You are on page 1of 5

Lirik Lagu Bongkah (Boria)

Kamilah bongkah pelbagai rupa

Ada yang bulat dan permukaan rata

Kubus kuboid sfera kon piramid silinder

Bersisi tegak melengkung pun ada

Bersisi empat sama kubus namanya

Berbucu lapan dua belas sisinya

Enam permukaan yg samam rata

Buahlah dadu itulah contohnya

Kuboidlah pula segiempat tepat

Ibarat kotak tiada bezanya

Bersifat sama kubus bersaudara

Cuma panjang sisi saja yang berbeza

Beralih pula kepada sfera

Tidak bersisi tiada bucunya

Satu permukaaan itulah sahaja

Seperti bola bumilah contohnya

Piramid pula dua bentuknya

Tapak segi empat tepat dan juga sama

Berlima bucu juga permukaan


Kedua-duanya bersisi lapan

Tin minuman boleh diibaratkan

Dua sisinya tiga permukaaan

Silinder pula mengambil giliran

Tidak berbucu dan bersempadan

Bongkah terakhir kon dikenali

Merata tempat aiskrim diisi.

Satulah bucu dan satulah sisi

Dua permukaan boleh didapati.

Kamilah bongkah pelbagai rupa

Ada yang bulat dan permukaan rata

Kubus kuboid sfera kon piramid silinder

Bersisi tegak melengkung pun ada

Bersisi tegak melengkung pun ada.....


Oh Bentukku...

Hai kawanku, mari semua.

Kita kenali bentuk 3 matra

Pelbagai rupa juga cirinya

Harus kau kenali kesemuanya

Seperti dadu kau melihatnya

Berbucu lapan dua belas sisinya

Enam permukaan yang sama rata

Itulah kubus hai diberi nama

Abangnya Kuboid segiempat tepat

Kotak minuman pandang se akan

Sifatnya sama seperti kubus

Hanya berbeza panjang sisinya.

Bentuk sfera semacam bola

Tiada berbucu, tidak punya sisinya.

Hanyalah satu permukaannya

Seperti mentari menyinari semua.


Piramid pula jangan dilupa

Segi empat menjadi tapaknya.

Berlima bucu juga permukaan

Sisinya pula semuanya lapan.

Bentuk silinder nama diberi

Dengan dua sisi, tiga permukaan

Tidak berbucu dan bersempadan

Kesemua bentuk telah kau kenalkan.

Ikan Rupa

Satu permukaan rata adanya.

Sayang tidak punya bucunya

Hanya satu garis lengkungan

Itu bulatan ciri-cirinya.

Segi tiga lain cirinya

Sisinya tiga bucu pun tiga

Hanya satu permukaan rata.

Itulah sifat hai segi tiga

Segi empat sama namanya

Empat sisi empat bucunya

Punya satu permukaan rata


Jangan keliru dengan abangnya

Jika adiknya sisinya sama

Abangnya pula lain ceritanya

Empat bucunya empat sisinya

Hanya dua sisi yang sama

You might also like