akan membantu sistem GPS yang bergantung kepada satelit

serta perlu berada pada garisan penglihatan. Dengan penambahan sistem RFID, ia

memberi kelebihan dari segi komunikasi serta pengesanan kenderaan. Di samping

itu, ia juga dapat menjimatkan kos serta masa yang diperlukan untuk pemasangan.

Aplikasi penggunaan tag aktif yang di integrasi dengan pengesan agak meluas

dalam industri elektronik secara umumnya. Walaupun pembangunan peranti ini

mulanya adalah untuk keselamatan peralatan, namun kelebihannya yang boleh

mengawal peranti lain melalui RF boleh mengembangkan lagi kegunaan sistem ini

(Douglas, 1998). Terdapat pelbagai jenis pengesan yang boleh digunakan untuk di

integrasi dengan sistem tanpa wayar contohnya pengesan suhu. Aplikasi yang boleh

menggunakan pengesan ini adalah untuk aplikasi rumah hijau. Sepertimana yang

diketahui, rumah hijau ini dibangunkan untuk memastikan tanaman yang ditanam

menerima suhu, kelembapan serta cahaya yang bersesuaian. Suhu di dalam rumah

hijau perlu dititik beratkan supaya mendapat hasil tanaman yang baik. Jadi, integrasi

antara teknologi ZigBee dan pengesan suhu ini memenuhi kriteria yang diperlukan

oleh rumah hijau (Ismail et al., 2008)

2.4 Kajian berkenaan Penjimatan Kuasa dalam Sistem Pengenalan Radio


Frekuensi

Kebanyakan reka bentuk terkini menekankan sistem berkuasa rendah.

Kelebihan reka bentuk yang mempunyai sistem ini ialah ia dapat mengurangkan

penggunaan kuasa serta kos sesuatu produk. Terdapat pelbagai teknik yang

digunakan selain daripada pengubahsuaian pada pekakasan dalam penjiimatan kuasa

untuk sistem perhubungan tanpa wayar. Connected Dominating Set (CDS) adalah

salah satu protokol dalam menjimatkan kuasa nod dalam rangkaian (Baronti et al.,

2007). Teknik ini memilih beberapa nod untuk dijadikan tulang belakang dalam

20
rangkaian dan sentiasa aktif untuk memastikan rangkaian sentiasa berhubung antara

satu sama lain. Nod yang aktif ini juga berperanan menyimpan data sementara untuk

nod biasa. Nod biasa akan berada dalam keadaan mod rehat semasa berada dalam

rangkaian. Nod ini hanya akan aktif secara berkala untuk proses penukaran data.

Memandangkan nod yang menjadi tulang belakang rangkaian menggunakan kuasa

yang banyak, protokol CDS akan melakukan penukaran nod antara satu sama lain.

Pendekatan pada lapisan Medium Access Control (MAC) merupakan

teknik lain yang digunakan bagi tujuan penjimatan kuasa (Baronti et al., 2007).

Lapisan MAC digunakan tanpa melibatkan sebarang perubahan pada lapisan atasan

dalam tindanan protokol ini. Terdapat beberapa protokol lain yang mengubahsuai

lapisan MAC bagi meminimumkan penggunaan kuasa, antaranya protokol Slot-

based dan juga protokol Time Division Multiple Acces (TDMA). Protokol S-

MAC, T-MAC dan DS-MAC juga merupakan salah satu teknik yang menggunakan

lapisan MAC. Ia merupakan protokol yang membahagikan masa kepada beberapa

sela bagi tujuan untuk mengekalkan nod berada dalam keadaan aktif dan juga rehat.

Penyaluran data dan isyarat pada dua saluran yang berbeza juga merupakan cabang

yang dikaji dalam penjimatan kuasa. Saluran data hanya digunakan untuk

menyalurkan data dan mesej pengawasan manakala saluran isyarat hanya digunakan

untuk memberi notifikasi kepada nod. Piawaian IEEE 802.15.4 juga merupakan salah

satu protokol yang menggunakan lapisan MAC. Piawaian ini dibangunkan bagi

menyokong gabungan-gabungan lain tetapi memastikan penjimatan kuasa yang

signifikan.

Pendekatan pada lapisan bersilang akan menggabungkan infomasi dari

lapisan atasan dalam tindanan protokol dengan pendekatan lapisan MAC bagi

mencapai penjimatan tenaga yang berkesan (Baronti et al., 2007). Gabungan

21
maklumat ini di cadangkan menggunakan infomasi lapisan rangkaian untuk memacu

lapisan MAC bagi mod aktif dan rehat (Zheng and Cravert, 2003). Penggabungan ini

menukarkan mod ke mod operasi rendah berkala dan komunikasi hanya berlaku

apabila nod berada dalam mod aktif. Pengawasan pada topologi juga salah satu

kaedah menjimatan kuasa bagi sesuatu sistem tanpa wayar (Baronti et al., 2007).

Tujuan pembangunan pengawasan ini adalah untuk memaksimumkan kapasiti

rangkaian dan mengurangkan kadar penggunaan tenaga kerana hanya kuasa yang

minimum diperlukan bagi melakukan sebarang aktiviti. Dalam kajian yang

dijalankan Li et al. (2009), penggunaan System on Chip (SoC) dicadangkan pada

nod ZigBee. Pemproses Advance Encryption Standard (AES) telah digabungkan

dalam SoC dan hanya akan beroperasi apabila diperlukan oleh ZigBee. Penggunaan

kuasa semasa tag RFID aktif berada dalam keadaan mod lengah lebih tinggi

berbanding tag aktif berada dalam keadaan mod penghantaran dan penerimaan data.

Kajian yang dilakukan oleh Lee et al. (2014) membangunkan protokol Reservation

Aloha for No Overhearing (RANO) dengan memastikan tag RFID aktif berada

dalam mod rehat jika tiada komunikasi antara tag aktif tersebut dengan pembaca

RFID aktif.

Selain daripada kajian-kajian yang telah diterangkan, seksyen ini juga

menerangkan kaedah lain yang boleh digunapakai dalam penjimatan kuasa iaitu

penggunaan pengatur lelurus dan pengatur penukaran (Heidrich et al., 2010).

Penerangan ini hanya menumpukan kepada penambahan litar pada tag aktif. Kaedah

ini diperlukan untuk mengurangkan penggunaan kuasa tag aktif selain daripada

menggunakan kaedah mod rehat oleh tag. Penerangan secara terperinci berkenaan

pengatur lelurus dan pengatur penukaran yang merupakan tulang belakang dalam

kajian yang dilakukan.

22
2.4.1 Pengatur Lelurus

Setiap produk elektronik memerlukan arus malar ataupun voltan malar untuk

beroperasi. Pengatur lelurus ini boleh digunakan untuk memastikan arus dan voltan

adalah malar, menjimatkan kos serta memiliki prestasi yang tinggi untuk

membekalkan kuasa kepada sesuatu produk. Pengatur lelurus ini terbahagi kepada

dua iaitu pengatur lelurus piawaian dan pengatur penurunan keluaran rendah (LDO)

(Michael Day, Texas Instrument). Rajah 2.4 menunjukkan litar asas untuk pengatur

lelurus. Litar ini terdiri daripada komponen-komponen asas seperti Op-Amp,

transistor, diod dan beberapa perintang. Secara umumnya, Op-Amp mengawal

transistor berdasarkan kepada voltan keluaran sebagai rujukan. Jika voltan keluaran

menyusut, Op-Amp akan meningkatkan pemacuan supaya voltan keluaran berada

pada aras yang ditetapkan.

Rajah 2.4: Litar asas untuk pengatur lelurus.

Kelebihan menggunakan pengatur lelurus dalam sistem pengurusan kuasa

ialah ia dapat memberikan voltan keluaran yang malar dan tepat. Di samping itu, ia

juga boleh melindungi litar jika terdapat masalah arus berlebihan. Penggunaan

23
pengatur lelurus diperlukan dalam litar sumber kuasa AC-DC bagi mengurangkan

arus pancang. Perubahan arus AC kepada DC memerlukan litar luar untuk

memberikan keluaran arus yang bersih dan malar. Selain daripada itu, litar yang

menggunakan bateri sebagai kuasa juga perlu memerlukan pengatur lelurus kerana

bateri akan mengalami proses dinyahcas. Jadi penggunaan voltan yang berlebihan

akan merugikan kuasa bateri tersebut.

Kegunaan LDO kebanyakannya hampir sama dengan pengatur lelurus.

Perbezaan di antara kedua-dua pengatur ini ialah LDO direka bentuk untuk

meminimumkan ketepuan transistor dan boleh menetapkan keluaran voltan yang

dikehendaki oleh pengguna. Penggunaan pengatur ini lebih tertumpu kepada alat

komunikasi, peranti yang memiliki arus yang rendah serta mikro pemproses yang

berprestasi tinggi.

2.4.2 Penganjak Turun

Fungsi penganjak turun ini sama seperti pengatur keciciran lelurus yang

menurunkan voltan masukan kepada voltan keluaran seperti yang dikehendaki tetapi

sistem ini menggunakan mod suis. Rajah 2.5 menunjukkan litar asas penganjak turun

(Erickson, 2007). Penganjak turun mengandungi komponen asas seperti transistor,

diod, induktor, kapasitor dan juga perintang.

Rajah 2.5: Litar asas untuk penganjak turun

24
Dalam litar ini, penggunaan transistor MosFET untuk bertindak sebagai suis

menyebabkan topologi ini kurang digunakan untuk aplikasi elektronik pada masa

sekarang. Ini adalah kerana kadar kehilangan kuasa yang tinggi pada transistor.

Kehilangan kuasa ini memerlukan penenggelam haba dan kapasitor yang besar serta

menjadikan sistem pengurusan kuasa tidak relevan.

2.4.3 Penganjak Peningkat

Pengatur peningkat merupakan salah satu topologi dalam pengatur lelurus dan

pengatur penukaran. Pengatur peningkat ini juga dikenali sebagai penganjak naik

DC-DC. Nilai masukan pada pengatur ini kecil dan akan meningkatkan nilai voltan

pada keluaran. Sistem ini digunakan pada litar yang menggunakan bateri sebagai

sumber kuasa tetapi memerlukan keluaran voltan yang tinggi. Dengan menggunakan

pengatur peningkat ini, jumlah bateri yang diperlukan dapat dikurangkan tetapi masih

dapat membekalkan voltan keluaran yang tinggi. Rajah 2.6 menunjukkan litar asas

bagi pengatur peningkat (Pressman et al,. 2009).

Rajah 2.6: Litar asas bagi pengatur peningkat

25
2.5 Ringkasan

Berdasarkan kajian yang dibuat, penjimatan kuasa bagi tag RFID aktif

memerlukan litar luar yang perlu digabungkan dengan modul penghantar terima RF

Xbee. Bagi RFID tag aktif yang dicadangkan, litar luar ini akan berada di antara

bateri iaitu sumber kuasa tag aktif dengan modul penghantar terima RF Xbee. Litar

ini akan membekalkan voltan malar kepada modul untuk beroperasi.

Selain daripada menggunakan litar ini untuk penjimatan kuasa tag, mod tidur

juga perlu disetkan kepada tag aktif ini. Gabungan kedua-dua faktor ini akan

menambahbaikkan sistem RFID yang dicadangkan.

26
BAB 3

METODOLOGI PENYELIDIKAN

3.1 Pengenalan

Reka bentuk dan metodologi penyelidikan yang akan diterangkan dalam bab

ini adalah untuk membangunkan sistem pengenalan radio frekuensi 2.45 GHz

berkuasa rendah dan objektif-objektif yang telah diterangkan dalam bab 1.

Pembangunan projek ini terbahagi kepada dua bahagian, iaitu perkakasan dan

perisian. Walaupun begitu, projek ini lebih menjurus kepada reka bentuk perkakasan.

Bab ini menerangkan tentang kaedah pengujian yang dijalankan, penyediaan uji kaji

yang dijalankan serta spesifikasi komponen-komponen utama yang digunakan dalam

penyelidikan ini.

Komponen-komponen utama yang digunakan dalam projek ini dipilih bagi

memenuhi spesifikasi yang reka bentuk yang ingin dicapai. Penerangan berkenaan

komponen-komponen utama akan diterangkan dalam bab ini. Tag dan pembaca

mempunyai litar yang berbeza memandangkan litar pembaca lebih kompleks dengan

litar tambahan untuk perantaramukaan antara RS232 dan USB berbanding dengan

litar tag yang lebih ringkas dengan litar tambahan untuk pengatur penurunan keluaran

rendah. Berikut adalah komponen-komponen utama yang digunakan:

I. Modul Xbee Siri 2 OEM RF

II. Pengatur Penurunan Keluaran Rendah

III. Penghantar terima MAX3232

IV. MM232R Modul USB Sesiri UART

27
3.2 Kaedah reka bentuk dan pelaksanaan pengujian.

Seperti yang dijelaskan, kaedah reka bentuk dan pelaksanaan pengujian akan

diterangkan dalam bab ini. Ia terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu metodologi

secara keseluruhan projek, kaedah bagi konfigurasi perisian dan pembangunan

perkakasan. Kaedah reka bentuk dan pelaksanaan pengujian secara kesuluruhan

dalam projek ini digambarkan pada rajah 3.1.

Mula

Voltan masukan ditetapkan.

Voltan keluaran litar penukar Pembaca dan tag RFID


DC-DC diubah disambung dalam jaringan yang
sama.

Penggunaan kuasa semasa mod


rehat pada tag disukat
Penambahan/Penukaran litar
pengatur penurunan keluaran
rendah Penggunaan kuasa semasa
penghantaran dan penerimaan
data pada tag disukat

Tidak Penggunaan
kuasa yang
minimum?

Ya
Tamat

Rajah 3.1: Kaedah reka bentuk dan pelaksanaan pengujian secara kesuluruhan dalam
projek

28
3.3 Pelaksanaan ujikaji

Pelaksanaan uji kaji yang diterangkan dalam subtopik ini adalah secara

keseluruhan. Ia melibatkan tag dan pembaca aktif RFID yang telah siap dibangunkan.

Penambahan litar pengatur penurunan keluaran rendah dalam tag aktif RFID dikaji

untuk memastikan penjimatan kuasa yang signifikan.

Penggunaan kuasa semasa tag berada dalam mod rehat dicatatkan. Begitu

juga dengan penggunaan kuasa semasa tag berada dalam mod penghantaran dan

penerimaan data. Voltan masukan bagi tag aktif RFID juga dilaras untuk melihat

kesan kadar penggunaan kuasa tag jika voltan masukan berubah. Rajah 3.2 dan rajah

3.3 menunjukkan gambar rajah pelaksanaan ujikaji yang dilakukan pada tag aktif

RFID.

Penghantar
Punca
Multimeter terima Radio
Kuasa
Frekuensi

Voltan Keluaran Modul Xbee Siri 2


2.0V 3.3V

Rajah 3.2: Pelaksanaan ujikaji yang dijalankan ke atas tag aktif RFID

Litar Pengatur
Penghantar
Punca Penurunan
Multimeter terima Radio
Kuasa Keluaran
Frekuensi
Rendah

Voltan Keluaran Modul Xbee Siri 2


2.0V 3.3V

Rajah 3.3: Pelaksanaan ujikaji yang dijalankan ke atas tag aktif RFID dengan litar
pengatur penurunan keluaran rendah

29
3.4 Modul Xbee Siri 2 OEM RF

Modul Xbee siri 2 dipilih sebagai penghantar terima RF yang akan digunakan

sebagai salah satu komponen dalam penyelidikan ini. Modul Xbee ini berupaya

menjalankan aktiviti menghantar dan menerima maklumat dalam satu sistem. Rajah

3.4 menunjukkan gambaran fizikal modul Xbee siri 2. Modul ini merupakan sistem

dalam cip yang direka khas untuk menampung operasi protokol ZigBee serta

mempunyai ciri-ciri kuasa yang rendah untuk rangkaian pengesan tanpa wayar dan

kosnya agak rendah. Jadual 3.1 menunjukkan penggunaan arus bagi modul tersebut

(Maxstream, 2007).

Jadual 3.1: Penggunaan arus bagi Modul Xbee Siri 2 OEM RF


Mod Penggunaan Arus
Penghantaran 40mA
Penerimaan 40mA
Rehat <1A

Teknologi ZigBee ini beroperasi dalam 3 jalur frekuensi yang berbeza,

868MHz, 915MHz dan 2.45GHz (ZigBee and Wireless Frequency Coexistence

ZigBee White Paper, 2007). Dengan menggunakan frekuensi 2.45GHz, sistem ini

boleh digunakan secara meluas di kebanyakan negara kerana ia merupakan frekuensi

piawai yang boleh digunakan tanpa menggunakan lesen. Selain daripada itu,

penghantar terima RF yang digunakan ini beroperasi dalam jalur frekuensi Industri,

sainstifik dan perubatan (ISM) yang lebih fokus untuk penggunaan dalam industri

serta perubatan.

Dalam modul ini, terdapat beberapa parameter yang boleh ditetapkan

mengikut reka bentuk rangkaian yang dikehendaki. Penerangan lanjut berkenaan

parameter ini boleh didapati dalam helaian data Xbee siri 2. Perubahan parameter

30
boleh dibuat samaada dalam arahan AT ataupun dalam bentuk sistem Application

Programming Interface (API). Antara parameter-parameter tersebut ialah rangkaian,

alamat, pengantaramukaan RF, keselamatan, pengantaramukaan sesiri, mod operasi

dan penetapan input dan output. Berikut adalah parameter yang diubahsuai untuk

penyelidikan ini:

PAN ID

Siaran operasi

Mengenal pasti Nod

Kadar Baud

Keluaran Aras Kuasa

Mod Rehat

Rajah 3.4: (a) Pandangan atas dan (b) bawah Modul Xbee Siri 2

3.4.1 Data Aliran Penghantaran/Penerimaan Sejagat Tak segerak (UART).

Modul Xbee siri kedua ini berkomunikasi secara sesiri bagi proses

penghantaran dan penerimaan data. Komunikasi secara sesiri ini mudah dan

menjimatkan penggunaan pin luaran bagi pengawal mikro. Terdapat dua pin penting

dalam modul ini, iaitu pin 2 sebagai pin keluaran manakala pin 3 sebagai pin

31
masukan. Dengan menggunakan komunikasi secara sesiri, modul dapat berinteraksi

dengan komputer atau hos melalui aras logik tak segerak pot sesiri yang

disambungkan kepada pin 2 dan 3.

3.4.2 Konfigurasi perisian

Perisian XCTU ini dibekalkan oleh MaxStream untuk memudahkan

pengaturcaraan modul mengikut kofigurasi yang dikehendaki. Perisian ini terbahagi

kepada beberapa bahagian. Sebarang perubahan yang berkaitan dengan modul boleh

dilakukan pada bahagian konfigurasi modem. Pada bahagian ini, semua penetapan

modul boleh dilakukan seperti penetapan rangkaian, pengalamatan (addressing),

pengantaramukaan RF (RF interfacing), keselamatan, pengantaramukaan sesiri,

pilihan arahan AT, mod rehat, penetapan pot masukan/keluaran dan arahan

diagnostik (diagnostic command). Perisian ini telah menetapkan parameter-parameter

tertentu yang boleh diubahsuai mengikut modem Xbee serta fungsi yang ditetapkan

kepada modul tersebut. Rajah 3.5 menunjukkan pengantaramukaan tab konfigurasi

modem.

Selain daripada itu, perisian ini juga dilengkapi dengan bahagian penetapan

PC, bahagian pengujian jarak dan bahagian terminal. Bahagian terminal memberi

kelonggaran untuk mengkonfigurasi modul secara manual dengan menggunakan

arahan AT. Bagi bahagian penetapan PC, ia digunakan untuk memilih pot sesiri yang

digunakan modul bagi tujuan pengaturcaraan. Selain itu, penetapan seperti kadar

baud, kawalan aliran, bit data, bit berhenti dan kesetarafan (parity) juga boleh

ditetapkan pada tab ini.

32
Rajah 3.5: Pengantaramukaan tab konfigurasi modem bagi perisian X-CTU.

Bagi pengujian yang dijalankan, konfigurasi perisian dilakukan ke atas

kedua-dua pembaca dan tag aktif RFID. Ini adalah untuk memastikan kedua-dua

pembaca dan tag aktif RFID dapat membentuk satu jaringan antara satu sama lain.

Rajah 3.6 dan rajah 3.7 menunjukkan carta alir konfigurasi perisian yang dilakukan

ke atas kedua-dua pembaca dan tag aktif RFID.

33
Mula

ID Jaringan ditetapkan

ID Pembaca aktif RFID disetkan

Kadar Baud disetkan untuk


komunikasi dengan hos.

Keluaran Aras Kuasa disetkan


pada tahap maksimum

Tamat

Rajah 3.6: Carta alir konfigurasi perisian bagi pembaca aktif RFID.

Pembaca aktif RFID menjadi koordinator kepada jaringan yang dibangunkan.

Sebagai koordinator, pembaca aktif RFID perlu dihubungkan dengan hos, iaitu

komputer secara komunikasi sesiri. Perisian X-CTU diakses melalui komputer,

membolehkan konfigurasi perisian dilakukan kepada pembaca dan tag aktif RFID. ID

jaringan yang ditetapkan untuk membolehkan pembaca dan tag aktif RFID berada

dalam jaringan yang sama. Kadar baud perlu selari antara pembaca aktif RFID

dengan hos untuk memastikan data yang dihantar dan diterima dengan baik.

Keluaran aras kuasa ditetapkan pada tahap maksimum untuk memaksimumkan jarak

di antara pembaca dan tag aktif RFID.

34
Mula

ID Jaringan tag disetkan sama


dengan ID Jaringan pembaca
RFID
ID Pembaca aktif RFID disetkan

Keluaran Aras Kuasa disetkan


pada tahap maksimum

Mod Rehat berkala disetkan

Tempoh masa mod rehat berkala


ditetapkan

Tempoh masa tag aktif kembali


ke mod rehat berkala ditetapkan

Tamat

Rajah 3.7: Carta alir konfigurasi perisian bagi tag aktif RFID.

3.4.3 Mod Operasi

Modul Xbee siri 2 ini mempunyai beberapa keadaan operasi ataupun mod

operasi mengikut pada syarat-syarat tertentu. Mod operasi ini akan berubah dari satu

mod ke mod yang lain jika modul penghantar terima RF memenuhi syarat-syarat

mod tersebut. Syarat-syarat perubahan mod ini telah ditetapkan melalui perisian X-

CTU. Antara mod operasi yang digunakan dalam kajian ini ialah mod lengah, mod

penghantaran, mod penerimaan, mod arahan dan juga mod rehat.

Mod lengah ini digunakan oleh modul apabila tiada aktiviti penghantaran

ataupun penerimaan data. Walaupun berada dalam mod lengah, ia tidak menghalang

35
modul RF ini untuk memeriksa data yang dihantar kepada modul tersebut. Mod

lengah ini boleh berubah kepada mod-mod yang lain mengikut kepada keadaan yang

tertentu mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan melalui perisian yang

diterangkan pada awal bahagian bab ini. Modul penghantar terima RF ini akan

berubah dari mod lengah ke mod penghantaran apabila data sesiri diterima dan

bersedia untuk menghantar data yang telah ditetapkan. Nod penerima akan

ditentukan melalui alamat destinasi yang diperlukan. Data yang akan dihantar ke nod

lain perlu memiliki alamat rangkaian 16-bit dan laluan yang akan digunakan untuk

tujuan penghataran data.

Untuk melakukan penghantaran data yang betul, modul akan menentukan

alamat rangkaian 16-bit dan laluan yang akan digunakan untuk menghantar data. Jika

alamat rangkaian 16-bit tidak diketahui, pencarian alamat rangkaian akan digunakan.

Pencarian laluan pula akan digunakan jika tidak mengetahui laluan yang perlu

digunakan bagi penghantaran data. Bagi modul yang tidak menemui alamat

rangkaian yang sepadan, data tersebut akan dihalang daripada penghantaran. Begitu

juga jika laluan untuk penghantaran data tidak ditemui. Data-data tersebut akan

dihantar jika kedua-dua alamat rangkaian serta laluan telah dikenalpasti. Rajah 3.8

menunjukkan cara penghantaran data yang diterangkan diatas dalam bentuk carta alir

(Maxstream, 2007).

36
Rajah 3.8: Carta alir menunjukkan mod penghantaran bagi Modul Xbee siri 2
(Maxstream, 2007)

Mod arahan digunakan apabila ingin melakukan sebarang ketetapan ke atas

modul Xbee ini melalui perisian. Selain daripada itu, jika ingin membaca parameter-

parameter yang ditetapkan ke atas modul RF ini, mod arahan juga boleh digunakan

dimana ia akan mentafsir data sesiri yang diterima adalah sebagai arahan. Salah satu

cara untuk berinteraksi atau melakukan modifikasi ke atas modul ini adalah dengan

menggunakan mod API. Mod ini boleh digunakan sebagai altenatif untuk

memodifikasi modul RF selain daripada menggunakan pekakas X-CTU. Mod

terakhir yang boleh beroperasi dalam modul ini ialah mod rehat. Bagi modul ini, mod

rehat terbahagi kepada dua, iaitu mod rehat berkala dan mod rehat kawalan pin.

Kedua-dua mod rehat ini akan diterangkan dengan lebih jelas dalam sub topik 3.3.

37
3.5 Konfigurasi Mod Rehat

Modul Xbee Siri 2 ini mempunyai dua mod rehat yang boleh ditetapkan

mengikut aplikasi yang ingin digunakan. Seperti yang diterangkan dalam sub topik

3.2.3, mod rehat terbahagi kepada dua, iaitu mod rehat berkala dan mod rehat

kawalan pin. Pada keadaan mod rehat ini, modul penghantar terima RF akan

menukar mod semasa kepada mod rehat dan menggunakan kuasa yang rendah untuk

beroperasi apabila tiada aktiviti dijalankan. Untuk memastikan modul RF ini bertukar

kepada mod rehat, terdapat dua syarat yang perlu dipatuhi iaitu pin 9 modul RF perlu

berada pada keadaan logik satu bagi mod rehat kawalan pin. Bagi modul RF yang

menggunakan mod rehat berkala, ia akan bergantung kepada masa sebelum rehat

yang telah ditetapkan melalui perisian. Masa sebelum rehat ini boleh ditentukan

bergantung kepada aplikasi sistem yang dibangunkan.

3.5.1 Mod Rehat Berkala

Mod rehat berkala ini akan membenarkan modul untuk kembali aktif secara

berkala untuk memeriksa sebarang data RF dan kembali ke mod asal apabila bertukar

kepada mod lengah atau tidak melakukan proses penghantaran dan penerimaan data.

Konfigurasi modul perlu ditetapkan untuk memastikan ia beroperasi dalam keadaan

mod rehat berkala. Tempoh masa untuk modul ini berada dalam keadaan rehat

ditetapkan selama 5 saat. Sebaik sahaja masa rehat modul tamat, modul akan aktif

dan bersedia menerima atau menghantar data RF yang ditugaskan. Tag akan

menghantar isyarat tinjauan untuk mengetahui sama ada terdapat data tertangguh.

Protokol ini hampir sama dengan mod kawalan pin. Masa untuk tag aktif RFID

kembali ke mod rehat akan dikira sebaik sahaja data sesiri atau data RF selesai

diterima atau dihantar oleh tag. Modul akan berada dalam keadaan mod lengah

38
sehingga masa yang ditetapkan tamat. Semasa dalam keadaan mod lengah, modul

masih menghantar isyarat tinjauan untuk memeriksa data dari penyelaras. Masa

untuk tag aktif kembali ke mod rehat akan ditetapkan semula setiap kali modul

menerima dan menghantar data. Tag akan terus berada dalam keadaan mod rehat

sebaik sahaja masa tamat.

3.5.2 Mod Rehat Kawalan Pin

Mod rehat yang dikawal oleh pin 9 ini dilakukan secara manual. Aplikasi ini

sesuai jika modul digabungkan dengan pengawal mikro bagi mengawal kemasukan

pin 9. Apabila pin 9 diletakkan pada keadaan logik satu, modul akan menamatkan

proses penghantaran atau penerimaan data dan akan bertukar kepada keadaan mod

rehat. Pada mod ini, modul tidak akan memberi sebarang respon kepada sebarang

isyarat RF atau aktiviti sesiri. Untuk menukarkan kembali modul dari mod rehat ke

mod aktif atau lengah, pin 9 diletakkan pada logik sifar dan modul akan serta-merta

bersedia menerima dan menghantar data. Apabila modul ini kembali aktif, ia akan

menghantar status kepada penghala atau penyelaras untuk memastikan sama ada

terdapat data yang tertunggak. Penyelaras akan menghantar data yang tertunggak

kepada tag sebaik sahaja menerima status tersebut dari tag.

3.6 Pengatur Penurunan Keluaran Rendah

Pengatur penurunan keluaran rendah (LDO) antara komponen penting dalam

pembangunan tag aktif dalam sistem RFID ini. Peranti ini dipilih berdasarkan

kelebihannya dapat mengurangkan kadar arus dari sumber kuasa tetapi mengekalkan

arus yang diperlukan oleh modul RF. Dengan kelebihan ini, ia dapat meningkatkan

jangka hayat bateri yang digunakan pada tag aktif. Peranti LDO beroperasi dalam

39
julat voltan -0.3V sehingga 6V DC. Ia menggunakan kapasitor seramik 0.1F pada

voltan masukan dan voltan keluaran untuk memastikan kestabilan voltan. Rajah 3.9

menunjukkan gambar rajah blok sambungan di antara peranti pengatur penurunan

keluaran rendah dengan modul Xbee. Sambungan antara dua peranti ini hanya

terdapat pada tag aktif kerana tag aktif memerlukan penggunaan kuasa yang

minimum.

Dalam reka bentuk tag aktif ini, peranti pengatur penurunan keluaran rendah

boleh laras digunakan bagi melengkapkan litar tag aktif RFID. Peranti ini dapat

melaraskan voltan keluaran dari 1.2V hingga 5.1V DC. Kepentingan pelarasan voltan

keluaran ini adalah untuk menjimatkan kuasa bateri yang digunakan untuk disalurkan

kepada tag aktif. Voltan keluaran yang disetkan pada peranti ini adalah voltan

minimum yang diperlukan oleh modul RF.

Litar Pengatur Penurunan Penghantar terima


Punca Kuasa
Keluaran Rendah Radio Frekuensi

Bateri Litium Modul Xbee Siri 2


3V

Rajah 3.9: Gambar rajah blok sambungan di antara modul Xbee dengan LDO pada
reka bentuk tag aktif RFID

3.7 Penukar Sesiri MAX3232

Modul Xbee siri 2 beroperasi dalam lingkungan 0 hingga 3 V, tidak

bersesuaian dengan aras operasi RS232. RS232 beroperasi menggunakan +5 V

sehingga -5 V. Penukar sesiri MAX3232 digunakan untuk membolehkan

perhubungan data antara modul Xbee dengan RS232 walaupun aras operasi kedua-

duanya berbeza. Peranti ini mengandungi dua pot penghantar dan dua port penerima.

40
Setiap port penghantar akan menukar masukan logik CMOS kepada logik aras

RS232. Penggunaan peranti ini hanya terdapat pada pembaca aktif RFID yang

menggunakan soket RS232. Rajah 3.10 berikut menunjukkan gambar rajah blok

sambungan di antara MAX3232 dengan modul Xbee siri 2.

Antara muka Penghantar terima


MAX 3232
RS 232 Radio Frekuensi

Rajah 3.10: Gambar rajah blok sambungan antara MAX3232 dan modul Xbee dalam
reka bentuk pembaca RFID

3.8 Modul MM232R Mini USB-Sesiri UART

Pembaca aktif RFID menggunakan 2 jenis komunikasi, iaitu pot sesiri RS232

dan Universal Serial Bus (USB). Bagi pembaca akfif USB, modul USB-Sesiri

UART digunakan untuk melaksanakan bentuk komunikasi antara pembaca dengan

komputer untuk tujuan penerimaan atau penghantaran data. Modul berupaya untuk

menukar masukan logik kepada keluaran UART untuk memudahkan komunikasi.

Selain itu, pilihan punca kuasa +3.3V DC dan +5.25V DC dapat dibekalkan melalui

modul ini. Jadi, punca kuasa 3.3 V dapat dibekalkan terus kepada modul RF tanpa

menggunakan litar luaran. Ini dapat memudahkan litar pada pembaca aktif yang

menggunakan komunikasi melaui USB. Litar operasi yang dicadangkan untuk

sambungan logik 3.3V seperti Rajah 3.11 (FTDI Chip, 2010).

41
Rajah 3.11: Litar operasi yang dicadangkan untuk sambungan logik 3.3V

Kadar data baud yang ditetapkan pada modul USB-Sesiri UART ini boleh

dilaraskan mengikut piawaian sistem sesiri RS232, iaitu dari 300 baud sehingga 1

Megabaud. Rajah 3.12 menunjukkan gambar rajah blok sambungan di antara modul

USB-sesiri UART dengan modul Xbee untuk pembaca aktif RFID.

USB-Sesiri UART Penghantar terima


Radio Frekuensi

Rajah 3.12: Gambar rajah blok sambungan antara modul USB-sesiri UART dan
modul Xbee dalam reka bentuk pembaca RFID

3.9 Pembangunan Perkakasan dan Pelaksanaan

Dalam sub topik ini, penerangan akan lebih terperinci berkenaan dengan

pembangunan dan pelaksanaan perkakasan sistem RFID yang dibangunkan. Sistem

RFID ini lebih menekankan kepada pembangunan tag aktif yang digabungkan

dengan pengatur penurunan keluaran rendah. Kaedah pembangunan dan pelaksanaan

perkakasan di ilustrasi pada Rajah 3.13. Litar yang dibangunkan pada peringkat awal

akan melalui proses pengubahsuaian untuk tujuan analisa dan penyelesaian masalah.

Oleh itu, penggunaan vero board memudahkan untuk menukar atau memateri

42
komponen yang diperlukan. Untuk mendapatkan litar yang sesuai, beberapa

modifikasi telah dilakukan. Sebelum mendapat IC yang sesuai untuk litar pengatur

penurunan keluaran rendah, pelbagai IC telah diuji untuk mengetahui kemampuan IC

tersebut dalam membantu menjayakan projek ini.

Bagi memastikan litar tag dan pembaca RFID disambung dengan betul, satu

komunikasi ringkas antara tag dan pembaca dijalankan. Pembaca RFID akan

menghantar satu arahan kepada tag aktif melalui program X-CTU. Jika arahan

tersebut diterima oleh tag, maka tag akan menghantar identiti tag tersebut kepada

pembaca setiap kali arahan dibuat. Tag aktif yang diprogram akan menghantar data

setiap kali menerima arahan, kemudian tag akan kembali ke mod rehat untuk

penjimatan kuasa. Jika pembaca menerima identiti tag tersebut, maka sambungan

litar pembaca juga berada dalam keadaan yang betul. Perbincangan tentang

pembangunan prototaip tag serta pembaca aktif RFID juga akan diterangkan.

3.10 Pembinaan Prototaip

Pembinaan prototaip melibatkan penggunaan perisian OrCAD. Proses ini

merangkumi reka bentuk skematik dan juga bentangan untuk tag dan pembaca RFID.

Skematik untuk tag dan pembaca RFID direkebentuk pada peringkat awal

pembangunan projek ini. Reka bentuk skematik ini akan digunakan bagi tujuan

bentangan sebagai output.

Net list adalah satu langkah penting bagi menghasilkan bentangan. Net list

diperlukan untuk memastikan setiap pin yang disambung dalam skematik berada

dalam keadaan baik ketika dalam bentangan. Begitu juga dengan luas tapak setiap

komponen. Luas tapak diperlukan untuk melengkapkan bentangan yang akan

dihasilkan. Proses terakhir untuk pembinaan papan cetak berlitar ini ialah

43
penyusunan sambungan laluan litar tersebut. Papan cetak berlitar bagi tag dan

pembaca menggunakan dual lapisan, iaitu lapisan atas dan bawah

Pemilihan Perkakasan

Reka bentuk Senibina Perkakasan


Ya
Reka bentuk skematik

Perlu penukaran Tidak Pemasangan litar papan reka


komponen?
Ujian Perkakasan

Ujian Komunikasi
Membaik pulih Perkakasan
Lulus Ujian?
Tidak
Ya
Reka bentuk Papan Litar

Pembikinan Papan Litar

Pemasangan Komponen

Membaikpulih Perkakasan

Ujian dan Pengoptimuman


Modifikasi Perkakasan

Tidak Keputusan
diterima/Objektif
tercapai?

Ya
Perkakasan Lengkap

Rajah 3.13: Kaedah reka bentuk dan pembangunan perkakasan

44
3.10.1 Reka bentuk Seni Bina Tag Aktif RFID

Secara umumnya, litar bagi tag aktif RFID ini lebih ringkas berbanding

dengan litar pembaca RFID berdasarkan fungsi litar tersebut. Dalam eksperimen ini,

terdapat dua jenis tag yang direka bentuk; tag aktif mod rehat berkala dan tag aktif

mod rehat berkala dengan pengatur penurunan keluaran rendah. Bagi tag aktif RFID,

komponen utama yang diperlukan ialah modul Xbee yang telah diprogram. Tag aktif

ini menggunakan bateri ion litium 3V sebagai sumber kuasa. Tujuan dua tag aktif

RFID yang berlainan jenis dibangunkan ialah untuk menunjukkan perbezaan prestasi

bagi kedua-dua tag aktif ini. Pengatur penurunan keluaran rendah ini digunakan

dalam pembangunan tag aktif RFID ini ialah untuk mengurangkan kadar penggunaan

sumber kuasa tag aktif ini. Pengatur penurunan keluaran rendah ini akan

membekalkan kuasa yang sama kepada tag aktif RFID. Modul RF Xbee pula akan

menjalankan aktiviti penghantaran dan penerimaan data.

Sumbangan utama projek ini ialah penggunaan pengatur penurunan keluaran

rendah pada tag aktif RFID. Tag aktif ini akan dibekalkan voltan masukan yang sama

oleh LDO walaupun paras voltan sumber kuasa iaitu bateri, semakin berkurangan. Ini

kerana fungsi utama pengatur penurunan keluaran rendah ialah untuk memastikan tag

aktif RFID mendapat bekalan voltan masukan secukupnya untuk melakukan aktiviti

penghantaran dan penerimaan data. Bagi memastikan jangka hayat bateri dapat

bertahan lebih lama, voltan keluaran optimum dari LDO perlu dihasilkan untuk

disalurkan kepada modul Xbee ini. Keluaran optimum ini ialah untuk mengelak

pembaziran voltan kerana modul Xbee hanya memerlukan voltan yang rendah untuk

beroperasi. Penggunaan bateri secara terus ke modul akan menyebabkan kuasa

berlebihan disalurkan kepada modul Xbee dan menyebabkan jangka hayat bateri

45
menjadi lebih singkat. Rajah 3.14 adalah reka bentuk seni bina tag aktif RFID yang

dibangunkan dalam penyelidikan ini.

3V Bateri Pengatur Penurunan Xbee Siri 2


Litium Keluaran Rendah

Pengatur Penurunan Keluaran Rendah Modul Penghantar


Kuasa Ultra Rendah terima RF
IQ Rendah
Gandaan Voltan Keluaran pilihan

Rajah 3.14: Reka bentuk seni bina tag aktif dengan litar pengatur penurunan keluaran
rendah.

3.10.2 Pengantaramukaan Pengatur Penurunan Keluaran Rendah dengan


Modul Xbee

Pengatur penurunan keluaran rendah (LDO) yang digunakan mempunyai

voltan keluaran yang fleksibel. Voltan keluaran fleksibel dipilih untuk mendapatkan

voltan keluaran optimum yang diperlukan modul Xbee. Voltan keluaran ini boleh

ditetapkan dari 1.2V hingga 5.1V. Voltan keluaran dari bateri ion Litium 3V akan

menjadi masukan pada pin VIN litar bersepadu LDO ini. Kapasitor input, 1uF pada

pin masukan akan menstabilkan voltan masukan LDO. Begitu juga dengan kapasitor

1uF pada keluaran LDO ini. Fungsi pin EN pada LDO ini ialah untuk menukar mod

operasi litar bersepadu dari mod rehat kepada mod operasi. Ini bergantung kepada

aplikasi yang diperlukan oleh litar tersebut. Pin EN memerlukan voltan minimum

1.2V atau logik satu untuk memastikan LDO berada dalam keadaan berfungsi. Oleh

kerana tag tidak menggunakan pengawal mikro tambahan, pin ini akan disambung

pada pin VIN untuk mendapat voltan minimum yang diperlukan. Seperti yang

diketahui, voltan keluaran LDO ini adalah fleksibel. Ia diprogram dengan

menggunakan pembahagi perintang luaran untuk mendapatkan voltan yang

46
dikehendaki (Texas Instrument, 2008). Dengan menggunakan persamaan 3.1, voltan

keluaran yang dikehendaki dapat tetapkan (Texas Instrument, 2008).

VOUT = VFB x (1 + R1/R2) (3.1)

Persamaan 3.1 ini sah dimana VFB = 1.216V. VFB ialah voltan rujukan dalaman yang

digunakan sebagai rujukan dalam persamaan 3.1. Nilai perintang bagi R1 dan R2

perlu dipilih untuk memastikan arus pembahagi menghampiri 1.2 uA.

Walaubagaimanapun, nilai perintang yang kecil digunakan untuk mendapatkan

keluaran yang dikehendaki. Penggunaan nilai perintang yang besar juga perlu

dielakkan. Ini kerana ia akan menyebabkan arus bocor dari FB akan melalui R 1/R2

dan akan menyebabkan voltan offset mempengaruhi voltan suap balik. Voltan suap

balik ini akan mempengaruhi voltan keluaran yang telah ditetapkan. Oleh itu, nilai

perintang R2 yang dicadangkan untuk reka bentuk ini ialah 1 M untuk menetapkan

arus pembahagi pasa 1.2 uA. Pengiraan untuk mendapatkan nilai R1 adalah seperti

yang tertera pada persamaan 3.2 (Texas Instrument, 2008).

R1 = (VOUT/VFB 1) x R2 (3.2)

Rajah 3.15 menunjukan sambungan litar untuk pengatur penurunan keluaran rendah

dengan modul Xbee.

47
Rajah 3.15: Sambungan antara pengatur penurunan keluaran rendah dengan modul
Xbee

3.10.3 Reka bentuk Seni Bina Pembaca Aktif RFID

Pembaca dan tag aktif 2.45 Ghz menggunakan modul RF yang sama iaitu

modul penghantar terima RF Xbee. Seperti yang diketahui, modul ini berkomunikasi

pada voltan 0 dan +3V manakala RS232 berkomunikasi pada 0 dan +5V. Perbezaan

voltan komunikasi ini memerlukan penukar untuk membolehkan ia berkomunikasi

menggunakan RS232. Oleh itu, penggunaan penukar sesiri MAX3232 digunakan

untuk memastikan modul penghantar terima RF Xbee berkomunikasi menggunakan

RS232. Terdapat dua jenis pembaca yang dibangunkan, iaitu komunikasi

menggunakan pot sesiri RS232 dan USB. Kelebihan pembaca port sesiri RS232 ialah

boleh digunakan sebagai penghala kerana mempunyai sistem kuasa tersendiri

manakala pembaca USB memerlukan sambungan pada komputer untuk mendapatkan

sumber kuasa. Tag aktif yang berada dalam kawasan pembaca aktif akan memberi

tindak balas apabila pembaca menghantar arahan untuk tujuan pemeriksaan.

Maklumat ID tag akan dihantar kepada pembaca untuk tujuan seterusnya. Bagi tag

aktif yang telah memberi tindak balas, ia akan kembali ke mod rehat sehingga tag

menerima arahan seterusnya dari pembaca aktif. Rajah 3.16 adalah reka bentuk seni

bina pembaca aktif RFID yang dibangunkan dalam penyelidikan ini.

48
Rajah 3.16: Reka bentuk seni bina pembaca RFID

3.11 Pelaksanaan Pengujian Tag Aktif RFID

Dalam sub topik ini, penerangan akan lebih terperinci berkenaan dengan

pengujian yang dijalankan ke atas tag aktif RFID bagi mencapai objektif-objektif

yang ditetapkan. Kesemua pengujian yang dijalankan dalam penyelidikan ini adalah

dalam skala makmal. Pengujian ini melibatkan lima prototaip tag aktif RFID yang

digabungkan dengan pengatur linear dan pengatur penukaran, satu prototaip tag aktif

RFID tanpa gabungan litar dan satu prototaip pembaca aktif RFID serta komputer

sebagai hos.

Bagi setiap tag aktif RFID yang diuji, mod rehat berkala telah diprogramkan

melalui perisian X-CTU. Tempoh masa untuk tag aktif berada dalam keadaan mod

rehat ditetapkan kepada lima saat. Tempoh masa tag untuk kembali ke mod rehat

juga ditetapkan pada lima saat. Tag aktif akan sentiasa berjaga dan kembali ke mod

rehat pada setiap lima saat jika tiada sebarang aktiviti penghantaran dan penerimaan

data. Untuk merekodkan penggunaan arus pada tag aktif, terdapat dua situasi tag iaitu

semasa tag aktif berada dalam mod rehat dan semasa tag aktif sedang melakukan

aktiviti penghantaran dan penerimaan data. Bagi keadaan tag dalam mod rehat,

bacaan arus dicatatkan. Bagi situasi kedua, pembaca aktif RFID akan menghantar

49
arahan kepada tag supaya aktiviti penghantaran dan penerimaan data berlaku.

Penggunaan arus pada tag dicatatkan semasa aktiviti ini dijalankan. Penggunaan arus

bagi kedua-dua mod ini diplotkan bagi tujuan perbincangan pada bab lima.

Penyelidikan ini dilakukan pada jarak yang tetap, iaitu lima meter di antara pembaca

aktif dan tag aktif.

Bagi tag aktif yang digabungkan dengan pengatur linear dan pengatur

penukaran, parameter yang sama juga diprogram kepada tag aktif ini. Metodologi

yang sama juga dilakukan untuk tag aktif ini. Tetapi voltan keluaran dari pengatur

linear dan pengatur penukaran akan disetkan pada keluaran yang berbeza. Ini

bertujuan untuk mencari voltan masukan yang efektif bagi modul penghantar terima

sistem ini. Voltan efektif amat penting bagi penjimatan kuasa sistem RFID aktif yang

dibangunkan ini.

3.12 Spesifikasi Reka bentuk Yang Dicadangkan Untuk Sistem RFID

Spesifikasi reka bentuk yang dicadangkan untuk sistem RFID ini adalah

berdasarkan spesifikasi komponen-komponen utama yang digunakan. Jadual

dibawah menunjukkan spesifikasi bagi tag dan pembaca aktif RFID.

Jadual 3.2: Spesifikasi pembaca aktif RFID


Parameter Spesifikasi
Jalur Frekuensi 2.45 GHz
Sesiri RS232 9600 kbps
Komunikasi DB9, USB
Kadar Data RF 250 kbps
Jarak Bacaan <100 m
Punca Kuasa 5-12 VDC 500 mA adapter, USB

50
Jadual 3.3: Spesifikasi tag aktif RFID
Parameter Spesifikasi
Jalur Frekuensi 2.45 GHz
Tag ID >1 trillion ID unik
Kadar Data RF 250 kbps
Jarak Bacaan <100 m
Jenis Bateri 3 V Ion Litium

3.13 Rumusan

Bab ini menerangkan tentang sistem aktif RFID yang dibangunkan secara

keseluruhan. Sistem yang mengandungi pembaca aktif RFID yang mempunyai dua

jenis pengantaramukaan iaitu melalui RS232 dan melalui USB. Dua jenis tag aktif

RFID yang dibangunkan iaitu tag aktif tanpa gabungan litar dan tag aktif dengan

pengatur linear dan pengatur penukaran.

Perbezaan penggunaan arus semasa mod rehat dan mod penghantaran dan

penerimaan data akan dikaji bagi kedua-dua tag yang dibangunkan. Pengujian ini

dilakukan pada jarak yang tetap seperti yang ternyata dalam objektif tesis ini.

51
BAB 4

KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN BERKENAAN DENGAN SISTEM


RFID YANG DICADANGKAN

4.1 Pendahuluan

Dalam bab ini, akan dijelaskan mengenai keputusan dan perbincangan

berkenaan dengan ujian-ujian yang dijalankan pada tag aktif RFID 2.45 GHz. Ujian-

ujian yang dijalankan ke atas tag aktif RFID bertujuan untuk menganalisa

kemampuan sistem yang akan digabungkan. Secara amnya, setiap sistem yang diuji

akan menjalani kaedah ujian yang sama bagi memastikan keputusan yang dihasilkan

adalah sekata. Kaedah pengujian yang dijalankan mengandungi pembaca aktif RFID

yang disambungkan ke komputer riba dan juga tag aktif RFID yang dicadangkan.

4.2 Penetapan Antara Muka

Bagi menjalankan pengujian, program X-CTU digunakan sebagai antara

muka aplikasi untuk memaparkan maklumat yang diterima. Pembaca aktif RFID

akan menganalisa data yang diterima dari tag aktif RFID dan akan disalurkan untuk

paparan pada program X-CTU. Pembaca aktif boleh berkomunikasi dengan

komputer riba secara sesiri melalui sambungan RS232 dan juga USB. Oleh itu, kadar

baud bagi pembaca aktif RFID dengan hos atau komputer riba harus sepadan untuk

memastikan komunikasi dua hala dapat berjalan dengan lancar. Kadar baud yang

ditetapkan untuk kedua-dua pembaca aktif RFID dan komputer riba ialah 9600 bps.

Walau bagaimanapun, nilai maksimum yang boleh ditetapkan pada modul Xbee siri

2 ini adalah 115200 bps. Rajah 4.1 menunjukkan penetapan konfigurasi program X-

CTU.

52
Rajah 4.1 : Penetapan konfigurasi program X-CTU

Pembaca aktif akan dihidupkan setelah penetapan konfigurasi program X-

CTU selesai. Ia dihidupkan menggunakan adaptor 9VDC 500mA dan bagi pembaca

aktif USB, kuasa diambil dari port USB itu sendiri. Bagi tag aktif pula, bateri 3V

litium digunakan pada sistem kuasa. Rajah blok pada Rajah 4.2 menunjukkan

penyediaan perkakasan semasa pengujian dijalankan.

53
Rajah 4.2 : Penyediaan perkakasan semasa pengujian dijalankan

4.3 Analisis Isyarat dan Tenaga

Analisis untuk setiap pengatur lelurus dan pengatur penukaran dijelaskan.

Analisis ini berpandukan kepada penggunaan arus modul Xbee siri 2 semasa berada

dalam mod rehat. Walaupun tag aktif sudah berada dalam keadaan mod rehat tetapi

masih menggunakan arus untuk bersedia menerima isyarat daripada pembaca. Kajian

dilakukan di dalam makmal yang menggunakan alatan seperti multimeter digital,

sumber kuasa DC dan juga computer riba sebagai secara stesen utama. Tujuan

penambahan pengatur penurunan keluaran rendah ini adalah untuk meminimumkan

penggunaan arus semasa tag aktif berada dalam keadaan mod lengah. Subtopik

seterusnya akan menjelaskan dengan lebih lanjut tentang analisis yang dijalankan.

4.3.1 Analisis Isyarat pada Tag Aktif RFID

Seperti yang diterangkan dalam bab 4, terdapat dua tag aktif RFID yang

dibangunkan iaitu tag aktif mod rehat berkala dan tag aktif mod rehat berkala dengan

pengatur penurunan keluaran rendah.

54
Bagi tag aktif mod rehat berkala, tag ini telah disetkan dengan mod rehat

selama 5 saat. Tag aktif tidak akan menerima sebarang data semasa berada dalam

keadaan mod rehat. Selepas 5 saat, tag aktif akan bertukar ke keadaan bersedia.

Dalam mod ini, tag aktif bersedia menerima data dari pembaca atau tag aktif lain.

Selepas data terakhir diterima, tag akan berada dalam keadaan bersedia selama 5 saat

sebelum kembali ke mod rehat. Pada keadaan ini, tag telah berhubung dengan

pembaca untuk menjalankan aktiviti penghantaran dan penerimaan data. Rajah 4.3

menunjukkan isyarat voltan pada pin13 iaitu pin penunjuk perhubungan tag aktif

dengan komunikasi data berkala. Kadar penggunaan arus semasa penghantaran dan

penerimaan data oleh tag aktif dengan komunikasi data berkala ialah 14.3 mA dan

semasa berada di mod rehat pada kadar 0.06 mA. Penerangan berkenaan kadar

penggunaan arus bagi tag aktif akan diperincikan dalam sub tajuk yang lain.

Rajah 4.3 : Isyarat voltan pada pin penunjuk perhubungan tag aktif dengan
komunikasi data berkala

Pin 2 dan pin 3 merupakan pin keluaran dan pin masukan bagi data sesiri

untuk tag aktif. Isyarat voltan pada pin ini bergantung sepenuhnya kepada data yang

dihantar dan data yang diterima oleh tag aktif. Tetapi bagi pin 3, voltan isyarat akan

55
berada pada logik 1 jika tiada penerimaan data (Digi International, Inc. 2007).

Perubahan isyarat voltan dari logik 0 kepada logik 1 dapat dilihat apabila pengkajian

dilakukan pada pin 6 tag aktif. Pin 6 merupakan penunjuk kekuatan isyarat yang

diterima. Perubahan ini menunjukkan bahawa terdapat penerimaan data oleh tag

aktif. Sela masa perubahan isyarat voltan ini bergantung kepada tempoh tag berada

dalam keadaan bersedia menerima data.

4.3.2 Analisis Penggunaan Kuasa Tag Aktif RFID bagi mod rehat berkala

Pengujian ini hanya menumpukan kepada penggunaan arus tag aktif RFID

tanpa litar tambahan dari pengatur penurunan keluaran rendah. Penilaian ini penting

sebagai tanda aras untuk dijadikan kayu pengukur kepada analisis-analisis yang lain.

Penyambungan perkakasan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.4.

Rajah 4.4 : Penyambungan perkakasan untuk menganalisis tag aktif RFID

4.3.2.1 Analisis Penggunaan Kuasa Tag Aktif RFID

Proses pengumpulan bermula dari awal tag aktif beroperasi dalam keadaan

mod rehat. Nilai penggunaan arus akan berubah bagi setiap saat. Setiap perubahan

nilai arus ini dicatatkan untuk rekod simpanan. Nilai-nilai perubahan arus ini juga

diukur mengikut sumber kuasa yang ditetapkan. Bagi eksperimen ini, nilai minimum

untuk sumber kuasa bermula dari 2V. Nilai minimum ditetapkan berdasarkan pada

voltan minimum yang diperlukan oleh tag RFID untuk dihidupkan. Sumber kuasa

56
akan ditingkatkan secara sekata sebanyak 0.2V sehingga mencapai tahap maksimum

iaitu 3.3V.

Rajah 4.5 dan rajah 4.6 menunjukkan gambaran berkenaan dengan susun atur

pembaca dan tag aktif RFID sepanjang ujikaji dijalankan.Tag aktif dan pembaca

berada pada jarak 5m antara satu sama lain. Setiap perubahan pada voltan masukan,

nilai penggunaan arus bagi tag aktif RFID akan dicatatkan. Data yang dicatatkan

akan ditukar kepada nilai kuasa dan desibel. Keputusan analisis yang dibuat pada tag

aktif RFID tanpa litar tambahan bagi perubahan kuasa mod rehat diplot seperti Rajah

4.7. Nilai kuasa dan desibel bagi mod rehat diplot melawan Voltan Masukan.

Rajah 4.5 : Gambar rajah menunjukkan susun atur perkakasan tag aktif RFID
sepanjang ujikaji dijalankan.

Selain daripada itu, nilai perubahan arus bagi mod penghantaran dan

penerimaan data juga direkodkan. Kaedah yang sama diguna pakai untuk analisis

bagi nilai-nilai tersebut. Keputusan analisis yang dibuat pada tag aktif RFID tanpa

litar tambahan bagi perubahan arus mod penghantaran dan penerimaan data seperti

Rajah 4.8. Graf Mod Tx/Rx diplot melawan Voltan Masukan.

57
Rajah 4.6 : Gambar rajah menunjukkan susun atur perkakasan pembaca aktif RFID
sepanjang ujikaji dijalankan.

Rajah 4.7 : Graf Mod Rehat Melawan Voltan Masukan

Berdasarkan kepada data yang dipaparkan dalam graf pada Rajah 4.7, kadar

penggunaan kuasa semasa mod rehat meningkat dengan peningkatan voltan masukan

pada tag aktif RFID. Bagi persamaan graf pada Rajah 4.6, kadar peningkatan

penggunaan kuasa pada mod rehat adalah seperti berikut :

58
Peratusan perubahan kuasa (%) = ((y2/y1)-1)*100 (4.1)

= ((0.000133/0.00012)-1)*100

= 10.83%

Rajah 4.8 : Graf Mod Tx/Rx Melawan Voltan Masukan

Kadar peningkatan kuasa yang ditunjukkan membuktikan bahawa

penggunaan kuasa yang tinggi oleh tag aktif RFID semasa mod penghantaran dan

penerimaan data. Kadar peningkatan penggunaan kuasa pada mod penghantaran dan

penerimaan data adalah seperti berikut :

Peratusan perubahan kuasa (%) = ((0.03179/0.0249)-1)*100

= 27.67%

Jika dibandingkan dengan lembaran data modul Xbee, nilai penggunaan arus ketika

mod penghantaran dan penerimaan data ialah 40mA pada 3.3V (Digi International,

Inc. 2007). Perubahan ini akan memberi kesan kepada jangka hayat bateri. Tanpa

menggunakan pengatur lelurus dan pengatur penukaran, voltan keluaran dari bateri

59
tidak dapat dikawal. Tag aktif akan menggunakan voltan yang disalurkan tanpa had

sehingga kehabisan. Jangka hayat bateri bukan sahaja bergantung kepada kapasiti

bateri tersebut, ia juga bergantung kepada kadar penggunaan arus bagi litar yang

disambungkan. Rajah 4.9 menunjukkan nilai dBm kedua-dua mod rehat dan mod

penghantaran dan penerimaan data melawan Voltan Masukan.

Rajah 4.9 : Graf Nilai dBm Melawan Voltan Masukan

Jadual 4.1 : Penggunaan kuasa bagi mod rehat dan mod Tx/Rx bagi tag aktif RFID.
Penggunaan Nisbah Nisbah
Kuasa Kuasa
Voltan Voltan Penggunaan Arus Kuasa Kuasa
(Mod (Mod
Masukan keluaran Arus (Mod (Mod (Mod (Mod
rehat) Tx/Rx)
(V) (V) rehat) (mA) Tx/Rx) rehat) Tx/Rx)
(W) (W)
(mA) (dBm) (dBm)
2 3.3 0.0613 11.05 0.000123 0.0221 -9.1151 13.4439
2.2 3.3 0.061 11.66 0.000134 0.0257 -8.7225 14.0912
2.4 3.3 0.0613 11.43 0.000147 0.0274 -8.3233 14.3826
2.6 3.3 0.0609 13.11 0.000158 0.0341 -8.0041 15.3258
2.8 3.3 0.0658 14.25 0.000184 0.0399 -7.3462 16.0097
3 3.3 0.0614 15.2 0.000184 0.0456 -7.3471 16.5896
3.2 3.3 0.0638 16.31 0.000204 0.0522 -6.9003 17.1760
3.3 3.3 0.0647 17.58 0.000214 0.0580 -6.7058 17.6353

60
4.3.2.2 Analisis Penggunaan Kuasa Tag Aktif RFID Dengan Penganjak Naik
AS1320

Pemilihan IC AS1320 sebagai litar tambahan untuk tag aktif RFID adalah

berdasarkan kepada topologi penganjak naik yang dimiliki oleh IC ini. Topologi

penganjak peningkat atau penganjak naik memerlukan voltan masukan yang kecil

tetapi akan meningkatkan voltan keluaran yang telah ditetapkan. Ini adalah satu

kelebihan menggunakan IC ini sebagai litar tambahan dalam tag aktif RFID. Voltan

minimum yang diperlukan hanya 1.5V untuk menghasilkan voltan keluaran 3.3V

(Austria Micro Systems, Rev 1.03). Bagi penganjak naik AS1320 ini, voltan keluaran

adalah tetap iaitu 3.3V, dimana arus keluaran bagi AS1320 ialah 200mA pada voltan

masukan 2V. (Austria Micro Systems, Rev 1.0.3)

Rajah 4.10 menunjukkan litar asas bagi litar tambahan yang digunakan oleh

AS 1320 untuk pengujian yang dilakukan. Voltan masukan bermula dari 2.0V

sehingga 3.3V dengan menggunakan sela 0.2V setiap sela. Sumber kuasa DC akan

disambungkan kepada litar penganjak naik AS1320 dan keluaran dari penganjak naik

akan disambungkan kepada modul Xbee tersebut. Litar tambahan yang digunakan ini

akan bertindak sebagai sumber kuasa kepada modul Xbee bagi tag aktif RFID.

Rajah 4.10 : Sambungan asas litar penganjak naik AS1320.

61
Kaedah pengujian yang sama digunakan bagi penambahan litar penganjak

naik AS1320, iaitu arus pada sumber kuasa disukat bagi Ini bertujuan untuk

memudahkan perbandingan yang akan dilakukan bagi setiap litar tambahan yang

digunakan. Rajah 4.11 menunjukkan graf Mod Rehat diplot melawan Voltan

Masukan bagi litar penganjak naik AS1320. Kadar purata penggunaan kuasa bagi

litar penganjak naik AS1320 semasa mod rehat meningkat kepada 0.04 W

berbanding dengan purata penggunaan kuasa bagi litar tag aktif RFID tanpa litar

tambahan hanya 0.169 mW. Ini akan mempercepatkan pengurangan tempoh hayat

bateri pada tag aktif RFID.

Rajah 4.11 : Graf Mod Rehat Melawan Voltan Masukan bagi litar penganjak naik
AS1320.

Penurunan penggunaan kuasa bagi mod penghantaran dan penerimaan data

dicatatkan pada Rajah 4.12. Walaupun terdapat penurunan penggunaan arus, namun

penggunaan kuasa semasa mod penghantaran dan penerimaan tinggi berbanding

dengan tag aktif RFID tanpa litar tambahan.

62
Rajah 4.12 : Graf Mod Tx/Rx Melawan Voltan Masukan bagi litar penganjak naik
AS1320

Rajah 4.13 : Graf Nilai dBm Melawan Voltan Masukan bagi litar penganjak naik
AS1320

Rajah 4.13 menunjukkan nilai nisbah kuasa dalam desibel bagi kedua-dua

mod operasi. Jadual 4.2 menunjukkan penggunaan kuasa bagi tag aktif RFID dengan

63
litar penganjak naik AS1320. Penggunaan kuasa tag aktif RFID dengan litar

penganjak naik bagi kedua-dua mod lebih tinggi berbanding tag aktif tanpa litar

tambahan.

Jadual 4.2 : Penggunaan kuasa bagi mod rehat dan mod Tx/Rx bagi tag aktif RFID
dengan litar penganjak naik AS1320
Nisbah Nisbah
Penggunaan Kuasa Kuasa
Voltan Voltan Penggunaan Kuasa Kuasa
Arus (Mod (Mod (Mod
Masukan keluaran Arus (Mod (Mod (Mod
Tx/Rx) rehat) Tx/Rx)
(V) (V) rehat) (mA) rehat) Tx/Rx)
(mA) (W) (W)
(dBm) (dBm)
2.0 3.3 12.57 53.30 0.041481 0.1759 16.1785 22.4524
2.2 3.3 11.18 56.13 0.036894 0.1852 15.6696 22.6771
2.4 3.3 13.65 47.83 0.045045 0.1578 16.5365 21.9821
2.6 3.3 12.75 33.50 0.042075 0.1106 16.2402 20.4356
2.8 3.3 13.12 34.80 0.043296 0.1148 16.3645 20.6009
3.0 3.3 12.10 30.57 0.03993 0.1009 16.0130 20.0381
3.2 3.3 11.50 21.51 0.03795 0.0710 15.7921 18.5115
3.3 3.3 10.81 25.79 0.035673 0.0851 15.5234 19.2997

4.3.2.3 Analisis Penggunaan Kuasa Tag Aktif RFID Dengan Penganjak Naik
TPS61221

TPS61221 merupakan peranti penganjak naik yang dibangunkan untuk

penggunaan produk yang dikuasakan dari bateri. Ia beroperasi sama seperti

penganjak naik yang dibincangkan sebelum ini, mempunyai voltan keluaran tetap

3.3V. Kadar pengeluaran arus dari penganjak naik TPS61221 ini bergantung kepada

nisbah voltan masukan kepada voltan keluaran IC tersebut (Texas Instrument,

SLVS7762009).

Rajah 4.14 menunjukkan sambungan asas litar penganjak naik keluaran tetap

bagi TPS61221. Kapasitor masukan dan keluaran, C1 dan C2 diperlukan bagi

memastikan voltan masukan dan voltan keluaran mempunyai riak voltan yang

64
minimum. Selain daripada itu, C1 juga berfungsi untuk meningkatkan tahap tapisan

EMI bagi keseluruhan sistem kuasa tersebut. (Texas Instrument, SLVS7762009)

Rajah 4.14 : Sambungan asas litar penganjak naik keluaran tetap, TPS61221.

Graf Mod Rehat melawan Voltan Masukan bagi litar penganjak naik

TPS61221 pada Rajah 4.15. Voltan minimum yang diperlukan oleh TPS61221 untuk

beroperasi serendah 0.7V (Texas Instrument, SLVS776-2009). Tetapi secara

praktikalnya, gabungan IC ini bersama modul Xbee memerlukan voltan minimum

2.9V untuk memastikan modul Xbee dapat dihidupkan. Oleh kerana arus keluaran

peranti ini bergantung kepada nisbah voltan masukan kepada voltan keluaran, ini

menyebabkan arus yang disalurkan kepada modul Xbee tidak mencukupi untuk

menghidupkan modul Xbee. Jadi, voltan masukan yang diperlukan lebih tinggi bagi

memastikan arus yang disalurkan mencukupi.

Rajah 4.16 pula menunjukkan graf Mod Tx/Rx melawan Voltan Masukan.

Kedua-dua graf ini menunjukkan penurunan seperti yang ditunjukkan. Rajah 4.17

menunjukkan nilai nisbah kuasa dalam desibel bagi kedua-dua mod operasi.

65
Rajah 4.15 : Graf Mod Rehat Melawan Voltan Masukan bagi litar penganjak naik
TPS61221

Rajah 4.16 : Graf Mod Tx/Rx Melawan Voltan Masukan bagi litar penganjak naik
TPS61221

66
Jadual 4.17 : Graf Nilai dBm Melawan Voltan Masukan bagi litar penganjak
naik TPS61221

Jadual 4.3 : Penggunaan kuasa bagi mod rehat dan mod Tx/Rx bagi tag aktif RFID
dengan litar penganjak naik TPS61221
Nisbah Nisbah
Kuasa Kuasa
Voltan Voltan Penggunaan Penggunaan Kuasa Kuasa
(Mod (Mod
Masukan keluaran Arus (Mod Arus (Mod (Mod (Mod
rehat) Tx/Rx
(V) (V) rehat) (mA) Tx/Rx) (mA) rehat) Tx/Rx)
(W) ) (W)
(dBm) (dBm)
2.9 2.9 3.895 19.37 0.011296 0.0562 10.5291 17.4953
3.0 3.0 3.696 17.05 0.011088 0.0512 10.4485 17.0885
3.1 3.1 3.041 14.28 0.009427 0.0443 9.7438 16.4609
3.2 3.2 2.994 12.33 0.009581 0.0395 9.8140 15.9611
3.3 3.3 2.256 10.47 0.007445 0.0346 8.7185 15.3846

4.3.2.4 Analisis Penggunaan Kuasa Tag Aktif RFID Dengan Penganjak


Naik TPS61220

TPS61220 merupakan IC penganjak naik yang sama dengan IC yang

dibincangkan sebelum ini kecuali nilai voltan keluaran bagi TPS61220 boleh dilaras

dari 1.8V sehingga 5.5V (Texas Instrument, SLVS776-2009). Kadar pengeluaran arus

67
dari penganjak naik TPS61220 ini juga bergantung kepada nisbah voltan masukan

kepada voltan keluaran IC tersebut (Texas Instrument, SLVS776-2009).

Rajah 4.18 menunjukkan sambungan asas litar penganjak naik keluaran tetap

bagi TPS61220. Kapasitor masukan dan keluaran, C1 dan C2 diperlukan bagi

memastikan voltan masukan dan voltan keluaran mempunyai riak voltan yang

minimum. Selain daripada itu, C1 juga berfungsi untuk meningkatkan tahap tapisan

EMI bagi keseluruhan sistem kuasa tersebut (Texas Instrument, SLVS776-2009). Nilai

R1 dan R2 adalah untuk menetapkan nilai voltan keluaran yamg diperlukan. Secara

praktikalnya, nlai yang dicadangkan untuk R2 mestilah kurang daripada 500 k bagi

memastikan nilai arus pembahagi mempunyai nilai minimum 1uA (Texas

Instrument, SLVS776-2009). Nilai untuk R1 boleh diketahui berdasarkan persamaan

dibawah dengan nilai-nilai pemalar lain diketahui seperti R2, VOUT dan juga VFB.

R1 = R2 (VOUT/VFB 1) (4.2)

Bagi litar penganjak naik keluaran tetap TPS61220, VOUT yang ditetapkan ialah 2.3V.

Jadi berdasarkan persamaan diatas, nilai R1 adalah seperti berikut.

R1 = R2 (VOUT/VFB 1)

= 250 k (2.3/500mV 1)

= 900 k

Rajah 4.18 : Sambungan asas litar penganjak naik keluaran boleh laras, TPS61220

68
Rajah 4.19 menunjukkan graf Mod Rehat melawan Voltan Masukan bagi litar

penganjak naik TPS61220. Voltan keluaran yang dilaraskan bagi penganjak naik

keluaran boleh laras ini ialah 2.3V. Oleh kerana arus keluaran penganjak naik

keluaran boleh laras ini bergantung kepada nisbah voltan masukan kepada voltan

keluaran, ini menyebabkan voltan masukan minimum yang diperlukan ialah 2.5V

bagi memastikan arus yang disalurkan kepada modul Xbee mencukupi untuk

menghidupkan modul Xbee. Jadi, voltan masukan yang diperlukan lebih tinggi bagi

memastikan arus yang disalurkan mencukupi.

Rajah 4.20 pula menunjukkan graf Mod Tx/Rx melawan Voltan Masukan

bagi litar penganjak naik TPS61220. Jadual 4.4 menunjukkan penggunaan kuasa bagi

mod rehat dan mod Tx/Rx bagi tag aktif RFID dengan penganjak naik TPS61220.

Rajah 4.21 menunjukkan nilai nisbah kuasa dalam desibel bagi kedua-dua mod

operasi. Berdasarkan kepada analisis kuasa bagi ketiga-tiga peranti penganjak naik

yang digunakan, penggunaan penganjak naik dengan tag aktif RFID dalam kajian ini

tidak sesuai memandangkan penggunaan kuasa yang lebih tinggi berbanding tag aktif

tanpa litar tambahan.

69
Rajah 4.19 : Graf Mod Rehat Melawan Voltan Masukan bagi litar penganjak naik
TPS61220

Jadual 4.4: Penggunaan kuasa bagi mod rehat dan mod Tx/Rx bagi tag aktif RFID
dengan litar penganjak naik TPS61220
Nisbah Nisbah
Penggunaan Kuasa Kuasa
Voltan Voltan Penggunaan Kuasa Kuasa
Arus (Mod (Mod
Masukan keluaran Arus (Mod (Mod (Mod
(Mod rehat) Tx/Rx)
(V) (V) rehat) (mA) rehat) Tx/Rx)
Tx/Rx) (mA) (W) (W)
(dBm) (dBm)
2.5 2.3 4.165 20.65 0.009580 0.0475 9.8134 16.7665
2.7 2.3 3.041 19.08 0.006994 0.0439 8.4474 16.4231
2.9 2.3 2.809 16.79 0.006461 0.0386 8.1028 15.8678
3.1 2.3 2.385 14.85 0.005486 0.0342 7.3922 15.3345
3.3 2.3 2.256 10.54 0.005189 0.0242 7.1507 13.8457

70
Rajah 4.20 : Graf Mod Tx/Rx Melawan Voltan Masukan bagi litar penganjak naik
TPS61220

Rajah 4.21 : Graf Nilai dBm Melawan Voltan Masukan bagi litar penganjak naik
TPS61220

71
4.3.2.5 Analisis Penggunaan Kuasa Tag Aktif RFID Dengan Penganjak Turun
TPS60500

Selain daripada penganjak naik, Texas Instrument juga mempunyai topologi

yang lain bagi pengatur lelurus dan pengatur penukaran iaitu penganjak turun.

TPS60500 merupakan salah satu penganjak turun yang diuji dalam siri ini. Voltan

keluaran bagi IC ini boleh dilaraskan dari 0.8V hingga 3.3V. Kadar pengeluaran arus

dari penganjak turun TPS60500 ini bergantung kepada nisbah voltan masukan

kepada voltan keluaran IC tersebut (Texas Instrument, SLVS391B, 2002).

Rajah 4.22 : Sambungan asas litar penganjak turun keluaran boleh laras, TPS60500

Sambungan asas litar penganjak turun keluaran boleh laras bagi TPS60500

adalah seperti Rajah 4.22. Kapasitor Ci dan Co diperlukan bagi memastikan riak

voltan yang minimum pada voltan masukan dan voltan keluaran. Nisbah nilai R1 dan

R2 digunakan bagi menetapkan voltan keluaran penganjak turun boleh laras

72
TPS60500. Tiada nilai minimum atau nilai maksimum yang ditetapkan bagi R1 atau

R2. Nilai kedua-dua rintangan ini boleh diketahui melalui persamaan berikut.

R1 = R2 (VOUT/VFB) R2 (4.3)

Bagi konfigurasi litar penganjak turun ini, nilai Vout yang ditetapkan ialah 2V

dimana VFB bagi TPS60500 ialah 0.8V. Jadi, berdasarkan kepada persamaan diatas,

nilai R1 adalah seperti berikut.

R1 = R2 (VOUT/VFB) R2

= R2 (2.0/0.8) R2

= 1.5R2

Dalam ujikaji ini, nilai R1 ditetapkan 150 k dan mengikut nisbah persamaan diatas,

nilai R2 ialah 100 k.

Rajah 4.23 : Graf Mod Rehat Melawan Voltan Masukan bagi litar penganjak turun
TPS60500

73
Rajah 4.23 menunjukkan graf Mod Rehat melawan voltan masukan bagi litar

penganjak turun TPS60500. Berdasarkan kepada persamaan graf pada Rajah 4.23,

kadar penurunan penggunaan kuasa pada mod rehat adalah seperti berikut :

Peratusan perubahan kuasa (%) = ((0.087/0.0792)-1)*100

= 8.97%

Rajah 4.24 pula menunjukkan graf Mod Tx/Rx melawan Voltan Masukan bagi litar

penganjak turun TPS60500. Berdasarkan kepada persamaan graf pada Rajah 4.24,

kadar penurunan penggunaan kuasa pada mod Tx/Rx adalah seperti berikut :

Peratusan perubahan kuasa (%) = ((0.027438/0.02762)-1)*100

= 0.66%

Rajah 4.24 : Graf Mod Tx/Rx Melawan Voltan Masukan bagi litar penganjak turun
TPS60500

74
Rajah 4.25 : Graf Nilai dBm Melawan Voltan Masukan bagi litar penganjak naik
TPS60500

Jadual 4.5 menunjukkan penggunaan kuasa bagi tag aktif RFID dengan litar
penganjak turun TPS60500 manakala Rajah 4.25 menunjukkan nilai nisbah kuasa
dalam desibel bagi kedua-dua mod operasi.

Jadual 4.5: Penggunaan kuasa bagi mod rehat dan mod Tx/Rx bagi tag aktif RFID
dengan litar penganjak turun TPS60500
Nisbah Nisbah
Penggunaan Kuasa Kuasa
Voltan Voltan Penggunaan Kuasa Kuasa
Arus (Mod (Mod
Masukan keluaran Arus (Mod (Mod (Mod
(Mod rehat) Tx/Rx)
(V) (V) rehat) (mA) rehat) Tx/Rx)
Tx/Rx) (mA) (W) (W)
(dBm) (dBm)
2.2 2.0 4.835 12.75 0.009670 0.0255 9.8543 14.0654
2.4 2.0 4.207 12.68 0.008414 0.0254 9.2500 14.0415
2.6 2.0 3.965 12.36 0.007930 0.0247 8.9927 13.9305
2.8 2.0 3.783 11.67 0.007566 0.0233 8.7887 13.6810
3.0 2.0 3.278 10.20 0.006556 0.0204 8.1664 13.0963
3.2 2.0 3.396 9.33 0.006792 0.0187 8.3200 12.7091
3.3 2.0 2.875 9.14 0.005750 0.0183 7.5967 12.6198

75
4.3.2.6 Analisis Penggunaan Kuasa Tag Aktif RFID Dengan Pengatur Keciciran
Lelurus TPS78001

TPS78001 merupakan salah satu peranti dalam pengurusan kuasa yang

dikeluarkan oleh Texas Instrument. Ia menggunakan topologi pengatur keciciran

lelurus, salah satu teknik lain dalam pengatur lelurus dan pengatur penukaran. Voltan

keluaran bagi TPS78001 ini boleh dilaraskan dari 1.2V hingga 5.1V. Kadar

pengeluaran arus dari pengatur penurunan keluaran rendah TPS78001 ini tetap pada

kadar minimum 150mA (Texas Instrument, SBVS083C, 2008).

Rajah 4.26 : Sambungan asas litar pengatur penurunan keluaran rendah TPS78001

Rajah 4.26 menunjukkan sambungan litar asas pengatur penurunan keluaran

rendah TPS78001 bagi ujikaji yang terakhir. Litar ini mempunyai kapasitor masukan

dan keluaran bagi memastikan kestabilan voltan sistem tersebut. Bagi setiap litar

pengurusan kuasa boleh laras, nisbah rintangan dua perintang menjadi satu kewajipan

bagi menentukan voltan keluaran yang dikehendaki. Begitu juga dengan TPS78001.

Hasil nisbah nilai R1 dan R2 menjadi penentu voltan keluaran bagi IC ini. Nilai

kedua-dua perintang tersebut boleh diketahui melalui persamaan berikut.

VOUT = VFB (1+ R1/R2) (4.4)

76
Nilai R2 ditetapkan kepada 1 M bagi memastikan arus pembahagi bersamaan

dengan 1.2A. VFB bagi TPS78001 ialah 1.216v (Texas Instrument, SBVS083C,

2008) dan voltan keluaran bagi ujikaji ini ditetapkan pada 2V. Jadi, berdasarkan

persamaan 4.1,

R1 = (VOUT/VFB 1) R2

= (2.0/1.216 1)1 M

= 0.645 M

Rajah 4.27 : Graf Mod Rehat Melawan Voltan Masukan bagi litar pengatur
penurunan keluaran rendah TPS78001

Berdasarkan kepada nilai-nilai perintang dan voltan keluaran yang di

kehendaki, litar pengatur penurunan keluaran rendah TPS78001 dibangunkan. Rajah

4.27 menunjukkan graf Mod Rehat melawan voltan masukan bagi litar pengatur

penurunan keluaran rendah TPS78001 pada voltan keluaran 2.0V. Berdasarkan

77
kepada persamaan graf pada Rajah 4.22, kadar penurunan penggunaan kuasa pada

mod rehat adalah seperti berikut :

Peratusan perubahan kuasa (%) = ((0.00009703/0.0000982)-1)*100

= 1.19%

Rajah 4.28 pula menunjukkan graf Mod Tx/Rx melawan Voltan Masukan

bagi litar pengatur penurunan keluaran rendah TPS78001. Berdasarkan kepada

persamaan graf pada Rajah 4.28, kadar peningkatan penggunaan kuasa pada mod

penghantaran dan penerimaan data adalah seperti berikut :

Peratusan perubahan kuasa (%) = ((0.022966/0.02294)-1)*100

= 0.11%

Rajah 4.28 : Graf Mod Tx/Rx Melawan Voltan Masukan bagi litar pengatur
penurunan keluaran rendah TPS78001

Jika diperhatikan kepada kedua-dua graf pada Rajah 4.27 dan Rajah 4.28 ini,

penambahan litar pengatur penurunan keluaran rendah TPS78001 tidak memberi

78
kesan kepada penggunaan kuasa semasa dalam keadaan mod rehat. Akan tetapi,

penggunaan kuasa ketika mod Tx/Rx lebih sekata dari 1.8V sehingga 3.3V. Ini

menunjukkan kestabilan penggunaan kuasa litar keciciran lelurus TPS78001 dalam

menyalurkan arus kepada modul Xbee untuk tujuan penghantaran dan penerimaan

data. Ini dapat dibandingkan dengan graf pada Rajah 4.8 dimana peningkatan

penggunaan kuasa berkadar langsung dengan peningkatan voltan masukan sebanyak

27.67% berbanding peningkatan arus ketika mod penghantaran dan penerimaan data

dengan litar pengatur penurunan keluaran rendah TPS78001 yang hanya 0.11%.

Berdasarkan kepada kedua-dua keputusan graf pada Rajah 4.27 dan Rajah

4.28, ujikaji yang lebih terperinci dijalankan ke atas litar pengatur penurunan

keluaran rendah TPS78001. Ujikaji ini akan melibatkan keluaran voltan dari 1.8V

sehingga 3.3V. Ini adalah untuk menunjukkan bahawa penggunaan litar pengatur

penurunan keluaran rendah TPS78001 ini dapat membantu untuk menjimatkan

penggunaan bateri bagi tag aktif RFID yang dibangunkan.

Rajah 4.29 : Graf Mod Rehat Melawan Voltan Masukan bagi litar pengatur
penurunan keluaran rendah TPS78001 bagi keluaran voltan 1.8V

79
Rajah 4.29 dan Rajah 4.30 menunjukkan graf arus bagi kedua-dua mod yang

beroperasi pada voltan keluaran 1.8V. Nilai keluaran 1.8V disetkan pada litar

pengatur keciciran lelurus. 1.8V ialah voltan minimum yang diperlukan oleh modul

Xbee untuk dihidupkan. Berdasarkan kepada graf pada Rajah 4.29, peratus

perubahan kuasa ketika mod rehat adalah seperti berikut :

Peratusan perubahan kuasa (%) = ((0.00010099/0.0001006)-1)*100

= 0.39%

Manakala penggunaan kuasa bagi mod Tx/Rx data, peratusan perubahan kuasa bagi

mod ini ialah :

Peratusan perubahan kuasa (%) = ((0.020231/0.02014)-1)*100

= 0.45%

Rajah 4.30 : Graf Mod Tx/Rx Melawan Voltan Masukan bagi litar pengatur
penurunan keluaran rendah TPS78001 bagi keluaran voltan 1.8V

80
Analisis voltan keluaran seterusnya ialah 2.2V. Keputusan bagi voltan keluaran 2.0V

telah diterangkan pada Rajah 4.27 dan Rajah 4.28. Analisis graf bagi Rajah 4.31

adalah seperti berikut :

Peratusan perubahan arus (%) = ((0.0622/0.0615)-1)*100

= 1.07%

Rajah 4.31 : Graf Mod Rehat Melawan Voltan Masukan bagi litar pengatur
penurunan keluaran rendah TPS78001 bagi voltan keluaran 2.2V

Graf pada Rajah 4.32 menunjukkan penurunan penggunaan kuasa pada mod

penghantaran dan penerimaan data bagi keluaran voltan 2.2V. Purata penggunaan

kuasa bagi keluaran voltan pada 2.2V pada mod penghantaran dan penerimaan data

iaitu 0.027 W.

81
Rajah 4.32 : Graf Mod Tx/Rx Melawan Voltan Masukan bagi litar pengatur
penurunan keluaran rendah TPS78001 keluaran 2.2V

Peratusan penurunan kuasa bagi mod penghantaran dan penerimaan data bagi voltan

keluaran 2.2V adalah seperti berikut:

Peratusan perubahan kuasa (%) = ((0.027002/0.02708)-1)*100

= 0.29%

Rajah 4.33 menunjukkan graf penggunaan kuasa bagi mod rehat untuk keluaran

voltan 2.4V. Penggunaan kuasa yang dicatatkan pada mod rehat bagi keluaran voltan

2.4V hampir sama dengan graf-graf bagi keluaran 1.8V, 2.0V dan 2.2V iaitu 0.15

mW. Berikut adalah analisis perubahan kuasa bagi mod rehat dan juga mod

penghantaran dan penerimaan data bagi voltan keluaran 2.4V.

Peratusan perubahan kuasa (%) = ((0.000102/0.000101)-1)*100

= 0.90%

Bagi mod penghantaran dan penerimaan data pula,

Peratusan perubahan kuasa (%) = ((0.02996/0.0297)-1)*100

= 0.88%

82
Rajah 4.33 : Graf Mod Rehat Melawan Voltan Masukan bagi litar pengatur
penurunan keluaran rendah TPS78001 bagi voltan keluaran 2.4V

Rajah 4.34 : Graf Mod Tx/Rx Melawan Voltan Masukan bagi litar pengatur
penurunan keluaran rendah TPS78001 bagi voltan keluaran 2.4V

83
Rajah 4.35 dan Rajah 4.36 pula menunjukkan graf penggunaan kuasa bagi

keluaran voltan 2.6V dari litar pengatur keciciran lelurus. Penggunaan kuasa semasa

mod rehat tidak menunjukkan banyak perubahan berbanding sebelum ini. Purata

penggunaan kuasa bagi mod rehat voltan keluaran 2.6V ialah 0.00163 W. Analisis

bagi penggunaan kuasa mod rehat adalah seperti berikut :

Peratusan perubahan kuasa(%) = ((0.0002066/0.000204)-1)*100

= 1.27%

Rajah 4.35 : Graf Mod Rehat Melawan Voltan Masukan bagi litar pengatur
penurunan keluaran rendah TPS78001 bagi voltan keluaran 2.6V

Bagi penggunaan kuasa mod penghantaran dan penerimaan data untuk voltan

keluaran 2.6V, analisis penggunaan kuasa bagi mod ini adalah seperti berikut:

Peratusan perubahan kuasa (%) = ((0.03463/0.0332)-1)*100

= 4.31%

84
Berdasarkan kepada analisis di atas, peningkatan sebanyak 4.31%

penggunaan kuasa apabila voltan masukan ditingkatkan. Purata penggunaan kuasa

bagi voltan keluaran 2.6V ialah 0.0353 W. Jika dibandingkan dengan purata

penggunaan kuasa pada voltan keluaran 2.2V, peningkatan sebanyak 30.98% dari

penggunaan kuasa pada voltan keluaran 2.2V.

Rajah 4.36 : Graf Mod Tx/Rx Melawan Voltan Masukan bagi litar pengatur
penurunan keluaran rendah TPS78001 bagi voltan keluaran 2.6v

Rajah seterusnya menunjukkan graf mod rehat dan mod penghantaran dan

penerimaan data bagi voltan keluaran 2.8V. Voltan keluaran litar pengatur penurunan

keluaran rendah TPS78001 disetkan pada 2.8V untuk tujuan pengujian. Analisis

penggunaan kuasa bagi mod rehat adalah seperti berikut :

Peratusan perubahan kuasa (%) = ((0.000203/0.000202)-1)*100

= 0.64%

85
Rajah 4.37 : Graf Mod Rehat Melawan Voltan Masukan bagi litar pengatur
penurunan keluaran rendah TPS78001 bagi voltan keluaran 2.8V

Rajah 4.38 : Graf Mod Tx/Rx Melawan Voltan Masukan bagi litar pengatur
penurunan keluaran rendah TPS78001 bagi voltan keluaran 2.8V

86
Analisis penggunaan bagi mod penghantaran dan penerimaan data adalah seperti
berikut :

Peratusan perubahan kuasa(%) = ((0.03861/0.0364)-1)*100

= 6.07%

Purata penggunaan kuasa bagi mod rehat untuk keluaran voltan 2.8V ialah 0.172 mW

manakala purata penggunaan kuasa semasa mod penghantaran dan penerimaan data

ialah 0.04 W.

Rajah 4.39 : Graf Mod Rehat Melawan Voltan Masukan bagi litar pengatur
penurunan keluaran rendah TPS78001 bagi voltan keluaran 3.0V

Rajah 4.39 dan Rajah 4.40 menunjukkan graf penggunaan kuasa bagi litar pengatur

penurunan keluaran rendah TPS78001 pada voltan keluaran 3.0V. Analisis bagi

penggunaan kuasa bagi mod rehat adalah seperti berikut :

Peratusan perubahan kuasa (%) = ((0.0001934/0.000196)-1)*100

= 1.33%

87
Purata bagi penggunaan kuasa untuk mod rehat bagi voltan keluaran 3.0V ialah 0.183

mW. Bagi mod penghantaran dan penerimaan data pula, purata penggunaan kuasa

untuk mod ini ialah 0.043 W. Peningkatan sebanyak 7.5% bagi purata penggunaan

kuasa bagi keluaran voltan 3.0V berbanding dengan 2.8V.

Rajah 4.40 : Graf Mod Tx/Rx Melawan Voltan Masukan bagi litar pengatur
penurunan keluaran rendah TPS78001 bagi voltan keluaran 3.0V

Analisis bagi penggunaan kuasa untuk mod penghantaran dan penerimaan data bagi

voltan keluaran 3.0V adalah seperti berikut :

Peratusan perubahan kuasa (%) = ((0.04176/0.0389)-1)*100

= 7.35%

88
Rajah 4.41 : Graf Mod Rehat Melawan Voltan Masukan bagi litar pengatur
penurunan keluaran rendah TPS78001 bagi voltan keluaran 3.2v

Bagi voltan keluaran 3.2V, Rajah 4.41 menunjukkan graf penggunaan kuasa bagi

mod rehat manakala Rajah 4.42 pula mewakili mod penghantaran dan penerimaan

data. Tiada perubahan yang ketara bagi graf penggunaan kuasa untuk mod rehat jika

dibandingkan dengan graf-graf mod rehat sebelum ini. Purata penggunaan kuasa bagi

mod rehat untuk voltan keluaran 3.2V ialah 0.196 mW. Analisis bagi penggunaan

kuasa mod rehat adalah seperti berikut :

Peratusan perubahan kuasa (%) = ((0.00020099/0.0002006)-1)*100

= 0.19%

89
Rajah 4.42 : Graf Mod Tx/Rx Melawan Voltan Masukan bagi litar pengatur
penurunan keluaran rendah TPS78001 bagi voltan keluaran 3.2V

Bagi mod penghantaran dan penerimaan data, analisis penggunaan kuasa bagi mod

ini adalah seperti berikut :

Peratusan perubahan kuasa(%) = ((0.0456/0.0417)-1)*100

= 9.35%

Nilai purata penggunaan kuasa bagi mod penghantaran dan penerimaan data bagi

voltan keluaran 3.2V ialah 0.04753 W, iaitu peningkatan hampir 9.41% berbanding

dengan purata penggunaan kuasa bagi voltan keluaran 3.0V.

90
Rajah 4.43 : Graf Mod Rehat Melawan Voltan Masukan bagi litar pengatur
penurunan keluaran rendah TPS78001 bagi voltan keluaran 3.3V

Graf pada Rajah 4.43 dan Rajah 4.44 menunjukkan penggunaan kuasa bagi mod

rehat dan mod penghantaran dan penerimaan data untuk voltan keluaran 3.3V.

Seperti pada Rajah 4.43, nilai perubahan penggunaan kuasa semasa mod rehat tidak

begitu ketara berbanding dengan mod penghantaran dan penerimaan data. Purata

penggunaan kuasa bagi mod rehat adalah 0.205 mW. Analisis penggunaan kuasa bagi

mod ini adalah seperti berikut :

Peratusan perubahan kuasa (%) = ((0.0002066/0.000204)-1)*100

= 1.27%

91
Rajah 4.44 : Graf Mod Tx/Rx Melawan Voltan Masukan bagi litar pengatur
penurunan keluaran rendah TPS78001 bagi voltan keluaran 3.3V

Bagi mod penghantaran dan penerimaan data pula, nilai purata penggunaan kuasa

ialah 0.049 W. Analisis bagi mod ini adalah seperti berikut :

Peratusan perubahan kuasa (%) = ((0.04696/0.0428)-1)*100

= 9.72%

Berdasarkan kepada analisis di atas, nilai peningkatan bagi voltan keluaran 3.3V

adalah tertinggi berbanding dengan voltan keluaran yang lain. Ini membuktikan

bahawa penggunaan voltan masukan yang tinggi untuk modul Xbee akan

menyebabkan penggunaan kuasa yang tinggi semasa aktiviti penghantaran dan

penerimaan data.

92
Rajah 4.45 : Graf Kuasa Mod Rehat Melawan Voltan Masukan bagi litar pengatur
penurunan keluaran rendah TPS78001

Rajah 4.45 menunjukkan gabungan perubahan penggunaan kuasa bagi mod

rehat dengan litar pengatur penurunan keluaran rendah TPS78001 keluaran voltan

1.8V hingga 3.3V. Berdasarkan kepada Rajah 4.45, kadar penggunaan kuasa bagi

mod rehat meningkat dengan peningkatan voltan keluaran. Perubahan kecil dilihat

pada penggunaan kuasa bagi setiap voltan keluaran berada dalam julat 0% hingga

2%. Rajah 4.46 menunjukkan gabungan nilai nisbah kuasa dalam desibel bagi mod

rehat dengan litar pengatur penurunan keluaran rendah TPS78001. Data yang

ditunjukkan dalam Rajah 4.46 adalah nisbah kuasa bagi voltan keluaran 1.8V hingga

3.3V. Nilai bacaan voltan keluaran 1.8V memberikan bacaan paling minimum bagi

nisbah kuasa yang ditunjukkan dalam Rajah 4.46.

93
Rajah 4.46 : Graf Nilai dBm Mod Rehat Melawan Voltan Masukan bagi litar
pengatur penurunan keluaran rendah TPS78001

Rajah 4.47 : Graf Kuasa Mod Tx/Rx Melawan Voltan Masukan bagi litar pengatur
penurunan keluaran rendah TPS78001

94
Rajah 4.47 menunjukkan gabungan perubahan penggunaan kuasa bagi mod

Tx/Rx dengan litar pengatur penurunan keluaran rendah TPS78001 keluaran voltan

1.8V hingga 3.3V. Berdasarkan kepada Rajah 4.47, kadar penggunaan kuasa bagi

mod Tx/Rx meningkat dengan peningkatan voltan keluaran. Perubahan kecil dilihat

pada penggunaan kuasa bagi voltan keluaran 1.8V, 2.0V dan 2.2V yang berada

dalam julat 0% hingga 2%. Tetapi perubahan kadar penggunaan kuasa bagi mod

Tx/Rx menunjukkan peningkatan barumla dari voltan keluaran 2.4V hingga 3.3V.

Voltan keluaran 3.3V menunjukkan peningkatan sebanyak 9.72% berbading dengan

voltan keluaran 2.0V sebanyak 0.11%.

Rajah 4.48 : Graf Nilai dBm Mod Tx/Rx Melawan Voltan Masukan bagi litar
pengatur penurunan keluaran rendah TPS78001

Rajah 4.48 menunjukkan gabungan nilai nisbah kuasa dalam desibel bagi

mod Tx/Rx dengan litar pengatur penurunan keluaran rendah TPS78001. Data yang

95
ditunjukkan dalam Rajah 4.48 adalah nisbah kuasa bagi voltan keluaran 1.8V hingga

3.3V. Nilai bacaan voltan keluaran 1.8V memberikan bacaan paling minimum bagi

nisbah kuasa yang ditunjukkan dalam Rajah 4.48.

4.3.3 Jangka Hayat Bateri bagi tag aktif RFID

Tag aktif RFID memerlukan bateri sebagai sumber kuasa utama. Penggunaan

arus yang minimum diperlukan oleh tag aktif RFID bagi memastikan jangka hayat

bateri dapat dimaksimakan. Dengan menggunakan litar pengatur penurunan keluaran

rendah TPS78001, penggunaan arus dapat diminimumkan. Ini memberikan satu

kelebihan kepada sistem aktif RFID yang dibangunkan. Oleh itu, pengujian jangka

hayat bateri dijalankan bagi memastikan pengiraan dari segi teori adalah selari

dengan penggunaan yang sebenar.

Rajah 4.49 : Graf Voltan (V) Melawan Masa (Hari) bagi litar pengatur penurunan
keluaran rendah TPS78001 bagi voltan keluaran 1.8V

96
Bateri Ion Litium CR2477 digunakan bagi meminimumkan saiz tag aktif

RFID ini. Voltan keluaran bagi bateri ini ialah 3V dan berkapasiti 1000mAh.

Pengujian ini dilakukan selama 166 hari secara berterusan dan Rajah 4.49

menunjukkan graf voltan bateri (V) melawan masa (hari). Nilai voltan bateri diambil

setiap hari bagi tujuan pengumpulan data. Voltan keluaran 1.8V dipilih berdasarkan

kepada penggunaan arus purata yang rendah semasa dalam mod rehat dan juga mod

penghantaran dan penerimaan data iaitu 0.0610 mA dan 11.26 mA.

Tag aktif RFID dibekalkan dengan bateri Ion Litium CR2477 dengan kapasiti

1000mAh. Dengan penggunaan arus purata 0.0610 mA, jangka hayat tag aktif ini

boleh dianggarkan berdasarkan pengiraan berikut (Bengtsson, 2007).

1000 mAh = 16393 jam = 1.87 tahun.


0.0610 mA

4.4 Rumusan

Pembangunan sistem aktif RFID ini berdasarkan kepada objektif-objektif

yang dinyatakan pada awal tesis ini. Sistem aktif RFID 2.45 GHz berjaya

dibangunkan. Tag aktif RFID dalam sistem ini menggunakan mod rehat berkala bagi

memastikan jangka hayat bateri dapat dimaksimumkan. Penggunaan arus pada tag

aktif dapat diminimumkan dengan penggunaan litar pengatur keciciran lelurus. Litar

ini membekalkan voltan minimum sebanyak 1.8V kepada tag aktif supaya tiada

pembaziran kuasa dari sumber kuasa, iaitu bateri Ion Litium CR2477. Penggunaan

arus purata sebanyak 0.0610 mA semasa mod rehat dan 11.26 mA semasa mod

penghantaran dan penerimaan data dapat menganggarkan jangka hayat bateri bagi

sistem RFID yang dibangunkan ini sehingga 1.87 tahun.

97
BAB 5

RUMUSAN DAN CADANGAN KAJIAN MASA HADAPAN

5.1 Rumusan

Sistem aktif Pengenalan Radio Frekuensi yang telah dihasilkan dalam kajian

ini boleh dilaksanakan dalam sistem inventori aset. Mod rehat dalam tag Pengenalan

Radio Frekuensi meningkatkan jangka hayat bateri yang digunakan. Selain daripada

itu, penjimatan kadar penggunaan arus oleh tag aktif semasa mod penghantaran dan

penerimaan data adalah kelebihan utama kajian dalam projek ini. Ini adalah kerana

ia mengekalkan jangka hayat bateri lebih lama walaupun berada dalam mod

penghantaran dan penerimaan data.

Modul Xbee yang digunakan dalam kajian ini mempunyai kelebihan yang

diperlukan dalam pembangunan sistem Pengenalan Radio Frekuensi. Selain

beroperasi dalam frekuensi percuma, 2.45 Ghz, modul ini boleh beroperasi dalam

rangkaian Mesh. Kelebihan rangkaian Mesh membolehkan penghantaran dan

penerimaan data dapat dilakukan walaupun terdapat gangguan di aliran yang lain.

Rangkaian Mesh juga membolehkan jarak antara pembaca aktif Pengenalan Radio

Frekuensi dengan tag dimaksimumkan berdasarkan gabungan sistem yang

dibangunkan. Berdasarkan kepada kecekapan modul Xbee, identiti modul ini boleh

di program sehingga 20 abjad, bermaksud setiap sistem boleh mempunyai jumlah tag

aktif sehingga 1,048,576 tag.

Sistem yang dibangunkan mempunyai tag aktif yang beroperasi secara mod

rehat berkala dan mod rehat kawalan pin. Walaupun beroperasi dalam mod rehat,

tetapi penghantaran dan penerimaan data dapat dijalankan. Mod rehat di programkan

ke atas tag aktif bertujuan untuk menjimatkan penggunaan bateri pada tag. Namun

98
demikian, penambahan litar pengatur penurunan keluaran rendah membolehkan

penjimatan penggunaan kuasa semasa mod penghantaran dan penerimaan data

sehingga 88%.

5.2 Cadangan kajian masa hadapan

Sistem Pengenalan Radio Frekuensi yang dibangunkan ini boleh ditingkatkan

dengan penambahan aspek-aspek seperti berikut.

1. Penambahan sebarang peranti sensor pada tag Pengenalan Radio

Frekuensi bagi meluaskan penggunaan Pengenalan Radio Frekuensi

dalam komunikasi tanpa wayar.

2. Kajian berkenaan perisisan dalaman modul Xbee bagi mengurangkan

penggunaan maklumat untuk tujuan penjimatan kuasa semasa

penghantaran dan penerimaan data.

3. Kajian berkenaan dengan kesan penggunaan arus semasa mod

penghantaran dan penerimaan data bagi tahap kuasa penghantaran yang

berbeza.

99
PENERBITAN

Penerbitan :

Shahimi, M.A., Halim, Z.A., Ismail, W.: Development of active RFID system
using ZigBee standard with non beacon mode. In: Asia Pacific Conference on
Circuits and Systems, IEEE, Kuala Lumpur (2010)

100
RUJUKAN

Abdulla, R. (2013). Development of Active RFID System for Power Efficiency. In


The First International Conference on Green Computing, Technology and Innovation
(ICGCTI2013) (pp. 100-105). The Society of Digital Information and Wireless
Communication.

Ahamed, S. R. (2009). The role of zigbee technology in future data communication


system. Journal of Theoretical and Applied Information Technology, 5(2), 129-135

Alghamdi S., van Schyndel R., Khalil I. (2014). Accurate positioning using long
range active RFID technology to assist visually impaired people. Journal of Network
and Computer Applications, 41, 135-147

Amanna A., Agrawai A., Manteghi M. (2010) Active RFID for enhanced railway
operations. Proceeding of the ASME 2010 Rail Transport Division Fall Conference,
12-13 October 2010, Roanoke, USA

Austria Micro Systems, Rev 1.0.3 Datasheet

Bacheldor B. (2009). Hybrid Tag Includes Active RFID, GPS, Satellite and Sensors.
RFID. Journal Available: http://www.rfidjournal.com/article/view/4635 (Accessed on
9 October 2013)

Baronti P., Pillai P., Chook V.W., Chessa S., Gotta A., & Hu Y.F. (2007). Wireless
sensor networks: A survey on the state of the art and the 802.15. 4 and ZigBee
standards. Computer communications, 30(7), 1655-1695

Baumann, C. (2006). The importance of sleep mode in zigbee/802.15. 4 applications.


Industrial Control DesignLine. Atmel Corp. Available at Available:
http://www.industrialcontroldesignline.com/192701026. (Accessed on 15 June 2014)

Bhanage G.D., Zhang Y., Zhang Y., Trappe W., Howard, R.E. (2007). RollCall: the
design for a low-cost and power efficient active RFID asset tracking system. In
EUROCON, 2007. The International Conference on Computer as a Tool, 2521-2528

Castao B., Rodriguez-Moreno M. (2010). A ZigBee and RFID hybrid system for
people monitoring and helping inside large buildings. Industrial Electronics &
Applications (ISIEA 2010), 3-5 October 2010, Penang, Malaysia, 16-21

Chen H., Cohen N.H., Suri S.S., Reason J.M. Chou P.B. (2010) Logical RFID reader
using hybrid active-passive solution. Proceedings of the IEEE, 98 (9), 1636-1647

Cheng Z., Zhang X., Dai Y., Lu Y. (2013) Design techniques of low-power
embedded EEPROM for passive RFID tag. Analog Integrated Circuits and Signal
Processing, 74, 585-589

101
Cho H., Baek Y. (2006). Design and implementation of an active RFID system
platform. In Applications and the Internet Workshops, 2006. SAINT Workshops 2006.
International Symposium on IEEE

Cho H., Kim J., Baek Y. (2011) Large-scale active RFID system utilizing ZigBee
networks. IEEE Transactions on Consumer Electronics, 57 (2), 379-385

Chu H., Wu G., Chen J., Zhao Y. (2011) Study and simulation of semi-active RFID
tags using piezoelectric power supply for mobile process temperature sensing. 2011
IEEE International Conference on Cyber Technology in Automation, Control, and
Intelligent Systems, 20-23 March 2011, Kunming, China

Chung Y.F., Hsiao T.C., Chen S.C. (2014). The Application of RFID Monitoring
Technology to Patrol Management System in Petrochemical Industry. Wireless
Personal Communications, 1-26

Dalola, S., Ferrari, V., Guizzetti, M., Marioli, D., Sardini, E., Serpelloni, M., &
Taroni, A. (2008, May). autonomous sensor system with RF link and thermoelectric
generator for power harvesting. In Instrumentation and Measurement Technology
Conference Proceedings, 2008, 1376-1380

Dhanalakshmi M., Mamatha U. (2009). RFID based library management system.


Proceedings of ASCNT2009, CDAC, Noida, India, 227-234.

Domdouzis K., Kumar B., Anumba C. (2007). Radio-Frequency Identification


(RFID) applications: A brief introduction. Advanced Engineering Informatics, 21,
350355

Douglas M.E. (1998). Miniature radio frequency transponder technology suitability


as threatened species tags. Available at:
http://www.conservation.govt.nz/Documents/science-and-technical/Sfc071.pdf
(Accessed on 15 June 2014)

Eady F. (2006). Go wireless with the Xbee. Circuit cellar: The magazine for
computer applications, 194, 48-56.

Erickson R.W. (2007). DC-DC Power Converters. Wiley Encyclopedia of Electrical


and Electronics Engineering.

FTDI Chip MM232R USB - Serial UART Development Module (2010), Rev1.1
Datasheet

Geng S.Q., Wang J.H., Zuo L., Hou L.G., Wu W.C (2008). A Low-power Active
RFID Portable Reader System. In Systems Conference, 2008 2nd Annual IEEE, 1-4

102
Geng S.Q., Wu W.C., Hou L.G., Zhang W. (2010) Anti-collision algorithms for
Multi-tag RFID. Radio Frequency Identification Fundamentals and Applications,
Bringing Research to Practice, edited by Christina Turcu, Croatia

Ginters E., Cirulis A., Blums G. (2013). Markerless outdoor AR-RFID solution for
logistics. Procedia Computer Science, 25, 80-89

Gong Y.J., Shen M., Zhang J., Kaynak O., Chen W.N., Zhan Z.H. (2012).
Optimizing RFID network planning by using a particle swarm optimization
algorithm with redundant reader elimination. Industrial Informatics, IEEE
Transactions on, 8(4), 900-912.

Grooms D. (2007), Radio Frequency Identification (RFID) Technology for Cattle,


Extension Bulletin E-2970. Available at:
http://msue.anr.msu.edu/uploads/236/58567/Radio_Frequency_Identification__RFID
__Technology_for_Cattle.pdf (Accessed on 9 September 2014)

Hashemi A., Sarhaddi A.H. Emami H. (2013) A review on chipless RFID tag deisgn.
Majlesi Journal of electrical Engineering, 7 (2), 68-75

Hasnan K., Ahmed A., Sani W., Bakhsh Q. (2014) Optimization of RFID real-time
locating system. Australian Journal of Basic and Applied Sciences, 8 (4), 662-668

Hatem B.A. & Habib H. (2010). Bus Management System Using RFID In WSN. In
Proceedings of European and Mediterranean Conference on Information Systems, 1-
8

Heidrich J., Brenk D., Essel J., Heinrich M., Jung M., Hofer G., Fischer G. (2010,).
Design of a low-power voltage regulator for RFID applications. In Computational
Technologies in Electrical and Electronics Engineering (SIBIRCON), 2010 IEEE
Region 8 International Conference on IEEE, 552-557

Huang J., Han J., Zhang Z., Chen H., Wu J. (2011) Reliability optimazation for
multilayer active RFID tags on rigid and flexible substrates. International
Conference on Electronic Packaging Technology & High Density Packaging, 97-102

Hussian F., Durrani S., Farooqi J., Mahmood H., Junjua G., Jattala I., Ikram N.
(2013) RFID & WSN Based Integrated Maternity Ward Monitoring System, Multi
Topic Conference (INMIC), 2013 16th International, 19-20 Dec. 2013, Lahore,
Pakistan, 43-48

Ismail W., Mandeep J.S., Abdulla R. (2008). Wireless Zigbee transponder with
temperature sensor capability for RFID application. Available at:
http://www.rfidjournal.com/whitepapers/download?248 (Accessed on 6 January
2014)

Jones A.K., Hoare R., Dontharaju S., Tung S., Sprang R., Fazekas J., Cain J.T.,
Mickle M.H. (2007), An automated, FPGA-based reconfigurable, low-power RFID
tag. Microprocessors and Microsystem, 31, 116-134

103
Kinzer, D. (2004). Advanced power semiconductors and ICs for DC/DC converter
applications. Microelectronics journal, 35 (3), 225-233.

Landt, J. (2005). The history of RFID. Potentials, IEEE, 24(4), 8-11.

Lee C.S., Kim D.H., Kim J.D. (2014). An Energy Efficient Active RFID Protocol to
Avoid Overhearing Problem. IEEE Sensors Journal, 14 (1), 15-24

Lenaerts B., Puers R. (2009). Power converters and voltage regulators.


Omnidirectional Inductive Powering for Biomedical Implants, 83-117

Li T., Chen S., Ling Y. (2013) Efficient protocols for identifying the missing tags in
a large RFID system. ACM Transactions on Networking, 21 (6), 1974-1987

Li Z.R., Zhuang Y.Q., Zhang C., Jin G. (2009). Low-power and area-optimized
VLSI implementation of AES coprocessor for Zigbee system. The Journal of China
Universities of Posts and Telecommunications, 16(3), 89-94

Liu C.H. and Fan C.C (2008). Zigbee-research into integrated real-time located
systems. In Asia-Pacific Services Computing Conference, 2008. APSCC'08. IEEE,
942-947

Mane R.P. (2013) Design and implementation of an active RFID tag. International
Journal of Computer Science & Engineering Technology, 4 (6), 813-817

Maxim MAX3222/MAX3232/MAX3237/MAX3241 (2007), Rev 7.0 Datasheet

Maxstream (2007). XBee Series 2 OEM RF Modules Datasheet

Michael Day, Texas Instruments - Understanding LDO dropout

Mishra P.K., Stewart R.F., Bolic M., Yagoub M.C. (2014). rFID in underground-
Mining
Service applications. IEEE pervasive computing, 13(1), 72-79

Nambiar A. N. (2009). RFID technology: A review of its applications. In


Proceedings of the world congress on engineering and computer science, Vol. 2, pp.
20-22

Nambiar A.N. (2009) A supply chain perspective of RFID systems. World Academy
of Science, Engineering and Technology, 36, 791-795

Nedelcu A.V., Stoianovici V.C. Szekely I. (2011) Energy-efficient intefration of


S+WSNS with active RFID systems. Bulletin of Transilvania University of Brasov,
Series I: Engineering Sciences, 4 (53), 127-134

Nilsson B., Bengtsson L., Svensson B., Bilstrup U., Wiberg P. (2010). An active

104
backscatter wake-up and tag identification extraction protocol for low cost and low
power active RFID. In RFID-Technology and Applications (RFID-TA), 2010 IEEE
International Conference on IEEE, 86-91

Nilsson B., Bengtsson L., Wiberg P., Svensson B. (2007). Protocols for active RFID-
the energy consumption aspect. In Industrial Embedded Systems, 2007. SIES'07.
International Symposium on IEEE, 41-48

Nilsson E., Nilsson B., Bengtsson L., Svensson B., Wiberg P., Bilstrup, U. (2010). A
low power-long range active RFID-system consisting of active RFID backscatter
transponders. In RFID-Technology and Applications (RFID-TA), 2010 IEEE
International Conference on IEEE, 26-30

Patil P.R., Bedekar P.P. (2014). Analysis & Design of Active RFID Tag.
Network and Complex Systems, 4(4), 47-51

Pollak M., Mateu L., & Spies P. (2008). Step-up DC-DC converter with coupled
inductors for low input voltages. Fraunhofer IIS.

Preradovic S., Karmakar N. C. (2012). Low Cost Chipless RFID Systems.


Multiresonator-Based Chipless RFID, Springer, US,9-24

Pressman A.I., Billings K., Morey T. (2009). Switching Power Supply Design,
McGraw-Hill. ISBN 978-0-07-148272-1

Qu T., Yang H.D., Huang G.Q., Zhang Y.F., Luo H., Qin W. (2012) A case of
implementing RFID-based real-time shop-floor material management for household
electrical appliance manufacturers. Journal of Intelligent Manufacturing, 23, 2343-
2356

Rajesh S.M. (2013) Integration of active RFID and WSN for real time low-cost data
monitoring of patients in hospitals. 2013 International Conference on Control,
Automation, Robotics and Embedded Systems (CARE)

Roussos G. (2008). What is RFID. Springer-Verlag London Limited

Saeki R., Yoshino J. Inoue M. (2013) Active RFID tag drive using thermoelectric
conversion element. 2013 IEEE 2nd Global Conference on Consumer Electronics,
269-270

Shi S., Lu T., Zhang H., Zu L., Gulliver T.A. (2013) A design of active RFID tags
based on NRF24L01. IEEE, 210-213

Song H., Liu H., Lan H. (2011) 2.4GHz active RFID system based on nRF24LE1

Su Y.N., Xu Y.P. (2010). Design and implementation of a novel active low-power


RFID tag. Proceeding of the Third International Symposium on Computer Science
and Computational Technology. 14-15 August 2010, Jiaozuo, P.R. China

105
Suda K.A., Rani N.S.A. (2013) Radio Frequency Identification for Efficient Library
Management. International Journal of Business and Social Science, 4 (15), 125-131

Sun Y., Zhang Y., & Peng P. (2009). Design and realization of 2.45 GHz active
RFID system. In Intelligent Computation Technology and Automation, 2009.
ICICTA'09. Second International Conference on IEEE, 1, 582-585

Texas Instruments (2002). TPS60500 SLVS391B Datasheet

Texas Instruments (2008). TPS78001 SBVS083C Datasheet

Texas Instruments (2009). TPS61221 SLVS776 Datasheet

Todorovic, V., Neag, M., Lazarevic, M. (2014). On the Usage of RFID Tags for
Tracking and Monitoring of Shipped Perishable Goods. Procedia Engineering, 69,
1345-1349.

Vena A., Perret E., Tedjini S. (2011). Novel compact RFID chipless tag. PIERS
Proceedings, 20-23 March 2011, Marrakesh, Morocco,1062-1066

Wang H., Pei C., Su B. (2012) Collision-free arbitration protocol for active RFID
systems. Journal of Communications and Networks, 14 (1), 34-39

Yoon W.J., Chung S.H (2012) ISS-TCA: An identified slot scan-based tag collection
algorithm for performance improvement in active RFID systems. IEEE Transactions
on Industrial Electronics, 59 (3), 1662-1672

Yoon WJ, Chung SH, Lee SJ (2008), Implementation and performance evalutaion of
an active RFID system for fast tag collection. Computer Communications, 31, 4107-
4116

Zhang D., Yang L.T., Chen M., Zhao S., Guo M., Zhang Y. (2014) Real-Time
Locating Systems Using Active RFID for Internet of Things. Systems Journal,
IEEE, PP(99), 1-10

Zheng R., Kravets R. (2003) On-demand power management for ad hoc networks, in:
Proceedings of the 22nd Joint Conference of the IEEE Computer and
Communications Societies (Infocom 2003), San Francisco, CA, USA, MarchApril
2003, 481491.

Zhi-wen, W. (2010). A research on WSN based distributive RFID system. In Ubi-


media Computing (U-Media), 2010 3rd IEEE International Conference, 144-149

Zhu X., Mukhopadhyay S.K., Kurata H. (2012) A review of RFID technology and its
managerial applications in different industries. Journal of Engineering and
Technology Management, 29, 152-167

ZigBee Alliance, ZigBee and Wireless Frequency Coexistence | ZigBee White Paper
- June 2007

106
APPENDIX A

Gambar rajah Skematik, Bentangan Papan Cetak dan Prototaip bagi Tag Aktif
dan Pembaca Aktif RFID

Skematik bagi tag aktif RFID yang dibangunkan dalam projek ini adalah seperti

berikut:

Rajah A1: Skematik tag aktif RFID

107
Rajah A2 menunjukkan lapisan atas dan lapisan bawah bagi papan cetak berlitar

(PCB) bagi tag aktif tanpa litar tambahan.

(a) (b)
Rajah A2: (a) Lapisan atas PCB tag aktif RFID (b) Lapisan atas PCB tag aktif RFID

Rajah A3 menunjukkan lapisan atas dan lapisan bawah bagi papan cetak berlitar

(PCB) bagi tag aktif litar pengatur penurunan keluaran rendah.

(a) (b)

Rajah A3: (a) Lapisan bawah PCB tag aktif RFID dengan litar pengatur penurunan
keluaran rendah
(b) Lapisan atas PCB tag aktif RFID pengatur penurunan keluaran rendah

108
Rajah A4 menunjukkan prototaip bagi aktif tag.

(a) (b)
Rajah A4: (a) Prototaip tag aktif RFID
(b) Prototaip tag aktif RFID pengatur penurunan keluaran rendah

109
Skematik bagi pembaca aktif RFID dengan pengantaramukaan RS232 yang

dibangunkan dalam projek ini adalah seperti berikut:

Rajah A5: Skematik pembaca RFID dengan RS232

110
Skematik bagi pembaca aktif RFID dengan pengantaramukaan USB yang

dibangunkan dalam projek ini adalah seperti berikut:

Rajah A6: Skematik pembaca RFID dengan USB

111
Rajah A7 menunjukkan lapisan atas dan lapisan bawah bagi papan cetak berlitar

(PCB) bagi pembaca aktif RFID dengan pengantaramukaan RS232.

Rajah A7: (a) Lapisan atas PCB pembaca aktif RFID dengan
pengantaramukaan RS-232

Rajah A7: (b) Lapisan bawah PCB pembaca aktif RFID dengan
pengantaramukaan RS-232

112
Rajah A8 menunjukkan lapisan atas dan lapisan bawah bagi papan cetak berlitar

(PCB) bagi pembaca aktif RFID dengan pengantaramukaan USB.

Rajah A8: (a) Lapisan atas PCB pembaca aktif RFID dengan
pengantaramukaan USB

Rajah A8: (b) Lapisan bawah PCB pembaca aktif RFID dengan
pengantaramukaan USB

113
Rajah A9 menunjukkan prototaip bagi aktif tag.

Rajah A9: (a) Prototaip pembaca aktif RFID dengan soket RS-232

Rajah A9: (b) Prototaip pembaca aktif RFID dengan USB

114

You might also like