You are on page 1of 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG

96509 BINTANGOR, SARAWAK

KERTAS KERJA :
PROGRAM JUNGLE TREKKING

ANJURAN :
KUMPULAN PISMP BAHASA IBAN
AMBILAN JUN 2016

PADA :
25 MAC 2017
SABTU

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG


BINTANGOR, SARAWAK
KERTAS KERJA PROGRAM JUNGLE TREKKING

1.0 TAJUK
Program Jungle Trekking

2.0 ANJURAN
Kumpulan Pismpi Bahasa Iban ambilan Jun 2016

3.0 PENGENALAN
Program Jungle Trekking bertujuan memberi peluang dan kesempatan kepada pelajar-
pelajar untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang dilihat mampu memberikan banyak
faedah kepada guru pelatih. Program ini juga diadakan dengan hasrat ingin memberi
pendedahan dari aspek kepentingan penjagaan alam sekitar dan kemahiran memimpin
kepada para peserta agar dapat dijadikan aspirasi apabila berpratikum atau ditempatkan
di sekolah nanti.

4.0 MATLAMAT
Program Jungle Trekking ini merupakan salah satu kaedah untuk untuk menyatukan dan
meningkatkan kerjasama antara semua guru pelatih IPG Kampus Rajang. Aktiviti ini
dirancang bagi menghasilkan satu platform semangat setiakawan dan kerjasama melalui
aktiviti-aktiviti yang meliputi aspek kemerdekaan, kebudayaan, sukan dan penerapan nilai.

5.0 TUJUAN
Untuk meningkatkan lagi hubungan silaturahim antara semua guru pelatih serta dapat
mewujudkan guru yang memenuhi aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Pada
masa yang sama, jungle trekking ini dilaksanakan bagi mengisi masa lapang guru pelatih
untuk mengaktifkan diri dalam pelbagai aktiviti serta mengalakkan guru pelatih untuk terus
berusaha mengamalkan hidup yang sihat dan otak yang cerdas di samping menikmati
keindahan alam di sekeliling dan menghargai kehijauan persekitaran di kampus.

6.0 OBJEKTIF
Melalui program ini diharapkan guru pelatih dapat:
i. Memupuk nilai kerjasama dalam pasukan apabila bertanding dan mampu bersaing
dengan sihat.
ii. Mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara guru pelatih.
iii. Melahirkan guru pelatih yang memenuhi aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sosial dalam kehidupan seharian.
iv. Mengalakkan guru pelatih yang sentiasa terlibat aktif dalam apa jua aktiviti yang
dilaksanakan.
v. Mencetuskan semangat kepimpinan dalam diri guru pelatih agar dapat mengalakkan
diri sentiasa mencipta sesuatu yang baharu.

7.0 ASAS PERTIMBANGAN


Diharapkan program Jungle Trekking ini dapat menanam semangat setia kawan dalam
kalangan guru pelatih serta mampu melahirkan insan yang bukan sahaja cemerlang dalam
akademik malah cerdas otak dan sihat tubuh badan serta menjaga alam sekitar.

8.0 TARIKH / HARI PROGRAM


17 Oktober 21 Oktober 2016

9.0 TEMPAT
IPG Kampus Rajang, Bintangor.

10.0 KUMPULAN SASARAN


Guru pelatih dari kumpulan Pismp Sejarah ambilan Jun 2016

11.0 TENTATIF PROGRAM

Masa Tempat Aktiviti


7.30-8.30 pagi Astaka -taklimat ringkas tentang
aktiviti yang akan dijalankan
-senamrobik
8.30-9.00 pagi Pulako -peserta mengemas
keperluan yang akan
digunakan semasa jungle
trekking
-taklimat keselamatan oleh
pengerusi program
9.15 pagi-12.15 tengahari Kawasan hutan kampus -jungle trekking
12.15-1.45 petang Pulako -peserta berkumpul semula
untuk acara penutupan
program
-sesi fotografi
-bersurai

12.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

ANGGARAN KOS PERBELANJAAN


Bil Perkara Bilangan Jumlah
1. Tali 5 gulung 5 x RM3.50 = RM17.50
2. Sijil peserta 19 peserta x 1 19 x RM0.50 = RM9.50
sijil

13.0 PENUTUP
Kumpulan PISMP bahasa Iban ambilan Jun 2016 memohon agar pihak pengurusan dan
pentadbiran dapat mempertimbangkan permohonan pelaksanaan program Jungle
Trekking ini supaya dapat berjalan dengan jayanya serta mampu mencapai objektif dan
matlamat yang digariskan. Segala jasa baik dan sokongan yang diberikan amatlah
dihargai dan didahului dengan jutaan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

(STANLEY AMSNOV ANAK GASAH) (GELVERN RHOBSON ANAK ANCHAI)


Setiausaha Pengerusi Program
Kumpulan PISMP Bahasa Iban Kumpulan PISMP Bahasa Iban
Ambilan Jun 2016 Ambilan Jun 2016
IPG Kampus Rajang, Bintangor IPG Kampus Rajang, Bintangor

You might also like